Anda di halaman 1dari 16

Pada hari 10 Mac 2024, tinjauan awal tentang jenis produk yang kerap dibeli secara dalam talian

telah dijalankan secara soal selidik terhadap 30 orang responden. Berikut adalah analisis yang
menggunakan 3 kaedah yang bersesuaian untuk penyusunan dan penggambaran data bagi
menerangkan analisis yang dibuat :
1. Carta Histogram
2. Carta Bar
3. Carta Pai

JANTINA RESPONDEN

JANTINA BILANGAN (RESPONDEN) PERATUS


Lelaki 8 27%
Perempuan 22 73%
Jadual 1 : Bilangan responden mengikut jantina

1. Carta Histogram

Rajah 1.1 : Jantina (Carta Histogram)

2. Carta Bar
Rajah 1.2 : Jantina (Carta Bar)

3. Carta Pai

Rajah 1.3 : Jantina (Carta Pai)

Berdasarkan tugasan, seramai 30 orang responden yang disoal selidik. Carta di atas menunjukkan
demografi responden mengikut jantina. Daripada 30 orang responden, seramai 8 orang iaitu 27%
adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala baki 73% iaitu sebanyak 22 orang adalah
responden perempuan.

UMUR

UMUR LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PERATUS


20 – 24 1 0 1 3%
TAHUN
25 – 29 3 3 6 20 %
TAHUN
30 – 34 2 5 7 23 %
TAHUN
35 – 39 2 9 11 37 %
TAHUN
40 – 45 0 3 3 10 %
TAHUN
46 – 50 0 2 2 7%
TAHUN
Jadual 2 : Bilangan responden mengikut umur

1. Carta Histogram

Rajah 2. 1 : Umur (Carta Histogram)

2. Carta Bar
Rajah 2.2 : Umur (Carta Bar)

Berdasarkan rajah 2.1 dan 2.2, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, responden
berumur 20 tahun hingga 24 tahun terdiri daripada seorang responden lelaki. Seramai 6 orang
responden iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan berumur 25 hingga 29 tahun. Seterusnya, responden
berumur 30 hingga 34 tahun terdiri daripada 2 lelaki dan 5 perempuan. Seramai 11 orang
responden berumur 35 hingga 39 tahun yang mempunyai 2 orang responden lelaki dan 9 orang
responden perempuan. 3 orang responden perempuan berumur 40 hingga 45 tahun manakala 2
orang responden perempuan berumur 46 hingga 50 tahun.

3. Carta Pai
Rajah 2.3 : Umur (Carta Pai)

Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 2.3, responden berumur 20 tahun hingga 24 tahun terdiri
daripada seorang iaitu 3%. 6 orang responden yang bersamaan 20 peratus berumur 25 hingga 29
tahun. Seramai 7 orang respondan iaitu 23 peratus berumur 30 hingga 34 tahun. Seterusnya,
seramai 37 peratus yang bersamaan 11 orang responden berumur 35 hingga 39 tahun. 3 orang
responden (10%) berumur 40 hingga 45 tahun. Bakinya, iaitu 7 peratus yang bersamaan 2 orang
responden berumur 46 hingga 50 tahun.

3. PEKERJAAN
PEKERJAAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PERATUS

KERAJAAN 3 21 24 80 %

SWASTA 4 1 5 17 %

PERSENDIRIAN 1 0 1 3%

TIDAK 0 0 0 0%
BEKERJA

Jadual 3 : Pekerjaan Responden

1. Carta Histogram

Rajah 3.1 : Pekejaan (Carta Histogram)

2. Carta Bar
Rajah 3. 2 : Pekerjaan (Carta Bar)

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 30 orang responden, seramai 3 orang responden
lelaki dan 21 orang responden perempuan bekerja di kerajaan. 4 responden lelaki, 1 responden
perempuan bekerja di sektor swasta manakala 1 responden lelaki bekerja persendirian.

3. Carta Pai

PEKERJAAN
KERAJAAN SWASTA PERSENDIRIAN TIDAK BEKERJA

3%
17%

80%

Rajah 3.3 : Pekerjaan (Carta Pai)


Dapatan kajian berdasarkan Rajah 3.3 menunjukkan demografi responden berdasarkan pekerjaan
responden. Seramai 24 orang yang bersamaan 80 peratus responden bekerja di kerajaan. 17
peratus iaitu 5 orang responden bekerja di swasta dan bakinya 3 peratus yang merupakan seorang
responden bekerja persendirian.

4. PENDAPATAN BULANAN
PENDAPATAN LELAK PEREMPUAN JUMLAH PERATUS
BULANAN I

> RM 1000 0 2 2 7%

> RM 2000 5 5 10 33 %

> RM 3000 1 4 5 17 %

ABOVE RM 4000 2 11 13 43 %

Jadual 4 : Bilangan responden mengikut pendapatan bulanan

1. Carta Histogram

Rajah 4.1 : Pendapatan Bulanan (Carta Histogram)

2. Carta Bar
Rajah 4.2 : Pendapatan Bulanan (Carta Bar)

Hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 2 orang responden perempuan
memperoleh pendapatan sebulan melebihi RM 1000. 5 responden lelaki dan 5 responden
perempuan berpendapatan lebih daripada RM 2000 sebulan. Selain itu, 4 responden perempuan
dan 1 responden lelaki berpendapatan lebih daripada RM3000 sebulan. 2 responden lelaki dan 11
responden perempuan menyatakan pendapatan sebulannya melebihi RM 4000.

3. Carta Pai
Rajah 4.3 : Pendapatan Bulanan (Carta Pai)

Carta Pai (Rajah 4.3) menunjukkan pendapatan bulanan bagi 30 orang responden. Berdasarkan
itu, 7 peratus yang bersamaan 2 orang responden berpendapatan lebih daripada RM1000 sebulan.
Selain itu, seramai 33 peratus iaitu 10 orang responden memperoleh pendapatan sebulan
melebihi RM2000. 5 orang responden yang bersamaan 17 peratus berpendapatan melebihi
RM3000. Sebanyak 43 peratus iaitu 13 orang responden merupakan majoriti yang berpendapatan
lebih daripada RM4000 sebulan.

5. JUMLAH PERBELANJAAN SECARA DALAM TALIAN DALAM SEBULAN


JUMLAH PERBELANJAAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PERATUS
SECARA
DALAM TALIAN DALAM
SEBULAN

RM 100 - RM 200 4 10 14 47 %

RM 200 - RM 300 2 8 10 33 %

RM 400 - RM 500 0 1 1 3%

> RM 500 2 3 5 17 %
Jadual 5 : Bilangan responden mengikut jumlah perbelanjaan secara dalam talian dalam sebulan
1. Carta Histogram

Rajah 5.1 : Jumlah Perbelanjaan (Carta Histogram)

2. Carta Bar

Rajah 5.2 : Jumlah Perbelanjaan (Carta Bar)


Carta di atas menunjukkan jumlah perbelanjaan secara dalam talian sebulan berdasarkan 30
responden. 4 responden lelaki dan 10 responden perempuan membelanjakan antara RM100 - RM
200 sebulan. 2 responden lelaki dan 8 responden perempuan membelanjakan RM200- RM300
sebulan secara dalam talian. Seterusnya, 1 responden wanita membelanjakan antara RM400-
RM500. Lebih- lebih lagi, 2 responden lelaki dan 3 responden perempuan menyatakan mereka
membelanjakan melebihi RM500 sebulan secara dalam talian.

3. Carta Pai

JUMLAH PERBELANJAAN SECARA DALAM TALIAN


RM 100 - RM 200 RM 200 - RM 300 RM 400 - RM 500 > RM 500

17%

3%

47%

33%

Rajah 5.3 : Jumlah Perbelanjaan (Carta Pai)

Rajah 5.3 merupakan carta pai yang menunjukkan jumlah perbelanjaan secara dalam talian
sebulan berdasarkan 30 responden. Sebanyak 14 orang responden iaitu 47 peratus
membelanjakan antara RM100 - RM 200 sebulan.10 orang responden yang bersamaan 33
peratus membelanjakan RM200- RM300 sebulan secara dalam talian. 3 peratus yang merupakan
seorang responden membelanjakan antara RM400- RM500. 5 orang responden (17%)
perempuan menyatakan mereka membelanjakan melebihi RM500 sebulan secara dalam talian.
6. JENIS BARANG YANG KERAP DIBELI SECARA DALAM TALIAN

JENIS BARANG YANG KERAP LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PERATUS


DIBELI SECARA DALAM TALIAN

PAKAIAN 1 7 8 27 %

MAKANAN 0 4 4 13 %

PRODUK SKINCARE 1 0 1 3%

KOSMETIK 0 0 0 0%

PERALATAN ELEKTRONIK 1 0 1 3%

BARANG KEPERLUAN RUMAH 4 9 13 44 %

LAIN-LAIN 1 2 3 10 %
Jadual 6 : Bilangan responden mengikut jenis barang yang kerap dibeli secara dalam talian
1. Carta Histogram

Rajah 6.1 : Jenis Barang (Carta Histogram)

Berdasarkan 30 orang responden, seramai 8 orang responden yang terdiri daripada 1 lelaki dan 7
perempuan kerap membeli pakaian secara dalam talian. 4 responden perempuan kerap membeli
makanan, 1 responden lelaki membeli produk penjagaan kulit (skincare) dan seorang responden
lelaki membeli produk elektronik melalui dalam talian. 13 responden yang terdiri daripada 4
lelaki dan 9 perempuan kerap membeli barang keperluan rumah secara dalam talian. Akhir
sekali, 1 responden lelaki dan 2 responden perempuan menyatakan mereka kerap membeli
barang lain seperti barang keperluan anak dan aksesori kereta secara dalam talian.

2. Carta Bar
Rajah 6.2 : Jenis Barang (Carta Bar)

3. Carta Pai

Rajah 6.3 : Jenis Barang (Carta Pai)

Rajah 6.3 menunjukan jenis barang responden kerap membeli secara dalam talian. Seramai 8
orang responden iaitu 27 peratus kerap membeli pakaian secara dalam talian. 13 peratus yang
bersamaan 4 orang responden kerap membeli makanan secara dalam talian. Selain itu, seorang
responden (3%) kerap membeli produk penjagaan kulit (skincare) dan seorang lagi kerap
membeli produk elektronik. 13 responden yang bersamaan 44 peratus kerap membeli keperluan
rumah secara dalam talian. Bakinya pula iaitu 10 peratus (3 orang) responden kerap membeli
barang-barang lain seperti barang keperluan anak dan aksesori kereta secara dalam talian.

KESIMPULAN

Berdasarkan tinjauan dan analisis, kami mendapati bahawa wanita adalah responden majoriti
kami. Tambahan pula, majoriti responden adalah dalam kumpulan umur 35-39 tahun. Selain itu,
daripada 30 responden, 24 daripadanya dikatakan kakitangan kerajaan. Seterusnya, berdasarkan
pendapatan bulanan, majoriti menjawab bahawa pendapatan mereka melebihi RM4000 sebulan.
Berdasarkan soal selidik mengenai jumlah perbelanjaan sebulan secara dalam talian, majoriti
menjawab mereka akan membelanjakan lebih kurang RM100-RM200. Akhir sekali, kami juga
dapat mengetahui bahawa barang keperluan rumah adalah produk yang kerap dibeli secara dalam
talian.

Anda mungkin juga menyukai