Anda di halaman 1dari 16

PUSAT PENDIDIKAN DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)


KAMPUS UUM KUALA LUMPUR

KOD KURSUS
BPME1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SEMESTER
APRIL 2023/2024

TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH
NO NAMA PELAJAR NO MATRIKS
1 DIANA ROZZANA BINTI OTOH 296908

DISEDIAKAN UNTUK
DR. SUBRAMANIAM A/L KOLANDAN
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN 1

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER APRIL 2023/2024 (JA231)BPME1013- ASAS

KEUSAHAWANAN SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Pengenalan 5
2 Huraian, perbincangan dan 20
cadangan
3 Kesimpulan 5
4 Rujukan dan lampiran 5
5 Kualiti penulisan 5

Jumlah markah 40 markah

Komen:

Tandatangan Pemeriksa :

Nama Pemeriksa :

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Isi Kandungan

1.0Pengenalan............................................................................................................4

2.0 Keusahawanan Sosial...........................................................................................5

3.0 Pembangunan keusahawanan sosial di peringkat global dan Malaysia...............6

4.0 Cabaran dan halangan dalam keusahawanan sosial............................................8

5.0 Faktor penggerak keusahawanan sosial...............................................................9

6.0 Masa depan keusahawanan sosial.....................................................................11

7.0 Usahawanan sosial yang berjaya........................................................................13

Kesimpulan............................................................................................................... 15

Rujukan..................................................................................................................... 16

3
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

1.0 Pengenalan

Jika ditanya siapa yang mahu jadi kaya? Semua orang atas muka bumi akan angkat
tangan nak jadi kaya. Apabila disebut dengan bibir untuk menjadi kaya semua orang
boleh sebut, tetapi bagaimana nak jadi kaya. Menurut Tun Dr. Mahathir (bekas
Perdana Menteri) ada menyatakan dengan berniaga baru boleh menjadi jutawan.
Menurutnya lagi, seseorang yang memperoleh pendapatan tinggi melalui bidang
keusahawanan dan bukannya dengan memakan gaji. (STAR, 2020). Untuk menjadi
usahawan yang berjaya dan bergelar jutawan bukan senang seperti mengeluarkan
kata-kata mahu jadi kaya, bergelar usahawan mestilah ada fokus, yakin, gigih,
tekun, usaha, doa dan paling penting adalah tawakal kerana rezeki tidak akan
kemana-mana. Usahawanan ini ditakrifkan sebagai penemuan, penilaian dan juga
peluang dengan kata lain adalah penghasilan produk baru, pemprosesan,
perkhidmatan dan pengeluaran. Keusahawanan ini adalah peluang ekonomi yang
tidak dijangka dari segi jangka Panjang mahupun pendek. Setiap peluang datangnya
apabila usahawan sentiasa fokus dan peka dengan setiap peluang yang datang.
(Muhammad Rafiq Abdullah Husmin, 2016). Tidak kira di dalam mahupun luar
bandar, usahawan akan sentiasa memainkan peranan yang penting bagi
memastikan apa yang mereka rancangkan akan menjadi dan mereka mempunyai
sikap yang mahu untuk terus mencuba dengan sebaiknya. Usahawan yang bukan
sahaja meningkatkan ekonomi diri sendiri, keluarga malah ianya juga dapat
meningkatkan ekonomi negara. Sesungguhnya pada zaman Rasullulah SAW juga
usahawan adalah pekerjaan yang utama bagi penduduk di tamadun berkenaan,
seperti bidang pertanian dan perternakan; Rasululah SAW juga memilih usahawan.
Bidang keusahawanan ini juga boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang selain
daripada menganggap makan gaji adalah kerjaya yang stabil. Selain daripada itu,
terutama di Malaysia amat menyarankan masyarakatnya untuk mengubah
kehidupan dengan berniaga bukan terlalu mengharapkan bantuan kerajaan.
Kerajaan juga menyediakan pelbagai platform dan peluang untuk membantu
masyarakat bekerja sendiri. Usahawan yang berjaya perlulan sentiasa fokus, tekun
dan gigih disetiap usaha yang dihasilkan.

