Anda di halaman 1dari 13

2216/1

Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
November/Disember
2021

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021
NEGERI SEMBILAN

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan
sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada
sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa juga bentuk penulisan
dan percetakan.

Peraturan Pemarkahan ini mengandungi 12 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah


SULIT

Pemberian markah berdasarkan isi dan penyampaian.

(a) Isi

Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan.

Fakta berserta huraian atau contoh - 2 markah


Fakta tanpa contoh - 1 markah
Contoh tanpa fakta - 0 markah
Fakta betul, contoh salah - 1 markah
Fakta salah, contoh betul - 0 markah
Fakta dan contoh salah - 0 markah

Nota : Untuk gaya bahasa sahaja

Fakta betul, contoh betul - 2 markah


Fakta betul, contoh salah - 1 markah
Fakta salah, contoh betul - 0 markah
Fakta betul, contoh tiada - 0 markah

(b) Penyampaian

(i) Hendaklah dalam bentuk struktur/jawapan ringkas/jawapan pendek


[bagi soalan Bahagian 1] dan dalam bentuk esei [bagi soalan Bahagian 2].

(ii) Hendaklah menggunakan bahasa yang gramatis, jelas dan lengkap.

(iii) Hendaklah menggunakan ejaan yang lengkap dan betul.

(iv) Hendaklah menggunakan perbandingan terus bukannya dalam bentuk yang


disenaraikan bagi soalan perbandingan.

(v) Hendaklah dalam tulisan kemas, jelas serta mudah dibaca.

PENYAMPAIAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN (b) (i) – (v) DI ATAS


AKAN DIPOTONG MAKSIMUM 2 MARKAH BAGI SETIAP SOALAN.

2
SULIT

Bahagian A (soalan struktur)


1. (a) Jenis puisi - Pantun dua kerat 2 markah
(b) Bentuk suku kata dan rima akhir
(i) Bilangan suku kata sebaris adalah tidak sama 1 markah
(ii) Bilangan suku kata adalah 8 - 9 suku kata sebaris 1 markah
(iii) Rima akhir adalah sama/aa 1 markah
Maksimum: 4 markah
2. Dua nilai murni berserta contoh/huraian
(a) Nilai kasih sayang (Fakta) 1 markah
Huraian : Telah Raden Menteri mangkat itu amat berdukacita
Sang Nata. Maka duduklah baginda bertapa meminta kepada
Dewata Mulia Raya moga-moga dihidupkan kembali anakanda
berdua./Sang Nata sayang akan Raden Menteri hingga berasa amat
sedih atas kematian anakanda baginda itu./Sang Nata yang sayang
akan Raden Menteri bermohon kepada Dewata Mulia Raya agar
dihidupkan kembali anakanda baginda itu. 1 markah
(b) Nilai simpati/nilai belas kasihan 1 markah
Huraian : Segala dewa di keinderaan sungguh belas kasihan
melihat Sang Nata itu./Semua dewa di kayangan bersimpati
terhadap Sang Nata yang terlalu bersedih atas kemangkatan
anakanda baginda. 1 markah
(c) Nilai ketaatan 1 markah
Huraian : Maka Betara Guru menitahkan Betara Kala turun
ke dunia untuk menghidupkan kembali Raden Menteri dan
Ken Tambohan. Maka bertolaklah Betara Kala dari kayangan
dan terus pergi ke Taman Larangan kerana hendak
mengambil kembang gandapura dan kembang wijaya mala. 1 markah
Maksimum: 4 markah

