Anda di halaman 1dari 34

Jom Buat

Fakhrul Anwar Zainol


Zuraidi Kamarulzaman
Farid Wajidi Ariffin
Mohd Afzaini Mamat
Khairul Zaire Zainuddin
Fazillahanna Alwi

Diterbitkan oleh:

PHENOMENAL SIXTY-FOUR RESOURCES (P64 INC.)

Dengan kerjasama:

Kajang, Selangor, Malaysia


2009
Diterbitkan oleh:
PHENOMENAL SIXTY-FOUR RESOURCES (P64 Inc.)
10-2-B, Jalan Hentian 1
Off Jalan Reko
Pusat Hentian Kajang
43000 Kajang
Selangor, Malaysia
Tel: 012-985 8045 / 012-525 8045
E-mel: phenomenal64@gmail.com
Laman Web: www.jombuatbisnes.com

Dengan kerjasama:
INSTITUT USAHAWAN BUMIPUTERA (IUB)
Tingkat 12, Kompleks Pertama
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-26921904
Faks: 03-26926904
Laman Web: www.iubmara.com.my

Hakcipta © Phenomenal Sixty Four Resources (P64 Inc.) 2009


Cetakan Pertama September 2009

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian isi


kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk
dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik, atau cara-
cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada Phenomenal Sixty-Four
Resources (P64 Inc.).

Buku ini boleh dibeli pada harga diskaun istimewa bagi tujuan kegunaan pelajar,
promosi jualan, seminar dan latihan keusahawanan. Layari laman web kami di
www.jombuatbisnes.com di atas untuk maklumat lanjut.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Jom buat bisnes! : jejak usahawan muda : mencari kekayaan dunia dan akhirat /
Fakhrul Anwar Zainol ... [et. al].
ISBN 978-983-44672-0-3
1. Entrepreneurship. 2. Success in business. I. Fakhrul Anwar Zainol.
650.1

Muka Taip Teks: Palatino Linotype


Saiz Taip Teks: 11/14

Dicetak oleh:
BS Print (M) Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Indrahana 1
Off Jalan Kuchai Lama
58100 Kuala Lumpur
DEDIKASI

B uku ini ditujukan kepada anak-anak muda seluruh


generasi umat Islam yang sudah ataupun ingin menceburi
bidang keusahawanan sebagai suatu kerjaya. Sebagaimana kami
berjuang dan membantu anak-anak muda untuk berjaya dalam
perniagaan dalam Siri Latihan ‘Business Coaching’ yang kami
anjurkan, buku ini dilihat sebagai satu wadah yang terbaik
untuk kami menyampaikan mesej kami kepada khalayak yang
lebih besar dalam menjadikan perniagaan atau keusahawanan
sebagai cabang jihad umat Islam.

Buat ibu, ayah, isteri serta anak-anak kami yang tercinta;


sumber motivasi diri bagi terus berkarya, seluruh tenaga kerja
P64 Inc., rakan-rakan konsultan, sahabat handai dan untuk
seluruh usahawan umat Islam, terimalah sumbangan kami yang
tidak seberapa ini.

iii
PROFIL PENULIS
Fakhrul Anwar bin Zainol

Fakhrul mendapat pendidikan menengah di SMKA


Kedah, Alor Setar dan Kolej Islam Sultan Alam Shah
(KISAS), Klang, Selangor. Beliau mempunyai Ijazah
Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Pentadbiran
Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi
MARA (UiTM) serta sedang mengikuti pengajian
tahun akhir Doctor of Business Administration (DBA) di
University of Newcastle (UoN), Australia. Pernah berkhidmat
di Bank Pembangunan dan SME Bank sebelum menceburi
sepenuhnya dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan
syarikat perunding Good to Great Consulting dan Fakhrul Zikri
Associates. Berpengalaman luas dalam bidang perancangan
strategik, keusahawanan dan ’family business planning’. Beliau
juga merupakan pengasas bersama Phenomenal Sixty-Four
Resources (P64 Inc.).

Farid Wajidi bin Ariffin

Farid merupakan seorang akauntan bertauliah dan


ahli Malaysia Institute of Accountant (MIA).
Mendapat pendidikan menengah di SMKA Kedah,
Alor Setar dan MRSM Beseri, Perlis. Memperolehi
ijazah pertama dan peringkat sarjana daripada
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang
perakaunan. Menimba pengalaman awal dengan Bank
Pembangunan dan SME Bank. Kemudiannya beliau berhijrah
ke Timur Tengah sebagai akauntan di sebuah syarikat di
dalam industri minyak dan gas sebelum menjadi pengasas
bersama Phenomenal Sixty-Four Resources (P64 Inc.).
Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan
dan aset serta perdagangan antarabangsa.

v
Zuraidi bin Kamarulzaman

Zuraidi mendapat pendidikan awal di Sekolah


Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Melanjutkan pelajaran
peringkat diploma di Universiti Teknologi
MARA (UiTM), dalam bidang Pengurusan
Bank. Beliau kemudiannya memperolehi
Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Pengurusan
Perniagaan (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Berpengalaman luas dalam bidang Kewangan
dan Perbankan semasa berkhidmat di beberapa institusi
kewangan. Beliau merupakan pengasas Jernih
Consultancy iaitu syarikat perunding yang dilantik
oleh pihak MARA, Institut Keusahawanan Negara
(INSKEN) dan Institut Usahawan Bumiputra (IUB).
Beliau juga merupakan pengasas ZNZ Recources salah
sebuah syarikat bumiputera yang berpotensi dalam
bidang hartanah dan merupakan pengasas bersama
Phenomenal Sixty-Four Resources (P64 Inc.).

Mohd Afzaini bin Mamat

Mohd Afzaini dilahirkan di Kota Bharu,


Kelantan. Mendapat pendidikan awal di
Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh,
Kelantan dan Maktab Rendah Sains MARA
Beseri, Perlis. Beliau meneruskan pengajian
dalam program ’American Degree Program’
di PPP/ITM dan mendapat Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Maklumat (Kepujian), di Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Beliau
mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor
perkilangan dan sektor perkhidmatan. Beliau mendapat
latihan Business Coaching di Sydney, Australia. Beliau
juga merupakan pengasas bersama Phenomenal Sixty-
Four Resources (P64 Inc.).
vi
Khairul Zaire bin Zainuddin

Khairul Zaire mempunyai pengalaman yang


luas dalam bidang kewangan dan pernah
bekerja dalam pelbagai industri seperti audit,
minyak dan gas, perbankan dan komersial.
Kepakaran beliau meliputi perakaunan,
perancangan dan pengurusan kewangan,
pengurusan aliran wang tunai, penyediaan bajet dan
laporan kewangan, kesetiausahaan syarikat, percukaian
dan audit. Di samping itu, beliau juga terlibat memberi
latihan dalam aspek perakaunan dan kewangan kepada
usahawan kecil dan sederhana, kakitangan kerajaan dan
syarikat swasta. Beliau mendapat pendidikan awal di
Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Berang,
Terengganu sebelum memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA
(UiTM). Beliau merupakan akauntan bertauliah dan ahli
Malaysia Institute of Accountant (MIA). Beliau juga
merupakan pengasas bersama Phenomenal Sixty-Four
Resources (P64 Inc.).

Fazillahanna binti Alwi

Fazillahanna, penulis bersama bagi Bab 3 - Aku Hendak


Berniaga Tetapi Tiada Bakat merupakan isteri kepada
Khairul Zaire. Beliau mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang perakaunan dan unit amanah di mana
beliau pernah dipertanggungjawab bagi projek
pengambilalihan syarikat-syarikat unit amanah di
Malaysia. Kini, beliau menceburi bidang yang lebih
mencabar iaitu sebagai perunding profesional kewangan
dan insurans. Beliau mendapat pendidikan awal di
Maktab Rendah Sains MARA, Beseri, Perlis dan
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada
Universiti Teknologi MARA (UiTM).

vii
viii
ISI KANDUNGAN
Dedikasi iii
Profil Penulis v
Isi Kandungan ix
Kata-kata Aluan Naib Canselor UiTM xi
Kata-kata Aluan Presiden IUB xiii
Prakata xv

BAHAGIAN I: Dilema Seorang Aku… 1


Bab 1: Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Macam
Mana Hendak Mula 3
Bab 2: Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Ada Ilmu 19
Bab 3: Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Ada Bakat
Berniaga 33
Bab 4: Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Hendak
Buat Bisnes Apa 53
Bab 5: Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Ada Modal 75

BAHAGIAN II: Untuk MAJU Aku Mesti BERTINDAK! 85


Bab 6: Aku Mesti Rancang Masa Hadapanku 87
Bab 7: Aku Mesti Sediakan Rancangan Perniagaan 105
Bab 8: Aku Mesti Lindungi Perniagaan yang Dibina 133
Bab 9: Aku Mesti Mempunyai Strategi Pemasaran Berkesan 155
Bab 10: Aku Mesti Ikut Langkah Orang Berjaya 173
Bab 11: Aku Mesti Menjadi Usahawan Mukmin Yang Berjaya 197

Rujukan 211

ix
x
KATA-KATA ALUAN
NAIB CANSELOR UiTM

B isnes atau perniagaan telah menjadi semakin penting di


dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara. Selaras
dengan dasar kerajaan untuk menjadikan bidang keusahawan-
an suatu kerjaya, kerajaan telah menyediakan pelbagai ruang
dan peluang untuk penerokaan bidang perniagaan.
Aspek pembudayaan keusahawanan di kalangan
mahasiswa amat penting untuk mendidik generasi baru dengan
memberikan pendedahan, nasihat, tunjuk ajar, latihan,
bimbingan dan sebagainya.
Perubahan kepada ’mind set’ terutamanya di kalangan
bakal-bakal siswazah tentang keperluan untuk melihat bisnes
atau perniagaan sebagai satu kerjaya dan bukannya sebagai satu
pilihan terakhir amatlah penting terutamanya ketika dunia atau
negara mengalami krisis ekonomi global di mana kadar
pengangguran semakin meningkat.
Bilangan siswazah yang dilahirkan setiap tahun di seluruh
IPTA dan IPTS semakin bertambah jika dibandingkan dengan
sektor pekerjaan yang ditawarkan di dalam negara.
Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak untuk sama-sama
kita mengembeling tenaga perlu diperkukuhkan dan
dipertingkatkan lagi, dalam usaha kita untuk melahirkan dan
menyediakan lebih ramai usahawan siswazah. Ini tidak
bermaksud, melihat kepada kuantitinya tetapi juga kepada
kualiti yang bakal dilahirkan.
Sehubungan itu, penambahbaikan program-program sedia
ada serta pelancaran program-program baru harus
dilaksanakan dari semasa ke semasa.

xi
Sejajar dengan dasar kerajaan untuk mencapai status
’regional hub’ dalam beberapa industri utama termasuk produk
-produk halal dan juga industry berat, peranan bakal dimainkan
nanti oleh para siswazah kita sebagai usahawan professional
yang berkecimpung di dalam pelbagai bidang dapat
merealisasikan hasrat mencapai status ‘regional hub’ tersebut.
Usaha melahirkan usahawan bukan sahaja memerlukan
komitmen dan bantuan kerajaan tetapi ia juga menuntut
kesungguhan dan sokongan daripada syarikat-syarikat swasta.
Adalah penting untuk semua pihak memahami bahawa
kejayaan melahirkan usahawan sudah tentu akan
menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kesimpulannya, masa depan ekonomi negara bergantung
kepada kemampuan kita untuk membangunkan usahawan.
Usahawan menjadi tunjang dan tunggak kepada masa depan
Malaysia.
Oleh itu, usaha murni alumni UiTM amatlah digalakkan
untuk membantu bersama-sama melahirkan usahawan
siswazah dan diharap lahirnya buku ini dapat menjadi sumber
inspirasi kepada beribu-ribu lagi usahawan baru yang bakal
dilahirkan.
Akhir kata, marilah kita berdoa semoga segala usaha ikhlas
kita ini dirahmati dan diberkati Allah SWT.

TAN SRI DATO’ SERI PROF. DR. IBRAHIM ABU SHAH


Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA

xii
KATA-KATA ALUAN
PRESIDEN IUB



 
  



           

    
 
   

  !"## $  % $ 
  $    
   $       
    &&   %
  
$ %    '
#          
  (     %   $  
       
)     $

*  $   %     
  &&$ 
%     + &  , +  &
 &  ,  +  , & $   %
$    % 
$
-    )#      
&& 
  &&  )# $  & 
  &&   $ & &
&&   &   &&
     && &  .    &
*&& &. / 0   *   

xiii
   $      
  $  

    &&   % $  $


           
&          (    
       *
   
  && %    
           
           
 & &&  
      %   
    $   
   &&       $    
   $ && 
    $*$    
         
*   
 ,
ç




  
 
 
 







 


 
 

 
 
 



   



 





 
  
ç

%  12  /%120

xiv
PRAKATA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

A staghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Mohon ampun ya


Allah dan mohon dicampakkan kefahaman dan cahaya
atas ilmuMu ini untuk kami jadikan amal soleh dalam kami
mencari redhoMu.
Bulan-bulan terakhir menyiapkan buku ini amat
mengujakan seluruh pasukan P64 Inc. Dengan tiga orang
daripada ahli pasukan menyambut kelahiran bayi masing-
masing selang sebulan berturut-turut, pastinya kelahiran buku
ini merupakan ‘bayi’ yang sangat dinanti-nantikan oleh
keseluruhan warga P64 Inc. dan sesiapa sahaja yang terlibat
dengan penerbitan buku ini.
Ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna bagi
kami memandangkan seluruh tenaga dan usaha lebih kurang
satu setengah tahun dicurahkan kepada penghasilan buku ini.
Selepas menempuh pelbagai cabaran dan halangan, hanya satu
soalan yang tinggal dibenak hati kami; apa lagi yang
menghalang kami untuk TIDAK menerbitkan buku ini, selain
daripada takdir Allah SWT.
Bukannya hendak berbangga dengan hasil yang tidak
seberapa ini, kerana kami bukanlah sesiapa jika hendak
dibandingkan dengan penulis-penulis agung yang lain. Apa
yang ditulis hanyalah sekelumit pengalaman yang hendak
dikongsi bersama di atas rasa tanggungjawab berdasarkan
sabda nabi junjungan Muhammad SAW, ”Sampaikan daripadaku

xv
walaupun dengan SATU ayat.” Berdasarkan seruan inilah, amat
sukar bagi kami untuk tidak berkongsi pengalaman dan ilmu
bagi dimanfaatkan untuk generasi muda umat Islam
khususnya.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya
pembaca yang membaca buku ini dapat menyuarakan apa yang
berkesan di hati mereka dan apa yang tidak. Apa yang kami
harapkan hanyalah pembaca sekalian dapat mengutip sesuatu
yang bermakna bagi dimanfaatkan sekurang-kurangnya untuk
kehidupan diri mereka sendiri.
Wallahua’lam.

“Perniagaan adalah suatu Jihad”

Phenomenal Sixty Four Resources (P64 Inc.)

xvi
Bahagian I
Dilema Seorang Aku...
Bab 1
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi
Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

Oleh:
Khairul Zaire Zainuddin

“ANDA hari ini merupakan apa yang ANDA dan


ORANG LAIN fikir tentang diri ANDA sebelum hari ini
dan ANDA mempercayainya.”

S uka ataupun tidak, ANDA hari ini merupakan apa yang


ANDA dan ORANG LAIN fikir tentang diri ANDA
sebelum hari ini dan ANDA mempercayainya. Ya benar, itulah
ANDA hari ini.

Anda, Realiti dan Transformasi


Setiap dan semua orang dalam kehidupan anda dipengaruhi
oleh beberapa faktor. Salah satu daripada faktor-faktor itu
adalah persekitaran anda sebelum ini. Contohnya, di mana anda
dibesarkan, bagaimana ibu bapa anda membesarkan anda, di
mana anda bersekolah, siapa kawan anda dan sebagainya.
Semuanya memainkan peranan yang penting tanpa anda sedari
membentuk anda hari ini.

3
Jom Buat Bisnes!

Selain itu, anda juga dibentuk oleh beberapa insiden,


kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan anda.
Contohnya, pakcik saya pernah melalui peristiwa pahit dalam
peperangan dunia kedua yang mungkin meningggalkan kesan
dan fobia dalam kehidupan beliau sehingga ke hari ini.

Pengetahuan dan ilmu juga mempunyai pengaruhnya yang


tersendiri kepada diri anda. Begitu juga dengan hasil daripada
usaha anda. Contohnya, sahabat saya, Sherliza, 30 tahun yang
kini berjaya menurunkan berat badannya daripada 100
kilogram kepada 60 kilogram dalam masa 1 tahun sahaja.
Bayangkan bagaimana mungkin beliau mentransformasikan
dirinya dahulu yang mengalami berat badan yang berlebihan
semenjak berumur 10 tahun kepada dirinya yang lebih sihat
kini. Bayangkan jika beliau memilih bagi melakukan
transformasi ini 20 tahun yang lalu. Beliau mungkin lebih sihat
dan cergas.

Kebanyakan daripada anda cuba memuaskan hati ataupun


mendapatkan kebenaran orang lain bagi melakukan sesuatu
perkara. Contohnya, bos, keluarga, kekasih hati, kawan-kawan
ataupun sesiapa sahaja. Dalam proses itu, anda akhirnya
percaya kepada pandangan orang lain untuk menjadi seseorang
seperti sekarang ini.

Ya betul! Anda sekarang ini adalah hasil daripada sikap


anda yang percaya kepada pendapat orang lain. Ini boleh. Itu
tidak boleh. Itu mustahil. Itu tidak mungkin terjadi. Anda tidak
mungkin jadi super hero. Anda tidak mungkin berjaya dalam
bisnes. Buat bisnes susah. Nanti rugi. Tiada duit hendak makan
dan sebagainya. Sebab itulah anda sibuk menanyakan pendapat
orang lain ataupun cuba mendapat kebenaran sebelum
mengambil sesuatu tindakan ataupun keputusan.

4
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

Yakinlah bahawa apa yang ANDA dan ORANG LAIN


fikirkan tentang diri ANDA pada hari ini, dan ANDA
mempercayainya, itulah ANDA esok hari.

Bagaimana pula dengan anda? Mahukah anda


mentransformasikan diri anda hari ini kepada diri anda
yang lebih baik dan berjaya esok hari?

Sebab yang Kuat untuk Transformasi Diri


Percaya ataupun tidak, apabila anda melakukan perkara yang
SAMA anda pasti mendapat hasil atau keputusan yang SAMA.

Jika anda kaya sekarang, teruskanlah melakukan perkara


yang anda lakukan sekarang, nescaya anda akan tetap kaya.
Sebab memang terbukti, apa yang anda lakukan sekarang
memang dapat menjadikan anda kaya. Teruskan dan syabas.

Tetapi, apa yang saya kurang faham adalah wujudnya


segolongan individu yang miskin ’papa kedana’ dan tidak
selesa dengan kehidupan mereka sekarang ini, tetapi tetap terus
melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali secara
konsisten tanpa rasa jemu setiap hari.

Ini sepatutnya menjadi salah satu sebab yang kuat atau


sering saya namakan sebab kuat tahap ’dewa’ untuk
transformasi diri anda. Selain daripada itu, terdapat juga jenis-
jenis sebab kuat yang lain untuk anda jadikan sebab untuk
transformasi diri. Antaranya adalah:

1. Pengiktirafan – Pengiktirafan dengan panggilan


tertentu seperti Tuan, Dato’, Sir, Bos dan sebagainya di

5
Jom Buat Bisnes!

peringkat masyarakat, negeri, negara dan


antarabangsa. Sesetengah daripada anda mungkin
tertarik dengan sebab ini.
2. Suka perasaan menang – Saya mempunyai ramai rakan
berstatus jutawan, tetapi mereka masih bekerja lebih 12
jam sehari bagi menambah kekayaan mereka. Apa
tujuannya? Bukan kerana wang tetapi kerana
‘kepuasan’ yang terhasil daripada proses kemenangan.
3. Keluarga – Sesetengah daripada anda melakukan
sesuatu perkara bukan kerana diri sendiri tetapi kerana
salah seorang daripada keluarga anda. Mungkin
kerana ibu bapa, pasangan hidup anda ataupun anak-
anak anda.
4. Baik hati – Sesetengah daripada anda suka berkongsi
kejayaan dan kekayaan dengan orang lain. Selepas
Andrew Carnegie, seorang pakar motivasi meninggal
dunia, lacinya telah dibuka. Didapati ada satu kertas
tertulis Matlamat beliau semasa beliau berumur 20
tahun iaitu, “Saya akan menghabiskan sebahagian daripada
umur saya bagi mengumpul wang yang sangat banyak dan
sebahagian daripada umur saya itu bagi memberikan wang
itu kepada orang lain.” Andrew Carnegie begitu
bersemangat dengan Matlamat ini sehingga beliau
berjaya mengumpul USD450 juta dan memang benar
sebahagian daripada umurnya dihabiskan dengan
memberikan wang itu kepada orang yang
memerlukan.
5. Tercabar – Sesetengah daripada anda ’pantang sekali
dicabar’. Sebelum dicabar, tidak terfikirpun di benak
anda untuk melakukan transformasi diri. Tetapi, sebaik
sahaja dicabar dan dihina sebegitu rupa, anda berubah
sama sekali, lantas melakukan transformasi diri.

6
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

Walaupun anda sudah menemui sebab yang kuat untuk


transformasi diri, anda mungkin gagal kerana anda tidak
SERIUS. Anda perlu serius meskipun anda sudah ada sebab
yang sangat kuat untuk berubah. Ramai di kalangan anda ingin
melakukan transformasi diri tetapi tidak serius dan tidak
sanggup berkorban jiwa dan raga untuk tujuan transformasi
diri.

Baik, jika anda sudah pun mempunyai sebab yang sangat


kuat untuk berjaya dan serius untuk melakukan transformasi,
anda perlu tahu bagaimana cara yang betul bagi melakukan
transformasi diri itu.

Langkah yang seterusnya adalah menetapkan Matlamat.

Menetapkan Matlamat
Terdapat perbezaan yang nyata di antara Impian dan Matlamat.
Impian adalah PROJEKSI KEHIDUPAN YANG ANDA
MAHUKAN manakala Matlamat adalah IMPIAN YANG JELAS
DAN SPESIFIK. Untuk menetapkan Matlamat anda perlu
terlebih dahulu ada impian. Daripada impian itu, anda dapat
memperhalusi dan membina Matlamat peribadi anda.

Impian yang indah sahaja


memang tidak mencukupi. Ia tidak
mempunyai arah yang jelas seperti
mana yang kita mahukan. Bagi
mendirikan bangunan yang kukuh
lagi kuat, anda perlu ada rancangan
bagi menguatkan tapak,
menyokong struktur dan
sebagainya. Inilah yang
dimaksudkan dengan Matlamat.

7
Jom Buat Bisnes!

Seperti mana yang diterangkan di atas, Matlamat adalah


impian yang jelas dan spesifik. Percaya ataupun tidak,
Matlamat dan Usaha anda bekerja secara magnet. Lagi jelas
Matlamat anda, lagi kuat anda bekerja ke arah itu dan lagi kuat
Matlamat itu menarik anda. Inilah yang dikatakan sebagai ’law
of attraction’ iaitu daya tarikan magnet di antara Matlamat dan
usaha secara automatik.

Menetapkan Matlamat adalah proses berfikir ke arah


projeksi kehidupan yang anda mahu secara jelas dan spesifik.
Penetapan Matlamat ini mampu memotivasikan anda supaya
menjadikan Matlamat ini sebagai realiti.

Dalam dunia ini, hanya 2 peratus daripada golongan


dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98 peratus
yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun
sekiranya ada, tidak menulisnya.

Daripada kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale ke


atas satu kelas, antara murid yang berjaya dalam kelas itu, 95
peratus adalah terdiri daripada mereka yang menetapkan
Matlamat masing-masing, Lihat betapa pentingnya penetapan
Matlamat ke atas kejayaan seseorang.

Menetapkan Matlamat peribadi adalah umpama anda


berjanji dengan diri sendiri. Matlamat itu akan tersemat dalam
fikiran anda dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar,
ataupun separa sedar supaya anda mencapainya.

Setakat Mana Anda Serius?


Mereka yang TIDAK MERANCANG atau tidak menetapkan
Matlamat adalah mereka yang MERANCANG UNTUK
GAGAL.

8
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

Realiti pada hari ini, anda hanya punya 2 pilihan untuk


mengharungi masa hadapan.

1. Pilihan 1 – Anda akan mengharungi masa hadapan


dengan perasaan yang penuh dengan ketentuan dan
ketenangan.
2. Pilihan 2 – Anda akan mengharungi masa hadapan
dengan perasaan yang penuh dengan ketidaktentuan
dan kerisauan.

Cuba teka berapa ramai di antara anda yang memilih pilihan 1?


Ya, benar, kebanyakan di antara anda mahukan pilihan 1.
Walaupun mereka memilih pilihan 1, mereka tetap tidak dapat
merasakan perasaan hebat yang penuh dengan ketentuan dan
ketenangan kerana mereka langsung tidak serius dengan
kehidupan mereka. Mereka lebih suka memperjudikan masa
hadapan dengan pemikiran yang sambil lewa.

Apabila anda lihat masyarakat hari ini, rata-ratanya berada


dalam keadaan risau. Hendak buka surat yang dihantar oleh
posmen pun risau. Entah apa yang dirisaukan. Mereka risau
kerana mereka tidak bersedia dan tidak serius dalam
menetapkan Matlamat peribadi mereka.

Sebaliknya, mereka yang menetapkan Matlamat dan masa


hadapan mereka adalah mereka yang tergolong dalam
golongan manusia yang teruja. Mereka dapat melihat masa
hadapan mereka dengan jelas menggunakan mata minda dan
hati tanpa perlu risau. Mereka melakukan pelbagai persediaan
utama dan kecemasan bagi mengharungi pelbagai rintangan,
halangan dan kemungkinan. Mereka sangat bersedia. Semua ini
kelihatan cukup cantik, menakjubkan dan mengujakan. Masa
hadapan mereka menakluki imaginasi mereka dan ini memaksa
daya tarik yang sangat hebat ke dalam jiwa dan minda mereka.

9
Jom Buat Bisnes!

Saya amat risau kerana kebanyakan daripada kita tidak


serius dan konsisten dalam memasang niat menetapkan
Matlamat serta memperhalusi Matlamat kerana malas.
Mengapa? Ada yang menjawab kerana leceh, banyak ambil
masa, rumit dan pening. Tetapi pelik, mereka sanggup bangun
awal pagi, balik lewat malam dan dikerah bekerja sepanjang
hari untuk pemegang saham di syarikat mereka bekerja. Tetapi,
apabila hendak membuat penetapan Matlamat peribadi, mereka
memberi alasan tidak cukup masa. Apakah maksudnya?

Realitinya, sangat sedikit manusia menetapkan Matlamat


yang hebat, jelas dan spesifik. Tetapi yang sedihnya, mereka
bukan anda. Anda lebih suka ’kamikaze’ dengan kehidupan
anda. Anda suka meneruskan kehidupan anda dengan perasaan
yang risau, penuh dengan ketidaktentuan, tanpa penetapan
Matlamat yang jelas dan spesifik dan di samping itu masih
mengharapkan keajaiban berlaku dalam hidup anda.

Lukisan atau skrip hidup anda tidak menarik langsung,


tidak teruja, tidak bermaya, tidak mencabar dan lesu. Orang
lain pun malas hendak ambil tahu tentang hidup anda.
Umpama permainan bola sepak yang tiada tiang gol. Bosan.
Siapa pun tidak mahu menontonnya. Mana-mana syarikat pun
tidak mahu menaja permainan jenis ini.

Ada seorang kawan saya, namanya


Rosman. Dia selalu kata begini, “Apabila
aku balik, sudah lewat sebab jalan sesak.
Apabila tiba di rumah, aku mandi, makan
malam, rehat, tengok tv sekejap dan lepas
itu masuk tidur. Mana mungkin aku
berjaga malam bagi menetapkan
Matlamat.” Rosman adalah orang yang ada
tunggakan bayaran sewa rumahnya,

10
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

ansuran kereta, kad kredit, hutang pinjaman peribadi dan


pelbagai bil. Memang saya akui Rosman ini adalah pekerja yang
baik, rajin dan jujur dalam hidup.

Walau bagaimanapun, saya dapati kebanyakan pekerja


yang baik, rajin dan jujur dalam hidup adalah mereka yang
miskin, papa kedana dan sering dimalukan. Anda perlu
menjadi lebih bagus daripada menjadi pekerja yang baik, rajin
dan jujur jika hendak berjaya dalam hidup. Anda perlu menjadi
perancang dan penetap Matlamat yang serius dan hebat.

Tulis Matlamat anda di atas kertas. Ia membuktikan


bahawa anda komited dan serius bagi mencapai matlamat itu.
Serius anda itu serius yang mengujakan. Anda sering ternanti-
nantikan hari esok kerana hasilnya yang hebat sudah dirancang
dan ditetapkan.

Menetapkan Matlamat
Matlamat ada 3 jenis :

1. Matlamat jangka panjang (lebih daripada setahun);


2. Matlamat jangka sederhana (bulanan); dan
3. Matlamat jangka pendek (harian).

Matlamat yang paling utama yang perlu kita bina adalah


Matlamat jangka panjang. Daripada Matlamat jangka panjang
ini, anda dapat perhalusi dan bina Matlamat jangka sederhana.
Daripada Matlamat jangka sederhana ini pula, anda dapat
perhalusi lagi dan bina Matlamat jangka pendek.

Elemen dalam menetapkan Matlamat juga penting bagi


supaya hidup anda bahagia dan seimbang. Anda dapat pilih
struktur-struktur yang sesuai dengan jiwa anda kerana hanya

11
Jom Buat Bisnes!

anda seorang yang tahu apakah perkara yang dapat


membahagiakan anda.

1. Artistik – Anda mungkin seorang yang berjiwa seni


dan mahu menghasilkan sesuatu yang mempunyai
nilai seni yang tinggi. Contohnya, sebuah lukisan yang
menjadi perhatian ramai. Anda juga mungkin bercita -
cita hendak menganjurkan pameran lukisan
antarabangsa dan seni di Batu Buruk, Terengganu.
2. Sikap – Anda mungkin mempunyai sikap yang
memang anda sangat benci dan mahu mengubahnya.
Contohnya, sikap selalu lambat dan tidak menepati
masa. Anda mahu menjadi seorang yang dihormati
dan disegani kerana menepati masa.
3. Karier - Anda mungkin bercita-cita menjadi pengurus
dalam organisasi yang anda berkhidmat sekarang ini.
Apabila menjadi pengurus, anda mungkin berjaya
mendapatkan gaji yang anda idam-idamkan selama ini.
4. Pendidikan – Anda mungkin bercita-cita hendak
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi.
Contohnya ke peringkat ijazah sarjana atau
kedoktoran. Apabila anda memiliki pendidikan yang
lebih tinggi, anda menjadi lebih yakin. Orang ramai
juga lebih yakin dengan anda.
5. Keluarga – Anda mungkin berhasrat menambah
bilangan anak dalam keluarga. Sesetengah daripada
anda sangat bahagia apabila mempunyai anak yang
ramai.
6. Kewangan – Anda mungkin pernah terfikir hendak
menjadi seorang jutawan. Sertai kawan-kawan anda
yang sudah menjadi jutawan dan tanya mereka
bagaimana hendak menambah kekayaan.

12
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

7. Fizikal – Anda mungkin ingin menjadi sihat secara


fizikal seperti apa yang anda lihat di majalah-majalah
ataupun televisyen. Anda mahu kelihatan hebat.
8. Percutian – Anda mungkin impikan hendak melawat
Perancis, sebuah negara yang indah dan menarik bagi
dilawati.
9. Rumah – Anda mungkin berminat tinggal di
kondominium berhampiran Kuala Lumpur. Ini
memudahkan anda untuk membeli belah ataupun
menonton wayang di KLCC.
10. Kereta – Anda mungkin cemburu melihat kawan-
kawan anda membawa kereta BMW ke sana ke mari.
Jika ya, kenapa tidak anda masukkan elemen ini
semasa menetapkan Matlamat peribadi anda.
11. Atau apa sahaja yang dapat menggembirakan anda.

Saya ingin berkongsi tip-tip bagi menetapkan Matlamat yang


berkesan:

1. Nyatakan setiap Matlamat anda secara spesifik dan


jelas. Contohnya, anda inginkan kereta BMW 3.20i
model baru warna ’silver’.
2. Pilih Matlamat mana yang anda ingin capai dahulu.
Nyatakan tarikh bila anda hendak capai Matlamat itu.
Kemudian, susun Matlamat anda itu mengikut
keutamaan.
3. Tulis Matlamat anda di atas kertas. Lekatkan gambar-
gambar yang berkaitan dengan Matlamat anda di atas
papan ’polystyrene’ putih yang berharga RM2.80.
Lekatkan pada dinding di mana setiap kali anda
bangun daripada tidur anda pasti terlihat Matlamat
anda dahulu sebelum memberus gigi.

13
Jom Buat Bisnes!

4. Matlamat anda itu mestilah sesuatu yang hebat lagi


dahsyat. Matlamat begini dapat mengerakkan anda
supaya bertindak dan ianya dianggap berbaloi. Ini
tidak bermakna anda tidak boleh meletakkan Matlamat
membayar bil-bil yang tertunggak itu sebagai
Matlamat. Matlamat sebegini dikenali sebagai
Matlamat bosan, layu dan lesu. Seharusnya anda
meletakkan sesuatu yang indah, menarik, hebat dan
mampu memberikan inspirasi kepada anda. Jangan
hadkan imaginasi. Kenapa tidak anda ubah dan
kembangkan realiti anda. Barulah imaginasi anda
teruja. Tetapi, jangan melampau sangat kerana nanti ia
menjadi tidak logik.

Nilai Sebenar Penetapan Matlamat, Magik dan


Permintaan
Nilai sebenar penetapan Matlamat bukan terletak pada
Matlamat yang anda tetapkan itu. Sebaliknya, penetapan
Matlamat dianggap bernilai apabila ia memaksa anda berubah
menjadi seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja bagi
mencapai Matlamat anda. Itu sudah cukup. Apabila perkara
positif berlaku pada diri anda, itulah nilai sebenar. Anda sudah
dianggap menang!

Baik. Apakah nilai yang paling tinggi apabila seseorang


menjadi jutawan? Adakah duit RM1 juta? Bukan. Nilai sebenar
menjadi seorang jutawan adalah:

1. Kemahiran, ilmu, disiplin dan kualiti kepimpinan yang


dibina sebelum seseorang itu menjadi jutawan.
2. Pengalaman menetapkan Matlamat, merancang masa
hadapan dan bagaimana membina kejayaan.

14
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

3. Kekuatan dalaman yang dibina dan disemai dalam diri


bagi mendapatkan keberanian, komitmen dan kuasa
untuk mencapai Matlamat.

Berilah RM1 juta kepada seseorang yang tidak memiliki sikap


seorang jutawan. Wang itu pasti habis kerana beliau masih
belum bersedia menjadi jutawan.

Walau bagaimanapun, cuba anda


ambil RM1 juta daripada seorang
jutawan. Beliau pasti berjaya mendapat
balik RM1 juta dalam masa yang singkat.
Bagaimana mereka berjaya membina
semula kekayaan? Ini kerana mereka ada
kemahiran, ilmu dan pengalaman untuk
menduplikasi proses menjana RM1 juta
itu. Mudah bagi mereka untuk
mendapatkan semula RM1 juta.

Jangan putus asa apabila anda tidak yakin dengan


kebolehan anda. Ramai orang berasa tidak selesa semasa
menetapkan Matlamat kerana tidak yakin dengan kebolehannya
sekarang. Mereka takut tidak dapat capai Matlamat. Apabila
anda rasa sekarang anda tidak cukup kebolehan ataupun
senjata bagi mencapai Matlamat yang anda tetapkan, biarkan
sahaja. Teruskan dengan menetapkan Matlamat yang spesifik
lagi jelas.

Percayalah. Kebolehan anda akan berkembang dan


bertambah selari dengan Matlamat anda. Inilah rahsianya.
Inilah magik kepada penetapan Matlamat. Lagi kuat anda
berusaha ke arah mencapai Matlamat, lagi banyak peluang
terbentang di hadapan anda. Peluang ini menjadi benih
penyelesaian kepada masalah yang sebelum ini nampak macam
tidak dapat diselesaikan.

15
Jom Buat Bisnes!

Jadi jangan takut untuk bermula dengan hebat. Perjalanan


anda cukup hebat, jauh melangkaui dan menjangkaui imaginasi
anda. Percayalah kebolehan anda boleh dipertingkat dan
diperbaiki dari semasa ke semasa selari dengan Matlamat anda.

Lakukan penetapan matlamat dahulu. Semuanya akan


menyusul kemudian. Percayalah, inilah rahsia yang sehingga
kini masih belum terjawab walaupun banyak kajian telah
dilakukan untuk membongkar rahsia ini. Tidak ada penjelasan
tepat. Bagi saya, ini mungkin hukum alam yang ditetapkan oleh
Maha Pencipta. Orang lain buat, dan dia berjaya, kita ikut
sahajalah. Mungkin anda berjaya. Mungkin tidak. Paling teruk
pun, anda tidak berjaya. Sama sahaja kalau anda tidak mencuba
langsung. Betul ataupun tidak?

Penetapan Matlamat sebenarnya ibarat suatu permintaan


oleh anda. Anda hanya perlu MINTA apa yang anda mahukan
dengan kaedah penetapan Matlamat. Ya. Agak memeranjatkan.
Tetapi begitulah prosesnya. Apabila anda ingin memberikan
sesuatu kepada seseorang, anda mesti ingin tahu apakah yang
dia hendak minta. Anda minta, baru anda akan dapat. Meminta
merupakan sebahagian daripada proses mendapatkan sesuatu
yang kita mahukan seperti yang diperjelaskan tadi. Sukar
dijelaskan hukum alam ini. Tetapi, itulah yang terjadi. Apabila
anda minta anda akan dapat.

Mekanisma ini berkerja secara automatik tanpa kita sedari.


Ramai di antara kita gagal meminta. Masakan anda dapat apa
yang anda mahukan. Mintalah seberapa banyak yang anda
mahukan. Kerana apa yang anda minta hanyalah umpama
sekelumit air laut yang luas dan mustahil akan habis.
Kebanyakan di antara anda takut untuk meminta dengan
banyak. Saya ibaratkan permintaan ini dengan mengaut air laut
menggunakan sudu teh. Betapa ruginya. Kenapa tidak kita

16
Aku Hendak Buat Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Hendak Mula

minta dengan menggunakan bekas yang lebih besar supaya kita


dapat mengaut lebih banyak air di lautan yang luas itu.

Contoh Matlamat Peribadi

No. Matlamat dengan Tarikh Matlamat


perkataan mahu bergambar

1. Kereta BMW 3.20i 30.12.2008


berwarna kelabu

2. Kondominium mewah 31.03.2009


berhampiran Kuala
Lumpur

3. Percutian di Perancis 30.06.2009


selama 2 minggu

4. Simpanan RM1 juta 31.12.2009

JANGAN BERLENGAH LAGI. TETAPKAN MATLAMAT ANDA SEKARANG.


TAMPALKAN GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
DI ATAS PAPAN POLYSTYRENE DAN LEKATKAN PADA DINDING BILIK
TIDUR ANDA SEKARANG, SEBELUM ANDA TERUS MEMBACA BUKU INI.

17
AAN
NOTA KEJAY

18

Anda mungkin juga menyukai