Anda di halaman 1dari 5

PROPOSAL PROGRAM MEMPERKASA KOMUNITI

PUSAT COMMUNITY FEEDING, KAMPUNG CHEROS POS TELANOK, CAMERON


HIGHLANDS

PENGENALAN Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu


dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.
Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit,
rambut, gigi, mata dan tangan. Penjagaan kesihatan diri akan
mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Selain
itu, seseorang akan berasa selesa tentang dirinya dan orang lain
juga akan berasa selesa bergaul dengannya.

Kanak-kanak perlu dibimbing sejak awal lagi tentang cara-cara


mandi dengan sabun untuk mengelakkan penyakit kulit dan
mengelakkan badan berbau. Kanak-kanak perlu mandi sekurang-
kurangnya dua kali sehari agar mereka menjadi sihat dan selesa.
Mereka perlu menggosok badan dengan kain lembut atau sponge
supaya segala daki dan kuman dapat ditanggalkan dan mereka
juga perlu memberi perhatian terhadap bahagian kaki,
terutamanya di celah-celah jari kaki.

Amatlah penting bagi kanak-kanak mendapat rawatan


pemeriksaan gigi. Kanak-kanak perlu menggosok gigi dengan
berkesan untuk menghindar dari plaque. Amalan menggosok
gigi sepatutnya bermula dari peringkat gigi susu lagi, iaitu
dengan menggunakan tuala lembut pada gigi kanak-kanak.

Tangan sering menyentuh makanan berbanding dengan anggota


badan lain. Amatlah penting membimbing kanak-kanak mencuci
tangan secara sempurna dengan menggunakan air dan sabun
(lebih baik jika menggunakan air panas dan sabun cecair
daripada sabun ketul).

Begitu juga dengan kebersihan botol susu. Kaum ibu orang asli
di Kampung Cheros perlu diberi bimbingan tentang kebersihan
botol susu. Kurang perhatian terhadap kepentingan kebersihan
botol susu boleh memberi mudharat terhadap tahap kesihatan
anak-anak mereka. Panduan penyediaan susu dengan betul
perlu diberikan.

Di samping itu juga, bagi meningkatkan status pemakanan


kanak-kanak orang asli di Kampung Cheros, sesi demonstrasi
masakan sihat pelbagai peringkat umur wajar diadakan. Kuiz
semasa ceramah pemakanan perlu diadakan bagi memberi
tarikan kepada kaum orang asli menyertai program ini.

1
OBJEKTIF a) Membimbing kanak-kanak agar memahami maksud
kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
b) Membimbing kanak-kanak menyenaraikan kepentingan
penjagaan kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
c) Membimbing kanak-kanak tentang kesan-kesan pengabaian
kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
d) Kesedaran penjagaan kebersihan botol susu dan penyediaan
susu dengan cara yang betul
e) Meningkatkan status pemakanan ibu dan kanak-kanak orang
asli.

KUMPULAN a) Kanak-Kanak Program Community Feeding


SASARAN b) Keluarga Kanak-Kanak PCF

TARIKH 16 hb. Julai 2019 (Selasa)

MASA 8.00 am hingga 2.00pm

TEMPAT Dewan Kampung Cheros, Pos Telanok Cameron Highlands


Pusat Community Feeding

AKTIVITI a) Pendidikan Kesihatan


i) Kebersihan rambut
ii) Penjagaan kulit
iii) Kebersihan kuku tangan dan kaki
iv) Kebersihan mulut dan penjagaan gigi
v) Kebersihan pakaian

b) Demo Masakan Sihat


i) Makanan Pelengkap mengikut peringkat umur
ii) Cucur Labu
iii) Donut Ubi kayu / Ubi keledek

c) Pameran pemakanan sihat


i) Pelangi Buah & Sayuran
ii) Pinggan Sihat
iii) Healthier Choice Logo

d) Lawatan ke rumah kanak-kanak KZM penerima bakul makanan

2
ANGGARAN No. Perkara Kuantiti Harga JUMLAH
PERBELANJAAN (RM) (RM)
1. Makanan Pagi 320 orang 5.00 1600.00
- Kuih/Roti/Mihun
Tenaga: 250 kcal
Komuniti PCF Cheros 300 orang
AJK Program 20 orang
2 Makan Tengah Hari
Nasi beriani 1 cawan
Ayam rempah 1 ketul
Kuah Dalca 1 senduk
Sayur campur 1 senduk
Buah campur 1 cawan
Sambal 1 sudu makan
Air Minuman 1 gelas
Tenaga: 550kcal
Kos: RM10/individu

AJK program 20 orang 10.00 200.00


Tetamu VVIP 10 orang 10.00 100.00
3. Air Mineral 20 kotak 10.00 200.00
(48 cup x 6)
4. Bahan-bahan demo 100.00
masakan sihat:
- beras
- gula
- gandum
- telur, ikan bilis
- sayur sawi/bayam
- buah pisang
- Labu
5. Banner Program 3 160 480.00
JUMLAH 2,680.00

TENTATIF Tarikh : 16 hb. Julai 2019


Hari : Selasa

Masa : Tentatif
8.00am : Persiapan dewan Kg Cheros/
(Menu: Nasi Goreng/Buah Strawberry/Air susu)

Bertolak dari PKDCH ke Kg Cheros

3
9.00am : Ramah mesra keluarga PCF dengan anggota kesihatan
KKM
10.00am : Pendidikan Kesihatan
a) Kebersihan rambut
b) Penjagaan kulit
c) Kebersihan kuku tangan dan kaki
e) Kebersihan mulut dan penjagaan gigi
f) Kebersihan pakaian
(Penceramah: SN Rina Alias/SN Zalmi Rosli)

10.30am : Demo Masakan Sihat


iv) Makanan Pelengkap mengikut peringkat
umur
v) Cucur Labu
vi) Donut Ubi kayu / Ubi keledek
Teknik membersih botol susu
Bancuhan susu

11.00am : Pameran pemakanan sihat


iv) Pelangi Buah & Sayuran
v) Pinggan Sihat
vi) Healthier Choice Logo
: Sesi Bergambar kanak-kanak PCF
bersama anggota kesihatan KKM/PKDCH/JKNP
12.00pm : Makan Tengah Hari
2.00pm : Lawatan ke rumah kanak-kanak KZM penerima bakul
makanan
5.00pm Bersurai

KESIMPULAN Kanak-kanak perlu dibimbing tentang kepentingan penjagaan


kebersihan diri agar badan sihat, tiada jangkitan kulit dan
sentiasa cergas ceria. Oleh sebab itu, mereka akan mempunyai
disiplin diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam
keadaan yang bersih sepanjang masa. Di samping itu juga, ibu-
ibu perlu dibimbing tentang penyediaan makanan mengikut
peringkat umur kanak-kanak dan juga kebersihan penggunaan
botol susu bagi meningkatkan status kesihatan ibu dan kanak-
kanak orang asli di kampong Cheros, Pos Telanok.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:


______________________
[SUWAIBAH BINTI ABD HADI] ________________________________
Pegawai Sains Pemakanan C41 [DR. MUHAMMAD NAIM BIN IBRAHIM]
Unit Pemakanan Pegawai Perubatan U44 (MMC:64491)
Pejabat Kesihatan Daerah Pentadbir Klinikal
Cameron Highlands Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands,
Tarikh: 21 hb. Jun 2019 Pahang Darul Makmur
4
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai