Anda di halaman 1dari 3

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang bercetak

tebal.

9. Perdana Menteri menasihati rakyat agar menjaga sensitiviti setiap kaum untuk mengekalkan

Perpaduan.

A. Rakyat menasihati Perdana Menteri supaya mengekalkan perpaduan untuk menjaga


sensitiviti setiap kaum.
B. Perdana Menteri dan rakyat dinasihatkan agar menjaga sensitiviti setiap kaum untuk
mengekalkan perpaduan.
C. Sensitiviti setiap kaum dijaga dan perpaduan dikekalkan oleh rakyat apabila Perdana Menteri
menasihati.
D. Rakyat dinasihati oleh Perdana Menteri supaya menjaga sensitiviti setiap kaum untuk
mengekalkan perpaduan.

10. Nenek tidak dapat mengunyah daging yang _____________________________ itu kerana tidak

ada gigi.

A. Liat macam getah


B. Miang macam keladi
C. Sejuk macam ais
D. Pedas macam lada
Soalan 11 hingga 15 berdasarkan sajak di bawah.

Kita Umpama Sehelai Daun

Kita umpama sehelai daun Kita umpama sehelai daun

bertunas segar di hujung ranting bakal kering sampai waktunya

lalu melebar dan merimbun usahlah angkuh keupayaan diri

tempat bercanda unggas meriang sehingga lupa makhluk duafa

di bawah redup bebayang mentari ingin bernaung mencari hidup

andai kikir jasa dan bakti jadilah sehelai daun

di mana lagi tempat bernaung hijau menunas menyegar mata

dari tusukan bahang memijar kering gugur menjadi baja

unggas kecil tidak berkudrat

Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,

Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka

11. Baris “ tempat bercanda unggas meriang “ membawa maksud

A. Kawasan burung hinggap dengan riang.

B. Kawasan haiwan berteduh daripada panas.

C. ruang burung hinggap setelah mencari makanan.

D. tempat burung membuat sarang untuk bertelur.

12. Berdasarkan sajak “ Kita Umpama Sehelai Daun “, nyatakan tema sajak tersebut

A. Tanggungjawab tumbuhan terhadap haiwan.

B. Kesyukuran atas nikmat Tuhan.

C. Kecintaan terhadap tumbuh-tumbuhan.

D. Amalan yang baik dalam kehidupan.


13. Frasa “ dari tusukan bahang memijar boleh dibandingkan dengan

A. panas macam matahari.

B. panas macam api.

C. pedih seperti cili.

D. pedih seperti lada.

14. Pernyataan yang berikut merupakan nasihat yang ingin disampaikan oleh penyajak, kecuali

A. hidup hendaklah berbakti.

B. menganggap diri lebih sempurna.

C. elakkan bersikap sombong.

D. menyenangkan hidup orang lain.

15. Sajak ini mengingatkan kita agar berbakti kepada masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah cara yang tidak sesuai dilakukan untuk berbakti kepada
masyarakat?

A. Bergotong-royong membersihkan Kawasan perumahan.


B. Mengunjungi rumah orang-orang tua.
C. Menghabiskan masa berbual kosong degan jiran.
D. Membantu jiran yang berpindah rumah.

Anda mungkin juga menyukai