3. Dua gaya bahasa pengulangan berserta contoh


(a) Asonansi 1 markah
Contoh : Masih kental mengisi mimpi / masih kental
mengisi mimpi (pengulangan bunyi vokal [i] dalam baris 1 markah
(mana-mana pengulangan bunyi vokal yang sesuai)
(b) Aliterasi 1 markah
Contoh : Dengan harga cinta yang tak tertawarkan / Dengan
harga cinta yang tak tertawarkan (pengulangan bunyi konsonan
[t] dalam baris 1 markah
(mana-mana pengulangan bunyi konsonan yang sesuai)
(c) Anafora 1 markah
Contoh : Dengan harga cinta yang tak tertawarkan
Dengan anyam kasih tak tercelakan /dengan 1 markah
(d) Responsi 1 markah
3
SULIT
Contoh : Dengan harga cinta yang tak tertawarkan
Dengan anyam kasih tak tercelakan / tak 1 markah
Maksimum: 4 markah
4. Dua latar masyarakat berserta contoh
(a) Masyarakat pedagang/ masyarakat yang berdagang 1 markah
Contoh: Inggeris mahu ini Puloo Pinang untuk dijadikan
pelabuhan persinggahan antara Barat dengan Timur supaya
urusan perdagangan Inggeris dengan China boleh diteruskan
dengan adanya pelabuhan entrepot seperti Puloo Pinang ini. 1 markah
(b) Masyarakat penjajah/yang mengaut hasil keuntungan orang lain 1 markah
Contoh: Di samping itu, Inggeris boleh mengaut hasil emas,
bijih timah, perak daripada Tanah Melayu. 1 markah
4 markah

5. Dua pengajaran berserta contoh


(a) Kita hendaklah berfikiran rasional dalam membuat keputusan 1 markah
Contoh : ‘Aku’ tidak pernah menyesal menolak tawaran
belajar di luar negara dan memilih universiti tempatan untuk
menyambung cita-cita menjadi doktor seperti Along 1 markah
(b) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa 1 markah
Contoh : ‘Aku’ lebih menyesal kalau meninggalkan abah
dalam kerinduan dan kesepian 1 markah
(c) Kita hendaklah prihatin akan ibu bapa 1 markah
Contoh : Aku kira aku paling rapat dengan abah. Mungkin
kerana aku satu-satunya anak perempuan anak abah 1 markah
Maksimum: 4 markah

6. Dua teknik plot berserta contoh


(a) Imbas muka 1 markah
Contoh : Kebanyakan pengunjung di Teluk Pinavana sudah
membayangkan kapal-kapal dan dua gunung ais itu. / Tatkala
mereka memandang lautan luas, terlukislah dalam penglihatan
mereka akan kapal-kapal itu menarik aisberg 1 markah
(b) Pemerian 1 markah
Contoh : Lelaki tua itu mundar-mandir sepanjang pantai./
Begitu putih kedua-dua bongkah aisberg itu, hingga ketika
cahaya matahari memanah sisi-sisinya yang tertentu, jalur
cahaya berkilau-kilau memancar ke langit biru.
(c) Monolog dalaman 1 markah
Contoh : Apakah erti kata-kata itu? Fikirnya. 1 markah
Maksimum: 4 markah

7. Satu kritikan sosial


(a) Kritikan terhadap masyarakat yang suka meminta/
mengharapkan bantaun orang lain 2 markah
Contoh : Banyak orang hanya suka meminta bantu,
4
SULIT
Memohon pertolongan di sana situ 2 markah
(b) Kritikan terhadap masyarakat yang berdoa tanpa berusaha 2 markah
Contoh : Berdoa sebilang waktu 2 markah
(c) Kritikan terhadap masyarakat yang menyusahkan ibu bapa/
terlalu bergantung kepada ibu bapa/tidak berdikari 2 markah
Contoh : Atau menyusahi ayah dan ibu – jadi kutu,
Sebagai anak kecil yang masih menyusu 2 markah
Maksimum: 4 markah

8. Satu saranan perwatakan


(a) Mengurangkan jurang komunikasi dengan orang lain/Tidak
terlalu mementingkan status/pangkat 2 markah
Huraian : Sharifah seharusnya bersikap lebih terbuka/mudah
bergaul dengan masyarakat bawahan/tidak mementingkan
sambutan secara mewah/besar-besaran 2 markah

(b) Berhati-hati dalam pergaulan dengan masyarakat 2 markah


Huraian : Sharifah seharusnya berwaspada dengan orang
di sekelilingnya yang berpura-pura/mengharapkan habuan 2 markah

(c) Membantu orang yang kesusahan/berjiwa rakyat 2 markah


Huraian : Sharifah seharusnya membantu masyarakat/turun
padang apabila berlaku bencana/isu orang ramai 2 markah

