Anda di halaman 1dari 18

Cerita ini bermula dengan peristiwa Seri Betara Majapahit dan Patih Mada mendapat khabar

sedih tentang kematian tujuh orang parajuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka.
Orang suruhan Patih Gajah Mada telah menemui Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman
Patih Gajah Muda. Patih Gaja Mada telah membawa Kertala Sari berjumpa dengan Seri Betara di
Istana Seri Betara, Majapahit. Seri Betara akan melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung.
Mereka berbincang cara-cara untuk membunuh Laksamana dan Raja Melaka sekali gus
menumpaskan kerajaan Melaka. Seri Betara mengarahkan Kertala Sari ke Melaka u ntuk menuntut
bela atas kematian tujuh orang penjuritnya dengan cuba membunuh Ratu Melaka dan Laksamana.

Kertala Sari bersemangat waja dan bersedia untuk menjunjung perintah Seri Betara. Kertala Sari
telah belayar ke Melaka bersama-sama sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya
sebagai orang Jawa untuk bersama-sama penduduk kampong yang berketurunan Jawa di Melaka.
Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patin Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengecam
Laksamana yang telah membunuh bapanya.
Pada suatu malam , Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya.
Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabul. Pada
malam –malam berikutnya, Kertala Sari telah menceroboh rumah saudagar dan orang kaya
yang lain. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Baginda telah
memerintah Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga
keselamatan rumah-rumah dan kampong.

Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari menggunaklan ilmu sakitnya. Saktinya untuk
menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya itu. Habis harta benda
orang kaya itu dicurinya dan bini orang kaya itu turut dicabul oleh Kertala Sari. Sekali lagi, Raja
Melaka mengarahkan Temenggung memperkukuhkan barisan pertahanan bagi mengawal
negeri Melaka daripada ancaman pencuri. Temenggung telah mengarahkan lima ratus orang
pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki
pencuri. Laksamana memberitahu Raja bahwawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka
mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka.

Laksamana memohon kebenaran Raja untuk mencuba menangkap pencuri itu.


Laksamana memasang lembing, tombak, dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana
mencuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan
tipu muslihat itu. Pada waktu malam, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia
ternampak Kertala Sari cuba memasuki istana Raja Melaka. Laksamana menyembunyikan
dirinya untuk melihat perkembangan penjahat itu.
Pada suatu malam, Kertala Sari cuba memasuki istana itu untuk mencuri dan mengganggu bini
raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana itu, dia terdengar bunyi senjata dan kayu
yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke Istana Raja Melaka.

Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di
tengah pasar pada suatu malam. Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan
menikam dadahnya. Selepas membunuh Kertala Sari Laksama telah mengambil keris dan
memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa dialah pembunuh Kertala Sari itu. Orang
ramai menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari. Bendahara
Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Laksama masuk, menghadap Raja Melaka
dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yan g telah dipotongnya. Raja
Melaka menganugerahinya anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari.

Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengrahkan rakyat untuk mendapatkan harta
yang dicuri dan disembunyikan oeh Kertala Sari di Bukit Cina semula. Raja Melaka mengagihkan
segala harta yang diperoleh semula itu kepda tiga bahagian, iaitu dua bahagian diberikan
kepada Laksamana dan satu bahagian serahkan kepada pemilik asal harta yang berkenaan.
Semua rakyat bersetuju dengan cadangan raja itu. Laksamana telah mengagihkan pula
separuh harta yang diterimanya itu kepada tiga bahagian. Negeri Melaka kembali aman dan
sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Semetara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita
tetang kematian Kertala Sari yagn dibunuh oelh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada
brusaha sedaya upaya untuk mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan
menawan negri Melaka itu.
Kepahlawanan seorang Laksamana
yang mempertahankan negara
daripada ancaman musuh dan anasir
luar.
 Persoalan kegagahan dan kehebatan pahlawan Melayu.
 Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal
fikiran untuk menewaskan musuh.
 Persoalan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
terhadap pemerintah.
 Persoalan menuntut bela atas kematianorang tersayang.
 Persoalan amanah dalam melaksanakan tugas
.
 Watak utama ~ Laksamana
 Watak-watak sampingan ~ Kertala Sari, Seri Betara, Majapahit,
Bini Petala Bumi, tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya,
Temenggung, Bendahara dan sebagainya.
Laksamana
 Beliau merupakan seorang hulubalang Melaka.
 Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit
termasuklah Petala Bumi.
 Seorang yang bijaksana. Contohnya, Laksamana memakai baju
berwarna hitam ketika dia keluar menjejaki pencuri yang
membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam.
 Seorang yang berani dan gagah. Contohnya, Laksamana
berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya.
 Seorang yang digeruni oleh pihak lawan.Contohnya, Laksamana
berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya.
 Seorang yang digeruni olek pihak lawan. Contohnya, Kertala Sari
berasa gerun ketika pertama kali melihat Laksamana yang
begitu gagah perkasa.
 Seorang yang baik hati. Contohnya, Laksamana mengagaihkan
harta benda yang diterimanya kepada tiga bahagian
termasuklah bahagian golongan fakir miskin.
 Seorang yang patuh akan perintah raja. Contohnya, Laksamana
menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang
bantahan.
 Seorang yang bertanggungjawab.Contohnya, Laksamana
menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan
penuh tanggungjawab.
 Seorang hulubalang kerajaaan Majapahit.
 Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana.
 Seorang yang berani bertindak.Contohnya, berani menjalankan
kegiatan mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun berasa
bimbang.
 Serorang yang kejam dan ganas. Contohnya, Kertala Sari bukan
sekadar mencuri harta benda, malah turut mencabul
kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar.
 Serong yang memiliki ilmu kesakitan. Contohnya, menggunakan
ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi halimunan ketika
mencuri di rumah mangsanya.
 Seorang yang pendendam. Contohnya, berdendam dan
berniat untuk membunuh Laksamana dan Sultan Melaka yang
telah membunuh bapanya, Petala Bumi.
 Seorang yang patut akan perintah pemerintah. Contohnya,
Kertala Sari patuh akan perintah Seri Bertala Majapahit yang
menitahkannya ke Melaka bagi membunuh Sultan Melaka dan
Laksamana.
 Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah Alam.
 Seorang yang adil dan saksama. Contohnya, baginda telah
mengagihkan harta benda milik rakyat dan pembesar semula
secara rata dan adil.
 Seorang yang mementingkan keharmonian negara.Contohnya,
baginda berasa resah dan bimbang setelah mendapat berita
bahawa negeri Melaka diancam kes kecurian.
 Seorang yang mementingkan jasa hulubalang.Contonya,
memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya
memakmurkan bumi Melaka semula.
 Seorang yang rasional dalam membuatkan tindakan.
Contohnya, baginda mengarahkan Temenggung mengetatkan
lagi kawalan di kawasan kampung dan negeri bagi mengawal
kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi.
 Pembesar dan Panglima perang kerajaan Majapahit.

 Seorang yang pendendam. Contohnya, Patih Gajah Mada


berusaha sedaya upaya mencari hulubalang atau pahlawan
yang handal bagi menentang Laksamana dan Sultan Melaka.
 Latar Tempat

 1. Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke


Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.
 2. Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah
pergi menemui Kertala Sari untuk menjemoutnya ke kediaman
Patih Gajah Mada.
 3. Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan
menyembunyikan harta yang dicurinya di Bukit Cina.
 4. Istana Tuanku Syah Alam/ Sultan Melaka. Laksamana telah
membawa bukti keris dan alat kemaluan Kertala Sari yang telah
dipotong sebagai bukti bahawa beliaulah yang telah
membunuh Kertala Sari.
 5. Tengah pasar. Laksamana telah berpakaian serba hitam
dan menyamar sebagai penjurit untuk menangkap penjurit
sebenar yang telah menghuru-harakan negeri Melaka.
 6. Melaka. Keadaan huru-hara berlaku di Melaka selepas
banyak rumah rakyat dan pembesar dimasuki pencuri.
Latar Masa

 Zaman pemerintahan Kesultanan Melaka. Peristiwa yang berlaku


dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan
Melaka.
 Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya
telah dimasuki pencuri dan semua harta bendanya habis dicuri
pada waktu pagi.
 Waktu siang. Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi
mengetuai rakyat untuk mendapatkan harta milik mereka
semula yang telah dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di
Bukit Cina.
 Waktu malam. Kertala Sari telah menceroboh dan mencuri harta
benda di rumah Bendahara pada waktu malam.
Latar Masyarakat
 Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman
pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan
perintah raja.
 Golonganistana yang terdiri daripada pemerintah,
menteri-menteri dan hulubalang.
 Masyarakat yang ingin menuntut bela atas kematian
orang tersayang.
 Masyarakatyang bijak menggunakan tipu muslihat
untuk menjerat musuh.
 Masyarakat
yang mengamalkan ilmu kesaktian dalam
melaksanakan tugas.
 Masyarakat yang berani melawan musuh.
 Penggunaan kata penanda wacana. Contohnya : hatta,
alkisah, maka
 Bahasa Arab. Contohnya:
(a) Insya-Allah taala
(b) syahwat
(c) Demi Allah
 Bahasa Istana. Contohnya: tuanku,patik,baginda,titah.
 Bahasa Melayu klasik. Contohnya: manira, pakanira, karar
 Simile. Contohnya: Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-
kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi.
 Personifikasi. Contohnya: …maka dilihatnya senjata dan kayu
palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak.
 Hiperbola. Contohnya: Maka didengar oleh Laksamana kaki
Kertala sari itu terlalu gemuruh bahananya.
 Perulangan kata/Repitisi. Contohnya:
Maka sembah Laksamana,”Daulat tuanku, mohonkan ampun
dan kurnia; adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit
negeri lain”
Kasih sayang
Keberanian

Kegigihan
Tanggungjawab

Kebijaksanaan Ketaatan

Semangat
bermasyarakat
 Kita
hendaklah cekap menyusun strategi bagi
menumpaskan pihak musuh.
 Kita
mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk
menjerat musuh.
 Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh.
 Kitahendaklah mempunyai sikap taat dan setia
terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi.
 Kita
hendaklah menghindarkan diri daripada
menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain.

Anda mungkin juga menyukai