Anda di halaman 1dari 13

5.

0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden tentang
mengenal pasti punca-punca berlaku masalah bekalan air di Taman Desa Kubang Rotan Fasa
2 , Alor Setar , Kedah dan mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh penduduk Taman Desa
Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah untuk mengatasi masalah bekalan air .

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Carta pie di bawah menunjukkan pecahan responden daripada penduduk di Taman Desa
Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah . Jadual ini berdasarkan latar belakang responden
melibatkan aspek jantina , umur , pekerjaan dan tempoh menetap . Seramai 30 orang responden
telah di soal selidik bagi mengetahui berkaitan jantina , umur , pekerjaan dan tempoh menetap.

5.1.1 JANTINA

JANTINA

23.33

76.67

LELAKI PEREMPUAN

RAJAH 1 : DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA


(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2019)

Berdasarkan rajah 1 di atas menunjukkan demografi daripada 30 orang responden , seramai 23


orang (76.67 %) adalah terdiri daripada responden lelaki , manakala bakinya sebanyak 7 orang
( 23.33 %) terdiri daripada responden perempuan . Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat di
rajah 1 .
5.1.2 UMUR

UMUR

30
36.67

33.33

20-30 TAHUN 31-40 TAHUN 3rd Qtr

RAJAH 2 : DEMOGRAFI BERDASARKAN UMUR


(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2019)

Berdasarkan rajah 2 di atas menunjukkan seramai 11 orang (36.67 %) adalah terdiri daripada
umur 20-30 tahun . Manakala seramai 10orang (33.33%) adalah terdiri daripada umur 30-40
tahun , Akhir sekali , responden yang berumur 41-50 tahun (30%) .

5.1.3 PEKERJAAN

PEKERJAAN

10
26.67

63.33

SWASTA KERAJAAN BELAJAR

RAJAH 3 : DEMOGRAFI BERDASARKAN PEKERJAAN


(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2019 )

Berdasarkan rajah 3 di atas menunjukkan demografi berdasarkan 30 orang responden yang


terdiri daripada pekerjaan swasta , kerajaan dan belajar . Seramai 19 orang (63.33%) yang
bekerja dengan pihak kerajaan , manakala bakinya iaitu seramai 8 orang (26.67%) bekerja
dengan pihak swasta . Selebihnya adalah responden yang masih belajar ( 10%) . Hal ini
menunjukkan ramai penduduk di Taman Desa Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah
bekerja dengan pihak kerajaan berbanding bekerja dengan pihak swasta dan yang masih belajar
.

5.1.4 TEMPOH MENETAP

TEMPOH MENETAP
16.67 13.33

70

1-4 TAHUN 5-7 TAHUN 8-9 TAHUN

Rajah 4 : Demografi Berdasarkan Tempoh Menetap


(Sumber : Kajian Lapangan 2019)

Berdasarkan rajah 4 di atas menunjukkan demografi berdasarkan 30 orang responden yang


menetap di Taman Desa Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah . Seramai 4 orang ( 13.33)
yang menetap selama 1-4 tahun di taman tersebut . Seterusnya , seramai 21 orang (70%) yang
menetap selama 5-7 tahun di taman itu . Akhir sekali , seramai 5 orang (16.67) sahaja yang
menetap selama 8-9 tahun di taman itu . Hal ini menunjukkan , responden mengetahui keadaan
yang seringkali terjadi di taman itu seperti kajian yang dilakukan oleh pengkaji mengenai
gangguan bekalan air.
5.2 Mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh penduduk Taman Desa Kubang Rotan Fasa
2 , Alor Setar , Kedah untuk mengatasi masalah bekalan air .

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai punca-punca berlakunya masalah bekalan
air di taman ini . Analisis kajian boleh dirujuk di jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Mengenal pasti punca-punca berlaku masalah bekalan air di Taman Desa Kubang
Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah .

Bil Jenis punca-punca Tidak Setuju Tidak


Setuju Pasti
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
1 Penduduk yang ramai 0 0 30 100 0
2 Pembangunan pesat 0 0 30 100 0
3 Panas berpanjangan 0 0 30 100 0
4 Saluran air tersumbat 0 0 11 36.67 19 63.33
5 Paip air bocor 0 0 12 40 18 60
(Sumber : Kajian Lapangan 2019)

Berdasarkan jadual 1 , hasil kajian menunjukkan bahawa salah satu sebab terjadinya masalah
bekalan air di taman tersebut adalah berpunca daripada penduduk yang ramai . Seramai 30
orang(100%) bersetuju dengan penyataan ini. Taman ini mempunyai sebanyak 52 buah rumah.
Berdasarkan hasil temubual pada 10.03.2019 , bersama informan iaitu Muhd Nasruddin Bin
Md Rejab yang berumur 53 tahun menyatakan bahawa setiap rumah memiliki bilangan ahli
keluarga yang berbeza . Sekurang-kurangnya , satu keluarga penduduk di taman ini mempunyai
seramai 3 orang ahli keluarga dan ada yang sehingga lingkungan antara 5-8 orang penduduk .
Kawasan ini sememangnya kawasan yang itu ,mempunyai masalah bekalan air seperti tekanan
air yang rendah . Oleh itu, apabila semakin ramai penduduk , maka terjadinya masalah bekalan
air . Oleh itu , penggunaan seharian penduduk akan menjadi terhad . Kebiasaanya , sumber air
ini akan menjadi lebih perlahan terutamanya pada hujung minggu , cuti persekolahan dan pada
musim perayaan . Jadi , hal ini terbukti bahawa penduduk yang ramai di taman ini menyebabkan

Seterusnya , sebab kedua punca masalah bekalan air di Taman Desa Kubang Rotan Fasa 2 ,
Alor Setar , Kedah adalah kerana pembangunan yang pesat . Seramai 30 orang(100%)
responden yang disoal selidik setuju dengan penyataan kedua iaitu pembangunan yang pesat .
Di sekitar taman ini , terdapat banyak taman lain seperti Taman Desa Kubang Rotan Fasa 1 ,
Taman Seri Makmur , dan kini sebuah lagi taman baru yang akan dibuka di kawasan
berhampiran . Maka , air tidak dapat disalurkan kerana tekanan air yang rendah . Apabila taman-
taman membangun dengan pesat , maka bertambahlah penduduk di kawasan itu .. Encik Zakaria
Bin Haji Daud , salah seorang informan menyatakan bahawa sejak 4 tahun lepas , tekanan air
menjadi semakin rendah kerana wujudnya taman yang baru iaitu Taman Seri Makmur yang
mempunyai sebanyak 60 buah rumah . Oleh itu, penggunaan seharian akan semakin bertambah
dan hal ini akan menyebabkan tekanan air menjadi semakin rendah

Selepas itu , kajian menunjukkan bahawa sebab ketiga punca berlakunya masalah bekalan air
di Taman Desa Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah adalah kerana cuaca yang panas
berpanjangan . Seramai 30 orang(100%) yang disoal selidik setuju dengan penyataan ketiga
iaitu cuaca yang panas berpanjangan . Apabila cuaca semakin meningkat , air akan tersejat ke
udara . Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kondisi air yang tersejat ke udara. Pada musim
panas, pemanasan suria yang kuat membawa kepada peningkatan suhu di kawasan Kubang
Rotan . Telah berlaku masalah cuaca yang tidak menentu pada tahun 2017, dan cuaca panas
yang melampau telah berlaku pada awal Jun sehingga akhir Ogos. Menurut Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN), semasa kejadian kekurangan sumber air akibat dari cuaca
panas yang melampau ini berlaku juga penurunan paras air sungai Selangor .Begitu juga hal ini
berlaku di Kedah , Empangan Beris Dengan wujudnya masalah – masalah yang bertimpa ini,
gangguan air secara mengejut dan berpanjangan telah berlaku. Hal telah mengakibatkan
masalah besar kepada pihak penduduk Taman Desa Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah
. sehari. Ini menjejasan bekalan air ke Kubang Rotan. Kawasan takungan di Kedah juga telah
kering dan ia menyulitkan pihak SADA untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Di samping itu , sebab yang keempat punca-punca masalah bekalan air ialah saluran air
tersumbat . Sebanyak 11 orang(36.67%) bilangan responden bersetuju akan hal ini . Bakinya
19 orang(63.33%) bilangan responden menyatakan tidak pasti akan item soalan keempat ini .

Akhir sekali , sebab kelima menjadi punca-punca berlakunya masalah bekalan air ialah paip air
bocor . Seramai 12 orang(40%) bilangan responden bersetuju akan hal ini. Selebihnya , seramai
18 orang(60%) bilangan responden tidak pasti sebab terjadinya masalah bekalan air kerana paip
air bocor . Kejadian paip air bocor berlaku selesai kerja-kerja penyelenggara terbabit selesai .
Banyak faktor yang dilihat menjadi punca kepada masalah tersebut antaranya, paip usang, injap
dalam ‘mainhole’ yang berfungsi mengawal aliran air terletak jauh daripada lokasi paip pecah
atau mungkin-sikap sambil lewa kontraktor melaksanakan kerja-kerja baik pulih. Pihak Sada
juga menyatakan bahawa menggiatkan usaha membaiki meskipun memakan kos modal yang
besar bagi menyelenggara 12,000.50 KM panjang paip utama, 36 buah LRA, selain operasi
rumah tangki, isu agihan bekalan, takungan air di empangan, faktor cuaca, dan juga masalah
jangka hayat paip yang sudah berusia agak lama(laman sesawang rasmi sada).

.
5.3 Mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh penduduk Taman Desa Kubang Rotan Fasa
2 untuk mengatasi masalah bekalan air

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh
penduduk Taman Desa Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah . Analisis kajian boleh dirujuk
di jadual 2 di bawah .

Jadual 2 : Mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh penduduk Taman Desa Kubang
Rotan Fasa 2 untuk mengtasi bekalan air

Bil Langkah untuk Tidak Setuju Tidak pasti


mengatasi setuju
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
1 Memasang 0 0 0 0 30 0
pam air 100
2 Membuat 0 0 0 0 30 0
aduan kepada 100
pihak sada
3 Berjimat – 0 0 0 0 30 0
cermat 100
4 Peka terhadap 0 0 0 0 27 3
notis SADA 90 10
5 Menyediakan 0 0 0 0 28 2
takungan air 93.33 6.67
yang besar
(Sumber : Kajian Lapangan 2019)
Berdasarkan jadual 2 , hasil kajian menunjukkan bahawa langkah-langkah di atas adalah cara
untuk mengatasi masalah bekalan air ini . Langkah pertama untuk mengatasi masalah bekalan
air di Taman Desa Kubang Rotan Fasa 2 , Alor Setar , Kedah ialah dengan memasang pam
air. Seramai 30 orang(100%) bersetuju dengan penyataan ini . Boleh dikatakan bahawa 85%
daripada penduduk yang menetap di situ memasang pam air . Berdasarkan 3 informan yang
saya temubual , ketiga-tiga informan ini mengatakan bahawa dengan memasang pam air ,
adalah sebagai langkah yang utama untuk mendapatkan sumber air . Berdasarkan pemerhatian
saya juga , sewaktu saya menjalankan temubual , ada penduduk yang memasang pam air di luar
, manakala ada penduduk yang memasang pam air di dalam rumah kerana takut dicuri oleh
orang. Tambahan pula , fungsi memasang pam air adalah untuk meningkatkan tekanan air yang
rendah Hal ini menunjukkan bahawa ramai yang memasang pam air sebagai langkah untuk
mengatasi bekalan air . Maka , tidak hairanlah ramai penduduk yang memasang pam air di
taman tersebut

Seterusnya , langkah kedua untuk mengatasi masalah bekalan air ialah dengan membuat aduan
kepada pihak SADA . Seramai 30 orang(100%) setuju dengan hal ini . Perkara ini hendaklah
diberitahu kepada pihak berkenaan seperti ketua ataupun ahli jawatan kuasa yang ada di taman
tersebut . Seterusnya , pihak yang berkenaan perlulah memberitahu kepada pihak SADA
berkaitan keadaan yang berlaku di taman itu . Pihak SADA perlulah membuat rawatan loji air
dan Berdasarkan informan , Encik Zubaid Bin Hasyim yang berumur 45 tahun mengatakan
bahawa keadaan 3 tahun lepas tidak macam begini kerana pada waktu itu , banyak bangunan
yang tidak dibangunkan lagi . Berbeza dengan zaman sekarang , bangunan semakin pesat
membangun . Maka , sumber air perlu disalurkan kepada banyak tempat yang akan
mengakibatkan air akan menjadi perlahan dari masa ke masa .

