Anda di halaman 1dari 2

Bermulanya kisah di mana Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada serta peri mendengar tentera

ketujuh bercakap kepada seri Betara dan Patih gajah mada mengenai hasratnya untuk mengalahkan
negeri Melaka dengan seorang diri. Peri mengatakan bahawa Laksamana telah membunuh penjenayah
tersebut di Bukit Cina. Patih Gajah Mada mengetahui bahawa tentera yang diperintahkan oleh Seri
Betara untuk pergi menyerang Melaka sudah mati. Patih Gajah mada berasa hairan. Patih gajah mada
berfikir di dalam hatinya.

Setelah berapa lama Patih Gajah Mada mengetahui bahawa tentera yang diperintahkan oleh Seri Betara
untuk pergi menyerang Melaka sudah mati, Patih Gajah mada berasa hairan. Patih gajah mada berfikir di
dalam hatinya. “negeri Melaka itu sukar untuk dihancurkan maka puas hatiku. khabar tentera tujuh
saudara di bukit cina itu,jika mereka belum mati, pasti kalahlah negeri Melaka itu. ‘Walaupun negeri
Melaka itu sukar dibinasakan namaun patih berasa puas hati kerana dia yakin penjurit tujuh bersaudara
itu tidak mati, dia pasti dapat kalahkan negeri melaka

Setelah sudah berfikir, Patih Gajah Mada pun teringat akan Petala Bumi itu. Patih Gajah Mada pun
segera menyuruh isteri Petala Bumi untuk menanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari yang pergi
mencuri ke Daha itu, sama ada sudah pulang dari Daha atau belum. Maka orang Patih Gajah Mada pun
pergi kepada isteri Petala Bumi.

Apabila melihat Kertala Sari sudah sampai dari Daha, dan memperoleh banyak harta seperti emas,
perak, pakaian dan duit hasil daripada barang curiannya. Setelah Kertala Sari sampai di rumah, Kertala
Sari pun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ke mana bapa pergi kerana saya tiada melihatnya?”.

Setelah ibu kertala sari mendengar kata-kata anaknya itu, ibunya menangis lalu berkata “ Anakku,
ayahmu telah mati dibunuh oleh orang melayu yang bernama Laksamana hulubalang Melaka”. Setelah
kertala sari mendangar kata-kata ibunya, Kertala Sari berasa marah lalu berkata “ Siapa yang menyuruh
membunuh bapaku itu akan aku hancurkan negeri majapahit ini.”

Maka ibunya menceritakan apa yang berlaku dari awal sehingga penghujung kepada anaknya. Setelah
kertala Sari mendengar cerita daripada ibunya, kertala sari berasa amat marah “ Ceh, Ratu Melaka dan
Laksamana, aku akan membunuhmu sehingga mati. Syahadan Melaka turut aku binasakan. Jika aku
tidak berbuat demikian, maka aku bukanlah seorang anak tentera yang berani dan perkasa.”

Setelah kertala sari berkata demikian, datang orang suruhan dari patih gajah mada. Orang suruhan
tersebut mendengar kertala sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti orang yang sedang
bergaduh. Setelah kertala sari melihat orang suruhan Patih gajah mada itu datang, maka kertala sari
bertanya “ siapakah tuan hamba ini?” orang suruhan itu berkata, “ Patih gajah mada menyuruh hamba
menjenguk tuan hamba sama ada sudah pulang dari Daha atau belum kerana Patih Gajah mada hendak
berjumpa dengan hamba”. Maka kertala sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringi oorang
suruhan patih gajah mada itu.
Setelah kertala Sari datang menghadap Patih Gajah Mada, lalu kertala Sari pun menyembah. Lalu, patih
gajah mada bekata “ wahai anakku kertala sari, aku memanggil mu ini adalah untuk menyampaikan
pesanan bapamu kepada aku. ‘ Jangan lah engkau tidak mengasihi anakku ini kerana bapanya sudah
mati dengan pekerjaan seri betara’. Sekarang anakku akan menjadi ketua yang hebat. Setelah
mendengar kata-kata Patih gajah mada, maka kertala sari berasa amat gembira lalu menyembah kaki
patih gajah mada.

Maka sembah kertala sari, “ mengapa patik perlu risau untuk membunuh ratu Melaka dan Laksamana
itu? Pada hati patik, jika Patik dpat mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang diri sahaja, maka
segala anak bini negeri Melaka itu patik dapat ambil. Namun jika patik belum mebunuh laksamana dan
ratu Melaka itu sehingga mati , patik tidak mahu menjadi ketua.” Setelah patih gajah mada mendengar
kata-kata itu, maka baginda amat gembira lalu menjamu kertala sari dengan makana dan minuman serta
bersuka-ria dan memberi pakaian kepada kertala sari.

Setelah sudah maka kertala sari pun dibawa masuk menghadap seri betara. Maka sembah patih gajah
mada “ tujuh orang tentera yang dititahkan oleh paduka betara untuk ke negeri Melaka itu sudah mati
dibunuh oleh laksamana ketujuhnya. Pada inilah penjuritnya. Namanya mulanya, Negeri Melaka sedikit
tewas. Sekarang baharulah patik beroleh muslihat penjurit; Kertala Sari dan anak Petala Bumi yang
dipesan oleh bapanya kepada patik.

Setelah Seri Betara mendengar kata-kata Patih Gajah Mada, Seri Betara pun bertitah, “Wahai Kertala
Sari, adakah kau dapat membunuh Ratu Melaka dan hulubalang Laksamana itu?” Sembah Kertala Sari,
“Daulat tuanku, apalah sangat untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedangkan negeri
Daha itu sudah kita kalahkan?” Setelah Seri Betara mendengar kata-kata Patih Gajah Mada, Seri Betara
pun bertitah, “Segeralah ke Melaka agar aku melantikmu sebagai ketua yang hebat.”

“Jika tuanku yang menitahkan, maka patik akan segera ke Melaka dengan sebuah perahu untuk
menunaikan permintaan tuanku Betara. Seri Betara bertitah, “Wahai Patih Gajah Mada, segeralah
hantar ke Melaka.” Patih Gajah Mada pun menyediakan sebuah perahu dengan sepuluh orang
bersamanya pergi. Setelah selesai Kertala Sari pun belayar.

Seri Betara bertitah, “Wahai Patih Gajah Mada, segeralah hantar ke Melaka.” Patih Gajah Mada pun
menyediakan sebuah perahu dengan sepuluh orang bersamanya pergi. Setelah selesai Kertala Sari pun
belayar. Setelah berapa lama, maka Kertala sari pun sampai di Melaka. Kertala Sari pun singgah di luar
kota iaitu kampung kepada penduduk Jawa. Kertala Sari pun menyamarkan diri kepada penduduk Jawa
yang ramai itu. Kertala Sari sering berjalan keluar masuk bermain-main di kampung orang kaya-kaya dan
saudagar.

Anda mungkin juga menyukai