Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

SEMESTER 1 SESI 2019/2020

LAPORAN LAWATAN KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION (KDCA) 2019

(AA30503)

ETNOGRAFI BORNEO

NAMA PENSYARAH: PROF. DR. JACQUELINE PUGH-KITINGAN

DISEDIAKAN OLEH:
1.0 PENGENALAN

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

ALICIA ANATASHA WONG BA17110319


AMIRUL BIN KETIKA BA17110131
MOHD NASRUL BIN HASHIM BA17110390
MUHAMAD SHAHIR BIN ABDUL KAHAR BA17110392

MELVERA MARTIN BA17110459

NURHIDAYANA BINTI JANIDA BA17110429

ZUHAIDAHTUL NOOR SYUHADA BINTI DUKA BA17110414

1
Lawatan ke Hongkod Koisaan (KDCA) yang terletak di Penampang, Kota Kinabalu memberikan
peluang untuk melihat dan merasai sendiri budaya berserta gaya hidup kumpulan etnik pribumi
Kadazandusun di Sabah yang diamalkan sewaktu hidup pada zaman dahulu. Bukan itu sahaja,
Hongkod Koisaan ini juga beroperasi sebagai muzium yang memelihara budaya etnik dan
pengalaman yang boleh didapati disini adalah dapat berkongsi pengetahuan, sejarah, budaya,
dan tradisi kumpulan etnik yang terdapat di Sabah agar ianya tidak larut ditelan zaman.
Hongkod Koisaan ini mempunyai sebanyak sebelas rumah kumpulan etnik yang dijadikan
replika untuk ditonton generasi masa kini dan generasi masa akan datang. Misalnya, Rumah
Budaya Penampang, Rumah Kebudayaan Tenom, Rumah Budaya Beaufort, Rumah Kebudayaan
Kota Belud, Rumah Budaya Kuala Penyu, Rumah Kebudayaan Keningau, Dewan Kebudayaan
Tambunan, Rumah Kebudayaan Papar, Rumah Kebudayaan Ranau, The Rumah Budaya Tuaran
dan Rumah Budaya Kudat.
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), yang sebelum ini dikenali sebagai
Persatuan Kebudayaan Kadazan (KDCA) adalah Persatuan bukan politik 40 komuniti etnik
pribumi di Sabah, pertama kali didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966, pada 29
April 1966 oleh Timbalan Pendaftar daripada Pertubuhan Malaysia, Encik JP Rutherford dan
dipimpin oleh (Huguan Siou) Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin
Kitingan. KDCA untuk permulaannya bermula dengan kelahiran Persatuan Kadazan Penampang
pada tahun 1953 dan masyarakat ini membuka jalan bagi pembentukan Persatuan Kebudayaan
Kadazan Sabah (KDCA) pada tahun 1963 yang kemudiannya diubah menjadi KDCA pada 25
September 1991. Perkampungan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) kini terlibat dalam
pelbagai aktiviti berkaitan penyelidikan & dokumentasi, pemeliharaan, pembangunan dan
promosi budaya Kadazandusun dari segi bahasa dan karya sastera Bobolian & Rinaits iaitu
perubatan tradisional, makanan dan minuman tradisional, muzik, lagu, tarian dan drama, seni,
kraftangan dan reka bentuk tradisional, sukan tradisional serta pakaian tradisional.
Akhir-akhir ini, bersama-sama dengan kerjasama antarabangsa yang semakin
berkembang di kalangan penduduk asli dunia, pengetahuan pribumi, harta intelektual dan
pemuliharaan, sumberdaya dan perlindungan hak sumber tradisional telah menjadi bidang baru
kebimbangan dan tanggungjawab KDCA. KDCA terus memainkan peranan pentingnya dalam
memupuk perpaduan, persahabatan dan kerjasama di kalangan penduduk berbilang kaum di
Sabah melalui program dan perayaan budaya partisipatif seperti tingkat Desa, Daerah dan
Negeri Tahunan "Kaamatan Festival". Sejak bertahun-tahun, ia telah menghantar Tarian

