Anda di halaman 1dari 11

Individu biasa dengan kejayaan dan pencapaian luar biasa bukanlah satu teori khayalan tingkat

tinggi mahupun satu cerita dongeng yang direka-reka. Bagi sebahagian orang di luar sana yang
membaca kisah kejayaan golongan ini, pasti menyangka mereka bermula dengan mudah.
Hakikatnya, hampir kesemua individu yang kini bergelar jutawan, hartawan dan individu paling
berpengaruh ini melalui kisah hidup yang dilalui hampir kebanyakan daripada kita semua alami.
Ada di antara mereka yang melalui zaman perit sebagai penganggur, terpaksa ikat perut untuk
berjimat-cermat dan banyak lagi pengalaman yang pahit yang bertukar menjadi kejayaan
gemilang yang diimpikan ramai orang.
Masa saya mula berniaga selepas keluar dari universiti, apa yang saya buat kerana nak
jimatkan kos, saya beli roti canai pada waktu pagi, saya minta kuah banyak-banyak. Kuah tu saya
simpan untuk makan tengah hari, rebus telur taruh dalam kuah, masak nasi dan makan dengan
kuah kari telur. kata Dato Hussamuddin Yaacub, taikun akhbar dan majalah terkenal dan terlaris
di Malaysia ketika berkongsi pengalaman beliau di dalam sebuah akhbar.

Jutawan Berkongsi Ilmu Berniaga


Memang tidak dapat dinafikan, tidak ramai jutawan yang mempunyai masa untuk berkongsi ilmu
berniaga. Namun, jumlah tersebut semakin meningkat. Menurut Mentor Penulisan Berpengaruh,
Tuan Aqif Azizan, Di Palo Alto US, CEO-CEO syarikat terkemuka sudah mula keluar dari syarikat
asalnya untuk memeriahkan lagi jemaah ekonomi. Mereka membina lebih banyak syarikat yang
berada di bawah satu bumbung.
Ini sekaligus dapat membantu melahirkan ketua-ketua baru di dalam bisnes. Hasil bimbingan
CEO-CEO yang sudah lama bergelumang dalam dunia bisnes, sudah pasti ilmu-ilmu mereka
menjadi satu jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Risiko untuk melakukan kesilapan besar
menjadi rendah. Ia memudahkan proses melahirkan generasi baru yang celik bisnes dan mampu
mengemudi bahtera syarikat daripada zero menjadi hero.
Di Malaysia, kita lihat fenomena ini sudah mula berkembang. Individu yang sudah berjaya
membina perniagaan daripada RM 1 menjadi jutaan ringgit sanggup turun padang berkongsi
ilmu, strategi, tip dan teknik yang perlu dipraktiskan oleh usahawan baru.
Pada minggu ini tim Majalah Niaga menyenaraikan lapan (8) guru bisnes pilihan untuk usahawan
Malaysia. Kedudukan di bawah diatur secara rawak, ia tidak menggambarkan siapa lebih hebat
atau berpengaruh. Semua guru ada kelebihan masing-masing. Kita harus bersyukur kerana
taikun, jutawan dan guru bisnes ini sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka demi
membangunkan ekonomi ummah melalui jalan perniagaan.

#1 Dato Hussamuddin
Yaacob

Pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. penerbit majalah dan akhbar terbesar di
Malaysia.

Memiliki anak-anak syarikat yang berbeza fungsi seperti Alaf 21, Prima Sdn. Bhd., Kasya
Bestari dan banyak lagi.

Menerbitkan 32 akhbar dan majalah yang berpengaruh seperti akhbar Sinar Harian,
Mingguan Wanita, Fokus, Sarina, Majalah iRemaja dan lain-lain lagi.

Pemilik Ultimate Print Sdn. Bhd. kini syarikat percetakan komersil terbesar di Malaysia.
Beliau merupakan taikun dalam industri perniagaan media, penerbitan dan percetakan dengan
hasil jumlah jualan dagangan sekitar RM400 juta setahun. Selain konsisten memandaikan
bangsa melalui penerbitan buku-buku dan majalah serta akhbar berkualiti, beliau juga
menubuhkan Yayasan Nur Karangkraf menyalurkan bantuan daripada segi kewangan kepada
ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik. Dana Pendidikan Karangkraf juga ditubuhkan
untuk menaja 300 pelajar setiap tahun bagi meringankan kesulitan mereka.

Terbaru, beliau dan ahli pasukan menubuhkan RICH Business School (RBS). Ia satu inisiatif di
bawah Warisan Ummah Ikhlas yang diasaskan beliau. RICH ialah singkatan kepada Rahsia
Insan Cemerlang Hidup. Tujuan utama RBS ialah berkongsi pengalaman dan ilmu dalam dunia
bisnes.
Di FB, ada satu group tertutup untuk komuniti RBS. Tuan dan puan boleh cari RICH Business
School dengan menggunakan fungsi search di FB.

#2 Dato Maznah Hamid

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.


Securiforce ialah sebuah syarikat kawalan keselamatan terbesar di Malaysia.
Empayar perniagaan berasaskan keselamatan diperluas ke peringkat antarabangsa
dengan penubuhan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), serta
meluaskan jaringan ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Securiforce Logistik turut memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki
dan Jerman.

Memilik anak-anak syarikat yang berkembang maju antaranya yang terkenal ialah Danau
Lumayan, sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Bandar Tun Razak.

Mengasaskan seminar-seminar keusahawanan seperti seminar Zero To Hero dan


Awaken The Spirit Of Enterpreneurship/Intrapreneurship.
Sejarah awal penubuhan syarikat keselamatan Securiforce bermula dengan hanya bermodalkan
RM5000. Daripada sebuah entiti yang asing, Securiforce telah mengalami transformasi kepada
sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia menyaingi lebih 400 buah
syarikat lain seumpamanya.

Trivia tentang Datuk Dr. Maznah yang tidak akan dilupakan ialah kejayaan beliau menubuhkan
kesemua anak syarikat tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Wanita yang
sinonim dengan jolokan Iron Lady Malaysia ini wajar dijadikan contoh dan idola oleh para
usahawanita di luar sana.

Beliau kerap berkongsi kata-kata motivasi di laman rasmi FB


iaitu https://www.facebook.com/maznahhamid.

#3 Azizan Osman

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn Bhd.


Diiktiraf oleh Malaysian Book of Record pada tahun 2012 sebagai syarikat terbesar di
Malaysia dalam penganjuran seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan,
pemasaran dan motivasi.
Mentor Pemasaran No 1 Asia, penulis, penceramah, usahawan & jurulatih kejayaan.
Dianugerahkan Anugerah Platinum Pengerusi Antarabangsa, oleh sebuah organisasi
terkemuka yang berpusat di London, satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh
organisasi tersebut.
Pemilik sebuah perniagaan konglomerat multinasional iaitu Richworks Group of
Companies dan juga mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Kumpulan
syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan termasuk perunding pengiklanan dan
pemasaran, reka cipta jenama dan produk, perkhidmatan korporat dan perakaunan,
pelaburan hartanah, penerbitan buku, media sosial dan web, kecantikan dan kesihatan serta
pengurusan acara.

Artikel Berkaitan: Ciri- Ciri Usahawan Muslim Berjaya

Pihak media memberi liputan yang meluas terhadap kejayaan Dr. Azizan Osman sebagai
seorang Jurulatih Pemasaran No 1 Malaysia. Misi beliau membantu pemilik-pemilik perniagaan
lain mencapai potensi diri dan mencapai kejayaan dalam industri masing-masing menjadikan
beliau sentiasa bersemangat dan bertenaga menganjurkan program-program kejayaan,
kekayaaan dan keusahawanan.
Beliau kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian
PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College
of Science and Technology. Sejak tahun 2008, beliau telah membantu lebih 400,000 usahawan
dan bakal usahawan dalam banyak siri program-program beliau.
Antara program yang mendapat sambutan masyarakat tempatan ialah Intensif Mentor Kejayaan
dan Kekayaan (IMKK), Advanced Marketing Power (AMP), Intensif Jutawan Industri (IJI), Master
Your Business (MYB) dan Retire Young Retire Rich (RYRR).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program terbaru beliau, para pembaca boleh merujuk
laman web www.azizanosman.com dan www.duniausahawan.com.

#4 Puan Ainon Mohd

Menubuhkan syarikat sendiri bermula tahun 1988 PTS Consultants Sdn Bhd.

Memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara


yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP,
Amway, Malayan Banking, Perwira Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan
Pencegah Rasuah dan banyak lagi.

Bertanggungjawab dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa


bersama MIMOS dan Microsoft Corp.

Telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan,


komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah
Hassan.

Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang
terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik
Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori &
Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah
dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan
guru-guru di sekolah.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang
sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka
pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications &
Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa
melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu.
Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS ini tanpa perasaan kesal melaburkan simpanan hari tua
beliau sebanyak RM 500,000 demi membina dan memperkukuh PTS. Hasil keputusan berani
dan tegas, Puan Ainon kini boleh berbangga dengan pencapaian jualan tahunan PTS yang
mencelah nilai RM 30 juta setiap tahun.

Keteguhan PTS berpegang kepada prinsip-prinsip perniagaan patuh-syariah, bersih-rasuah,


bersih-riba dan prinsip bisnes tanpa kontrak menjadikan PTS sebuah organisasi contoh yang
wajib dijadikan role-model kepada usahawan-usahawan lain. Puan Ainon juga sering
mengingatkan sahabat-sahabat serta rakan media sosial beliau untuk mempraktik gaya berniaga
Nabi Muhammad konsep perniagaan terbaik sepanjang zaman.
Selain aktif melakukan aktiviti editorial, melalui Ainon Business School (ABS), beliau dan ahli
pasukan aktif menganjurkan seminar dan latihan dalam bidang perniagaan yang berteraskan
Islam (patuh-syariah). Komuniti besar ABS dikumpulkan di dalam satu secret group FB di mana
setiap hari beliau berkongsi tip-tip premium mengenai bisnes secara percuma. Para pembaca
boleh follow FB Puan Ainon di pautan ini, https://www.facebook.com/ainonmohdpts.
Beliau turut bersungguh-sungguh meningkatkan graf saham akhirat beliau dengan melakukan
aktiviti amal secara konsisten. Kini beliau terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan seperti
kerja sosial untuk kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang dan terkini sumbangan kepada rakyat
Islam Kemboja yang kurang bernasib baik.

#5 Irfan Khairi

Pakar perniagaan Internet, jutawan siber, seorang speaker pakar, penulis buku
terlaris dan personaliti TV/Radio.
Giat menganjurkan seminar dan sinonim dengan seminar Rahsia Perniagaan Internet,
Bengkel Jutawan Internet dan banyak lagi.

Antara buku popular yang ditulis termasuklah buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet
Terbongkar yang turut diterjemah ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secrets of Internet
Millionaires Revealed serta siri buku Nota Jutawan.
Bergelar jutawan pada usia muda, 25 tahun, Irfan Khairi dianggap pencetus fenomena jutawan
internet apabila kejayaan beliau diberi pendedahan secara meluas oleh media elektronik dan
media cetak. Berpegang kepada prinsip cara berfikir (mindset) adalah kunci dalam membina
kekayaan, Irfan Khairi turut berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi seminar-seminar yang
dianjurkan beliau.

Usahawan dan bakal usahawan yang berminat untuk mengikuti perkembangan beliau, boleh
LIKE laman FB beliau melalui pautan www.fb.com/IrfanKhairi.fb.

#6 Dr. Wan Shah Razali

Memulakan kerjaya sebagai kakitangan bank dan telah menerima Executive Chairman
Award pada tahun 2004.
Memiliki Bachelor of Business Administration 2002 dan Master of Business
Administration 2007.
Memiliki Doctor of Business Administration 2009 dan Honorary Professor of Business
Administration 2011

Artikel Berkaitan: Musim Jualan Hujung Tahun Ketahui Cara Melariskan


Perniagaan Anda
Menurut profil yang dipetik daripada FB rasmi beliau, Dr Shah Razali ialah seorang jutawan selfmade kini memiliki 10 buah syarikat yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan sejak 2007.
Bisnes beliau merudum pada tahun 2008 sebelum berjaya bangkit semula dengan menceburi
sektor pembinaan dan pelaburan hartanah.
Beliau terkenal dengan gelaran The Wealth Doctor di mana beliau telah melatih 10,000 pelabur,
bakal pelabur, usahawan dan bakal usahawan di dalam siri seminar beliau. Beliau dan ahli
pasukan Shah Group telah melahirkan lebih 500 orang pelabur hartanah yang telah berjaya.
Pada tahun 2010, beliau mula menerbitkan CD Audio Pertama yang bertajuk Bahagia Sesudah
Derita. Sebanyak 3000 unit telah terjual. Kemudian, beliau muncul dengan buku pertama yang
bertajuk Jejak Pelabur Hartanah yang dipasarkan di kedai buku terkemuka seperti MPH
Bookstore.

Setelah lebih 3 tahun berkongsi dengan masyarakat tentang pentingnya membina pendapatan
pasif melalui pelaburan hartanah, DSR telah menerbitkan buku keduanya yang bertajuk Pelabur
Hartanah Genius. Di dalam buku ini DSR berkongsi perihal untuk menjadi seorang pelabur
hartanah kelas pertama.
Walaupun terkenal dengan siri seminar hartanah, beliau juga ada menganjurkan siri seminar
khusus untuk ilmu bisnes dan pemasaran. Antara program beliau yang mendapat sambutan
ramai ialah Advance Formula DSR, Turbo My Business, Ultimate Business Success dan yang
terbaru ialah Advance Infiniti RM. Walaupun berstatus multi jutawan daripada hasil-hasil bisnes
beliau yang lain, beliau masih sanggup turun padang berkorban masa dan tenaga demi
kesuksesan anak didik beliau.
Tuan dan cikpuan boleh ikuti perkembangan beliau di laman FB rasmi
iaitu www.facebook.com/DSRFan.

#7 Dato Dr Rusly
Abdullah (Chef Li)

Memiliki Ph.D dalam bidang kulinari melalui program usaha-sama Asia Pasific Culinary
Art Foundation dan University Iowa USA.
Pernah bertugas sebagai pegawai bank di D&C Bank, Malayan Banking Berhad dan
Bank Islam selama lebih 12 tahun.

Pernah bertugas sebagai Penolong Pensyarah USM dan Pengurus Besar sebuah
syarikat korporat.

Kini usahawan dalam bidang pendidikan dan latihan sepenuh masa.

Penulis Buku Best Seller Trilogi Menjejaki Jutawan Senyap


Dato Dr Hj Rusly Abdullah satu nama yang besar dalam bidang perniagaan, penulisan, pakar
masakan dan merupakan Mentor Jutawan. Kisah pahit maung beliau sebelum berjaya menempa
kejayaan berkait rapat dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud, Allah tidak akan mengubah
nasib seseorang sehinggalah ia sendiri mengubah nasibnya. Konsep doa, berusaha dan
bertawakal adalah gabungan padu untuk mencari kejayaan.

Dalam kebanyakan siri seminar dan latihan anjuran beliau, pasti soalan ini akan di ajukan
kepada para hadirin, Adakah kesuksesan itu suatu takdir atau sesuatu yang boleh
diusahakan?. Beliau yakin dan percaya akan janji Allah kepada hamba-hamba-Nya yang
berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Beliau juga yakin setiap individu itu mampu mencapai satu tingkat kejayaan dan kekayaan yang
tidak pernah terfikir oleh mereka sehingga mereka mencari-gali kebolehan diri dan
mempergunakan kebolehan itu sehabis baik.
Perkembangan beliau boleh diikuti di laman FB ini, https://www.facebook.com/DatukChefLi.

#8 Tuan Shamsuddin Kadir

Perunding latihan dan jurulatih utama (trainer) SK Training Academy Sdn Bhd.
Jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan
sijil tauliah bernombor TTT/1533.

Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia
(TAMRIN).

Penulis lebih dari 10 buah buku di Malaysia dan 3 buah buku di Indonesia.
Berdasarkan maklumat daripada laman web rasmi beliau iaitu www.sk.my, sebelum menceburi
dunia latihan secara langsung, beliau berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dengan
berkhidmat secara langsung di bawah seliaan beberapa CEO terkemuka seperti Mr. Robert
McKay, CEO syarikat penerbangan kargo sewa khas dan juga Tuan Yim Choong Chow,
Managing Director di salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di dunia.

Siri seminar yang dianjurkan beliau banyak menarik perhatian pembaca-pembaca laman FB
beliau. Antara kursus terbaru beliau ialah Kursus Wiraniaga Muda 2013. Kursus ini bertujuan
untuk melatih kanak-kanak berusia 9 hingga 16 tahun untuk memulakan bisnes sendiri.
Menurut kenyataan di laman FB beliau, kursus ini memberikan teknik dan ilmu termasuk latihan
amali untuk membuka satu lagi cabang kehidupan untuk anak-anak selain dari mengikut sistem
pendidikan semasa yang menghasilkan tenaga pekerja.
Selian itu, beliau giat menulis buku-buku cerita bisnes untuk kanak-kanak seperti Biskut Ajaib,
Mesin Rumput Ekspres, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang. Buku-buku ini sesuai untuk
ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak menjadi usahawan dan berjinak-jinak dalam dunia
bisnes.
Antara program-program lain untuk masyarakat awam yang dianjurkan syarikat beliau ialah
Bengkel Memulakan Bisnes Sendiri, Seminar Wang dan Pelaburan. Bengkel Kuasa Kejayaan
dan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan.
Para pembaca Majalah Niaga disarankan mengikuti tip-tip kewangan, pelaburan dan bisnes yang
beliau kongsikan di laman FB. Klik pautan https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir.

Sumber: sinarharian, securiforce, irichworks, universitipts, DSRFan, FB ShamsuddinKadir


Kredit
Foto: patrick_foto, perdasama360, mohe_kpt, majalahniaga, pts, mentorzaiamin, irfankhairi, sk.m
y

Anda mungkin juga menyukai