(d) Menampilkan imej/penampilan yang sederhana 2 markah


Huraian : Sharifah seharusnya berpakaian secara sederhana/
tidak berpakaian mewah dalam pergaulan dengan masyarakat 2 markah
Maksimum: 4 markah

9. Satu citra masyarakat


(a) Cerminan masyarakat yang suka bersedekah/memberi sumbangan 2 markah
Contoh : Maka baginda pun memberi kurnia akan budak
miskin itu sahaya dua orang beserta pulak dengan kain dan
baju serta beras padi terlalulah banyaknya dan segala raja dan
orang besar-besar itu pun memberi kurnia kepada budak itu,
masing-masing dengan kadarnya. 2 markah

(b) Cerminan masyarakat golongan atasan. 2 markah


Contoh ; Setelah segala raja dan orang besar-besar sekalian
melihat kelakuan budak itu, maka semuanya pun hairanlah
melihatnya rupa anak naga itu, terlalulah hebatnya melihat
anak naga itu. 2 markah
Maksimum: 4 markah

10. Satu unsur patriotisme

5
SULIT
(a) Menghargai buah-buahan tempatan 2 markah
Contoh : Mengidamkan anggur di ladang yang jauh
Membiarkan rambutan layu tiada tersentuh 2 markah

(b) Menghargai karya sastera tempatan 2 markah


Contoh : Ketagih karangan fantasi hebat barat
Enggan menelan tamsilan berseni hikayat 2 markah

(c) Mengekalkan nilai berbudi bahasa 2 markah


Contoh : Teduh budi bahasa tiada lagi terasa
Ditawan terik mentari langit terbuka 2 markah

(d) Amalan/penggunaan bahasa kebangsaan 2 markah


Contoh : Lidah anakku berbelang- belang
Menyusun madah bercabang- cabang 2 markah
Maksimum: 4 markah

Bahagian B (Soalan Esei)


11. (a) Empat perbandingan bentuk puisi
(i) Bilangan rangkap 1 markah
Kedua-dua puisi mempunyai bilangan rangkap yang sama/
Kedua –dua puisi terdiri daripada 2 rangkap 1 markah

(ii) Jumlah/Bilangan baris serangkap 1 markah


Seloka dan sajak mempunyai bilangan baris serangkap
yang tidak sama/Seloka mempunyai 4 baris serangkap
manakala sajak mempunyai 4 hingga 7 baris serangkap 1 markah

(iii) Jumlah/Bilangan patah perkataan sebaris 1 markah


Seloka dan sajak mempunyai bilangan patah perkataan yang
tidak sama bagi setiap baris/Seloka mempunyai 3 hingga
6 patah perkataan sebaris manakala sajak mempunyai
2 hingga 6 patah perkataan sebaris 1 markah

(iv) Jumlah/Bilangan suku kata sebaris 1 markah


Seloka dan sajak mempunyai bilangan suku kata sebaris yang
tidak sama/Seloka mempunyai 8 hingga 15 suku kata sebaris
manakala sajak mempunyai 6 hingga 14 suku kata sebaris 1 markah

(v) Rima akhir 1 markah


Seloka dan sajak mempunyai rima akhir yang tidak sama/
Rima akhir seloka ialah abab/abcd manakala rima akhir
sajak ialah abcdcec/abcd 1 markah
Maksimum 8 markah

6
SULIT
(b) Dua pengajaran Seloka
(i) Kita janganlah boros ketika berbelanja 1 markah
Contoh : Begitulah tetap akan akibatnya,
kalau bersikap boros dan habur 1 markah

(ii) Kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat-cermat 1 markah


Contoh: Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur 1 markah

(iii) Kita hendaklah bijak menabung/Kita hendaklah menyimpan


wang untuk mempunyai harta
Contoh : nak kaya, berdikit-dikit 1 markah

(iv) Kita janganlah suka berbelanja secara melampau untuk


mendapatkan ramai kawan 1 markah
Contoh : Nak ramai bertabur urai,
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan 1 markah
Maksimum 4 markah
(c) Cipta Seloka (Sekurang-kurangnya dua belas baris)
Tema [2 markah]
Bahasa [2 markah]
Bentuk [2 markah]
Kreativiti [2 markah] Maksimum 8 markah
Nota :
Calon mesti mencipta seloka.
Calon mencipta selain seloka, markah bentuk maksimum 1.
Seloka yang tidak menepati tema, markah tema 0.
Calon mencipta kurang daripada 12 baris, markah maksimum 4 markah.

