Anda di halaman 1dari 3

HEBAHAN PAGI

sebagai langkah kesihatan dan keselamatan dalam pencegahan dan penularan covid-19
(Sebelum pdpc bermula)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua murid.

Bagi membantu memutuskan rantaian Covid 19 serta menjaga keselamatan dan kesihatan bersama,
semua murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan berikut sepanjang berada dalam kawasan
sekolah:

 Pastikan suhu badan anda telah diambil setiap kali masuk ke sekolah.
 Sentiasa patuh kepada penjarakan fizikal satu meter.
 Patuh kepada laluan pergerakan yang telah ditetapkan dalam Kawasan sekolah.
 Sentiasa amalkan penjagaan kesihatan dengan kerap mencuci tangan sama ada
menggunakan sabun atau pensanitasi tangan.
 Elakkan menyentuh mata ,telinga , hidung dan mulut anda
 Memakai pelitup muka/mask bagi yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, buah
pinggang , jantung , asma dan sebagainya.
 Anda dinasihatkan supaya kekal berada di rumah sekiranya mempunyai demam, batuk atau
selsema dan hanya hadir ke sekolah apabila anda sudah betul-betul sembuh.
 Segera memaklumkan guru sekiranya tidak sihat semasa di sekolah
 Tidak berkumpul di dalam kelas semasa ketiadaan guru.
 Tidak bersalaman dan bersentuhan secara fizikal dengan rakan.
 Sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
 Tidak berkongsi buku serta alat tulis dengan rakan.
 Hanya seorang murid dibenarkan keluar ke tandas sewaktu pdpc dengan kebenaran guru
dan mesti memakai Pas Keluar.

Murid-murid sekelian, penjarakan fizikal 1 meter perlu sentiasa diamalkan sepanjang anda
berada di sekolah tidak kira di dalam mahupun di luar kelas.

Sekiranya anda ingin ke tandas, elakkan daripada bersesak.Pastikan tangan dibasuh


menggunakan sabun.Ikuti langkah-langkah mencuci tangan dengan cara yang betul.

Pastikan penjarakan fizikal diamalkan ketika anda ingin pergi ke makmal, tandas atau ketika
berjalan ke bengkel.

Sekali lagi diingatkan; anda adalah dilarang sama sekali untuk

 Bersembang rapat
 Berkumpul dan
 Bersentuhan dengan rakan-rakan anda.

Mari kita sama-sama hentikan penularan Covid -19

#Sama-sama Kita Jaga Kita


HEBAHAN WAKTU REHAT
(sebagai langkah kesihatan dan keselamatan dalam pencegahan dan penularan covid-19)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua murid.

Bagi membantu memutuskan rantaian Covid 19 serta menjaga keselamatan dan kesihatan bersama,
semua murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan berikut sepanjang waktu rehat.

 Anda digalakkan makan bekalan makanan yang dibawa di dalam kelas.

 Makanan yang dibeli atau dibawa dari rumah perlulah di makan dalam masa 4 jam dari
waktu penyediaan.
 Jika anda tidak membawa bekalan makanan anda boleh membeli makanan berbungkus di
kantin .
 Amalkan konsep LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan.
 Murid digalakkan membawa dan menggunakan sudu dan garfu sendiri ketika makan.
 Jangan menyimpan baki makanan yang tidak habis di makan.
 Pastikan penjarakan sosial diamalkan semasa pergi dan pulang daripada kantin dan
sepanjang anda berada di kantin.
 Pastikan anda mengikut laluan yang betul semasa pergi dan pulang daripada kantin.
 Perlu diingat, bahawa anda tidak dibenarkan untuk berkumpul dan berkongsi
makanan/minuman dan peralatan dengan rakan.
 Pastikan sisa makanan dan bungkusan yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah
khas berwarna hitam yang diletakkan di luar kelas

 Cuci tangan anda dengan bersih selepas makan dan lakukan sanitasi terhadap meja anda
setiap kali selepas makan.

 Bagi murid yang ingin ke tandas, pastikan anda memakai PAS KELUAR dan guru bertugas
memastikan mereka bergilir untuk mengelakkan kesesakan. Pastikan tangan dicuci dengan
cara yang betul menggunakan sabun dan air atau alat pensanitasi tangan.

Sekali lagi diingatkan; anda adalah dilarang sama sekali untuk

 Bersembang rapat
 Berkumpul dan
 Bersentuhan dengan rakan-rakan anda.

Mari kita sama-sama hentikan penularan Covid -19


#Sama-sama Kita Jaga Kita
HEBAHAN WAKTU BALIK.
(sebagai langkah kesihatan dan keselamatan dalam pencegahan dan penularan covid-19)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua murid.

Bagi membantu memutuskan rantaian Covid 19 serta menjaga keselamatan dan kesihatan bersama,
semua murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan berikut semasa pulang dari sekolah.

 Guru masa akhir perlu pastikan sesi pdpc ditamatkan lebih awal untuk membolehkan kerja-
kerja pensanitasian meja, tombol pintu dan kerusi dapat dilakukan oleh murid sendiri.
 Tong sampah yang berada di dalam kelas hendaklah dikosongkan.
 Cuci tangan anda terlebih dahulu dengan sabun atau alat pensanitasi tangan setelah anda
melakukan kerja-kerja sanitasi kelas dan sebelum anda bergerak pulang.
 Anda hendalah sentiasa mengikut laluan yang telah ditetapkan dan berada dalam keadaan
teratur dan menjaga jarak anda ketika ingin keluar daripada kelas dan kawasan sekolah.
 Bagi yang diambil oleh ibu bapa, pastikan penjarakan fizikal diamalkan semasa berada di
ruangan menunggu.
 Bagi yang berjalan kaki, sentiasa jarakkan diri anda satu meter daripada orang lain.
 Bagi yang menaiki bas, pastikan penjarakan sosial sentiasa diamalkan semasa berada di
hentian bas, ketika beratur menaiki bas dan sepanjang berada di dalam bas.

Bagi menjaga diri anda daripada dijangkiti oleh virus covid 19, langkah asas dibawah perlu
sentiasa dipatuhi sama ada anda berada di dalam mahu pun di luar sekolah iaitu:

o Jaga penjarakan sosial


o Cuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan
o Tidak berkumpul, bersentuhan atau bersembang rapat bersama rakan anda.

Kepatuhan dan Kerjasama anda memberi makna yang amat besar dalam usaha memutuskan
rantaian covid 19.

Mari kita sama-sama hentikan penularan Covid -19


# Sama-sama Kita Jaga Kita

Anda mungkin juga menyukai