Anda di halaman 1dari 3

Hukum makan haiwan jallalah(haiwan makan najis)

[Soal Jawab Kontemporari] Hukum Memakan Binatang


Yang Makanan Asasinya Bersumberkan Najis
19 Mei 2010 jam 8:36 PAGI
Penulis : Ustaz Nazrul Nasir

Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang hukum memakan binatang yang makanan asasinya
bersumberkan najis.Perkara ini sudah dibincangkan oleh para ulama terdahulu dengan terperinci.

Haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya disebut sebagai ‫ الجاللة‬.Para ulama berbeza pendapat
di dalam meletakkan takrif bagi Jallalah.

Maksud Jallalah

Menurut para ulama Hanafiyah radhiyallahu anhum: Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya
menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain.Bau dagingnya juga akan
berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.

Manakala para ulama Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah radhiyallahu anhum pula berpendapat bahawa
maksud jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan
makanan yang lain selain daripada najis.

Hukum Memakan Jallalah

Para ulama Malikiyah seperti yang disebutkan di dalam kitab Syarhul Kabir dan Bidayatul Mujtahid
mengharuskan untuk umat Islam memakan Jallalah.

Para ulama Hanafiyah, Syafieyah , Imam Malik sendiri, dan al-Imam Ahmad di dalam salah satu pendapatnya
mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh untuk dimakan.Makruh di sini menurut al-Syeikh Dr
Muhammad Zuhaili seperti yang disebutkan di dalam kitabnya al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie adalah
merupakan Makruh Tanzih.

Manakala para ulama Hanabilah mengharamkan daging jallalah untuk dimakan.Ini seperti disebutkan di dalam
kitab Kasyful Qhina’ dan al-Mughni li Ibn Qudamah al-Maqdisi.

Bagaimana boleh berlakunya khilaf di dalam permasalahan ini?

Seseorang yang mempelajari ilmu perbezaan pendapat di kalangan para ulama tidak akan memandang perkara
ini sebagai sesuatu yang janggal.Malah ikhtilaf @ perbezaan pendapat di kalangan para ulama itu sendiri
merupakan satu rahmat daripada Allah taala kepada makhlukNya di muka bumi.

Kesemua para ulama berbeza pendapat berdasarkan pemahaman mereka terhadap hadis Baginda sallallahu
alaihi wasallam yang berbunyi :

‫نهى النبي صلى هللا عليه و سلم عن أكل الجاللة و ألبانها‬

Maksudnya: Baginda sallallahu alaihi wasallam melarang seseorang tersebut daripada memakan daging
Jallalah dan susunya.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal, al-Imam Abu Daud dan al-Imam Tirmizi
rahimahumullahu taala.

Para ulama Hanabilah mengambil berdasarkan zahir hadis tersebut dengan meletakkan setiap larangan tersebut
maka ianya memberi maksud haram.

Manakala para ulama yang lain meletakkan bahawa larangan di sini bukanlah bermakna haram secara mutlak
malah ianya hanya menunjukkan larangan yang membawa maksud makruh sahaja.

Adakah terdapat cara untuk membersihkan Jallalah ini?

Para ulama meletakkan tempoh tertentu untuk membersihkan Jallalah ini dengan cara memberikan makanan
yang baik dan bukan najis kepada Jallalah ini.

Menurut para ulama Hanafiyah : Jika daging binatang tersebut telah bertukar baunya disebabkan
pemakanan sedemikian maka jika binantang tersebut kecil seperti ayam perlulah diberikan makanan yang baik
selama 3 hari sebelum boleh diproses untuk dimakan.Manakala kambing pula perlu untuk dikuarantinkan
selama 4 hari dan lembu serta unta perlulah dikuarantinkan selama 10 hari .

Menurut para ulama Syafieyah : Binatang seperti ayam perlu dikuarantinkan selama 3 hari.Binatang seperti
kambing perlulah dikuarantinkan selama 7 hari , manakala unta dan lembu perlulah dikuarantinkan selama 40
hari.

Menurut para ulama Hanabilah: Binatang seperti ayam erlu dikuarantinkan selama 3 hari ,manakala unta
,lembu dan sebagainya perlulah dikuarantinkan selama 40 hari.

Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah berpendapat mengatakan bahawa binatang hanya perlu
dikuarantinkan selama 3 hari sahaja sama ada jenis burung dan sebagainya.

KESIMPULANNYA

Setelah kita meneliti pendapat para ulama di atas maka jelaslah kepada kita bahawa jumhur para ulama
berpendapat bahawa daging haiwan Jallalah hanyalah makruh sahaja.Hanya para ulama Hanabilah sahaja yang
berpendapat mengatakan bahawa ianya Haram dimakan.

Penduduk Malaysia beramal dengan Mazhab al-Imam Syafie radhiyallahu anhu maka tiadalah permasalahan
yang besar padanya.Hukumnya jelas makruh sahaja.Bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi makruh maka
lakukan sepertimana yang telah disebutkan oleh para ulama iaitu dengan dikuarantinkan selama tempoh
tertentu.

Jika ikan keli maka kita berpendapat ianya sama hukum seperti ayam.Maka tempoh kuarantinnya juga adalah
selama 3 hari.Maka di dalam tempoh tersebut ikan tersebut perlulah diberi makan dengan makanan yang halal
dan bersih.

Sebaiknya, bagi para peniaga mengelakkan menggunakan makanan yang haram untuk sumber pemakanan
binatang tersebut.Bagi para pembeli pula perlulah berhati-hati di dalam memilih makanan yang hendak
dimakan kerana ianya akan menjadi darah daging kita kelak.

Wallahu a’lam.

Rujukan

1. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Dr Wahbah Zuhaili hafizahullah jilid ke 4 mukasurat 2597-2599
cetakan Darul Fikr Dimasyk

2. Al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Dr Muhammad Zuhaili hafizahullah jilid ke 2 mukasurat 558-
559 cetakan Darul Qalam Dimasyk

Mohd Nazrul Abd Nasir,


Rumah Kedah Hayyu Asyir,
Kaherah Mesir

Anda mungkin juga menyukai