2
Prestasi Budaya ke lawatan muhibah ke negara-negara lain di Malaysia, ke negara-negara Asia
yang berdekatan, ke Eropah, Amerika, Kanada dan New Zealand.
2.0 GAMBARAN KESELURUHAN AKTIVITI

Pada hari Isnin bersamaan tanggal 18 November 2019, para pelajar Sosiologi dan Antropologi
Sosial (HA14) telah membuat lawatan sambil belajar ke Hongkod Koisaan, Penampang. Para
pelajar mula bekumpul di foyer Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan tepat pada pukul 12:30
tengah hari untuk bertolak ke Hongkod koisaan. Selepas selama 20 minit pelajar berkumpul,
kesemua para pelajar dan pensyarah telah mengambil gambar kenang-kenangan selama dua
minit dan sebagai bukti telah menjalankan kerja lapangan. Setelah itu, kesemua pelajar menaiki
dua bas yang telah disediakan bagi lawatan ke Hongkod Koisaan. Pada pukul 1 petang, bas
telah memulakan perjalanan dari UMS untuk menuju ke kawasan lawatan dan perjalanan ini
telah mengambil masa kira-kira 1 jam.

RAJAH 1: GAMBAR PARA PELAJAR DAN PENSYARAH SEBELUM BERTOLAK


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Setibanya di Hongkod Koisaan, para pelajar dan pensyarah turun dari bas menuju ke
pintu masuk Hongkod Koisaan. Pelawat dapat melihat beberapa ciri khas yang terdapat di pintu
gerbang Hongkod Koisaan yang menyerupai seorang wanita dengan lengannya terulur, menari
'Sumazau'. Para pelajar telah disambut oleh beberapa penyambut tetamu yang berpakaian
tradisional dan berdiri secara berbaris di pintu gerbang dengan memberikan kalung dan beg
yang diperbuat sendiri kepada para pelajar dan pensyarah. Setelah semua pelajar memasuki
dewan tersebut, para pelajar diarah untuk duduk dimeja yang telah disediakan dan
kemudiannya wakil Hongkod Koisaan tersebut telah memberikan ucapan alu-aluan kepada
semua warga UMS kerana sudi bertandang ke sana. Selepas selesainya ucapan tersebut, para
pelajar diarah untuk menjamu selera hidangan yang telah disediakan. Ketika para pelajar
sedang menjamu selera, terdapat empat persembahan tarian yang dilakukan oleh penari

3
Hongkod Koisaan iaitu tarian sambut tetamu, tarian suku Bajau, tarian suku Murut dan Tarian
Magunatip. Untuk menambahkan lagi kemeriahan suasana di dewan tersebut, wakil KDCA telah
memanggil beberapa orang pelajar untuk menari diatas pentas untuk memeriahkan lagi
suasana yang berlangsung selama empat puluh minit sebelum memulakan aktiviti yang
seterusnya.

RAJAH 2: GAMBAR PARA PELAJAR BERSAMA PENARI HONGKOD KOISAAN


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Selepas aktiviti menjamu selera dan persembahan selesai, para pelajar telah dibahgikan
kepada 4 kumpulan untuk memudahkan proses lawatan. Setiap kumpulan akan diketuai oleh
satu orang wakil Hongkod Koisaan untuk menerangkan tentang segala yang terdapat di rumah-
rumah tradisi yang terdapat di KDCA tersebut. Misalnya, seperti rumah Dusun Kota Belud,
Rumah Orang Gana Keningau, Rumah Bisaya beaufort, Rumah Kadazan Penampang, Rumah
Kuala Penyu Tatana, Rumah Liwan Ranau, Rumah Dusun Papar dan Rumah Lotud Tuaran. Di
setiap rumah mempunyai pelbagai reka bentuk rumah yang tersendiri yang dapat membezakan
rumah mereka dari kaum-kaum yang lain. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan setiap
kaum yang terdapat di dalam rumah masing-masing. Peralatan di setiap rumah sudah
dilabelkan namanya, perkara tersebut sedikit sebanyak membantu pengunjung untuk
mengetahui apa nama peralatan tersebut dan apa fungsinya. Antara peralatan yang tersedia
adalah seperti peralatan memasak, alat musik, barang kemas dan peralatan pekerjaan
masyarkat terdahulu untuk kegiatan seharian mereka.
Semasa lawatan dijalankan, terdapat sebuah rumah yang menyediakan minuman-
minuman tardisional kaum Kadazandusun setiap kumpulan akan diwakilkan oleh beberapa
orang pelajar untuk mencuba minuman seperti tapai dan lain-lain minuman lagi. Selain itu,
terdapat sebuah rumah yang menyediakan makanan tradisional kaum Kadazandusun iaitu
seperti butot, bambangan, tuhau yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin mencuba dan