12. (a) Tiga kepimpinan watak Hang Tuah


(ii) Berani menyahut cabaran 2 markah
Huraian : Hang Tuah menentang pendekar-pendekar Jepun
seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah berani menentang
pendekar-pendekar Jepun yang menyerang kapalnya. 2 markah

(ii) Mampu berkomunikasi dengan berkesan 2 markah


Huraian : Hang Tuah dapat berkomunikasi dengan baik
apabila menghadap Phra Chau, Raja Siam sebagai wakil
utusan Raja Melaka. Raja Siam kagum dengan
kemampuannya berbahasa Siam dan kesopanan dirinya. 2 markah

(iii) Bertanggungjawab terhadap tugas 2 markah


Huraian : Hang Tuah menjalankan tanggungjawab dengan
baik untuk mendapatkan gajah daripada raja Siam. 2 markah

(iv). Bijak menangani situasi 2 markah

7
SULIT
Huraian : Hang Tuah bijak bertindak menghalang dan
menewaskan pendekar Jepun yang cuba membunuh raja
Siam/Phra Cau. Hang Tuah bijak bertindak membaca
pustaka untuk menghalang serangan bedil pendekar Jepun 2 markah
Maksimum 12 markah
(b) Empat latar tempat
(i) Benua Siam 1 markah
Huraian : Hang Tuah belayar ke Benua Siam untuk membeli
6 ekor gajah atas perintah Sultan Melaka 1 markah

(i) Patani 1 markah


Huraian : Hang Tuah singgah di Patani lalu memuji kota
Patani yang mempunyai kedudukan yang strategik dan sukar
untuk dikalahkan 1 markah

(iii) Balai gendang 1 markah


Huraian : Bendahara mengarang surat utk Raja Siam
di balai gendang 1 markah

(iv) Balairung istana Raja Siam 1 markah


Huraian : Raja Siam menerima sembah menghadap
Hang Tuah di balairung istana raja Siam 1 markah

(v) Balairung istana Raja Melaka 1 markah


Huraian : Hang Tuah meriwayatkan peristiwa di Siam
kepada Raja Melaka di balairung istana raja Melaka 1 markah

(vi) Kuala benua Siam 1 markah


Huraian : Pendekar Jepun menyerang kapal Hang Tuah dan
rombongannya di kuala benua Siam 1 markah

(vii) Melaka 1 markah


Huraian : Laksamana dan Bendahara menjaga negeri
Melaka dengan sempurna/baik 1 markah
Maksimum 8 markah

13. (a) Nada sajak


(i) Nada romantis 2 markah
Huraian : Penyajak menghargai/menyanjungi keistimewaan
kaum wanita 1 markah
Contoh : Wanita, ibuku,
Kakakku, nenekku dan aku,
Anugerah-Nya yang istimewa amat 1 markah
Maksimum 4 markah

8
SULIT
(b) Empat gaya bahasa sajak
(i) Asonansi 1 markah
Contoh : Melambung perasaan 1 markah

(ii) Aliterasi 1 markah


Contoh : Adakala tak tertafsir erti 1 markah

(iii) Metafora 1 markah


Contoh : gua sepi 1 markah

(iv) Sinkope 1 markah


Contoh : tak 1 markah

(v) Hiperbola 1 markah


Contoh : bermandi cahaya siang 1 markah.

(vi) Anafora 1 markah


Contoh : Adakala tak tertafsir erti
Adakala gah mengulum gua sepi 1 markah

(vii) Paradoks 1 markah


Contoh : Bersuara lantang dalam bisu/
Asin dan tawarnya bertempat 1 markah
Maksimum 8 markah

(c) Cipta sajak tema kasih sayang terhadap ibu bapa (sekurang-kurangnya 12 baris)

Tema [2 markah]
Bahasa [2 markah]
Bentuk [2 markah]
Kreativiti [2 markah] 8 markah
Nota :
Calon mencipta selain sajak, markah bentuk maksimum 1.
Sajak yang tidak menepati tema, markah tema 0.
Calon mencipta kurang daripada 12 baris, markah maksimum 4 markah.

4. (a) Pemikiran drama


Pengkisahan sejarah Pulau Pinang 2 markah
Huraian: Blackway menceritakan kisah sebenar sejarah Pulau
Pinang kepada Mat Piah iaitu Inggeris mendapatkan Pulau Pinang
daripada Sultan Kedah dengan cara tipu muslihat 2 markah
4 markah
(b) Dua kritikan sosial
(i) Kritikan terhadap masyarakat yang gemar hidup berfoya-foya 2 markah
Huraian: Terdapat segelintir masyarakat yang tinggal di bandar
gemar berfoya-foya di hotel sehingga larut malam 2 markah

9
SULIT

(ii) Kritikan terhadap masyarakat yang tidak mematuhi


undang-undang/peraturan 2 markah
Huraian: Sekumpulan mat rempit beraksi di jalan raya dengan
menunggang motosikal secara laju/berlumba motosikal 2 markah

(iii) Kritikan terhadap masyarakat penjajah yang tidak menepati janji 2 markah
Huraian: Pihak Inggeris telah membuat satu perjanjian dengan
Sultan Kedah iaitu Sultan Abdullah. Menerusi perjanjian itu,
Inggeris telah berjanji akan melindungi Kedah daripada serangan
Siam dan Burma. Namun apabila Siam menyerang Kedah,
Light lepas tangan dan enggan membantu Sultan Abdullah. 2 markah
Maksimum 8 markah
(c) Adaptasi drama ke dalam bentuk cerpen
Isi / Idea [2 markah]
Teknik [2 markah]
Gaya Bahasa [2 markah]
Kreativiti [2 markah] 8 markah
Nota:
1. Isi tiada kaitan dengan cerita asal, berikan 0 markah untuk isi/idea.
2. Jika calon menulis kurang daripada 80 patah perkataan, maksimum 4 markah.
3. Jika jumlah markah isi, teknik dan gaya bahasa ialah 6 markah, berikan
2 markah kreativiti.

15. (a) Empat persoalan cerpen


(i) Persoalan patriotisme/cinta akan negara yang kental dalam
diri seseorang 1 markah
Huraian : Rosa bersemangat mempertahankan negaranya dengan
mengatakan bahawa Pulau Batu Putih milik Singapura sehingga
sanggup berdebat dengan “aku”./Mustakim mempertahankan
negaranya dengan mengatakan bahawa Pulau Batu Putih adalah
milik Malaysia 2 markah

(ii) Persoalan amanah/tanggungjawab menjalankan tugas/bekerja 1 markah


Huraian : Mustakim amanah dalam menyampaikan berita
kepada masyarakat berkaitan sesuatu isu tanpa ditokok tambah/
bukan sekadar menyelitkan emosi untuk menyedapkan cerita 2 markah

(iii) Persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan 1 markah


Huraian : Selama 3 bulan Rosa menyepikan diri, Mustakim
berusaha mencari Rosa dengan pelbagai cara seperti telefon,
e-mel dan pergi ke apartmen Rosa 2 markah

(iv) Persoalan kerajinan / kegigihan dalam melakukan pekerjaan 1 markah


Huraian : Aku membuat rujukan terlebih dahulu tentang
Pulau Batu Putih sebelum pergi ke Singapura untuk

10
SULIT
mendapatkan skop berita terkini tentang pulau tersebut 2 markah

(v) Persoalan ketaatan pada perintah ketua 1 markah


Huraian : Aku tanpa bersoal jawab akur dengan arahan ketua
pengarang tempatnya bertugas untuk membuat liputan berita
di Singapura dan Belanda 2 markah

(vi) Persoalan kesyukuran kepada Tuhan 1 markah


Huraian : Aku bersyukur kepada Allah apabila kapal terbang
yang dinaikinya selamat mendarat di Lapangan terbang Changi 2 markah

(vii) Persoalan minat/menghargai bidang kesenian/budaya 1 markah


Huraian : Aku dan Rosa menonton dan memberikan pendapat
masing-masing tentang dramatari Kunang-Kunang di Gunung
Ledang di auditorium DBKL 2 markah

(viii) Persoalan keunikan/kepelbagaian ragam manusia 1 markah


Huraian : Aku percaya bahawa Tuhan mencipta manusia penuh
dengan variasi dan setiap manusia adalah unik/mempunyai
personaliti masing-masing 2 markah
Maksimum 12 markah

(b) Adaptasi karya cerpen ke drama


Isi [2 markah]
Teknik [2 markah]
Bahasa [2 markah]
Kreativiti [2 markah] 8 markah

Nota :
1. Calon menulis kurang daripada 4 dialog, maksimum 4 markah.

16. (a) Empat teknik plot dalam petikan


(i) Teknik pemerian 1 markah
Contoh : Dia tidak menolak ajakan itu. 1 markah

(ii) Teknik imbas muka 1 markah


Contoh : Malam itu akan merupakan kali pertama mereka
duduk bertiga, bersua muka, enam biji mata akan bertukar
pandang, walau sebiji daripadanya tersembul macam ikan
merah medak kahang. 1 markah

(iii) Teknik dialog 1 markah


Contoh : “Malam ini datanglah ke restoran makanan laut
di Ture,” pelawa wakil itu kepada jeneral dan pegawai kanan
pemerintahan provinsi, melalui telefon. / “Kamu tahu di mana
restoran itu, bukan?/ Ya, itu satu-satunya restoran makanan
11
SULIT
laut di sini! / Tidak ada yang lain./Kita berjumpa di sana
setengah jam selepas matahari terbenam.” 1 markah

(iv) Teknik monolog dalaman


Contoh : Ajakan yang kedengaran bersungguh-sungguh,
fikir pegawai kanan itu. / Ajakan yang ikhlas, fikir jeneral pula. 1 markah
(b) Tiga perbandingan watak Presiden dan Nakhoda
(i) Presiden seorang yang kejam manakala Nakhoda seorang
yang berperikemanusiaan 2 markah
Huraian : Presiden sanggup membunuh sesiapa yang cuba
menentangnya / mengarahkan tenteranya memotong lidah,
kaki dan tangan anak angkatnya, Pemuda Banaba / melakukan
pembunuhan misteri manakala Nakhoda sanggup membenarkan
sesiapa yang berminat / penumpang yang berpenyakit
menaiki bahtera. 2 markah

(ii) Presiden seorang yang mementingkan diri sendiri manakala


Nakhoda seorang yang suka membantu orang lain/
mengutamakan kepentingan masyarakat 2 markah
Huraian : Presiden mengaut keuntungan daripada projek dan
sanggup bertindak kejam untuk kepentingan dirinya, keluarga
dan rakan-rakannya manakala Nakhoda membina bahtera
supaya ramai orang dapat menyelamatkan diri daripada bencana. 2 markah

(iii) Presiden dan Nakhoda penyayang 2 markah


Huraian : Presiden meminta dicarikan ibunya dan memeluk
ibunya di pantai apabila tiba di pantai Ogonshoto setelah
terselamat daripada kapalnya yang hanyut manakala Nakhoda
cuba menyelamatkan anaknya yang enggan menaiki bahtera
apabila tsunami melanda Ogonshoto. 2 markah

(iv) Presiden seorang penipu manakala Nakhoda seorang yang


bercakap benar 2 markah
Huraian : Presiden menipu dalam buku biografinya / menyamar
sebagai lelaki tua manakala Nakhoda bercakap benar tentang
penyu besar yang dilihatnya walaupun tidak dipercayai
oleh kawan-kawannya. 2 markah

(v) Presiden seorang yang khianat manakala Nakhoda


seorang yang jujur 2 markah
Huraian : Presiden mengkhianati kepercayaan rakyat dengan
mengorbankan tanah petani dan nelayan / mengorbankan
kawasan tadahan hujan untuk projek pembangunan seperti padang
golf manakala Nakhoda jujur merancang pembinaan bahtera /
jujur membina bahtera dengan bantuan pengikutnya tanpa
bermotifkan keuntungan. 2 markah

12
SULIT

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai