Anda di halaman 1dari 8

Tugas Guru Pendidikan Khas

PERSEDIAAN BILIK DARJAH

Menguruskan papan tanda di luar sekolah berkenaan kewujudan kelas


pendidikan khas di sekolah sebagai makluman kepada masyarakat.

Menyediakan bilik darjah yang dilengkapi peralatan seperti kerusi, meja, papan
tulis dan peralatan-peralatan lain yang perlu.

Menyiapkan ruang ataupun bilik bagi stesen pembelajaran.

Memastikan terdapat dua pintu keluar masuk di setiap bilik darjah bagi tujuan
keselamatan dan kecemasan.

Memastikan bilik darjah dan persekitaran selamat untuk murid pendidikan khas.

Memastikan alat pemadam kebakaran mudah didapati di dalam kelas pendidikan


khas.

Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap di dalam bilik darjah.

Memastikan terdapat sekurang-kurangnya dua bilik air untuk kegunaan murid.

Memastikan peralatan tajam disimpan di tempat yang selamat.

Memastikan bilangan kipas mencukupi di dalam kelas.

PENDAFTARAN MURID

Menerima kemasukan murid dengan meneliti borang pendaftaran dan cadangan


penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Memastikan murid ditempatkan di
program yang sesuai dengan masalahnya.

Menemubual ibu bapa dan murid.

Memastikan ibu bapa mengisi borang maklumat murid, menyerahkan salinan kad
pengenalan dan surat beranak serta empat keping gambar untuk tujuan rekod
dan fail.

Merekodkan pendaftaran murid di dalam buku rekod pendaftaran unit


pendidikan khas dan buku rekod pendaftaran sekolah.

Menyediakan fail peribadi setiap murid bagi menyimpan maklumatnya.

Memastikan setiap murid berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan


mempunyai Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya.

MEMBANTU GURU BESAR

Menyediakan jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian.

Menyediakan kurikulum pendidikan khas.

Menyediakan kegiatan kokurikulum pendidikan khas.

Menguruskan buku kewangan pendidikan khas dengan kemas dan teratur.

Memastikan guru mencukupi mengikut kuota yang ditetapkan.

Memastikan kelas pendidikan khas cukup, selesa dan selamat.

Memaklumkan bilangan murid serta menghantar senarai nama guru dan murid
ke jabatan.

Menguruskan stok kelas pendidikan khas.

Menghubungi pembekal barangan bagi memesan barangan keperluan pengajaran


dan pembelajaran.

Mendapatkan barang yang berkualiti dengan harga yang murah bagi tujuan
pembelian.

Menguruskan pembelian peralatan dan barangan bagi pendidikan khas.

Membantu menyelesaikan invois dengan pihak pembekal.

Menguruskan tuntutan makan dan perjalanan guru-guru pendidikan khas dan


murid pendidikan khas sekiranya melibatkan aktiviti luar.

Menguruskan lawatan daripada pihak luar.

Berurusan dengan pihak jabatan ataupun pihak-pihak yang berkenaan sekiranya


perlu.

PENGURUSAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Mengadakan taklimat antara guru-guru pendidikan khas.

Menyediakan laporan taklimat untuk diserahkan kepada guru besar atau


pengetua dan difailkan.

Menyediakan takwim unit pendidikan khas selaras dengan takwim sekolah.

Merancang aktiviti yang dijalankan.

Membahagikan tugasan kepada guru-guru khas.

Menyediakan Buku Pengurusan Pendidikan Khas.

Menyediakan Buku Laporan Pelawat.

Menyediakan buku disiplin atau salah laku.

Menyediakan buku perjumpaan ibu bapa.

Menyediakan tugasan mingguan guru-guru.

Menyiapkan brosur Unit Pendidikan Khas.

Menyediakan laporan berkenaan aktiviti yang dijalankan untuk didokumenkan.

PELAKSANAAN PROJEK

Menjalankan ujian diagnostik ke atas murid khas untuk ditempatkan dalam


kumpulan yang sesuai mengikut kategori.

Menyenaraikan nama murid bagi setiap kumpulan.

Menyediakan fail pengurusan, kewangan dan borang supaya mudah diurus


apabila diperlukan.

Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).

Menyiapkan kertas kerja bagi aktiviti ataupun projek baru yang dijalankan.

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

Memastikan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang disediakan


oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Merancang mata pelajaran yang sesuai untuk diajar kepada murid-murid


pendidikan khas berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan.

Mengenalpasti mata pelajaran yang dipilih sesuai dengan tahap dan keupayaan
murid.

Memastikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi bagi


pelaksanaan kurikulum pendidikan khas.

KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

Mewujudkan aktiviti kokurikulum murid pendidikan khas.

Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan.

Mendaftarkan murid dalam aktiviti kokurikulum bersama murid biasa.

Menubuhkan unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan sebagainya.

Menubuhkan kelab seperti Kelab Kraftangan, Kelab Jahitan dan sebagainya.

Menubuhkan persatuan seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Matematik


dan sebagainya.

Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak


sekolah, jabatan dan NGO.

Memastikan bahan dan peralatan bagi aktiviti kokurikulum mencukupi.

HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS

Menyiapkan senarai nama murid dan maklumat lengkap.

Mengawasi disiplin murid pendidikan khas.

Mengenalpasti murid yang perlu mendapatkan khidmat multidisiplin.

Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan kewangan.

Melantik ketua kelas dan pengawas yang terdiri daripada murid pendidikan
khas.

Menghantar surat kepada ibu bapa sekiranya murid tidak hadir ke sekolah.

Menghubungi ibu bapa sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan anak


mereka.

Menguruskan surat bagi murid untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Mengunjungi murid sekiranya dimasukkan ke hospital.

Mengadakan program Home Visit untuk mewujudkan silaturrahim dengan


keluarga murid.

Mengadakan majlis hari jadi setiap bulan untuk murid.

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan bilik yang ceria, menarik dan selesa.

Memastikan buku-buku rujukan dan buku kerja mencukupi.

Menyediakan buku-buku cerita yang sesuai dengan tahap murid.

Melengkapkan bilik dengan televisyen, radio, pemain kaset, pemain video, CD,
DVD dan LCD.

Menyediakan pita video, kaset dan CD yang mencukupi.

Melengkapkan bahan bantu mengajar yang dibeli ataupun direka sendiri.

Mengadakan sudut bercerita ataupun pentas kecil.

BILIK KOMPUTER PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan komputer yang mencukupi untuk murid.

Menyediakan perisian komputer yang sesuai.

Mewujudkan kelas komputer dalam jadual.

Memberikan peluang kepada semua murid belajar komputer.

PROGRAM INKLUSIF

Memastikan program inklusif dijalankan.

Mengkaji subjek yang sesuai.

Mengenalpasti murid yang sesuai bagi dilibatkan dalam program itu.

Memberi maklumat dan penerangan kepada guru besar atau pengetua, ibu bapa
dan guru biasa berkenaan program inklusif.

Memastikan program ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibu
bapa.

Memberi pendedahan dan galakan kepada murid yang terlibat.

Menyediakan buku-buku yang sesuai.

Membimbing murid terlibat dalam program inklusif.

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

Mewujudkan taman rekreasi seperti menyediakan kolam bagi memelihara ikan


dan aktiviti perkebunan.

Anda mungkin juga menyukai