Anda di halaman 1dari 21

1.

PERNIAGAAN
KEUSAHAWANAN
PHYLLIS LIM @ NUR AIN SHAHIRA
PENGENALAN DAN DEFINISI USAHAWAN
• Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan
mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.

• McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak


pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke
arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman
yang tinggi.

• Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan


pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau
menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu
usahawan tersebut.
Kepentingan usahawan
Kepentingan usahawan dari aspek :-
Mewujudkan Peluang Pekerjaan
• Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan di rumah atau di tempat kerja. Peluang
pekerjaan wujud kerana setiap perniagaan yang ditubuhkan memerlukan tenaga manusia untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti perniagaan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran.
• Pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan akan meningkatkan pendapatan penduduk secara
keseluruhan. Pendapatan yang diperoleh akan digunakan untuk membeli keperluan mereka. Taraf kehidupan
masyarakat akan bertambah baik dan keselesaan masyarakat dapat ditingkatkan.

meningkatkan taraf hidup, menambahkan bilangan perniagaan


• Keusahawanan meningkatkan taraf hidup rakyat pelalui perlaksanaan RMT 1996-2000 dan DEB 1970-1990 dan disambung
dengan Dasar Pembangunan Nasional yang bermatlamat menyusun dan membasmi kemiskinan rakyat.
• Ekonomi negara tumbuh dengan membrangsangkan iaitu dengan kadar pertumbuhan yang tinggi kira-kira 8.9% setahun.
• Pendapatan per kapita pada nilai norminal meningkat dari RM 1 106 (1970) kepada RM9 786 (1995). Peningkatan per kapita
diukur pada kuasa beli perbandingan.
• Pertumbuhan tersebut berasaskan – perusahaan pembuatan (petrokimia, autimobil, besi keluli, elektrik & elektronik.
FAKTOR YANG MENDORONG PENYERTAAN DALAM
BIDANG KEUSAHAWANAN

1)          Status
-         Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak
akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkatkan status kehidupan
mereka. Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang
menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

-         Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar
dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera

-         Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah
mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.
SAMB…
2)          Keselesaan peribadi
-         Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu kongkongan
orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau
ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan
ekonomi dan sebagainya.

3)          Kepuasan diri


-         usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja keras serta
dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970),
kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu
itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.
SAMB…

• 4)          Kenal Orang Lain


-         Jaringan usahawan merupakan satu perkara yang sangat berkaitan dalam dunia keusahawanan. Dalam
membangunkan perniagaan, usahawan seharusnya memahami jaringan usahawan antara diri sendiri dengan
sumber-sumber manusia disekeliling perniagaan mereka. Datam masa yang sama juga usahawan perlu
memahami jenis hubungan dan sifat-sifat hubungan berkenaan agar ia dapat digunakan sebagai kelebihan
strategi bagi menghadapi persaingan sengit dalam dunia perniagaan hari ini. Jaringan usahawan itu sendiri
merupakan sumber bagi kelebihan kompetitf mapan.

5)          Keperluan akan pencapaian


-         Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan objektif penceburan diri mereka
dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan.
SAMB…
  6)   Kuasa
-         Teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland (1961) menyatakan
bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu.
Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat
individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.

7)          Perkongsian Idea


-           Penggabungan banyak idea terutamanya pada peringkat awal keusahawanan.
Keupayaan berfikir daripada idea rakan kongsi yang banyak dapat memberi kelebihan
keyakinan kepada perniagaan untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing yang sedia ada
dalam pasaran. Idea bernas yang pelbagai mendorong usahawan.
SAMB…

• 8)           Keselamatan
 
-                Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya
tanpa perlu kongkongan orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya
kebebasan yang wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan dalam
urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi dan
sebagainya.
CIRI-CIRI USAHAWAN DAN PROFIL
USAHAWAN BERJAYA
JARINGAN
• Jaringan perniagaan merupakan pakatan strategik yang di bentuk oleh perniagaan dengan pembekal,
pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk atau memasarkanya di pasaran.
• Jika jaringan ditakrifkan di dalam konteks keusahawanan, ia membawa maksud seseorang usahawan itu
mempunyai rangkaian maklumat dan perhubungan dengan pihak-pihak yang mampu mendorong usahawan
tersebut kearah kejayaan. 
• Sekiranya seorang usahawan mempunyai jaringan yang baik untuk pengguna dalaman dan luaran, ia akan
menjadi mudah untuk usahawan memperoleh kelebihan terhadap peluang perniagaan dan mampu untuk
menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka
• Jaringan yang baik juga mempunyai beberapa kelebihan kepada usahawan dan perniagaanya 
•  Antara kelebihannya adalah kemudahan mencapai sasaran atau matlamat yang baik, reputasi yang baik yang
boleh menjadi role model kepada usahawan yang lain.
• Contoh usahawan yang boleh dilihat ialah usahawan Datuk Tony Fernandez 
• Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan Air Asia 
• Usahawan yang membawa perubahan kepada cara hidup rakyat Malaysia dengan memperkenalkan low budget
airlines. 
• Beliau telah membeli Air Asia dengan harga RM 1 dan menanggung beban hutang sebanyak RM 40 juta
(Subramaniam dan Kiet, 2014) 
• Beliau juga berusaha mencari rakan kongsi bagi mengatasi masalah tersebut dan memulakan perniagaan mereka
dari bawah berserta hutang yang masih tertunggak. 
• Faktor kejayaan beliau dalam perniagaan ini juga kerana beliau mempunyai jaringan dengan ramai orang seperi
usahawan, penyanyi, pemimpin dan lain-lain sebelum memulakan perniagaan. 
• Hal ini menyebabkan beliau dapat bekerjasama dengan mereka bagi memulakan perniagaan melalui maklumat
yang diperoleh. 
• Contohnya, beliau meminta bantuan sahabatnya iaitu Datuk Pahamin Abd Razak untuk mendapatkan lesen bagi
memulakan perniagaan ini dan mengatur temu janji untuk bertemu perdana menteri ketika itu iaitu Tun Dr.
Mahathir Mohammad. 
• Dengan bantuan orang disekelilingnya dan ilmu-ilmu yang diperoleh, beliau akhirnya berjaya menyelesaikan hutang
dalam tempoh masa kurang dari 3 tahun. 
• Penyusunan semula organisasi Air Asia dengan imej dan konsep yang baharu membawa perubahan besar dan
memperoleh keuntungan yang besar dalam tempoh yang singkat. 
• Kini, Air Asia beroperasi dengan hampir 80 buah Airbus A320 baharu, menyediakan penerbangan ke kira-kira 60
destinasi di Asia, mempunyai 6500 staf dan telah membawa 75 juta penumpang setakat ini. 
• Beliau juga menggunakan pengaruh media dalam mempromosikan produknya supaya dikenali ramai. Air Asia telah
banyak dipromosikan di dalam majalah, surat khabar, televisyen dan juga radio (Subramaniam dan Kiet, 2014). 
2. KREATIF & INOVATIF
• Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannya kepada produk yang dapat dikomersialkan. 
• Usahawan yang kreatif merupakan usahawan yang banyak mempunyai idea, panjang akal dan berupaya
menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. 
• Manakala usahawan yang berinovatif ialah usahawan yang sentiasa berfikir untuk memperkembang dan membuat
pembaharuan dalam produk dan kerjayanya. 
• Usahawan-usahawan pada masa kini perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan
persaingan terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan terkini.
• Sebagai contoh usahawan yang kreatif dan inovatif, ialah Datuk Seri Vida.
• Beliau merupakan ketua pegawai eksekutif Vida Beauty Sdn. Bhd. dan pengasas kepada beberapa produk kosmetik
dan kesihatan popular seperti Qu Puteh dan Pamoga.
• Sebagai seorang usahawan yang berjaya, terdapat ciri kreatif dan inovatif dalam diri beliau.
• Hal ini dapat di buktikan dengan kejayaan beliau dalam perniagaan produk kecantikkan Vida Beauty.
• Beliau di gambarkan sebagai usahawan yang kreatif dan inovatif kerana beliau bukan sahaja mengeluarkan produk
kecantikkan. Malah beliau juga mengeluarkan produk kesihatan dalaman dan luaran seperti Pamoga.
• Selain produk kecantikan dan produk kesihatan dalaman, Vida Beauty juga mengeluarkan produk wangian khusus untuk
para wanita yang berinspirasikan wangian Arab dan berkualiti tinggi.
• Ciri usahawan yang berinovasi dan kreatif dapat dilihat juga dalam pengeluaran produk wangian Datuk Seri Vida ini kerana,
produk wangian ini turut dikeluarkan khusus untuk para lelaki. 
• Selain itu, produk wangian ini dipelbagaikan jenis-jenis wangiannya. Dengan pengeluaran produk wangian ini menunjukkan
bahawa Datuk Seri Vida merupakan usahawan yang mempunyai sifat kreativiti dan inovatif. 
• Selain itu pemilik kepada slogan dan tagline produknya yang terkenal iaitu “qu puteh, qu puteh, barulah putih” turut
mempunyai kreativiti dalam penyusunan strategi perniagaan.
• Seseorang usahawan yang berjaya juga haruslah mempunyai kreativiti dan inovasi dalam menyusun strategi perniagaan
untuk memperkenalkan dan mempromosikan produknya.
• Misalnya, jika dilihat pada skill perniagaan Datuk Seri Vida sangat hebat dan kreatif. Hal ini kerana, selain dari melibatkan
diri dalam perniagaan produk kecantikkan, Datuk Seri Vida juga pernah menaja program tv seperti Gegar Vaganza, Mentor
Milenia TV3 dan Anugerah Juara Lagu (AJL29). 
• Selain itu, Datuk Seri Vida juga pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan dan mensyaratkan stadium dicat dengan warna
pink dan nama pasukan ditukar dari The Red Warriors kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
• Dapat dilihat disitu bahawa strategi perniagaan beliau sangat kreatif kerana sambil menaja beliau akan memperkenal dan
mempromosikan produknya kepada orang ramai. Jadi untuk menjadi usahawan yang berjaya merupakan perkara yang
tidak mustahil dan tidak mudah.
3. KOMITMEN YANG TINGGI 

• Komitmen yang tinggi adalah memulakan suatu usaha dengan berjaya memerlukan komitmen sepenuhnya
daripada para usahawan.
• Komitmen ini membantu mereka untuk menangani kesilapan dan rintangan yang membahayakan perniagaan
mereka. Komitmen mereka kepada idea dan perniagaan mereka akan menentukan tahap kejayaan perniagaan
mereka (Mohd Taufik, 2012).
• Usahawan yang mempunyai ciri komitmen yang tinggi ialah Dato Aliff Syukri Kamarzaman.
• Beliau merupakan pengasas produk D’Herbs iaitu produk kosmetik dan kesihatan yang semakin melonjak naik
popularitinya.
• Datuk Alif juga memulakan perniagaannya dengan menjual produk kosmetik di pasar tani.
• Walaupun tempat yang beliau berniaga hanyalah pasar tani tetapi beliau melihat ianya sebagai peluang untuk
beliau memperkenalkan diri dengan produk yang ingin dijual.
• Beliau meneruskan usaha mencari pendapatan sampingan dengan membuat bengkel kecantikan di tempat kerja
serta menjual produk kecantikan dan kesihatan.
• Komitmen yang ditunjukkan membuatkan beliau berjaya sehingga sekarang dan menjadi jutawan pada usia yang
muda.
• Komitmen yang ditunjukkan membuatkan beliau berjaya sehingga sekarang dan menjadi
jutawan pada usia yang muda.
• Komitmen yang tinggi ditunjukkan lagi melalui strategi perniagaan beliau yang itu melalui
majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Beliau juga menaja
program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang
disiarkan di Astro dan TV3.
• Beliau kemudiannya mencuba nasib menerusi pengiklanan di stesen televisyen lain dengan
melakukan penampilan terbaharu iaitu daripada memakai baju biasa kepada baju berkilat
dan daripada suara biasa kepada suara ‘kepit’.
• Semua yang ditunjukkan hanyalah gimik di dalam memasang strategi perniagaan dan
ternyata ianya menjadi.
• Komitmen yang tinggi dapat dibuktikan apabila beliau menggunakan visi D’Herbs adalah
untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan
kesihtan dengan konsep terbuka dan lebih mudah serta ringkas sekaligus mempunyai sistem
yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan kualiti serta harga berpatutan.
4. LOKUS KAWALAN DALAMAN
• Lokus kawalan dalaman merupakan tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan
dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
• Kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri membolehkan seseorang itu berani untuk mengambil
peluang yang ada walaupun kesan yang bakal berlaku tidak dapat diketahui lagi (Mat. C, 2007).
• Apabila seseorang usahawan itu mempunyai lokus kawalan yang tinggi membolehkan beliau
membuat keputusan yang terbaik dan memberikan keuntungan kepada semua pihak.
• Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi tidak akan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran
seperti khabar angin dan sebagainya.
• Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman ialah Tan Sri Lim Goh Tong.
• Hal ini kerana, kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong ini bermula apabila dia dengan penuh keyakinan yang tinggi mengambil
peluang untuk meneroka kawasan hutan iaitu di Gunung Ulu Kali yang sekarang ini dikenali sebagai Genting Highland.
• Usaha gigih beliau dengan melakukan pelbagai pekerjaan adalah sangat berbaloi apabila dinobatkan sebagai salah seorang
jutawan pada masa kini.
• Kesungguhan beliau pada permulaanya membolehkan beliau membuka sebuah syarikat pembinaan yang dinamakan
sebagai Kien Huat dan bergelar kontraktor Kelas A.
• Beliau bermula dari bawah dan tanpa berputus asa meningkat naik kerana beliau tidak mahu kaum dan keturunan mereka
terus hidup susah (Yen.C.H, 2013).
• Beliau berpegang kepada prinsip untuk mengubah taraf kehidupan mereka dengan lebih baik.
• Beliau juga mengelakkan diri daripada terlibat dalam kancah perniagaan yang kotor. Beliau tidak mengambil jalan pintas
untuk berjaya. 
• Beliau sentiasa meletakkan kepercayaan diri yang tinggi dalam setiap keputusan yang diambil seterusnya dapat
menggelakkan diri daripada menerima pengaruh-pengaruh yang lain.
• Pembukaan pusat perlancongan diatas bukit tersebut bukanlah sesuatu yang mudah bagi Tan Sri Lim Goh Tong.
• Pelbagai ejekan dan penghinaan yang diterima oleh beliau. Namun begitu, ejekan dan penghinaan tersebut dijadikan
sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dan membuktikan kemampuan diri beliau. 
• Beliau akan mengelak daripada mendengar kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap beliau. Idea dan konsep yang
dibuat oleh beliau juga dikatakan tidak akan berjaya dan hanya mensia-siakan pelaburan sahaja. 
• Oleh begitu, demi membuktikan kemampuan diri beliau, beliau terpaksa bekerja sebanyak 2 syif seminggu bagi
menjimatkan kos selain terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua yang berdekatan . 
• Beliau juga merupakan orang yang pertama bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu supaya impian beliau
membuahkan hasil. Beliau juga merupakan orang yang sangat menjaga kebajikan pekerja-pekerja beliau kerana
menganggap pekerja merupakan aset yang sangat penting untuk sesebuah organisasi.
• Akhirnya kini, impian beliau telah berjaya direalisasikan apabila First World Hotel merupakan hotel yang terbesar di dunia
kerana mendapat pengiktirafan dari Guinness World Records sebagai hotel terbesar di dunia dengan 7,351 bilik.
• Genting Highland juga merupakan antara tempat tarikan pelancongan dunia yang terdapat di Malaysia kerana mempunyai
taman tema dan kasino. Ramai pelancong datang dari serata dunia dan mengunjungi Genting Highland pada setiap tahun.
5. MENGAMBIL KIRA RISIKO YANG
DIPERHITUNGKAN
• Kebanyakan perniagaan yang berjaya diinovasi akan menggalakkan mentaliti pengambil
risiko di kalangan pengurusan untuk membantu menyokong proses kreatif dalam ahli
kakitangan lain.
• Risiko merujuk kepada keadaan ketidakpastian dalam membuat keputusan dan kesannya
ditanggung oleh pembuat keputusan tersebut. Semakin tinggi risiko yang dihadapi oleh
seseorang usahawan maka semakin tinggi pulangan yang akan diterima.
• Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mula menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan dan menjadi
pengasas dan peneraju Kumpulan Sunway.
• Kumpulan Sunway ini telah berjaya menempuh sebanyak tiga tempoh kemelesetan ekonomi
dengan jayanya. Beliau menjalankan perniagaan perlombongan bijih timah melalui Syarikat
Sungei Way dengan modal berbayar sebanyak RM 100 000 pada tahun 1974.
• Seterusnya pada tahun 1977 kemelesetan ekonomi sekali lagi melanda negara Malaysia
namun syarikatnya dapat bertahan.
• Prestasi yang memberangsangkan telah menjadikan perniagaannya itu berjaya disenaraikan
dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1984 sebagai Sunway
Holding Berhad (Foundation.J.C, 2016).
• Berdasarkan peristiwa yang telah dilalui oleh beliau dapat dibuktikan bahawa
beliau telah mengambil kira risiko yang diperhitungkan. Hal ini kerana, beliau telah
bersedia untuk menghadapi krisis kewangan yang disebabkan kemelesetan
ekonomi. Selain itu, beliau juga telah bersedia dengan merancang untuk
melombong kuari dan pasir apabila perniagaan bijih timah telah habis dilombong.
• Pada tahun 1987, Sunway Holding Berhad telah mencatatkan kerugian yang hampir
menghapuskan dana pemegang saham di syarikatnya, namun Tan Sri Dr.Jeffrey
Cheah telah mengambil beberapa langkah bijak agar dapat bertahan. Beliau telah
menyebarkan risiko dan mempelbagaikan perniagaan yang diceburinya.
• Antaranya ialah, Sunway Holdings mula menceburkan diri di dalam sektor
pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan
perniagaan berkaitan dengan hiburan.
• Hasil daripada mempelbagaikan perniagaan tersebut beliau telah berjaya
menubuhkan Sunway City Berhad, Sunway Construction Berhad dan Sunway
Building Technology Berhad.
6. BERORIENTASIKAN PELUANG

• Untuk menjadi usahawan yang berjaya bukan sahaja perlu melihat peluang yang
ada tetapi juga perlu untuk bijak menganalisis, merumus dan mengambil
tindakan terhadap peluang yang ada.
• Untuk berjaya pra-syaratnya ialah usahawan perlu merebut peluang dan
melaksanakan peluang tersebut serta mempunyai keinginan untuk mencapai
matlamat.
• Setelah peluang dikenalpasti, seseorang usahawan akan membiarkan peluang
tersebut menentukan corak strategi, struktur dan sumber yang diperlukan.
• Seseorang usahawan akan mengenal pasti ruang penambahbaikkan daripada
kelemahan dan kekurangan produk serta menambahbaik produk yang sedia ada.
• Usahawan Tan Sri Ananda Krishnan merupakan contoh yang boleh dilihat sebagai usahawan yang mempunyai ciri
berorientasikan peluang.
• Ananda Krishnan merupakan seorang usahawan yang bijak mengambil peluang perniagaan di mana beliau
menjalinkan hubungan baik dengan pihak-pihak yang berpengaruh dan berkuasa yang dapat memberi kelebihan
kepada perniagaannya.
• Beliau rapat dengan golongan pemimpin dan pegawai korporat yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah
dan Tan Sri Dr. Mahathir Mohamad. Melalui perhubungan yang dibina ini, Ananda Krishnan dapat melebarkan
sayap perniagaannya dengan mudah dan menjadikan beliau usahawan yang terkenal sehingga sekarang Pengerusi
dan CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd dan pengasas Maxis (Mahmood, 2010).
• Kini, beliau adalah orang yang paling berpengaruh di Malaysia kerana empayar perniagaannya merangkumi sektor-
sektor utama seperti telekomunikasi angkasa dan bumi seperti Binariang Satellites Systems Sdn Bhd, Sistem
Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) mempunyai tiga satelit komunikasi bumi, dan
Maxis Communications Berhad (Maxis), radio dan televisyen iaitu Astro, perjudian seperi lumba kuda dan loteri Pan
Malaysia Pools, perkapalan dan industri minyak iaitu Bumi Armada, jana elektrik iaitu Powertek Berhad dan
perfileman.
• Beliau bijak dalam merebut peluang dengan memanfaatkan teknologi baharu dengan pelancaran Menara
Berkembar Petronas.  Akhir sekali, sebelum mengalih tumpuannya ke dalam negara, beliau telah mencapai
matlamatnya dalam mengumpulkan harta kekayaan berjuta juta ringgit melalui usaha rangkaiannya di luar negara.
7.PROAKTIF
• Ciri usahawan berjaya yang dimiliki oleh Datuk Jimmy Choo ialah bersikap proaktif.
• Proaktif merupakan sikap seseorang yang mampu mengambil dan memanfaatkannya sehingga menghasilkan
perubahan yang lebih baik. Sikap proaktif penting kepada seseorang usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
• Sikap proaktif seseorang dapat dilihat dari perbuatannya iaitu bertanggungjawab.
• Mereka tidak akan menyalahkan orang lain terhadap sesuatu kejadian tetapi lebih memilih untuk bertanggungjawab
dan mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan itu.
• Datuk Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja pereka kasut malah beliau
seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan seninya.
• Beliau menjadi lebih mahir dan kreatif mencipta kasut untuk memenuhi citarasa pelanggan. Beliau mencipta kelainan
semasa menghasilkan kasut agar kasut yang dihasilkan nampak berbeza dengan kasut yang sedia ada di pasaran.
Beliau sangat teliti dalam acuan untuk membentuk kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit.
• Datuk Jimmy Choo juga bijak merangka dan mengatur strategi perniagaannya (Norazira Azman, 2014). Beliau
bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai hala tuju syarikatnya iaitu Jimmy Choo Ltd. Sebarang
kesilapan yang berlaku dalam operasi perniagaannya dapat diurus dan diperbetulkan dengan sebaik mungkin.
• Perubahan zaman yang berlaku menyebabkan beliau mampu menyerap dengan baik akan keperluan fesyen yang
terkini. Kini, jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan yang menjadi kegilaan artis dan
selebriti di dunia.

Anda mungkin juga menyukai