4
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

2.0 Keusahawanan Sosial

Apa yang difahamkan dengan keusahawanan sosial ini; ada yang menyatakan
bahawa ianya gabungan diantara tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh
pihak kerajaan, swasta dengan badan kebajikan. Di Malaysia, keusahawanan sosial
ini masih baru lagi dan belum meluas dikalangan para usahawan. Keusahawan
sosial ini disebut sebagai aktiviti usahawanan yang bersosial yang membawa impak
ekonomi ke peringkat antarabangsa. Keusahawanan sosial salah satu cara untuk
menyatukan komersial dan sosial dari kalangan industri yang menggunakan
keuntungan ekonomi demi masyarakat. Selain daripada itu, keusahawanan sosial ini
sesuatu bidang perniagaan yang dipengaruhi oleh kesosialan masyarakat dan bukan
hanya kegiatan ekonomi semata-mata. Keusahawanan sosial ini salah satu
perancangan ekonomi yang dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan
meningkatkan hasil ekonomi negara. Di peringkat antarabangsa atau global,
keusahawanan sosial ini telah memberikan kesan dengan menggunakan inovatif
bagi menyelesaikan masalah sosial, masalah ekonomi semasa, terutama dengan
negara-negara membangun seperti Malaysia. Untuk menjayakan keusahawanan
sosial ini, pelbagai cara pihak kerajaan mahupun swasta mengadakan konsep
dengan membangunkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan kualiti dan
harga yang lebih rendah dan berpatutan. Keusahawanan sosial untuk sesetengah
negara adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan segala bentuk masalah
yang melibatkan sosial. (Nurul Iffah Ahmad, 2018).

5
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

3.0 Pembangunan keusahawanan sosial di peringkat global dan Malaysia.

Keusahawanan sosial di peringkat global atau antarabangsa mahupun di Malaysia


ini, ianya kepada usaha para usahawan di merata dunia untuk mengatasi masalah
yang berkaitan sosial, ekonomi semasa dan lain-lain. Salah satu agenda utama
keusahawanan global atau antarabangsa ini adalah untuk melahirkan usahawanan
yang positif, gigih dan fokus untuk menyelesaikan masalah sosial yang berkaitan
dengan masyarakat dunia. Ianya juga memainkan sesuatu peranan yang penting
untuk menyelesaikan masalah sosial di peringkat global. Penyelesaian secara
inovatif dapat membuat usahawanan sosial memberi kesan positif dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan ekonomi seluruh dunia. Terdapat beberapa contoh
keusahawanan sosial global yang lebih kurang sama dengan Malaysia yang boleh
dijadikan sebagai rujukan untuk tahun-tahun terakhir:

 Tenaga – apabila melibatkan tenaga maka keusahawanan sosial perlu


fokus untuk mendapatkan pendekatan secara inovatif bagi
menyelesaikan perubahan iklim atau mendapatkan bahan mentah
yang menghasilkan tenaga. Sebagai contoh, apabila perkampungan
asli yang tidak mempunyai tenaga elektrik, maka akan terdapat projek
elektrik di perkampungan berkenaan dengan mencari sumber angin
dan mengembangkan teknologi bateri yang lebih berkesan.
 Tahap Pendidikan – keusahawanan sosial yang ada di dalam bidang
Pendidikan adalah untuk menyediakan Pendidikan yang berkualiti dan
efisien untuk semua kanak-kanak seluruh dunia seperti di Afrika
selatan, Palestin dan negara-negara lain yang mempunyai Pendidikan
di tahap bawah. Sebagai contoh yang boleh diberikan adalah dengan
penggunaan teknologi yang berdigital, pembangunan sekolah dengan
yuran yang rendah dan Latihan-latihan guru di negara yang kurang
membangun.

6
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

 Kemasyarakat – selain itu keusahawanan sosial turut melibatkan


kemasyarakatan yang berfokus pada kesihatan, peningkatan hidup
yang berkualiti dan terjamin. Dengan peningkatan hidup yang lebih
terjamin maka masalah sosial akan menjadi lebih baik dengan terbina
beberapa pusat rawatan kesihatan, anjuran program-program
kesedaran dan kesihatan kepada masyarakat seluruh dunia
termasuklah Malaysia.
 Perkembangan ekonomi – untuk meningkatkan ekonomi yang sedia
ada dengan mempergayakan lagi keusahawanan sosial menerusi
peluang-peluang perniagaan yang boleh dibesarkan lagi, apabila
mempunyai peluang perniagaan maka akan ada peluang pekerjaan
bagi penduduk yang miskin, penduduk yang tiada modal untuk
berniaga, supaya ianya dapat meningkatkan taraf dan kehidupan
mereka sendiri menggunakan platform yang disediakan atau menerusi
peluang sedia ada. Sebagai contoh membina Kerjasama dengan
syarikat besar seperti NIKE boleh dapatkan kasut untuk gelandanga,
jika dilihat dengan dengan angka gelandangan di Malaysia tidaklah
seramai gelandangan di peringkat global atau antarabangsa.

