Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA

55100 AMPANG
SELANGOR

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


2016

NAMA PENYELIDIK:
LINA HARWANY BT AHMAD

TAJUK KAJIAN:
MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ESEI
TAJUK KONSEP MASALAH EKONOMI
DENGAN MENGGUNAKAN LEMBARAN LATIHAN BERPANDU
BAGI MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN
EKONOMI ASAS DI SEKOLAH
1.0 Nama sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya


55100 Ampang Selangor

2.0 Penyelidik
Lina harwany Bt Ahmad

3.0 Tajuk Kajian :

Menguasai Kemahiran Menjawab Soalan Esei Tajuk Konsep Masalah Ekonomi


dengan Menggunakan Lembaran Latihan Berpandu Bagi Meningkatkan
Prestasi Mata Pelajaran Ekonomi Asas di Sekolah

4.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu

Saya telah memberi latihan tentang konsep masalah ekonomi kepada 30 orang pelajar
4 Bestari dan didapati pelajar tidak dapat menjawab latihan tersebut dengan tepat.

Berdasarkan pengalaman lepas pelajar didapati tidak dapat mengingati fakta dan
menghuraikan isi dengan baik mengikut kehendak soalan. Akibatnya pelajar menjawab
soalan dengan tidak mengikuti laras ekonomi.

5.0 Fokus Kajian

5.1 Pelajar tidak akan dapat menentukan unit-unit ekonomi yang disoal dalam
soalan kerana tidak dapat mengingati dan membezakan kata kunci ciri-ciri
setiap unit ekonomi.
5.2 Pelajar tidak dapat mengingati Masalah Ekonomi yang dihadapi oleh setiap
unit ekonomi secara umum.
5.3 Pelajar tidak dapat menerangkan Masalah Ekonomi yang dihadapi oleh setiap
unit ekonomi dengan tepat, malah terdapat pengulangan isi dalam jawapan
kerana tahab penguasaan bahasa yang lemah.
5.4 Pelajar juga tidak dapat menjawab soalan mengikut laras ekonomi kerana
tidak memahami konsep Masalah Ekonomi yang dihadapi oleh setiap unit
ekonomi.

6.0 Objektif kajian

6.1 Objektif Am
Meningkatkan kemampuan pelajar menjawab soalan esei dalam konsep
Masalah Ekonomi.

2
6.2 Objektif Khusus

6.2.1 Membantu pelajar menentukan unit ekonomi yang disoal dengan


mengingat dan membezakan kata kunci untuk ciri-ciri unit ekonomi
pengguna, firma dan kerajaan dengan menggunakan kaedah peta
minda.
6.2.2 Membantu pelajar mengingat konsep Masalah Ekonomi untuk setiap
unit ekonomi dengan menghafal dan menjawab lembaran latih tubi
terancang.
6.2.3 Membantu pelajar menghuraikan fakta atau isi dengan menggunakan
laras ekonomi yang betul dengan kaedah lembaran latih tubi
terancang.
6.2.4 Membantu pelajar memahami kehendak soalan melalui kata kunci
soalan tersebut menggunakan kaedah lembaran latih tubi terancang
berbentuk soalan-soalan SPM.
6.2.5 Meningkatkan peratus pelajar mendapat markah penuh bagi soalan
menerangkan masalah ekonomi untuk ketiga-tiga unit ekonomi.
6.2.6 Membantu pelajar menguasai kemahiran belajar menggunakan
lembaran latih tubi terancang.

7.0 Kumpulan sasaran


Terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4 Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan
Pandan Jaya

9.0 Tindakan yang Dicadangkan


8.1.0 Tinjauan Masalah
8.1.1 Mengatasi kelemahan pelajar untuk mengingati ciri-ciri setiap unit
ekonomi dengan menggunakan latihan peta minda secara
berkumpulan.
8.1.2 Membimbing pelajar menjawab soalan esei dengan menggunakan
lembaran latih tubi terancang bercorak soalan-soalan SPM untuk
ketiga-tiga unit ekonomi.
8.1.3 Mengadakan penilaian ujian subjektif (esei)

8.2.0 Pelaksanaan

8.2.1 Aktiviti 1

Ujian Pra diberi kepada 30 orang pelajar untuk menilai pengetahuan


pelajar tentang unit-unit ekonomi dan masalah ekonomi yang
dihadapi oleh setiap unit ekonomi tersebut.

Ujian yang diberi dalam bentuk esei untuk ketiga-tiga unit ekonomi.

3
8.2.2 Aktiviti 2.
Menyoal pelajar tentang pengetahuan sedia mengenai ciri-ciri unit
ekonomi pengguna, firma dan kerajaan.

Merumuskan tentang ciri-ciri setiap unit ekonomi.

Meminta pelajar mengisi peta minda tentang ciri-ciri setiap unit


ekonomi.

8.2.3 Aktiviti 3
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu Pengguna 1, Pengguna
2, Firma 1, Firma 2, Kerajaan 1 dan Kerajaan 2.

Setiap kumpulan diberi lembaran latih tubi terancang untuk


menyelesaikan masalah ekonomi unit ekonomi yang terdapat dalam
lembaran latih tubi yang diberi.

Setiap kumpulan juga dibekalkan lembaran jawapan berpandu untuk


membantu pelajar menjawab soalan yang diberi mengikut skima
jawapan di peringkat SPM.

Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan jawapan dan menulis


jawapan di atas kertas mahjong untuk dibentangkan.

8.2.4 Aktiviti 4
Ujian post akan diberi setelah selesai aktiviti dijalankan dan penilaian
kajian akan dijalankan.

9.0 Bahan yang dicadangkan


Nota ringkas, lembaran peta minda, lembaran latih tubi bercorak SPM, lembaran
jawapan berpandu, kertas mahjong, alat tulis dan kertas A4.

10.0 Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil Aktiviti Tarikh
1 Menulis proposal kajian tindakan 18/5/16
2 Merancang kajian tindakan 14/6/16
3 Mengumpul data awal 1/7/16
4 Melaksanakan tindakan aktiviti 1,2,3 dan 4 21/7/16-26/8/16
5 Membincangkan masalah yang dibuat 1/9/16
6 Refleksi 3/10/16
7 Analisis data 10/10/16
8 Menulis laporan kajian tindakan 21/10/16

11.0 Kos Kajian

4
BI JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
L (RM) (RM)
1. Kertas A4 2 rim 10.00 20.00
2. Marker Pen 12 batang 2.50 30.00
3. Kertas mahjong 24 helai 0.50 12.00
4. Fotostat 200 0.05 10.00
JUMLAH 72.00

12.0 Penutup

Pelajar diharap dapat menguasai dan memahami konsep masalah ekonomi dan dapat
menjawab soalan esei pada aras aplaikasi dalam mata pelajaran Ekonomi Asas
Seterusnya meningkatkan pencapaian gred purata mata pelajaran Ekonomi Asas.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh

LINA HARWANY BT AHMAD


GURU MATAPELAJARAN
EKONOMI ASAS

Anda mungkin juga menyukai