Anda di halaman 1dari 13

Nor Sharnida binti Daud / 891008115024

MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663


PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Khas (PK) bermaksud pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan
murid kelainan upaya yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan
Khas merangkumi aspek pengajaran dan pemudahcaraan, latihan jasmani dan juga
pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum Pendidikan Khas ini
juga merupakan sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubahsuai agar bersesuaian
dengan keperluan khas orang kelainan upaya (OKU).

Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan
negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “Pendidikan Khas di Malaysia adalah
satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi
diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.”

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu
bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran
khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan murid luar biasa. Ia mungkin
memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Dasar mengenai Pendidikan Khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.
Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta, dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan
layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah
bermula di Malaysia sebelum merdeka lagi iaitu sejak awal tahun 1920an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid kurang upaya penglihatan dan
pendengaran.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran


melalui Perakuan 169. Perakuan ini menyebut: Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan
seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan
kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-
pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh

1
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus


digalakkan.

Selaras dengan itu, penglibatan kerajaan dalam pendidikan murid berkeperluan khas
bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor
Bahru, Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948 dan Sekolah Kanak-
kanak Pekak Persekutuan, Tanjong Bungah di Pulau Pinang (Rendah dan Menengah) pada
tahun 1954 bagi murid bermasalah pendengaran. Tahun 1960-an menyaksikan detik manis
dalam dunia Pendidikan Khas apabila wujudnya rancangan percantuman bagi pendidikan
kanak-kanak cacat penglihatan dan kanak-kanak cacat pendengaran di sekolah rendah serta
menengah biasa.

Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang
menyarankan bahawa: Seksyen 40 and Seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai
pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan
dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga
memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan
kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas.

Di Malaysia, Pendidikan Khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996


diwartakan. Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap Pendidikan
Khas, peranan undang-undang dan polisi pemerintah berjaya menggerakkan program
Pendidikan Khas di negara ini. Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas
inklusif, khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan
Pengajaran Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem Pendidikan
Khas di Malaysia.

Akta Pendidikan 1981 meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan
pendidikan khas manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan
pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Kedua-dua akta (Akta
Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-
cadangan dalam Laporan Warnock. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran
masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-
kanak berkeperluan khas di Britain.

2
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

Dasar Pendidikan Wajib 2002 pula menekankan bahawa pendidikan peringkat


sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah
wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat
rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia
mengenai ‘Disabled Person Act 2002’ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi
antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium
Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan
bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan kelainan
upaya.

Di samping itu, Akta Orang Kelainan Upaya (OKU) pula telah diluluskan di Parlimen
(Dewan Negara) pada 24 Disember 2007, diwartakan pada 24 Januari 2008 dan
dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta OKU ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan
menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini juga
membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam
masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini juga memperuntukkan perihal
berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

2.0 ANALISIS SWOT

2.1 Kekuatan (S)

(S1) Kurikulum Khas yang Bersesuaian dengan Keperluan

Pendidikan Khas adalah program pendidikan yang dirancang untuk murid


berkeperluan khas. Kurikulum merupakan panduan perancangan pelaksanaan
matlamat dan falsafah yang bertepatan dengan kehendak individu, kehendak
negara dan kehendak sejagat. Dalam hal ini, kandungan kurikulum untuk
murid berkeperluan khas perlulah memenuhi kehendak dan keperluan serta
perkembangan murid tersebut.

Dalam bahagian pengurusan sekolah Pendidikan Khas di Malaysia,


terdapat unit kurikulum yang terbahagi kepada lima kategori iaitu kurikulum
bagi murid yang bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan,
bermasalah pembelajaran, pemulihan khas dan disleksia. Unit ini berfungsi
untuk mengubahsuai kurikulum kebangsaan mengikut keperluan murid

3
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

tertentu. Unit ini turut merancang, mengelola dan menyelaraskan pelaksanaan


serta pengurusan program kurikulum.

(S2) Guru-guru Terlatih Khas

Tugas guru merangkap pengurus kanak-kanak istimewa ini amat mencabar.


Sebagai seorang guru, adalah penting untuk meneliti pendekatan yang sesuai,
mengenalpasti bakat, minat serta kecenderungan mereka seterusnya
disesuaikan pula dengan kaedah pengajaran. Guru-guru ini juga telah diberi
latihan khas yang kukuh untuk mengenalpasti perbezaan setiap individu dari
aspek kesihatan, budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi
yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada corak pembelajaran
mereka.

Guru juga sentiasa bersedia mengubahsuai proses PdPc termasuk


kesediaan menggunakan pelbagai ABM dan BBM bagi mencapai objektif
pengajaran. Tambahan lagi, tugas guru-guru Pendidikan Khas bukan sekadar
memberikan pendidikan berbentuk akademik tetapi juga memastikan mereka
boleh berdikari dan menguruskan diri dengan baik dalam kehidupan seharian.

(S3) Program Guru Penyayang Pendidikan Khas

Di sekolah, guru-guru Pendidikan Khas memainkan peranan seperti ibu bapa


kepada murid-murid. Mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan,
disiplin dan pencapaian akademik murid. Di samping melaksanakan
tanggungjawab utama iaitu mengajar, guru juga berperanan sebagai kaunselor
serta pemudahcara untuk menyelesaikan masalah murid seliaan mereka.

Selain itu, guru-guru Pendidikan Khas juga menjadi tempat mengadu,


berbincang, meminta nasihat dan pertolongan yang bukan sahaja mengenai
masalah dalam bilik darjah, malah turut membincangkan mengenai masalah
mereka di rumah. Hanya dengan kesabaran, keprihatinan serta layanan yang
baik dalam pelbagai aspek mampu meningkatkan kepercayaan murid terhadap
guru-guru mereka.

(S4) Program Pendidikan Diindividukan (Rancangan Pendidikan Individu)

4
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang


dirancang khusus untuk seseorang murid berkeperluan khas. RPI
diperkenalkan menerusi program pendidikan khas integrasi yang disediakan
untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan yang diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah serta sekolah menengah teknik /vokasional.

RPI mengandungi enam elemen iaitu kerjasama, berkongsi maklumat,


keputusan bersama, kebolehpercayaan, dokumentasi dan proses hasil kerja.
RPI juga mempunyai enam ciri iaitu komprehensif, spesifik, mengikut urutan,
bersesuaian dengan realistik, mudah difahami dan digubal bersama manakala
terdapat empat pihak yang berperanan dalam menyumbangkan keberkesanan
RPI iaitu pentadbiran sekolah, ibu bapa, guru pendidikan khas dan golongan
khidmat sokongan.

(S5) Insentif Kerajaan kepada Warga Pendidikan Khas

Kerajaan telah meluluskan pemberian bayaran insentif kepada semua warga


Pendidikan Khas iaitu guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan murid
Pendidikan Khas. Pemberian ini disalurkan sebagai pengiktirafan dan galakan
untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih demi membantu golongan istimewa
ini.

Guru yang mengajar murid Pendidikan Khas menerima elaun


tambahan iaitu Bayaran Insentif Mengajar Kanak-kanak Cacat sebanyak
RM250 manakala Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid diberi kepada
PPM sebanyak RM200 bermula tahun 2009. Murid Pendidikan Khas yang
mengikuti pengajian di sekolah aliran kerajaan pula diberi bantuan Elaun
Murid Kurang Upaya sebanyak RM50 sebulan.

2.2 Kelemahan (W)

(W1) Kurang Perkongsian Pintar antara Sekolah dengan NGO

Kurangnya perkongsian pintar antara sekolah Pendidikan Khas dengan Badan


Bukan Kerajaan (NGO) seperti The National Autism Society of Malaysia

5
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

(NASOM), KIWANIS serta pihak swasta yang lain menyebabkan sekolah-


sekolah tersebut tidak setanding dari aspek kemudahan, infostruktur,
infrastuktur serta kemahiran yang mereka miliki.

Perkongsian kepakaran dan maklumat antara NGO dengan Jabatan


Pendidikan Khas (JPK) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) boleh menangani
masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan ABM dan BBM di sekolah-
sekolah khas. Perkongsian berterusan ini juga perlu bagi memberi alternatif
kepada ibu bapa untuk menempatkan anak mereka ke pusat latihan yang
sesuai. Hal ini demikian kerana segelintir ibu bapa hanya melihat sekolah
kerajaan sebagai tempat mereka menyekolahkan anak mereka sedangkan
murid tersebut memerlukan lebih perhatian yang khusus.

(W2) Kekurangan Guru Opsyen/ Kekurangan Guru Terlatih Khas

Sistem pendidikan di negara kita masa kini telah banyak melalui transformasi
yang menuntut komitmen guru yang amat tinggi. Perubahan dan pembaharuan
dalam sistem pendidikan dilihat sebagai peluang untuk menguji potensi,
kemampuan dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu.

Akhir-akhir ini, kerap kali kedengaran isu kekurangan guru opsyen


atau kekurangan guru yang terlatih di sekolah khasnya guru Pendidikan Khas.
Sebagai langkah strategik, KPM perlu membuat unjuran keperluan bilangan
guru di bidang kritikal dengan mengambil kira bilangan IPT dan IPG sedia ada
serta tawaran bidang pengajian pendidikan. Masalah kekurangan guru
Pendidikan Khas ini perlu diatasi segera kerana ia boleh merencatkan proses
PdPc di sekolah sekaligus mengundang risiko murid tercicir.

(W3) Kemudahan Infrastruktur yang Kurang Lengkap

Suasana sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan


aktiviti PdPc yang baik. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum
sesebuah bilik darjah Pendidikan Khas dibina atau diubahsuai. Bilik darjah
yang sempit boleh menghasilkan suasana PdPc yang hambar dan kurang
berkesan. Ia sepatutnya dibina secara terancang serta memenuhi ciri-ciri
sebuah ruang pembelajaran bagi murid berkeperluan khas ini.

6
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

Sebagai contoh, bilik darjah Pendidikan Khas perlu dilengkapi tandas,


laluan bagi murid kurang upaya fizikal, ruang penyimpanan ABM dan BBM
serta ruangan lain yang bersifat mesra OKU. Kebanyakan bilik darjah
Pendidikan Khas tidak menepati standard yang telah ditetapkan. Modifikasi
perlu dilakukan bagi memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang
kondusif dan selamat serta dibina berdasarkan spesifikasi standard mengikut
kriteria murid kurang upaya bagi setiap sekolah.

(W4) Penerimaan terhadap Penggunaan Komputer dan Pengaplikasian TMK

Dari aspek pengurusan, kebanyakan guru Pendidikan Khas mempunyai sikap


dan penerimaan yang tinggi terhadap penggunaan komputer dan TMK. Namun
begitu, masih terdapat segelintir guru yang kurang menyedari tentang
pentingnya penggunaan komputer dalam pelaksanaan PdPc bagi murid-murid
Pendidikan Khas dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, penerimaan murid
Pendidikan Khas terhadap penggunaan komputer dan pengaplikasian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masih baru dan berada di tahap
yang rendah.

Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam memupuk sikap


positif murid-murid Pendidikan Khas supaya penerimaan mereka terhadap
penggunaan komputer dan TMK adalah pada tahap tinggi seperti guru mereka.
Hal ini mungkin berlaku kerana mereka jarang menggunakan komputer di
rumah atau sekolah dan kurang didedahkan dengan penggunaan komputer
serta aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka.

(W5) Tahap Kesedaran Ibu Bapa

Sesetengah ibu bapa masih belum sedar betapa pentingnya memberi


pendidikan dan pengetahuan kepada anak-anak istimewa ini. Perkara ini
berlaku disebabkan kurangnya keyakinan terhadap kebolehan anak-anak
mereka. Mereka hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata dalam
usaha memberi didikan kepada anak-anak terutama dalam aspek pengurusan
diri.

7
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

Keengganan ibu bapa memahami perjalanan pengurusan Pendidikan


Khas menjadikan ianya semakin sukar untuk dilaksanakan. Bagi mereka,
murid berkeperluan khas harus diajar seperti murid aliran perdana yang lain.
Keghairahan untuk ‘menjadikan’ anak-anak sama seperti rakan sebaya mereka
sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pengurusan Pendidikan Khas.

2.3 Peluang (O)

(O1) Penggunaan ABM dan BBM yang Sesuai dan Pelbagai

Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bahan Bantu


Mengajar (BBM), segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak
dapat diperjelaskan. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi
juga dapat mengatasi sikap pasif di kalangan murid, menimbulkan minat untuk
belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman serta mewujudkan realiti
suasana PdPc yang lebih menggembirakan dan menyeronokkan.

Penggunaan ABM dan BBM sangat penting untuk menjamin


keberkesanan PdPc bagi murid Pendidikan Khas. Hal ini demikian kerana
penggunaan ABM dan BBM mampu merangsang deria murid. Ia memberi
peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan
pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran.

(O2) Membentuk Guru Sebagai Role Model

Guru-guru Pendidikan Khas seharusnya menjadi role model kepada murid-


murid. Guru wajar mempamerkan sifat dan sikap serta teladan yang baik. Ini
kerana setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh guru-guru sentiasa diperhatikan
oleh murid-murid. Mereka akan cenderung untuk meniru setiap perlakuan
yang ditunjukkan oleh guru-guru mereka.

Dalam usaha melahirkan guru sebagai role model, pihak sekolah


seharusnya memberikan perhatian dan mengambil berat kebajikan guru dalam
memberikan ruang keselesaan. Pengurusan perlu bijak meletakkan guru di
tempat yang betul dengan minat dan kepakaran agar mereka mampu
melaksanakan tugasan dengan efisyen seterusnya menjadi role model kepada
murid-murid Pendidikan Khas.

8
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

(O3) Memperkasakan Penggunaan Komputer dan Pengaplikasian TMK

Pihak sekolah dan guru perlu menetapkan fokus dan sasaran supaya murid
Pendidikan Khas dapat mengikuti arus perkembangan teknologi terkini. Oleh
itu, murid-murid ini tidak kekok berhadapan dengan dunia teknologi dan tidak
ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini.

Pihak pengurusan Pendidikan Khas sewajarnya menyediakan kursus


berkaitan penggunaan komputer secara berjadual sepanjang tahun dan
memperbanyakkan bekalan komputer. Di samping itu, KPM boleh
mewujudkan latihan tentang kemahiran komputer dalam waktu persekolahan
untuk guru Pendidikan Khas dan mewujudkan kerjasama dengan IPTA dalam
membina perisian kandungan pembelajaran untuk kegunaan murid Pendidikan
Khas.

(O4) Mempelbagaikan Seminar dan Program Kesedaran

Penganjuran pelbagai seminar dan program dapat membuka ruang dan


peluang kepada semua pihak untuk berkolaborasi dan mengambil bahagian
dalam pendidikan kanak-kanak istimewa. Selain itu, komitmen yang tinggi
daripada ibubapa, sokongan serta penglibatan komuniti dapat membantu anak-
anak istimewa ini meningkatkan perkembangan serta kemahiran mereka
melalui peluang pendidikan yang disediakan.

Program sebegini juga dapat menambah pengetahuan ibu bapa dan


guru dalam membantu mengesan murid yang mengalami masalah
pendengaran, penglihatan, pembelajaran, disleksia dan sebagainya agar dapat
dirujuk kepada pihak yang lebih berkepakaran.

(O5) Kolaborasi Sekolah, PIBG, JPK, JPN, KPM dan NGO

Penglibatan semua pihak terutamanya ibu bapa, guru serta kerjasama dengan
NGO yang boleh memperjuangkan hak kanak-kanak kelainan upaya sangat
memberi impak. Semua pihak perlu bersatu menetapkan satu perjuangan yang
sama agar timbul kesedaran dalam kalangan mereka bagi menghargai
golongan yang kurang bernasib baik.

9
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jabatan Pendidikan Khas (JPK),
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu sentiasa berkolaborasi dan menjalin
kerjasama yang erat dalam memberi pendedahan kepada ibu bapa berhubung
permasalahan anak-anak mereka. Ilmu dan pendedahan ini sangat penting bagi
memastikan kesemua pihak memahami fungsi dan peranan masing-masing
dan serta tidak mengharapkan orang lain semata-mata.

2.4 Ancaman (T)

(T1) Tahap Kesediaan Individu/ Murid

Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada


norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain. Ancaman utama
adalah bagaimana untuk mendapat kepercayaan dari anak-anak istimewa ini.
Bukan senang untuk berhadapan dengan mereka kerana setiap kanak-kanak
istimewa tersebut biasanya mempunyai pelbagai kelainan.

Tahap kesediaan mereka memasuki alam persekolahan juga adalah


berbeza. Hal ini bergantung pada faktor kematangan dan kesediaan fizikal
berhadapan dengan rakan-rakan baru dan proses PdPc di sekolah. Besar
kemungkinan layanan yang diterima di sekolah tidak sama dengan di rumah.
Jadi, guru sebagai pengganti ibu bapa perlu peka dengan keperluan mereka
setiap masa termasuklah dalam pengurusan emosi dan amalan pengurusan diri
murid.

(T2) Peranan Ibu Bapa dan Institusi Keluarga

Di Malaysia, penglibatan dan tahap kesedaran mengenai masa depan anak-


anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal
ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang beranggapan anak-anak
istimewa ini tidak layak untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan
sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian, maka wujudlah keciciran murid-
murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan.

10
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

Ibu bapa pula mengharapkan sepenuhnya kepada guru Pendidikan


Khas mendidik anak mereka dalam segala aspek. Kedua-dua situasi ini
menjadi satu ancaman yang besar kepada program Pendidikan Khas. Justeru,
peranan sesebuah institusi keluarga amat penting dalam membantu membina
kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan
transformasi dalam pendidikan.

(T3) Sosial dan Persekitaran

Sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan murid-murid


Pendidikan Khas merupakan satu lonjakan ilmu yang perlu diterokai bersama.
Masyarakat mempunyai pelbagai perbezaan gaya hidup dan kepercayaan.
Ancaman yang sangat besar bagi pengurusan Pendidikan Khas adalah dalam
memberikan kesedaran dan membetulkan tanggapan mengenai pendidikan
untuk kanak-kanak kelainan upaya.

Sokongan dan komitmen daripada ahli masyarakat sangat diharapkan


bagi meredakan keresahan dan kegundahan hati ibu bapa berhadapan dengan
pelbagai rintangan dan cabaran membesarkan anak-anak kelainan upaya. Ibu
bapa sendiri perlu bersikap terbuka bagi menggalakkan masyarakat bersifat
penyayang dan prihatin.

(T4) Personel dan Kepakaran

Asas terpenting yang perlu dimiliki dalam sesuatu organisasi pendidikan ialah
personel yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Personel inilah yang akan
membentuk dan menggerakkan organisasi untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. Pengurusan personel merangkumi semua keputusan yang
berkaitan dengan sesebuah organisasi termasuklah aspek motivasi, melatih dan
menyediakan keperluan serta kefungsian personel.

Pengurusan Pendidikan Khas perlu membuat perancangan sistematik


bagi menentukan keperluan dan kepakaran dalam organisasinya. Ini
termasuklah memastikan bilangan guru opsyen/terlatih mencukupi mengikut

11
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

keperluan agar isu ini tidak mengganggu proses PdPc murid berkeperluan
khas.

(T5) Jurang Pendidikan

Kerap kali kedengaran isu pihak sekolah kurang senang apabila murid
Pendidikan Khas menduduki peperiksaan awam. Hal ini demikian kerana
murid Pendidikan Khas mungkin akan menjatuhkan statistik markah
peperiksaan awam sekolah dan sekaligus memburukkan prestasi sekolah.
Seandainya peperiksaan awam yang diduduki oleh murid Pendidikan Khas
dengan murid perdana adalah sama, pastinya kebanyakan murid akan
mengalami masalah terutamanya pada kebanyakan soalan yang bersifat
penyelesaian masalah.

Oleh sebab itu, penyediaan kurikulum dan penggubalan soalan


peperiksaan awam perlulah seiring dengan tahap perkembangan murid-murid
Pendidikan Khas. Adalah lebih sesuai jika semua soalan yang diberikan
kepada mereka dalam peperiksaan dibina dengan mengambil kira segala
kekurangan yang mereka alami. Melalui cara ini sahaja keupayaan sebenar
mereka dapat diuji dengan lebih adil.

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, Pendidikan Khas di negara kita masih lagi dalam fasa perkembangan dan
pemurnian pelaksanaannya. Ini bermakna banyak perkara yang perlu dipelajari, diperhalusi
dan diberi perhatian oleh semua pihak. Hakikatnya, Pendidikan Khas bukan hanya untuk
memberi penyampaian akademik kepada murid berkeperluan khas tetapi juga berperanan
mendidik murid-muridnya dari aspek emosi, rohani, sosial, intelek serta menerapkan nilai
murni dalam diri setiap murid seiring Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Pendidikan Khas turut berperanan untuk memastikan kemenjadian murid-murid


kelainan upaya. Kemenjadian yang dimaksudkan di sini adalah apabila murid-murid
Pendidikan Khas berjaya mencapai tahap berdikari yang tinggi dan seterusnya memperoleh
kejayaan hidup yang memuaskan dari perspektif Pendidikan Khas itu sendiri.

12
Nor Sharnida binti Daud / 891008115024
MT11 - Pengurusan Pendidikan / M20201000663
PPE60104 (B) / Profesor Madya Dr. Jamal@Nordin bin Yunus

Penyediaan peluang-peluang pembelajaran dan peluang pekerjaan yang sama rata


perlu diwujudkan untuk murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka berdikari dan
memperkembangkan potensi masing-masing. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dan
berganding bahu dalam menangani isu dan permasalahan melibatkan murid-murid
Pendidikan Khas demi masa depan mereka yang lebih baik. Kelainan dan kepelbagaian
keupayaan mereka bukanlah satu alasan untuk guru-guru, pihak sekolah dan pihak berwajib
mengabaikan potensi dan pembangunan diri mereka.

13

Anda mungkin juga menyukai