Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang dihormati saudara dan saudari pengacara majlis.


Yang Berhormat . ( Pegawai BPTV),
Yang Berusaha Tn. Hj. Mokhtar b. Zakaria,
Yang berusaha Pengarah-Pengarah Kolej Vokasional, wakil-wakil agensi yang terlibat, Yang
dihormati Ketua-ketua Jabatan, Para Pensyarah dan para pelajar sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak
penganjur, Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Ipoh kerana memberi penghormatan kepada
saya untuk berucap pada pagi yang indah ini seterusnya merasmikan Karnival Keusahawanan
2017.

Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju di kalangan belia selaras dengan seruan
kerajaan menjadikan keusahawanan sebagai pilhan kerjaya utama. Di Malaysia, bidang
keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui pendidikan, selaras dengan usaha
untuk menjadikan bidang ini kerjaya yang diminati. Sedangkan dari petikan Hadis mengatakan 9
daripada 10 pintu rezeki adalah dari perniagaan. Kita perlu mencontohi Rasullullah S.A.W yang
berniaga dari usia yang muda lagi. Kita perlu menanamkan sikap dan budaya keusahawanan di
dalam diri kita untuk berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Apa yang saya telah dimaklumkan, Karnival Keusahawanan ini merupakan acara yang
dikelolakan oleh pelajar. Maka bertepatanlah langkah yang diambil oleh pihak kolej,
mengadakan Karnival Keusahawanan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada
pelajar yang terlibat dalam aktiviti jualan dan juga pengelolaan acara.

Hadirin sekalian,

Walaupun peranan pelajar tersebut hanya melaksanakan aktiviti jualan yang berskala kecil, dari
pengalaman keusahawanan itulah nanti akan menjadi titik tolak permulaan ke arah menjadi
usahawan yang berjaya. Pengalaman mendapat keuntungan sememangnya manis tetapi
mengalami kerugian adalah perkara yang paling pedih tetapi impaknya sangat penting kepada
seseorang yang melangkah ke alam perniagaan. Perkara yang lebih penting ialah bagaimana
seseorang itu bangun setelah mengalami kejatuhan. Pokok pangkalnya, seseorang itu perlu ada
sifat sabar, cekal, tidak berputus asa, kuat berusaha di samping beriman dan bertawakal kepada
Allah. Maka, apa yang saya cuba tekankan di sini, betapa pentingnya mempunyai sifat
keusahawanan dalam diri kita semua kerana dengan sifat itu nanti, kita akan menjadi orang
yang berjaya seterusnya dapat membela bangsa, agama dan Negara. Untuk menjadi orang yang
berjayabukanlah hanya melalui pencapaian akademik semata-mata tetapi banyak lagi cara lain
dan salah satu cara tersebut adalah melalui perniagaan iaitu dengan menjadi usahawan.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
kolej umumnya dan secara khususnya kepada Jabatan Perniagaan di bawah kepimpinan Ketua
Jabatan En. Ahmad Haris b. Md Idris, kerana bertungkus lumus dalam memastikan penganjuran
program ini dengan lancar. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun dan
Insya Allah, saya doakan anak-anak keluaran Kolej Vokasional Ipoh ini akan menjadi usahawan
yang berjaya suatu hari nanti.

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrahim, saya merasmikan Karnival Keusahawanan 2017.

Anda mungkin juga menyukai