7
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

4.0 Cabaran dan halangan dalam keusahawanan sosial.

Untuk menjalankan sesuatu usahawanan di peringkat antarabangsa atau tempatan


bukanlah sesuatu perkara yang mudah; ianya mesti mempunyai cabaran dan
halangan yang perlu dihadapi. Antara yang berikut:

4.1 Sikap atau personaliti - jika tidak memiliki sikap yang yakin dengan
kebolehan diri untuk bersaing dengan pesaing daripada luar mahupun
tempatan akan membuat produk yang dihasilkan tidak mendapat sambutan
dan tiada yang akan membeli produk.

4.2 Kewangan – apabila ingin menjadi usahawan atau berniaga mestilah


mempunyai sumber kewangan yang kukuh kerana setiap produk dihasilkan
adalah dikira sebagai pelaburan. Selain daripada itu, sukar untuk
mendapatkan pinjaman dari institusi perbankan tempatan, tiada sokongan
yang diberikan. Jika ada yang bagi pinjam, interest pulangan terlalu tinggi.

4.3 Bahasa – Bahasa ini mempunyai dua perbezaan iaitu lisan dan bukan
lisan. Secara tidak langsung Bahasa ini adalah komunikasi dan ianya mesti
mempunyai dua hala komunikasi. Apabila ianya melibatkan perniagaan
seharusnya usahawan mestilah mempunyai Bahasa yang difahami sekurang-
kurangnya dua Bahasa asas iaitu Melayu dan English. Jika sebagai
usahawan tidak mengetahu Bahasa asas seperti English, bagaimana hendak
berkomunikasi. Ada negara yang tidak pandai berbahasa English seperti
China, Korea, Jepun dan mereka lebih menggunakan Bahasa mereka sendiri
dan kebanyakan pelanggan dari luar akan menggunakan Bahasa bukan lisan
seperti gerak tubuh.

4.4 Subsidi – Pihak kerajaan sentiasa akan memberi bantuan kepada para
usahawan untuk membantu perniagaan dan produk yang dihasilkan tetapi
ianya ada secara langsung dan tidak langsung. Kerana setiap pemberian
akan ada syarat-syaratnya seperti pinjaman jangka panjang dengan kaedah
yang tinggi, pajakan geran untuk modal. Setiap produk yang dihasilkan

8
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mestilah boleh bersaing dengan produk-produk yang sedia ada dan mampu
untuk bertahan lama dalam era yang canggih dan globalisasi.

5.0 Faktor penggerak keusahawanan sosial

Terdapat beberapa faktor yang mengerakkan keusahawanan sosial antaranya


adalah: (Nur Azira Amran, 2018)

 Empati – tingkah laku di dalam kecenderungan untuk keusahawanan


sosial. Faktor empati ini adalah cerminan mengenai kesedaran tingkah
laku dan sejauh mana penilaian yang dihasilkan untuk memuaskan
tingkah laku seseorang individu. Kesan daripada sikap empati ini ada
menunjukkan bahawa seseorang individu mampu untuk membaca
keadaan sekeliling dengan tahap simpati yang tinggi ini bermakna
seseorang individu itu mampu untuk meneruskan niat dengan secara
sukarela berbanding dengan hanya membaca secara berfakta.
Terdapat juga empati kognitif iaitu mempunyai keupayaan untuk
menilai keadaan emosi orang lain dan empati efektif yang lebih
cenderung kepada tidak balas dengan keadaan emosi orang lain.
Untuk empati efektif ini ianya bertindak balas dengan rasa belas
kasihan dan kebimbangan disebabkan dengan melihat situasi atau
keadaan orang lain yang memerlukan.