4
tradisionalnya terdapat permainan yang digelar sebagai selipar besar. Permainan tersebut
memerlukan beberapa pasukan kerana ianya merupakan permainan perlumbaan yang
memerlukan kerjasama sebanyak empat orang sebagi satu pasukan. Ianya kerana permainan
tersebut merasai makanan tradisional tersebut. Di rumah seterusnya yang dilawati, diluar
rumah merupakan selipar yang panjang dan memerlukan beberapa kaki untuk
menggangkatnya. Setiap pelajar telah diberikan peluang untuk bermain permainan tersebut dan
berlumba dengan sesama rakan mereka. Selepas itu, para pelajar dibenarkan mengambil
gambar bersama ahli kumpulan masing-masing sebagai kenangan dan bukti telah menjalankan
kajian lapangan KDCA Penampang.

RAJAH 3: GAMBAR AHLI KUMPULAN DI KDCA


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Akhir sekali, para pelajar dikumpulkan oleh wakil pusat kebudayaan untuk melihat
aktiviti menarik yang terdapat di sebuah rumah panjang yang digelar sebagai Lansaran iaitu
merupakan tarian suku kaum Murut. Pada bahagian atas Lansaran ini, terdapat banyak
tengorak yang digantung dibahagian atasnya sebagai lambang kebanggaan pahlawan Murut
yang berjaya memenggal kepala musuh sewaktu peperangan. Dalam hal ini, setelah para wakil
Hongkod Koisaan memberikan demonstrasi tarian Lansaran tersebut, mereka kemudiannya
telah memanggil para pelajar untuk merasai aktiviti tersebut yang dilakukan secara
berkumpulan. Para pelajar bersuka ria sambil melompat di lantai Lansaran dengan diiringi oleh
bunyi hentakan susunan kayu bulat dibahagian bawah lantai Lansaran dengan diiringi suara
teriakan para pelajar. Selepas itu, para pelajar diberikan peluang untuk merasai aktiviti tersebut
selama 15 minit sebelum semuanya diberikan kesempatan untuk melakukan aktiviti sendiri dan
setelah itu tepat pada pukul 5.50 para pelajar berkumpul untuk menaiki bas kembali ke UMS.
3.0 DESKRIPSI DUA KRAFTANGAN YANG TERDAPAT DI KDCA

5
3.1 KRAFTANGAN MANIK ETNIK RUNGUS

RAJAH 4: GAMBAR VARIASI MANIK SUKU KAUM RUNGUS


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Seni manik merupakan kemahiran tangan yang melibatkan pemikiran dan peralatan mudah
serta juga dikenali sebagai kraftangan yang menampilkan pelbagai variasi bentuk, corak dan
motif serta keunikan manik masyarakat Rungus di Kudat, Sabah itu sendiri yang menampilkan
motif bersumberkan alam, haiwan dan juga binatang. Namun motif ini penuh dengan simbolik
dan menterjemahkan nilai kebudayaan masyarakatnya. Oleh itu, secara tradisinya manik
masyarakat Rungus sudah lama mempunyai pengaruh dan warisan sehingga ke hari ini.
Walaupun berlaku perubahan zaman era moden tetapi seni kraftangan manik masyarakat
Rungus tidak dilupakan dan tetap dipelihara bagi mengekalkan warisan kepada generasi yang
akan datang.
3.1.1 MANIK PINAKOL RUNGUS