Selepas itu , langkah yang ketiga untuk mengatasi masalah bekalan air ialah dengan berjimat-
cermat . Seramai 30 orang(100%) setuju dengan penyataan ini . Sejak dari zaman dahulu amalan
berjimat cermat ini sering diperkatakan kerana amalan ini boleh memberi pelbagai kebaikan
dalam hidup kita. Sikap berjimat cermat ini akan memberikan kebaikan kepada kita semua
dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Kita juga mesti berjimat cermat
dalam penggunaan air. Dengan berjimat dalam penggunaan air, kita dapat menjauhkan
perbuatan membazir dan berjimat dalam pembayaran bil air. Perbuatan membazir air hanya
akan meningkatkan kos hidup dan membebankan kerajaan untuk mencari sumber air yang baru
berikutan sumber air kita yang semakin berkurangan. Jika kita mandi atau membasuh kereta,
pastikan air paip tidak dibiarkan mengalir jika tidak digunakan . Oleh itu , semua pihak haruslah
menitikberatkan tentang hal ini .

Di samping itu , langkah yang keempat untuk mengatasi masalah bekalan air ialah peka
terhadap notis sada . Seramai 27 orang(90%) bersetuju manakala 3 orang(10%) tidak pasti
dengan penyataan ini . Penduduk di taman itu perlulah peka terhadap notis sada , sebagai
contohnya selalu melayari laman web sada untuk mengetahui perkembangan terkini . Selain itu
, penduduk juga mestilah menonton televisyen dan mengambil input berkaitan tentang pihak
SADA . Melalui dari itu , penduduk akan mengetahui perkembangan piha SADA dari masa ke
masa .

Akhir sekali , langkah yang kelima untuk mengatasi masalah bekalan air ialah menyediakan
takungan air yang besar . seramai 28 orang(93.33%) bersetuju manakala 2 orang(6.67%) tidak
pasti mengenai penyataan ini . Selalunya , pihak perumahan akan menyediakan takungan air
yang mempunyai liter yang sedikit sahaja . Penduduk mestilah menukarkan tangki air yang
besar agar dapat menyimpan air yang banyak . Kebaikkannya , apabila mempunyai masalah
berkaitan air , penduduk dapat menggunakan air seperti sediakala , tetapi penduduk mestilah
menggunakan air tersebut dengan berjimat-cermat agar air dapat digunakan sewaktu
berlakunya masalah bekalan air .
Ada penduduk yang membeli pam air sebagai langkah untuk mengatasi masalah itu . Namun ,
usahanya tidak membuahkan hasil kerana tidak dapat mengepam air disebabkan potensi
pengaliran air yang begitu rendah . Kesannya daripada menggunakan pam air juga akan
menyebabkan air perlahan kepada penduduk lain . Banyak aktivi harian penduduk terganggu
disebabkan sumber bekalan air menjadi terhad .
5.0 KESIMPULAN

Air merupakan keperluan asas kita yang memainkan pelbagai peranan yang penting dalam
kehidupan seharian. Menurut Majlis Air Sedunia, permintaan terhadap air akan berlipat kali
ganda dalam tempoh 20 tahun. Pada tahun 1950, hanya 12 negara dengan jumlah penduduk
seramai 20 juta orang mengalami masalah kekurangan air tetapi dijangka pada tahun 2050,
sebanyak 65 buah negara akan terbabit, melibatkan seramai 7 billion orang.

Malaysia yang kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan
rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun,
akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan
masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai
yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi
air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.

Selain itu, faktor semulajadi seperti kenaikan suhu juga turut mempengaruhi masalah gangguan
air ini. Tambahan pula dengan masalah sampingan seperti paip bocor atau pecah juga
menyebabkan masalah air.

Namun begitu, masalah ini terus dibaikan begitu sahaja. Pelbagai insiatif perlu
dilakukan bagi mengatasi masalah ini dari berulang dan melakukan penambaikan dari semasa
ke semasa. Sepertimana yang telah dihuraikan dengan panjang lebar sebentar tadi, beberapa
langkah- langkah boleh dilakukan antaranya ialah memperbanyakkan pembinaan loji rawatan
air mentah, mendidik masyarakat menjaga alam sekitar, membuat pindaan peraturan, teknologi
rawatan air mentah, mengamalkan penjimatan dalam penggunaan air, menyimpan tangki
sendirian di setiap rumah dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, manusialah yang bertanggungjawab untuk menguruskan


penggunaannya dengan baik. Semua pihak, terutama masyarakat perlu menyahut seruan
kerajaan agar menjimatkan penggunaan air. Sikap menuding jari kepada orang lain tidak akan
membawa apa-apa manfaat. Harapan negara kita untuk terus membekalkan bekalan air bersih
kepada rakyat memerlukan sokongan semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai