Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Berdasarkan Laporan Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), sebanyak 4.4% pelajar
sekolah rendah pada tahun 2005 tidak menguasai kemahiran membaca. Hal ini amat
membimbangkan kerana akan menggangu kelancaran proses pembelajaran. Oleh hal yang
demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil pelbagai inisiatif
bagi menangani masalah penguasaan kemahiran membaca dan literasi supaya mencapai
kadar sifar. Pihak KPM telah melaksanakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di setiap
sekolah rendah bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid-murid. LINUS
merupakan akronim daripada perkataan Literacy and Numeracy Screening yang merupakan
program khas murid-murid yang tercicir dalam penguasaaan kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Maka, jelaslah bahawa kemahiran literasi dan numerasi
amat penting dalam kehidupan seseorang supaya dapat membentuk generasi yang
berpengetahuan dan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

1
2.0 PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) DI SEKOLAH
RENDAH

Penyelidikan tentang persepsi pelajar terhadap LINUS perlu dilakukan bagi mendapat
maklum balas tentang sambutan dan pelaksanaan program LINUS ini. Secara tidak langsung,
pihak KPM juga dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan program ini seterusnya dapat
membuat penambahbaikan program agar dapat mengurangkan jumlah murid yang tidak
menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Oleh itu, sebuah kajian
yang bertajuk Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di Sekolah Rendah telah
dilakukan oleh Chew Fong Peng bagi meninjau penilaian LINUS yang telah dilaksanakan
sejak tahun 2010. Jadual 1 menunjukkan data kajian Chew Fong Peng tentang demografi
responden dan jadual 2 merupakan data kajiannya tentang persepsi murid terhadap program
LINUS.

Jadual 1. Data asal kajian tentang demografi responden.

Jadual 2. Data asal kajian tentang persepsi murid terhadap program LINUS.

2
3.0 ANALISIS DATA PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) DI

SEKOLAH RENDAH

3.1 ANALISIS DATA KAJIAN DEMOGRAFI RESPONDEN

Berdasarkan rajah 1, jumlah keseluruhan pelajar yang diambil sebagai responden ialah
sebanyak 120 orang yang terlibat serta 56 orang daripadanya terdiri daripada murid lelaki dan
64 orang daripadanya terdiri daripada murid perempuan. Data ini menunjukkan jumlah pelajar
perempuan melebihi 8 orang daripada jumlah pelajar lelaki. Rajah 1 menunjukkan graf
responden mengikut jantina.

Bilangan Pelajar Mengikut Jantina


66 64
64
62
60
58 56
56
54
52
Lelaki Perempuan

Rajah 1. Graf responden mengikut jantina.

Manakala, rajah 2 pula menunjukkan carta pai tentang bilangan responden berdasarkan etnik
masing-masing. Oleh itu, kajian ini terdiri daripada 46 murid berbangsa Melayu, 51 murid
berbangsa Cina, dan 3 orang murid dari lain-lain etnik. Jelas menunjukkan bahawa murid
kaum cina merupakan respoden yang tertinggi. Selain itu, jumlah pelajar Melayu sedikit
berbanding pelajar Cina adalah disebabkan terdapat pelajar kaum Cina yang bersekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan.

Bilangan Pelajar Mengikut Etnik


3

20
46

51

Melayu Cina India Lain-lain

Rajah 2. Carta pai tentang bilangan responden berdasarkan etnik.

3
Seterusnya, kajian ini telah dilakukan ke atas pelajar sekolah rendah yang berlainan jenis iaitu
40 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan (SK), 40 orang murid daripada Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan 40 orang murid daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT). Jumlah sebanyak 40 orang murid dalam setiap jenis sekolah bertujuan bagi
mengelakkan timbulnya isu perkauman. Rajah 3 menunjukkan bilangan pelajar mengikut jenis
sekolah.

Bilangan Pelajar Mengikut Jenis


Sekolah
50
40 40 40
40
30
20
10
0

SK SKJC SJKT

Rajah 3. Bilangan Pelajar Mengikut Jenis Sekolah.

Akhir sekali, data pendapatan keluarga pelajar juga turut diambil bagi mengetahui latar
belakang keluarga pelajar. Responden terdiri daripada 34 orang murid yang mempunyai
pendapatan keluarga sebanyak RM1000 hingga RM2500, 56 orang murid yang mempunyai
pendapatan keluarga sebanyak RM2501 hingga RM5000 serta 30 orang murid yang memiliki
pendapatan keluarga RM5000 ke atas. Rajah 4 menunjukkan graf bilangan pelajar mengikut
pendapatan keluarga. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan pelajar terdiri
daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

Bilangan Pelajar Mengikut Pendapatan


Keluarga

> RM 5000 30

RM2501-RM5000 56

RM1000-RM2500 34

0 10 20 30 40 50 60

Rajah 4. Graf bilangan pelajar mengikut pendapatan keluarga.