RAJAH 5: GAMBAR PELBAGAI MOTIF MANIK SUKU KAUM RUNGUS


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Selain itu, Pinokol merujuk kepada hiasan gubahan manik yang dipasang pada pakaian suku
kaum Rungus di Kudat. Gubahan manik Pinakol telah diwariskan secara turun-temurun dalam

6
kalangan masyarakat Rungus. Dalam hal ini, Pinakol merupakan objek budaya yang bermakna
dalam kehidupan suku kaum Rungus. Justeru, seni kraftangan manik ini juga merupakan
warisan pusaka suku kaum Rungus yang diwariskan kepada anak-anak perempuan. Kemahiran
yang dimiliki oleh suku kaum Rungus dalam membuat manik mencapai dua sehingga ke tiga
jam mengikut kepantasan dan pengalaman yang mereka miliki. Manakala warna yang
digunakan dalam seni kraftangan masyarakat Rungus adalah seperti hitam, kuning, merah,
putih, biru dan kebiasaannya hijau merupakan warna asas pembuatan kraftangan manik
Rungus.
“Orang Rungus ini mereka amat meminati ataupun dengan bahan-bahan manik di sinilah
mereka suka bikin yang kamu pakai rantai sekarang ini pun ia adalah manik.Yang biji kecil-kecil
tu dipanggil ideo. Diorang boleh siapkan manik ni dalam masa 2 jam ikut kepantasan. Warna
asas biasanya inilah warna hitam, merah, kuning, hitam, putih, biru.”
Pinakol terdiri daripada sepasang aksesori jenis selempang yang diperbuat daripada
manik leper dan biasanya dipakai secara melintang pada dada hingga ke belakang bagi
kegunaan hiasan umum. Pinakol juga sering diperagakan pada majlis perkahwinan yang
menjadi lambang dan identiti etnik Rungus yang dipaparkan pada motif manik itu sendiri. Hal
ini memberi gambaran bahawa terdapat penceritaan di sebalik sesuatu motif yang dihasilkan.
Oleh itu, masyarakat Rungus di Sabah mempunyai lambang warisan budaya tersendiri yang
dilihat kaitannya dengan kepelbagainan adat serta budaya yang unik dan mempesonakan.
3.1.2 MANIK PADA BAJU TRADISIONAL ETNIK RUNGUS (BANAT TONDU)

RAJAH 6: GAMBAR BANAT TONDU YANG DIHIASI MANIK


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Pinakol juga biasanya disesuaikan dengan menggunakan baju tradisi suku kaum Rungus yang
dipanggil sebagai Banat Tondu dan skirt pula dikenali dengan Rinugading atau Tinongkupan.
Suku kaum Rungus menggunakan hiasan manik pada pakaian dan digayakan semasa perayaan
atau majlis perkahwinan. Pelbagai hiasan daripada manik diperagakan dalam pakaian etnik

7
Rungus. Hiasan yang amat dominan dipakai secara bersilang pada badan dipanggil Pinakol.
Manik turut diletakkan pada togkol, arad dan ingot bahagian leher serta tinimbuku atau
titimbok (sanggul) pada bahagian kepala.
“Ini adalah baju tradisi etnik rungus yang dipanggil Banat Tondu. Ok pakaian etnik rungus ini
dia sangat unik, diorang bukan jahit sendiri, dia ada mesin sulam yang diorang gunakan untuk
hasilkan baju rungus ini dan kalau kamu tengok baju ni dihiasi dengan manik Pinakol”
3.2 KRAFTANGAN KEPELBAGAIAN ANYAMAN ROTAN

RAJAH 7: GAMBAR PELBAGAI JENIS KRAFTANGAN ANYAMAN ROTAN


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Semasa lawatan ke KDCA pada 18 November 2019, terdapat kraftangan yang menarik
perhatian seperti kepelbagaian anyaman rotan. Anyaman adalah sejenis kraf yang dihasilkan
melalui proses menjalin helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, buluh dan beberapa jenis
tumbuh-tumbuhan lain dengan cara menyusupkan antara satu sama lain. Kemahiran dalam
kesemua bidang anyaman tidak mempunyai banyak perbezaan tetapi hanya bergantung kepada
jenis tumbuhan dan bahan yang digunakan untuk menganyam. Antara aktiviti seni yang sering
dilakukan oleh etnik Kadazandusun adalah seni anyaman seperti rotan. Rotan telah dianggap
sebagai sumber penting dalam kehidupan masyarakat etnik Kadzandusun terutama yang tinggal
di kawasan pedalaman dan perkampungan. Justeru itu, anyaman rotan telah menjadi satu
tradisi sejak sekian lama kerana anyaman bertujuan untuk memenuhi keperluan harian
penduduk sesuai dengan kehidupan mereka sebagai petani. Terdapat beberapa jenis
kraftangan hasil daripada proses anyaman yang dihasilkan oleh etnik Kadazandusun, Murut dan
Dusun Kimaragang antaranya, Bakul Rotan, Sirung dan Wakid.

3.2.1 BAKUL ROTAN

8
RAJAH 8: GAMBAR ANYAMAN BAKUL ROTAN KADAZANDUSUN
SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Kraftangan anyaman rotan yang pertama adalah Bakul Rotan yang merupakan salah satu
anyaman yang dihasilkan oleh suku kaum Kadazandusun yang lazimnya dibentuk daripada
anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang. Beberapa tenik yang digunakan bagi
menghasilkan bakul, dimana buluh dibelah menjadi saiz lebih kurang satu sentimeter terlebih
dahulu. Bilahan buluh tersebut hendaklah dijemur beberapa lama sehingga kering. Saiz bakul
yang dihasilkan adalah bergantung kepada jumlah bilah yang menjadi asas atau dasar bakul.
Bilah-bilah buluh tersebut akan dianyam secara bersilang dan kemudian antara bilah-bilah buluh
tersebut diselitkan dan dilakukan secara berterusan sehingga membentuk sebuah bakul rotan
yang menarik untuk digunakan. Bakul rotan ini akan diwarnakan menggunakan varnis atau
mengikut warna yang digemari supaya ianya kelihatan lebih cantik dan menarik apabila
digunakan. Kebiasaannya, bakul rotan ini berfungsi sebagai alat untuk membawa, menyimpan,
menyukat, menakung dan sebagainya lagi ketika masyarakat Kadazandusun terdahulu ingin ke
sesuatu tempat. Pada masa kini, bakul telah jarang sekali digunakan melainkan ianya
digunakan sebagai perhiasan di rumah mahupun sebagai tempat untuk meletakkan buah-
buahan.
“Bakul rotan ni merupakan salah satu anyaman rotan yang dibuat sendiri oleh etnik
Kadazandusun lah. Kalau kita lihat bakul rotan ni dia macam disulam lah untuk bentuk satu
bakul rotan. Zaman dulu rotan ni memang sumber yang mempunyai nilai tinggi bagi etnik
Kadazandusun tu sebab dorang boleh bikin bakul rotan untuk simpan barang-barang”

3.2.2 SIRUNG

9
RAJAH 9: GAMBAR ANYAMAN SIRUNG
SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Terdapat juga jenis kraftangan lain yang dihasilkan oleh suku kaum Dusun Kimaragang
mengunakan rotan sebagai bahan utama untuk menghasilkan kraftangan ‘Sirung’. Sirung pada
mulanya tidak mempunyai kepelbagaian warna dan hanya kosong sahaja. Namun kini, ianya
semakin mempunyai pelbagai jenis Sirung serta mempunyai kepelbagaian warna. Sirung ini
mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana ianya digunakan oleh masyarakat Dusun
Kimaragang sebagai alat untuk melindungi kepala daripada terik matahari ketika mereka
‘Mongumo’ iaitu bercucuk tanam di ladang atau kebun. Sirung juga dijadikan sebagai hiasan di
dinding rumah sebagai penghias disamping untuk mengekalkan kesenian dan kebudayaan
kaum tersebut serta boleh digunakan sebagai tudung saji atau penutup makanan. Sirung sudah
mula dikembangkan dengan memiliki pelbagai jenis corak serta warna yang menarik untuk
dipakai. Selain itu juga, beberapa ahli kumpulan telah mencuba memakai sirung yang terdapat
di rumah tradisional tersebut untuk merasai sendiri bagaimanakah masyarakat Kadazandusun
terdahulu menggunakan Sirung tersebut semasa mengerjakan aktiviti harian mereka.
“Sirung ni pun juga anyaman dari rotan yang digunakan oleh etnik Dusun Kimaragang kalau
dorang pergi sawah menanam padi ka pergi tamu ka mesti guna sirung ni sebagai penutup
kepala supaya tidak kena matahari”

3.2.3 WAKID/VIUNG

10
RAJAH 10: GAMBAR ANYAMAN WAKID KADAZANDUSUN DAN MURUT
SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Jenis kraftangan yang dihasilkan melalui proses anyaman rotan yang dihasilkan oleh etnik
Kadazandusun dan Murut ialah Wakid atau Viung. Wakid merupakan alat sikutan tradisi yang
baisanya digunakan oleh kedua-dua suku kaum tersebut untuk menyimpan barang-barang pada
zaman dahulu seperti potret gambar diatas. Ianya digunakan untuk mengangkut tanaman dari
kebun atau membawa hasil ke pasar untuk dijual. Peralatan ini wajib bagi petani dan penduduk
di kampung atau pedalaman dalam menjalankan aktiviti seharian mereka. Proses pembuatan
wakid dimulai dengan buluh atau rotan akan dianyam sehingga berbentuk bujur dengan ruang
atas terbuka luas. Selepas siap menganyam wakid, rotan digunakan untuk membuat tali
mengalas mengikut kesesuaian pemakainya dan mampu mengangkat beban sehingga 70kg
bergantung kepada bahan yang digunakan.
“Wakid atau Viung ni adalah alatan wajib bagi etnik Kadazandusun dan Murut untuk
mengangkut tanaman mereka ke pasar untuk dijual. Mereka boleh sikut Wakid ni walaupun
dalam perjalanan yang jauh”
4.0 MANFAAT LAWATAN KEPADA PELAJAR
4.1 DAPAT MENGUMPUL DAN MEMPELAJARI ILMU PENGETAHUAN BARU
Manfaat lawatan yang boleh didapati semasa berada di Hongkod Koisaan Cultural Village,
Penampang adalah dapat mengumpul dan mempelajari ilmu pengetahuan baru. Melalui lawatan
ini, para pelajar memperoleh banyak ilmu yang baru terutamanya sebagai generasi muda.
Antara ilmu baru yang dapat perolehi adalah mempelajari tarian Murut yang dinamakan sebagai
tarian Magunatip. Pelajar juga diberikan peluang untuk naik ke pentas bagi merasai sendiri
pengalaman mengikuti tarian ini yang merupakan manfaat yang cukup baik untuk menambah
ilmu yang baru terutamanya semasa diajar cara pergerakan tarian ini daripada gerakan
perlahan ke pergerakan yang lebih laju.

11
RAJAH 11: GAMBAR PERSEMBAHAN TARIAN MAGUNATIP MURUT
SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Antara manfaat ilmu baru yang dipelajari oleh para pelajar menerusi lawatan ini adalah
dapat melihat bagaimanakah pembuatan rumah-rumah tradisional etnik yang terdapat di Sabah
pada zaman dahulu kerana di KDCA ini telah menyediakan penerangan tentang rumah
tradisional untuk dilihat para pelawat seperti gambar di bawah.

RAJAH 12: GAMBAR PENARANGAN RUMAH TRADISIONAL ETNIK DI SABAH


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Akhir sekali, manfaat ilmu baru yang diperolehi adalah ilmu pembuatan sumpit. Semasa
lawatan di KDCA pada 18 November 2019 yang lalu, wakil Hongkod Koisaan telah
memperlihatkan kepada para pelajar tentang bagaimanakah proses serta teknik yang
digunakan oleh etnik Kadazandusun pada zaman dahulu dalam tradisi pembuatan sumpit dan
apa yang paling menarik sekali adalah para pelajar telah diberikan peluang untuk melihat dan
mencuba sendiri bagaimanakah proses pembuatan sumpit tersebut. Peluang ini telah
memberikan satu pengalaman yang menarik kepada para pelajar kerana dapat mengetahui cara
hidup etnik Kadazandusun yang terdahulu disamping dapat menimba ilmu yang baru.

12
RAJAH 13: GAMBAR CARA-CARA PEMBUATAN SUMPIT KADAZANDUSUN
SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019

4.2 BERPELUANG MENGENALI ALAT MUZIK TRADISIONAL DAN MERASAI


MAKANAN TRADISIONAL

Manfaat seterusnya yang dapat diperolehi daripada lawatan ke Hongkod Koisaan Cultural
Village, KDCA Penampang adalah para pelajar berpeluang untuk mengenali dan mempelajari
apakah alat muzik tradisional serta merasai makanan tradisional etnik Kadazandusun yang
memiliki pelbagai kebudayaanya. Antara alat muzik tradisional yang dapat para pelajar lihat dan
mencuba sendiri adalah seperti Gong, Sompoton, Kulintangan, Togunggak, Bungkau, Suling
serta Turali seperti yang ditunjukkan dibawah ini.

RAJAH 14: GAMBAR ALAT MUZIK TRADISIONAL ETNIK DI SABAH


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019
Selain itu, para pelajar dapat mengenali makanan tradisional etnik Kadazandusun
dengan diberikan peluang untuk merasai sendiri makanan tradisional tersebut. Antaranya
adalah seperti Bosou, Tuhau dan Ulat Butod terutamanya kepada pelajar yang belum pernah

13
merasainya lagi. Makanan-makanan tradisional ini disediakan khas kepada para pelawat yang
datang melawat ke tempat ini. Makanan tradisional ini biasanya menjadi hidangan istimewa di
musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan majlis-majlis perkahwinan. Gambar di bawah
menunjukkan antara makanan tradisional yang terdapat di KDCA, Penampang.

RAJAH 15: GAMBAR MAKANAN TRADISIONAL BOSOU DAN TUHAU KADAZANDUSUN


SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019

4.3 DAPAT MENINJAU KEHIDUPAN ETNIK SABAH TERDAHULU MELALUI


PEMOTRETAN GAMBAR

Manfaat lawatan sambil belajar ke Hongkod Koisaan ini adalah dapat melihat dan mempelajari
kehidupan etnik Sabah yang terdahulu melalui pemotretan gambar yang diletakkan disetiap
rumah-rumah tradisional bagi mewakili setiap etnik yang mendiami rumah tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana, apa yang menjadi keistimewaan dan telah menarik perhatian
tentang pemotretan gambar masyarakat etnik di Sabah yang terdahulu ini adalah para pelajar
dapat melihat bagaimanakah cara hidup dan apakah aktiviti seharian yang diamalkan mereka
terutamanya dari segi aktiviti ekonomi yang mereka jalankan pada zaman dahulu. Pemotretan
tentang cara hidup masyarakat etnik Sabah yang terdahulu ini telah memperlihatkan budaya
yang diamalkan sejak dari zaman dahulu sehinggalah pada masa kini yang menjadi lambang
identiti mereka.

14
RAJAH 16: POTRET AKTIVITI ETNIK SABAH ZAMAN DAHULU
SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019

Seterusnya, para pelajar juga dapat melihat warisan seperti tempayan Tipang dan
tempayan Syom yang digunakan oleh etnik Dusun Tindal, Kota Belud pada zaman dahulu.
Tempayan Tipang digunakan untuk menyimpan jeruk, manakala tempayan Syom digunakan
untuk menyimpan tapai. Kedua-dua tempayan ini merupakan budaya material yang amat
bernilai kepada masyarakat etnik Dusun Tindal pada zaman dahulu terutamanya semasa
kebudayaan megalitik diamalkan. Melalui pemotretan ini, para pelajar berpeluang untuk melihat
cara hidup etnik Dusun Tindal pada zaman dahulu yang menggunakan tempayan sebagai alat
untuk menyimpan makanan mereka tanpa menggunakan sebarang alat canggih dan apabila
dilihat pada ukirannya pula ianya menjadi simbol identiti etnik Dusun Tindal itu sendiri.

RAJAH 17: POTRET TEMPAYAN TIPANG DAN TEMPAYAN SYOM DUSUN TINDAL KOTA BELUD
SUMBER: LAWATAN KDCA, NOVEMBER 2019

15
5.0 KESIMPULAN

Usaha untuk menubuhkan KDCA atau The Kadazandusun Cultural Assiociation Sabah di
Penampang pada tahun 1966 yang didafarkan di bawah Malaysia Society Act 1966 melalui
Deputy Registrar Society Malaysia, Mr. J.P Rutherford perlu diberikan penghargaan kerana
tanpa peranan KDCA budaya warisan nenek moyang tidak dapat dipelihara kesan daripada
penggantian budaya moden pada zaman kontemporari ini. Tambahan pula, KDCA sangat aktif
untuk mempromosi budaya asli bagi setiap etnik yang berbeza di negeri Sabah menjadi
tumpuan pelancong dalam dan antarabangsa untuk mengenali kebudayaan etnik dengan lebih
jelas. Dengan ini, semasa lawatan ke KCDA terdapat dua kraftangan yang diperhatikan iaitu
kraftangan anyaman rotan dan kraftangan manik yang menjadi tradisi etnik di Sabah.
Para pelajar sangat beruntung dan berpeluang untuk mengetahui kehidupan budaya
nenek moyang terdahulu melalui paparan gambar di setiap rumah etnik yang terdapat di KCDA.
Manakala, dari segi perspektif lain, para pelajar mendapat banyak ilmu pengetahuan baru yang
tidak dilihat secara abtrak (fikiran) tetapi realiti seperti pengalaman menyertai tarian yang
dipersembahkan mengikut etnik, memerhati jenis pembuatan rumah yang berbeza bagi setiap
etnik serta memerhati cara pembuatan sumpit dan cara penggunaannya. Disisi lain, para
pelajar juga berpeluang untuk mengenali dan melihat bagaimana alat muzik tradisional
dimainkan serta merasai sendiri makanan tradisional etnik Kadazandusun seperti Bosou, Tuhau,
Butod dan Tapai. Para pelajar juga dapat melihat dan mempelajari tentang kehidupan etnik di
Sabah melalui pemotretan gambar yang dipaparkan disetiap rumah-rumah tradisional yang
dilawati di KDCA ini. Secara keseluruhannya, KDCA membenarkan generasi muda untuk
mengakses ilimu pengetahuan selain mengenali budaya yang terdapat di negeri Sabah pada
zaman kontemporari ini.
Sebagai penutup bicara akhir, menerusi lawatan ke Kadazandusun Cultural Association
(KDCA) Penampang pada 18 November 2019 bersamaan dengan hari isnin yang lalu, secara
keseluruhannya para pelajar bukan sahaja dapat meninjau, mengenali dan mempelajari cara
hidup pelbagai etnik di Sabah pada zaman dahulu akan tetapi menerusi lawatan ini juga dapat
menyuburkan lagi rasa cinta dan nilai menghormati kebudayaan yang dimiliki dalam sesebuah
etnik yang terdapat di negeri dibawah bayu ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, KDCA ini
telah bertindak sebagai pusat yang menyimpan kepelbagaian khazanah etnik di Sabah dimana
ianya memperlihatkan kekayaan budaya yang tidak dimiliki di negara-negara lain.

16

Anda mungkin juga menyukai