Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI JABATAN PENGAJIAN AM

PERINGKAT JABATAN / UNIT

NAMA AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT : HALAWATUL UKHWAH

BENTUK AKTIVITI KEAGAMAAN / MOTIVASI / PRA – KPI / KHIDMAT MASYARAKAT

KEKERAPAN Setahun sekali / setiap semester

TARIKH & HARI 16 Mac 2013 (SABTU)

UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL KERJASAMA SISWA & SISWI


ANJURAN
KELAS DKA 1B, DEM1, DPU1 DAN DIS2A, POLITEKNIK UNGKU OMAR

ASRAMA ANAK-ANAK YATIM DARUS’ SALAM


TEMPAT LOT 34346, JALAN ISTANA DESA, TAMBUN
31400 IPOH, PERAK.

30 ORANG SISWA/I DEM1, DPU1, DKA 1 &DIS2A


BILANGAN PESERTA
30 ORANG ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN

PN. WAN NORINA BT WAN HAMAT


PENYELIA LAPORAN
CIK. SOLEHAH BT SAMSUDIN

LAPORAN PERJALANAN / KELANCARAN AKTIVITI

KEPENTINGAN : Program Khidmat Masyarakat yang bertemakan


HALAWATU UKHWAH ini adalah satu program yang dirancang oleh
graduan siswa/i dari kelas DEM1, DPU1,DKA1B dan DIS2A politeknik Ungku
Omar. Program ini bertujuan untuk melaksanakan tugasan projek bagi
kursus AA101 Pendidikan Islam dan sebagai nilai tambahan untuk pelajar
DIS 2A. Melalui program ini pelajar diberi pendedahan berhubung proses
pembelajaran bagi topik Isu-isu Kontemporari dengan lebih mendalam.
Objektif / Justifikasi / Kepentingan
Program bersama anak-anak yatim ini telah dipilih sebagai salah satu
aktiviti :
aktiviti yang dapat mendekatkan pelajar dengan masyarakat serta
memantapkan cara berkomunikasi, bekerjasama, menghormati dan
menghargai di antara ahli kumpulan serta mengeratkan hubungan ukhwah
antara mereka di samping itu memberi pendedahan kepada mereka cara
berhubung dan melaksanakan khidmat masyarakat setempat juga
mengamalkan sikap tolong menolong serta mengambil berat tentang
masyarakat sekeling.

LAPORAN BULAN MAC 2 0 1 3


OBJEKTIF :

1. Membentuk dan melahirkan graduan yang seimbang dari


aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dapat
menguasai ilmu dan kasih sayang.
2. Memantapkan semangat berpasukan dalam sebuah
organisasi di samping mendekatkan diri dengan aktiviti
kemasyarakatan.
3. Melahirkan graduan yang bertoleransi dan dapat
mengadaptasikan pengalaman erti kehidupan sebenar
anak-anak yatim & miskin
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara graduan
dengan anak-anak yatim.
5. Mencungkil bakat anak-anak yatim dalam aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.

AKTIVITI :

1. Sesi dialog dan Taaruf dengan pihak pengurusan dan anak-anak


yatim.

2. Sesi sukaneka bersama anak-anak yatim

3. Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

4. Pemberian sumbangan barang keperluan dapur, cenderahati dan


hadiah kepada pemenang dalam aktiviti.

5. Gotong royong (mengecat bilik darjah, memasak, menambahbaik


peralatan sekolah seperi meja, kerusi, dinding kelas),
membersihkan kawasan asrama dan sekolah anak-anak Yatim

Rumusan Laporan

Secara keseluruhan, program ini mencapai objektif yang telah digariskan. Program yang dirancang telah berjaya
dilaksanakan dengan lancar serta mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan Asrama anak- Yatim
serta anak-anak yatim disana. Pelajar-pelajar turut mendapat pengalaman bersama dengan anak-anak yatim
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan serta secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-
bakat mereka. Di smping itu, mereka juga dapat menyelami kehidupan anak-anak yatim dengan menjadikan
pengajaran untuk kehidupan akan datang. Dengan terlaksananya program ini juga pelajar-pelajar mendapat
pengalaman dalam “menghandle” sesuatu program. Diharapkan program seperti ini terus mendapat sambutan
dan sokongan daripada pihak politeknik untuk merealisasikan halatuju dan matlamat trasformasi dalam
pendidikan.

LAPORAN BULAN MAC 2 0 1 3


GAMBAR SEKITAR AKTIVITI PELAJAR

AKTIVITI MEMASAK DAN


MAKAN TENGAHARI
BERSAMA ANAK-ANAK
YATIM

AKTIVITI SUKANEKA DAN LDK


BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

AKTIVITI MENCERIAKAN KELAS


DAN PERMANDANGAN ASRAMA
ANAK-ANAK YATIM

LAPORAN BULAN MAC 2 0 1 3

Anda mungkin juga menyukai