Anda di halaman 1dari 11

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Anda DiUtamakan

Tajuk 1 : Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan

murid.

2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan

murid.

Tarikh : 04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan)

Masa : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang)

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang,

guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah

Bahan / Alat : Kain rentang/banting

Langkah-langkah :

1. Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula.
Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan sekolah. Contoh kain rentang :
SELAMAT DATANG KE SEKOLAH

Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah

“Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.”

2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid.

3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas /
bersalaman / peluk murid. Contoh :

a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera

b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school

c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah

4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka.

Penilaian : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa.

Rumusan : Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan

perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pandangan Pertama

Tajuk 2 : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan


Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan

murid.

2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid.

3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang

kondusif dan teraputik.

Tarikh : 04 Januari 2012

Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi

(waktu pertama persekolahan pagi dan petang)

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis

Bahan / Alat : Sistem siaraya, kerusi, rostrum

Langkah-langkah :

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan


mingguan.

2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif.

3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah dalam gaya yang
mesra dan cara yang menyenangkan.

4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan
guru dan kasih sayang guru kepada murid.

Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela


dan selesa.

Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui

komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka hadir ke sekolah dengan
perasaan sukarela dan selesa.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tajuk : Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaran

Tema : Syoknya belajar !

Objektif : 1. Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid

sepanjang pembelajaran dan pengajaran.

2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.

3. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan hasil kewujudan
perhubungan yang lebih mesra dalam kalangan murid dan guru.

Tarikh : Sepanjang tahun

Masa : Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaran

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Semua guru

Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian


Langkah-langkah :

1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid.

2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap

keprihatinan terhadap murid.

3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid

untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku

semasa pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya.

5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian.

6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan

bersikap mesra.

7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat /
kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow, tahniah kerana
memberi tumpuan.

8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik

kelas sebelum guru keluar dari kelas.

Penilaian : Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Rumusan : Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran

yang menyeronokkan, dan seterusnya mengurangkan tekanan

kepada guru dan murid.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tema : Guru Sumber Inspirasi

Tajuk 3 : Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas.

2. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru kelas bersesuaian dengan konsep in
loco parentis.

3. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadap

guru, rakan-rakan dan kelas sendiri.

Tarikh : 04 Januari 2012

Masa : 8.10 pagi hingga 9.30 pagi (2 waktu selepas perhimpunan)

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Guru kelas

Bahan / Alat : Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :

1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan.

2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas.

3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk
memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti.

4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama murid.
Penilaian : Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas seperti

dipersetujui bersama, contohnya penjagaan kebersihan kelas, kewujudan keharmonian kelas,


pengurusan papan notis, dan sebagainya.

Rumusan : Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan

murid dan guru berlandaskan konsep in loco parentis.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pembudayaan sikap prihatin

Tajuk : Bersamamu, sayang

Objektif : 1. Mewujudkan rasa diambil berat oleh guru.

2. Mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah kesempitan hidup.

3. Menanam semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.

Tarikh : Mengikut kesesuaian

Masa : Mengikut kesesuaian

Sasaran : Murid yang berkeperluan (bantuan kemiskinan, mangsa bencana,

kematian, anak yatim dan lain-lain)


Personalia : PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru

Biasiswa, Guru Data

Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :

1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan.

2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian.

3. Menghulurkan bantuan :

a. Lawatan ke rumah

b. Lawatan ke hospital

c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain

4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan.

Penilaian : Murid mendapat bantuan dan kekuatan untuk mengharungi masalah

kesempitan hidup.

Rumusan : Guru penyayang sentiasa prihatin untuk mengenalpasti murid yang

berkeperluan. Bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat mengurangkan tekanan emosi dan
bebanan yang dihadapi. Murid akan merasa dirinya dihargai dan rasa dirinya terbela. Seterusnya murid
akan mendapat kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Iklim Sekolah Penyayang


Tajuk : Komuniti prihatin, komuniti penyayang

Objektif : 1. Mewujudkan persekitaran yang mendorong warga sekolah

untuk lebih bersifat penyayang.

2. Menimbulkan rasa keperluan untuk bersifat penyayang kepada murid.

3. Mempraktikkan amalan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Tarikh : Sepanjang tahun

Masa : Sepanjang masa persekolahan

Sasaran : Semua warga sekolah

Personalia : Guru Media, Jawatankuasa 3K

Bahan / Alat : Kain rentang, papan kenyataan, bahan/dokumen berkaitan

Langkah-langkah :

1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang.

2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah :

a. tempat memaparkan kain rentang

b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid

c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru

d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji

e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat dengan masyarakat
3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh :

a. Amalan senyuman mesra

b. Amalan ucapan terima kasih

c. Amalan bersalaman

Penilaian : Wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Rumusan : Suasana dan persekitaran yang berunsur kasih sayang akan

mewujudkan iklim sekolah yang bersifat penyayang. Iklim positif ini akan sentiasa mendorong murid
suka hadir ke sekolah dan mengamalkan gaya hidup penyayang.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Latihan dalam Perkhidmatan

Tajuk : Guru Penyayang, Murid Sayang

1. Objektif : 1. Memahami konsep Guru Penyayang berlandaskan elemen

9P5K.

2. Mengaplikasikan konsep Guru Penyayang sebagai satu budaya kerja.

3. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan

beretika.

Tarikh : LDP sekolah kali pertama


Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Sasaran : Semua guru

Personalia : Pengetua / Guru Besar

Bahan / Alat : Edaran bahan LDP

Langkah-langkah :

1. Pembentangan Konsep Guru Penyayang dalam persembahan Power Point.

2. Pembengkelan pengisian dan perlaksanaan Program Guru Penyayang.

3. Pembentangan hasil pembengkelan.

4. Penetapan garis panduan perlaksanaan Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah.

5. Penubuhan Jawatankuasa Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah.

Penilaian : 100% guru dapat memahami dan mempraktikkan konsep Guru

Penyayang.

Rumusan : Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat

prihatin dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat

penyayang dapat memberi sumbangan kepada usaha peningkatan

sahsiah diri murid dan akademik.

Anda mungkin juga menyukai