 Kewajipan moral – ianya seperti memberi tekanan sosial yang boleh


untuk diperkuatkan atau yang boleh dikurangkan untuk cenderung
kepada orang lain. Ianya sebagai penentu tingkah laku yang penting.
Kecenderungan untuk menilai apa sebab seseorang harus berasa
tanggungjawab tetapi tidak melakukan kewajipan. Prinsip moral
dibentuk sebagai moral yang tinggi dan berlawanan dengan teori
tingkah laku yang lebih terancang kerana kecenderungan yang
dibentuk oleh sosial luar. Masyarakat kini telah menunjukkan moral
untuk membantu orang-orang yang terpinggir atau kurang

9
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

berkemampuan. Oleh yang demikian kewajipan moral ini adalah daya


penggerak untuk keusahawanan sosial berdasarkan kepada
tanggungjawab dan etika di dalam menyelesaikan permasalahan sosial
di dalam komuniti masyarakat.
 Efikasi kendiri – ianya adalah penghargaan seseorang individu
terhadap keupayaan sendiri dalam menjayakan sesuatu di dalam
tingkah laku. Efikasi kendiri di dalam keusahawanan sosial untuk
difahami kerana kepercayaan seseorang individu di dalam
menyumbang sesuatu dan menyelesaikan masalah sosial.

 Sokongan sosial – mendapatkan sokongan untuk membantu dan


menyumbang masyarakat yang memerlukan. Setiap tingkah laku yang
memerlukan sokongan kerana ianya dapat membantu dengan
menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi.

 Pengalaman – dengan pengalaman yang terdahulu membolehkan


untuk meramalkan sebarang tingkah laku di dalam keusahawanan
sosial antaranya di dalam program kebersihan dan kitar semula. Ianya
juga boleh meramal sikap seseorang individu untuk keusahawanan
sosial yang lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam program-
program kemasyaratan dan amal dan ianya secara tidak langsung
memberi peluang kepada penggangguran, peluang Pendidikan dan
kemiskinan di luar bandar. Pengalaman juga menunjukkan kepada
pengaruh yang lebih cenderung kepada keusahawanan sosial dengan
menerusi persekitaran sosial yang telah dialami.

10
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

6.0 Masa depan keusahawanan sosial

Pada tahun 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (bekas Perdana Menteri) telah
merasmikan satu rangka Tindakan keusahawanan sosial 2030 (SEMy2030) yang
menyediakan hala tuju kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia.
SEMy2030 dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawanan dan
Koperasi (Medac) telah mengariskan lima objektif utama yang seiring dengan
aspirasi, strategi dan inisiati yang ditetapkan oleh Wawasan Kemakmuran Bersama
2030, Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-
12). Di dalam rangka tindakan terdapat perkara seperti kerangka kawal selia dan
tadbir urus yang lebih efektif untuk keusahawanan sosial di Malaysia mempunyai
tanggungjawab dan akauntabiliti untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat dan
syarikat swasta. Pihak kerajaan akan sentiasa terus membantu untuk
keusahawanan sosial ini kerana menyedari peluang untuk pertumbuhan ekonomi di
Malaysia. (Hamid, 2020).

Keusahawanan sosial ini juga harus dipupuk dengan kehadiran belia untuk jadikan
mereka sebagai seorang usahawan. Apabila dilihat dari sudut positif keusahawanan
sosial ini melibatkan dua tujuan iaitu pembangunan masyarakat dan sector ekonomi,
dengan kehadiran para belia yang ingin menyertai adalah satu Langkah pengerak
yang baik dan positif untuk ekonomi Malaysia. Usahawan sosial ini boleh dijadikan
sebagai kerjaya dikalangan belia dan bukan hanya dengan makan gaji untuk
menjadi seorang berjaya. (Nur Raihan Che Nawi, 2018). Jika dilihat pada sekarang,
semakin ramai belia yang sudah mulakan Langkah untuk menjadi usahawan dengan
menjual tshirt dengan raih jualan sehingga RM130,000 dengan hanya menjual
dikawasan kolej asrama dengan “Kita kena bijak fikir dan rajin ambil peluang”.
(Shuaib, 2023). Selain daripada itu, agensi seperti Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia dan Mercy Malaysia selalu tampil dengan memberi bantuan dari segi
tenaga dan kewangan kepada memerlukan tetapi agensi ini juga memerlukan
sumbangan daripada pelbagai pihak untuk terus membantu. Keusahawanan sosial

11
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

ini lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang bernasih baik. Ianya
untuk menekan cara pembasmian masalah dan tekanan sosial dengan
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat membantu masyarakat, diri
sendiri dan ekonomi. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga menggalakkan
pelajar-pelajar dan graduan untuk menyertai keusahawanan sosial ini dan dana
telah diperuntukkan sebanyak RM650,000 bagi melatih lebih kurang 600 pelajar di
university awam, politeknik dan kolej komuniti dengan menyertai Program
Keusahawanan Peringkat Nasional 2020/2021 University to Community. Program
seperti ini dapat memberikan satu impak atau kesan yang mendalam untuk
mengangkat keusahawanan ini di peringkat IPT. Selain itu, pihak kerajaan juga ada
membuat tawaran dalam beberapa insentif yang berbentuk pelepasan cukai dan
kreditasi. Pihak kerajaan juga setuju dengan pemberian geran sebagai tanda
sokongan keusahawanan sosial ini mampu memberi impak kepada masyarakat, dan
keadaan ekonomi sekarang. (Dahlan, 2020).

12
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

7.0 Usahawanan sosial yang berjaya

BLAKE MYCOSKIE

Pengasas kepada Chief Shoe Giver yang


bertaraf dunia yang diberi nama TOMS. Beliau
memulakan keusahawanan sosial dengan
bantuan kasut kepada kanak-kanak dari
keluarga yang susah dan memerlukan yang
hampir mencecah sebanyak 60 juta pasang
dari tahun 2006 dan diteruskan dengan TOMS
Eyewear iaitu bantuan cermin mata kepada
40,000 individu yang susah pada tahun 2011.
Selain daripada itu, beliau juga
membangunkan bekalan air bersih di
beberapa negara dan memberikan Latihan
asas kepada ibu mengandung. Kesemua bantuan ini dimulakan dengan model
keusahawanan yang membolehkan untuk membantu golongan yang terpinggir,
miskin dengan sumbang dan bantuan yang lain. Jenama TOMS ini telah
bekerjasama dengan beberapa organisasi dunia antaranya adalah UNICEF, Save
the children, Partner in Health, The Red Cross, Everytown, Faith in Action, March for
Our Lives.

Pada tahun 2018, Blake telah melancarkan sesuatu yang baru menerusi TOMS iaitu
dengan mendermakan USD5juta kepada organisasi di Amerika Syarikat yang
berusaha untuk menamatkan keganasan senjata api. TOMS juga telah
mengadakan kempen di seluruh negara Amerika Syarikat untuk menyuarakan
sokongan kepada Universal Background Checks menerusi poskad yang dihantar

13
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

kepada Kongress. Pada Februari 2019, hampir 730,000 poskad telah dihantar
kepada perwakilan di Washington D.C. Selama 15 hari, Rumah Putih telah membuat
keputusan untuk meluluskan H.R.8 iaitu rang undang-undang yang diperlukan
pemeriksaan latar belakang untuk semua penjualan dan pembelian senjata api.

Pada tahun 2009, Blake dan TOMS telah menerima Anugerah Kecemerlangan
Korporat (ACE) oleh Setiausaha Negara. Pada 2014, Richard Branson telah
meminta Blake untuk menyertai Kumpulan B iaitu sekumpulan pemimpin Dunia yang
telah menyokong dan mempromosikan cara bagi menjalankan perniagaan ke arah
yang lebih baik, dan seterusnya memperjuangkan kesejahteraan manusia dan juga
muka bumi ini. Pada tahun 2015, Sekolah Kesihatan Awam (Harvard) telah
menganugerahkan Blake dengan Anugerah Generasi Seterusnya dan anugerah ini
diberikan penghormatan kepada seseoran individu yang berumur di bawah 40 tahun
yang mempunyai kepimpinan dan komitmennya terhadap kesihatan sebagai hak
asasi manusia yang memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk jadikan
penjagaan kesihatan adalah baik untuk semua yang merupakan keutamaan dalam
global. Tahun 2016, Blake telah dianugerahkan Cannes Lion Heart yang telah
memberi penghormatan kepada seseorang individua tau syarikat yang telah
memberi satu impak positif melalui pendekatan inovatif kuasa penjenamaan. Selain
daripada itu, Blake dan TOMS telah dipaparkan dalam beberapa penerbitan seperti
TIME dan Fortune.

Tahun 2011, Blake melancarkan buku dengan tajuk “Start Something That Matters”
yang menjadi buku terlaris di New York Times. Buku itu telah mengisahkan kisah
peribadinya dan ianya boleh dijadikan sebagai seruan atau rujukan untuk orang lain
supaya dapat memasukan informasi serba sedikit di dalam perniagaan dan melabur
untuk mencapai minat. Tahun 2015, Blake telah mengasaskan Dana Keusahawanan
Sosial yang telah dilaburkan ke dalam syarikat inovatif yang mementingkan sosial
dan sedia untuk mencipta perubahan. Sehingga ke hari ini, dana berkenaan telah
dilaburkan dalam 15 buah syarikat dalam industri antaranya teknologi, Pendidikan
dan pemakanan.

Sebelum adanya TOMS ini, Blake yang berasal dari Texas ini telah memulakan 5
jenis perniagaan seperti perkhidmatan dobi kampus yang sudah berjaya dan telah
dijual. Blake dan kakaknya Paige telah menyertai CBS The Amazing Race dengan

14
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mengembara seluruh dunia dan telah memenangi hadiah utama sebanyak


$1,000,000. Blake adalah seorang yang suka membaca, mengembara dan seorang
pemain golf. Beliau sangat bersemangat untuk memberi bantuan dan inspirasi
kepada golongan muda untuk menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Harapan beliau untuk melihat masa depan golongan muda ini didorong oleh
perniagaan dan golongan muda ini dapat berpikir secara berfikiran sosial. (TOMS,
2006)

Kesimpulan

Faktor-faktor penglibatan keusahawanan sosial ini adalah tepat dan seiring dengan
kemajuan, kecanggihan yang ada di Malaysia mahupun global. Keusahawanan
sosial ini dapat meningkatkan kestabilan ekonomi negara terutama di Malaysia.
Usahawan sosial ini mesti memiliki satu keutuhan yang dipanggil keimanan kepada
agama, bersifat adil saksama, sentiasa fokus, peka dengan apa perubahan semasa
menerusi kreativiti, inovatif dan yang paling penting untuk menjadi seorang
usahawan sosial ialah tidak mudah untuk berputus asa, sangat berani untuk
mengambil risiko dan sentiasa memberi kepinginan yang utama kepada masyarakat
susah dan yang terpinggir. Keusahawanan sosial ini juga aplikasi kepada prinsip
keusahawan konvensional yang bertujuan untuk mencapai objektif sosial tetapi
masih ada yang belum dapat ditangani oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO.
Keusahawanan sosial dilihat dapat membantu bagi menyelesaikan masalah sosial
dikalangan masyarakat terutama masyarakat yang susah dan terpinggir. Ini
menyokong kepada Dasar Sosial Negara iaitu dasar pembangunan sosial yang
diteraskan dengan nilai-nilai murni dan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan
dan kestabilan sosial, ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat di Malaysia ini

15
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Rujukan

Dahlan, J. M. (26 Oktober, 2020). Manfaat keusahawanan sosial. Retrieved from BHonline:
bhrencana@bh.com.my

Hamid, A. A. (23 April, 2020). Strategi jayakan keusahawanan sosial di Malaysia. Retrieved from
mediaprima: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/835107/strategi-jayakan-
keusahawanan-sosial-di-malaysia-metrotv

Muhammad Rafiq Abdullah Husmin, S. A. (2016). Usahawan mikro kredit: faktor-faktor dalaman yang
mendorong kejayaan perniagaan . Fakulti Pengurusan & Muamalah, 204-215.

Nur Azira Amran, M. N. (2018). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan model


kecenderungan keusahawanan sosial. Entrepreneurship, Business and Tourism , 129-143.

Nur Raihan Che Nawi, M. M. (2018). Potensi Pembangunan Keusahawanan Sosial dalam Kalangan
Belia di Malaysia. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 49-67.

Nurul Iffah Ahmad, M. N. (2018). Keusahawanan Sosial dalam kalangan Institusi Pondok di Malaysia
bagi membantu golongan terpinggir. Proceeding of the 6th International Seminar on
Entrepreneurship and Business (ISEB2018), 38-46.

Shuaib, I. S.-A. (21 Februari , 2023). Geng pelajar "otak bisnes' ulang kejayaan zaman matrikulasi,
masuk UiTM terus raih jualan RM130,000.... baju dijual laku keras. Retrieved from mstar:
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2023/02/20/geng-pelajar-otak-bisnes-ulang-
kejayaan-zaman-matrikulasi-masuk-uitm-terus-raih-jualan-rm130000-baju-dijual-laku-keras

STAR, T. (27 Januari, 2020). Hanya dengan berniaga baru boleh jadi jutawan - Dr Mahathir. Retrieved
from mstar: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/01/27/nuh2020

TOMS. (2006). Blake Mycoskie, TOMS Founder. Retrieved from TOMS.com:


https://www.toms.com/us/corporate/blakes-bio.html

16

Anda mungkin juga menyukai