4
3.2 ANALISIS DATA KAJIAN PERSEPSI MURID TERHADAP PROGRAM LITERASI DAN
NUMERASI (LINUS) DI SEKOLAH RENDAH

Analisis telah dilakukan berdasarkan jadual 2 iaitu berkaitan persepsi murid terhadap program
LINUS. Jumlah respoden yang direkodkan terdiri daripada 120 orang murid dan mereka perlu
menjawab 10 soalan dengan pilihan 3 skala kepuasan iaitu tidak setuju, kurang setuju atau
setuju. Kekerapan tertinggi bagi sembilan daripada 10 soalan berada pada skala kepuasan 3
iaitu setuju. Kekerapan tertinggi bagi skala setuju pada soalan 1 memperoleh sebanyak 73
orang murid, soalan 2 sebanyak 66 orang murid, soalan 4 sebanyak 71 orang murid, soalan
5 sebanyak 77 orang murid, soalan 6 sebanyak 55 orang murid, soalan 7 sebanyak 65 orang
murid dan soalan 8 sebanyak 49 orang murid. Majoriti pelajar yang memilih skala setuju
memperoleh bilangan separuh daripada jumlah responden iaitu 120 murid. Jelaslah
menunjukkan bahawa program LINUS ini memberi sumbangan yang postitif kepada para
pelajar. Jadual 3 menunjukkan persepsi murid terhadap program LINUS yang telah
direkodkan dalam kajian Chew Fong Peng.dan rajah 5 menunjukkan carta bar berdasarkan
persepsi murid terhadap LINUS.

Soalan Item 1 2 3
1 Kelas LINUS sangat menyeronokkan 11 36 73
2 Ujian LINUS sangat menyeronokkan 13 41 66
3 Rakan-rakan saya juga suka akan LINUS 20 51 49
4 LINUS membantu membaiki bacaan saya 13 36 71
5 LINUS membantu membaiki penulisan saya 15 28 77
6 LINUS membantu membaiki pengiraan saya 20 45 55
7 LINUS membolehkan saya menjawab soalan lisan 12 43 65
8 LINUS membolehkan saya menjawab soalan berbentuk tulisan 23 48 49
9 LINUS memberi motivasi kepada saya untuk belajar 14 40 66
10 LINUS sangat bagus untuk saya 11 41 68
*1=Tidak setuju, 2=Kurang setuju, 3=Setuju; **(N=120), Sumber: Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia
Jadual 3. Persepsi murid terhadap Program LINUS.

Persepsi Murid terhadap Ujian Linus


150

100 49 55 49
73 66 71 77 65 66 68
50 51 45 48
36 41 36 28 43 40 41
11 13 20 13 15 20 12 23 14 11
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Rajah 5. Carta bar persepsi murid terhadap program LINUS.

5
Setelah data persepsi murid terhadap program LINUS dilakukan dalam bentuk jadual
dan carta bar mengikut skala kepuasan seperti jadual 3 dan rajah 5, analisis statistik deskriptif
pula dilakukan. Jadual 4 menunjukkan jadual penganalisisan statistik deskriptif.

Statistik Deskriptif
N Minimum Maksimum Min Sisihan Varians
Piawai
S1 (Kelas LINUS sangat 120 1 3 2.52 0.661 0.437
menyeronokkan)
S2 (Ujian LINUS sangat 120 1 3 2.44 0.683 0.467
menyeronokkan)
S3 (Rakan-rakan saya juga suka 120 1 3 2.24 0.722 0.521
akan LINUS)
S4 (LINUS membantu membaiki 120 1 3 2.48 0.686 0.470
bacaan saya)
S5 (LINUS membantu membaiki 120 1 3 2.52 0.710 0.504
penulisan saya)
S6 (LINUS membantu membaiki 120 1 3 2.29 0.738 0.544
pengiraan saya)
S7 (LINUS membolehkan saya 120 1 3 2.44 0.671 0.450
menjawab soalan lisan)
S8 (LINUS membolehkan saya 120 1 3 2.22 0.747 0.558
menjawab soalan berbentuk
tulisan)
S9 (LINUS memberi motivasi 120 1 3 2.43 0.695 0.483
kepada saya untuk belajar)
S10 (LINUS sangat bagus untuk 120 1 3 2.48 0.661 0.436
saya)
Jadual 4. Jadual penganalisisan statistik deskriptif.
Berdasarkan jadual 4, terdapat perbezaan yang amat sedikit dalam nilai min, sisihan piawai
dan varians antara soalan 1 (S1) hingga soalan 10 (S10). Bagi nilai min, soalan 1 (Kelas
LINUS sangat menyeronokkan) dan soalan 5 (LINUS membantu membaiki penulisan saya)
mempunyai nilai min tertinggi iaitu sebanyak 2.52, tetapi memperoleh nilai sisihan piawai yang
berbeza iaitu sebanyak 0.661 dan 0.710. Manakala nilai min paling rendah terdiri daripada
soalan 8 (LINUS membolehkan saya menjawab soalan berbentuk tulisan) iaitu sebanyak 2.22.
Secara umumnya, min merupakan purata sesuatu set data. Maka, hal ini menunjukkan murid-
murid berasa seronok melalui pelaksanaan program LINUS serta membantu murid dalam
membaiki penulisannya kerana mempunyai nilai purata yang paling tinggi. Namun demikian,
terdapat beberapa orang murid menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan berbentuk
tulisan kerana terdapat pelajar yang tidak dapat menguasainya lagi walaupun setelah
mengikuti program LINUS. Maka, jelaslah bahawa sebenarnya penulisan dan soalan
berbentuk tulisan merupakan dua bentuk soalan yang berlainan sehingga memberi nilai min
yang ketara.

6
Selain itu, nilai tertinggi sisihan piawai terdiri daripada soalan 8 (LINUS membolehkan
saya menjawab soalan berbentuk tulisan) iaitu sebanyak 0.747 dan nilai variasinya sebanyak
0.588. Manakala, nilai sisihan piawai terendah terdiri daripada soalan soalan 1 (kelas LINUS
sangat menyeronokkan) dan soalan 10 (LINUS sangat bagus untuk saya) iaitu sebanyak
0.661. Sisihan piawai pula bermaksud gambaran tentang serakan taburan data di sekeliling
min. Jika nilai sisihan piawai rendah, maka jumlah pelajar yang memilih skala setuju, kurang
setuju dan tidak setuju mempunyai perbezaan yang sedikit. Tetapi jika nilai sisihan piawai
tinggi, maka jumlah pelajar yang memilih skala setuju, kurang setuju dan tidak setuju
mempunyai perbezaan yang besar dan ketara. Jelas menunjukkan bahawa hanya sedikit
pelajar yang memilih skala kurang setuju serta tidak setuju dan majoriti pelajar memilih skala
setuju dengan pernyataan pelaksaan program LINUS yang menyeronokkan serta amat bagus
kepada murid-murid. Tetapi nilai sisihan piawai yang tinggi iaitu 0.747 pada soalan 8
menunjukkan murid-murid tidak bersepakat untuk bersetuju bahawa LINUS mampu
membantu mereka ketika menjawab soalan berbentuk tulisan,

7
4.0 CADANGAN PENYELESAIAN
Terdapat pelbagai cadangan penyelesaian bagi meningkatkan keberkesanan Program
Literasi dan Numerasi (LINUS) di sekolah rendah. Antaranya ialah tenaga pengajar Program
LINUS mestilah terdiri daripada guru Matematik, guru bahasa Melayu serta Guru Pemulihan
Khas. Hal yang demikian kerana murid yang mengikuti Program LINUS dapat dibimbing
berdasarkan kepakaran khusus guru tersebut seterusnya memudahkan guru dalam membuat
penilaian pecapaian seseorang murid itu. Tambahan lagi, menurut Hasnalee (2012), guru
LINUS harus mempunyai tahap kepakaran yang tinggi bagi menentukan kesediaan murid dan
mempunyai kemahiran penjelasan yang tinggi supaya mudah menyampaikan kandungan
pengajarannya kepada pelajar LINUS. Seterusnya, Abdul Jalil et. Al. (2011) turut menyatakan
guru juga perlu merancang strategi pengajaran yang berkualiti agar dapat menarik perhatian
murid seterusnya mereka mampu memberi fokus terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, para guru digalakkan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang berkaitan dengan animasi seperti Boboiboy ataupun berwarna-warni supaya dapat
menarik perhatian pelajar.

5.0 RUMUSAN
Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi jelas menunjukkan keberhasilannya dan
memberi keseronokan kepada para pelajar. Hal yang demikian kerana LINUS amat
membantu pelajar dalam meningkat kemahiran literasi dan numerasi serta dalam penulisan
mereka. Namun demikian, terdapat segelintir murid masih menghadapi masalah dalam
menjawab soalan berbentuk tulisan. Maka, melalui kajian ini dapatlah kita ketahui bahawa
penulisan dan soalan berbentuk tulisan merupakan dua jenis soalan yang berbeza sehingga
memperoleh nilai min yang berbeza antara kedua-duanya. Oleh hal yang demikian, secara
dasarnya, tujuan pelaksanaaan Program LINUS ini adalah untuk memastikan setiap
masyarakat celik nombor serta huruf dan memastikan Pendidikan Malaysia sentiasa berkualiti
(Noor Atiqah Sulaiman, 2021). Justeru, pihak pentadbir sekolah, tenaga pengajar dan ibubapa
mestilah saling bekerjasama dalam menjayakan program LINUS ini supaya dapat mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai