Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN KAJIAN FAKTOR TEKANAN KERJA DAN KEPUASAN KERJA DI

UNIT CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Polis Diraja Malaysia merupakan badan penguatkuasa utama negara (Mohamed Sazif &
Venugopal, 2011). Polis merupakan penjaga keamanan bagi masyarakat dan mereka
bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara keamanan serta ketenteraman awam
daripada ancaman-ancaman dalam negeri. Tanggungjawab itu bukan sahaja terhad kepada
menjaga ketenteraman yang berkaitan dengan manusia malahan juga melibatkan bencana
alam yang mana polis adalah agensi utama yang dikehendaki untuk bertindak balas (Salmah,
2009). Setiap dari mereka perlu memberi perkhidmatan yang cemerlang, adil, berani, tegas,
sabar, dedikasi dan sentiasa peka terhadap kehendak-kehendak masyarakat.
Dalam organisasi kepolisan, terdapat hasil dari kaji selidik Jabatan Kesihatan
Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) 2007 hingga 2009
mendapati 53.7% daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan
dipercayai mengalami tekanan di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di
kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain iaitu bomba (47.3%), guru (45.8%),
jururawat (42.3%) dan doktor (40.7%). Sehubungan dengan itu, bertepatan dengan tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan
kerja dalam kalangan anggota polis (Utusan Malaysia, 15 September 2013).
Selain itu, salah satu perkara penting yang tidak harus diabaikan dalam memacu
kejayaan sesebuah organisasi adalah kepuasan kerja. Ia berkait di antara hubungan
persekitaran kerja yang baik dengan keperluan kerja individu bagi memenuhi keperluan
yang akan mempengaruhi kepuasannya terhadap organisasi (Graham, 2012; Abi & Jijo,
2012; Ghoreishi et al., 2014; Moradi et al., 2012; Mohd Bokti & Abu Talib, 2010; Jusoh
& Mhamat Nasudin, 2013).
Oleh itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pengaruh sumber tekanan
pekerjaan ke atas kepuasan kerja di kalangan polis. Dapatan ini diharapkan boleh dijadikan
garis panduan dalam merangka strategi pencegahan dan pengurusan stres di kalangan polis
mengikut status pekerja
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
 Mengenal pasti faktor paling dominan yang mempengaruhi tekanan kerja dalam
kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.
 Mengenal pasti hubungan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan
anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.
 Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan umur dalam kalangan
anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.
 Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan
dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.
 Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan status perkahwinan dalam
kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.
 Mengenal pasti perbezaan antara kepuasan kerja berdasarkan umur dalam kalangan
anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.
 Mengenal pasti perbezaan antara kepuasan kerja berdasarkan tempoh pekerjaan dalam
kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.
 Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan status perkahwinan dalam
kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.

2.0 METODOLOGI

2.1 Populasi, Sampel dan Lokasi Kajian

Populasi kajian ini hanya tertumpu dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas,
PDRM Bukit Aman. Responden terdiri daripada 45 orang anggota tidak kira peringkat usia
mahupun jantina dan masih berkhidmat di unit cawangan khas yang telah dipilih secara
rawak. Pemilihan lokasi kajian ini dibuat adalah berdasarkan kawasan yang ingin dikaji
memenuhi segala tuntutan keperluan dan kehendak kajian.
2.2 Alat Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, satu set borang soal selidik diedarkan bagi mendapatkan
maklum balas dari responden. Soal selidik ini terdiri daripada Occupational Stress Indicator
(OSI) dan Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ)
Alat kajian Occupational Stress Indicator (OSI) telah diterjemahkan ke dalam versi
Melayu oleh Mohanunad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok dan Sapora
Sipon (2000) mengikut prosedur back translation yang dicadangkan oleh Brislin (1973).
Item-item ini digunakan bagi mengukur tekanan kerja dan punca-punca tekanan dalam
pekerjaan serta faktor-faktor yang berhubungan dengan tekanan kerja. Alat ujian OSI ini
mempunyai enam skala yang terdiri daripada Skala Tekanan Kerja (61 Item), Tingkah laku
Jenis A (14 Item), Lokus Kawalan (12 Item), Strategi Daya Tindak (28 Item), Kepuasan
Kerja (22 Item) dan Tahap Kesihatan Pekerja (30 Item). Walau bagaimanapun, pengkaji
memilih 1 skala sahaja iaitu Skala Tekanan Kerja yang mengandungi 6 sub skala iaitu
halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya
dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan. Kesemua
item adalah berbentuk positif dan respon kepada semua berdasarkan skala likert 6 poin..
Alat ujian Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) merupakan alat ujian yang
digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Alat ujian ini telah dibentuk oleh Weiss,
Dawis, England & Lofquit (1967) dan telah dialih ke bahasa Melayu oleh Duin (2001) bagi
memudahkan subjek yang dipilih dapat memahami dan mengelakkan sebarang masalah
semasa menjawab soalan. Kepuasan kerja yang diukur mengandungi 20 item yang
mengandungi beberapa faktor seperti upah, kenaikan pangkat, kerja, penyeliaan, rakan
sekerja dan suasana kerja. Semua faktor ini adalah penting bagi menentukan tahap kepuasan
kerja.

3.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


3.1 Kebolehpercayaan Alat Ujian

Kebolehpercayaan alat ujian dinilai berdasarkan nilai alfa Cronbach. Nilai kebolehpercayaan
alfa Cronbach bagi OSI adalah .886. Manakala, bagi alat ujian yang mengukur kepuasan
kerja (MSQ) pula adalah .836. Menurut Kaplan dan Sacuzzo (1993), nilai kebolehpercayaan
yang diterima bagi kedua-dua alat ujian ini boleh dianggap baik kerana melebihi 0.70.
3.2 Keputusan Deskriptif
3.2.1 Jantina

Jadual 3.1: Taburan kekerapan responden mengikut jantina


JANTINA N %
LELAKI 39 86.7
PEREMPUAN 17 13.3

Rajah 3.1: Taburan kekerapan responden mengikut jantina


100.00%

90.00%

80.00%

70.00%

60.00%

50.00%
86.70%
40.00%

30.00%

20.00%

10.00%
13.30%
0.00%
Lelaki Perempuan

Jadual 3.1 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut jantina. Seramai
39 orang (86.7 %) terdiri daripada anggota polis lelaki dan 17 orang (13.3 %) adalah terdiri
daripada anggota polis perempuan.

3.2.2 Umur

Jadual 3.2: Taburan kekerapan responden mengikut umur


UMUR N %
20 – 25 TAHUN 1 2.2
26 – 35 TAHUN 27 60.0
35 – 45 TAHUN 13 28.9
46 TAHUN KE ATAS 4 8.9
Rajah 3.2: Taburan kekerapan responden mengikut umur
70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00% 60.00%

20.00%

10.00%
13%
2.20% 4%
0.00%
20-25 tahun 26-35 tahun 35-45 tahun 46 tahun ke atas

Jadual 3.2 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut umur. Hanya
seorang anggota polis yang berumur antara 20 – 25 tahun (2.2 %). Seramai 27 orang anggota
polis yang berumur antara 26 – 35 tahun (60.0%). Seterusnya, seramai 13 orang anggota polis
berumur antara 35 – 45 tahun (28.9), seramai 4 orang anggota polis yang berumur 46 tahun
ke atas (8.9%)

3.2.3 Status Perkahwinan

Jadual 3.3: Taburan kekerapan responden mengikut status perkahwinan


STATUS N %
BUJANG 17 37.8
BERKAHWIN 28 62.2

Rajah 3.3: Taburan kekerapan responden mengikut status perkahwinan


40.00%

35.00%

30.00%

25.00%

20.00%
37.80%

15.00%

10.00%
13.30%
5.00%

0.00%
Bujang Berkahwin

Jadual 3.3 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut status


perkahwinan. Seramai 17 orang anggota polis (37.8 %) adalah masih bujang dan 28 orang
anggota polis (62.2 %) telah berkahwin.

3.2.4 Tempoh Perkhidmatan

Jadual 5.4: Taburan kekerapan responden mengikut tempoh perkhidmatan


TEMPOH BERKHIDMAT N %
5 TAHUN KE BAWAH 16 35.6
6 – 10 TAHUN 12 26.7
10 TAHUN KE ATAS 17 37.8
Rajah 3.4: Taburan kekerapan responden mengikut tempoh perkhidmatan
40.00%

35.00%

30.00%

25.00%

20.00%
38%
33.60%
15.00%
26.70%
10.00%

5.00%

0.00%
5 tahun ke bawah 6-10 tahun 10 tahun ke atas

Jadual 3.4 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut tempoh


perkhidmatan. Seramai 16 orang anggota polis telah berkhidmat selama lima tahun ke bawah
(35.7 %). Seramai 12 orang anggota polis yang telah berkhidmat antara tempoh 6 – 10 tahun
(26.7%). Seterusnya, seramai 17 orang anggota polis yang telah berkhidmat lebih darpada 10
tahun (37.8%).

Objektif 1: Mengenal pasti faktor paling dominan yang mempengaruhi tekanan kerja
dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.

Jadual 3.5: Faktor Tekanan Kerja yang Dominan

Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai

Struktur Iklim dan Organisasi 37.09 10.74


Faktor Instrinsik dalam Pekerjaan 40.42 12.34
Peranan Pengurusan 35.60 11.57
Halangan Kerja Rumah dan Kerja 32.13 10.58
Hubungan di Tempat Kerja 31.65 9.56
Kerjaya dan Pencapaian 31.38 9.81
Rajah 3.5: Faktor Tekanan Kerja yang Dominan

50
45
40
35
30
25
20 40.42
37.09 35.60
15 32.13 31.65 31.83

10
5
0
Struktur Iklim Faktor Instrinsik Peranan Halangan Kerja Hubungan di Kerjaya dan
dan Organisasi dalam Pengurusan Rumah dan Tempat Kerja Pencapaian
Pekerjaan Kerja

Berdasarkan jadual 3.5, faktor Instrinsik dalam pekerjaan mencatatkan nilai min yang
tertinggi berbanding faktor-faktor tekanan kerja yang lain iaitu sebanyak 40.42. Hal ini
menunjukkan bahawa polis mengalami tekanan akibat daripada keadaan tempat kerja yang
tidak sesuai dan tidak selesa, jumlah waktu kerja yang panjang, kerja yang berisiko dan
bahaya,atau bebanan kerja yang terlalu banyak.

Seterusnya, faktor kedua yang dominan iaitu struktur iklim dan organisasi dengan
nilai min 37.09. Hal ini menunjukkan bahawa suasana kerja dan keadaan organisasi
menyumbang tekanan kepada anggota polis. Organisasi polis merupakan organisasi yang
lebih berstruktur birokrasi dan bersifat separa tentera dalam penguatkuasaan undang-undang
(Patterson, 2009). Oleh itu, suasana kerjanya adalah sangat mementingkan disiplin dan tegas
dalam menangani semua hal yang berlaku.
Faktor tekanan dominan yang ketiga iaitu peranan pengurusan. Stres timbul akibat
kekaburan peranan yang merujuk kepada pekerja kabur terhadap skop dan tanggungjawab
dalam tugas yang diberikan kepadanya. Keempat, halangan kerja rumah dan kerja. stres
timbul akibat daripada berlakunya pertindihan tanggungjawab di tempat kerja dan
tanggungjawab di rumah. Kelima, hubungan di tempat kerja, stres timbul kerana bermasalah
dalam menjalin hubungan baik dengan rakan sekerja, pihak atasan atau orang bawah.
Manakala, faktor kerjaya dan pencapaian mencatatkan nilai min yang paling rendah.
Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian dalam kerjaya seperti kenaikan pangkat tidak
memberikan tekanan yang besar kepada para anggota polis. Kenaikan pangkat bermaksud
peningkatan jawatan dan pertambahan beban tugasan. Keadaan ini menyebabkan anggota
polis lebih selesa menjawat jawatan yang disandang tanpa memikirkan mengenai kerjaya dan
pencapaian mereka.

Objektif 2: Mengenal pasti hubungan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam
kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.

Jadual 3.6:

Pemboleh ubah Kepuasan Kerja


Kesunyian Korelasi Pearson -.153
Sig .315
k > .05

Keputusan analisis menunjukkan nilai pekali korelasi adalah .153 (r = .153) dan nilai
kebarangkalian adalah .315 yang diuji pada aras keyakinan .05. Nilai kebarangkalian ini
didapati lebih besar dari aras keyakinan (k > .01). Dengan ini menunjukkan bahawa tekanan
kerja tidak mempunyai hubungan dalam kalangan anggota polis di unit cawangan khas,
PDRM Bukit Aman. Maka, objektif ini ditolak.

Objektif 3: Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan umur dalam
kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.

Jadual 3.7:

Tekanan Kerja JKD dk MKD F Sig


Antara Kumpulan 2151.90 3 717.30 .262 .852
Dalam Kumpulan 112234.90 41 2737.44
k > .05
Berdasarkan keputusan di atas, didapati nilai F yang diperoleh ialah .262 dengan darjah
kebebasan antara kumpulan (dkA) sebanyak 3, darjah kebebasan dalam kumpulan (dkD)
adalah 41 serta nilai kebarangkaliannya ialah .852 yang diuji pada aras keyakinan .05.
Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tekanan kerja anggota polis
berdasarkan umur kerana nilai kebarangkaliannya adalah lebih besar daripada aras
keyakinan .05 (F(3, 41) = .262, k > .05). Objektif ketiga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan tekanan kerja anggota polis di unit cawangan khas PDRM, Bukit Aman
berdasarkan umur.

Objektif 4: Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan tempoh


perkhidmatan dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit
Aman.

Jadul 3.8:

Tekanan Kerja JKD dk MKD F Sig


Antara Kumpulan 862.64 2 431.32 .160 .853
Dalam Kumpulan 113524.16 42 2702.96
k > .05

Berdasarkan keputusan di atas, didapati nilai F yang diperoleh ialah .160 dengan darjah
kebebasan antara kumpulan (dkA) sebanyak 2, darjah kebebasan dalam kumpulan (dkD)
adalah 42 serta nilai kebarangkaliannya ialah .160 yang diuji pada aras keyakinan .05.
Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tekanan kerja anggota polis
berdasarkan tempoh perkhidmatan kerana nilai kebarangkaliannya adalah lebih besar
daripada aras keyakinan .05 (F(2, 43) = .160, k > .05). Ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan tekanan kerja anggota polis di unit cawangan khas PDRM, Bukit Aman
berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Dapatan ini bermakna tempoh perkhidmatan bukan salah satu faktor tekanan kerja
dalam kalangan anggota polis. Tidak kiralah sama ada pendek atau panjangnya tempoh
perkhidmatan anggota polis dalam bidang kepolisan, keadaan ini langsung tidak memberi
kesan kepada tekanan anggota polis. Hasil kajian menunjukkan bahawa bidang tugas yang
dilakukan oleh anggota polis di unit cawangan khas, Bukit Aman adalah hampir sama. Bagi
pekerja yang telah lama berkhidmat kemungkinan wujud konflik dalaman seperti
kebosanan, gaji dan bidang tugas yang sama. Manakala sebagai anggota yang baru akan
menghadapi masalah seperti peranan dalam organisasi dan penyesuaian diri proses
sosialisasi di tempat kerja. Anggota polis yang masih baru, biasanya kurang mendapat
gambaran tentang pekerjaan baru dan bidang tugas yang diberikan (Portal PDRM, 2013).

Objektif 5: Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan status


perkahwinan dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit
Aman.

Jadual 3.9:

N Min t dk sig
Bujang 17 187.42 -2.233 43 .031
Berkahwin 28 220.93
k < .05

Keputusan menunjukkan tekanan kerja bagi anggota yang telah berkahwin adalah lebih tinggi
dengan nilai min 220.93 berbanding dengan anggota polis yang bujang dengan nilai min
187.42. Keputusan analisis mendapati nilai ujian-t adalah 2.233 dengan nilai signifikan
adalah .031 yang diuji pada aras signifikan .05. Nilai kebarangkalian adalah lebih kecil
daripada aras keyakinan (k <.05). Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara tekanan kerja berdasarkan status perkahwinan (t (43) = 2.233, k < .05)
Keadaan ini adalah disebabkan anggota sudah berkahwin lebih mengalami tekanan
berbanding anggota yang belum berkahwin. Perkara ini berlaku kerana anggota yang sudah
berkahwin bukan sahaja perlu memenuhi tuntutan tugas dalam pekerjaan mereka bahkan
mereka mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan urusan hal rumah tangga masing-
masing manakala anggota yang belum berkahwin kurang mengalami tekanan dalam
pekerjaan kerana mereka tidak menggalas tanggungjawab dalam keluarga sebagaimana
anggota yang sudah berumah tangga (Arjunaidi, 1997; Patterson, 2009).
Objektif 6: Mengenal pasti perbezaan antara kepuasan kerja berdasarkan umur
dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.

Jadual 3.10:

Tekanan Kerja JKD dk MKD F Sig


Antara Kumpulan 486.21 3 162.07 1.375 .264
Dalam Kumpulan 4832.59 41 117.87
k > .05

Berdasarkan keputusan di atas, didapati nilai F yang diperoleh ialah .264 dengan darjah
kebebasan antara kumpulan (dkA) sebanyak 3, darjah kebebasan dalam kumpulan (dkD)
adalah 41 serta nilai kebarangkaliannya ialah .852 yang diuji pada aras keyakinan .05.
Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja anggota polis
berdasarkan umur kerana nilai kebarangkaliannya adalah lebih besar daripada aras
keyakinan .05 (F(3, 41) = .264, k > .05). Objektif keenam menunjukkan tidak terdapat
perbezaan kepuasan kerja anggota polis di unit cawangan khas PDRM, Bukit Aman
berdasarkan umur.

Objektif 7: Mengenal pasti perbezaan antara kepuasan kerja berdasarkan tempoh


perkhidmatan dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit
Aman.

Jadual 3.11:

Tekanan Kerja JKD Dk MKD F Sig


Antara Kumpulan 161.58 2 80.79 .658 .523
Dalam Kumpulan 5157.22 42 122.79
k > .05

Berdasarkan keputusan di atas, didapati nilai F yang diperoleh ialah .658 dengan darjah
kebebasan antara kumpulan (dkA) sebanyak 2, darjah kebebasan dalam kumpulan (dkD)
adalah 42 serta nilai kebarangkaliannya ialah .160 yang diuji pada aras keyakinan .05.
Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja anggota polis
berdasarkan tempoh pekerjaan kerana nilai kebarangkaliannya adalah lebih besar daripada
aras keyakinan .05 (F(2, 43) = .658, k > .05). Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan
kepuasan kerja anggota polis di unit cawangan khas PDRM, Bukit Aman berdasarkan
tempoh perkhidmatan.

Objektif 8: Mengenal pasti perbezaan antara tekanan kerja berdasarkan status


perkahwinan dalam kalangan anggota polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit
Aman.

Jadual 3.12:

N Min t Dk sig
Bujang 17 69.06 .161 43 .873
Berkahwin 28 69.61
k > .05

Keputusan menunjukkan tekanan kerja bagi anggota yang telah berkahwin menunjukkan nilai
min 69.06 dan anggota polis yang bujang menunjukkan nilai min 69.61. Keputusan analisis
mendapati nilai ujian-t adalah .161 dengan nilai signifikan adalah .873 yang diuji pada aras
signifikan .05. Nilai kebarangkalian adalah lebih besar daripada aras keyakinan (k >.05) ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja
berdasarkan status perkahwinan (t (43) = .161, k > .05).

4.0 KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor tekanan kerja dan tahap kepuasan kerja
dalam kalangan anggota Polis di Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman. Di samping itu,
kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor tekanan kerja yang paling dominan. Dapatan
kajian yang diperolehi menunjukkan faktor tekanan kerja yang dominan dalam kalangan
anggota polis di Unit Cawangan Khas, Bukit Aman ialah disebabkan faktor instrinsik seperti
keadaan tempat kerja yang tidak sesuai dan tidak selesa, jumlah waktu kerja yang panjang,
kerja yang berisiko dan bahaya,atau bebanan kerja yang terlalu banyak.
Selain itu, dapatan kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara
tekanan kerja dan kepuasan kerja. Kajian ini juga membuktikan perbezaan faktor demografi
umur dan tempoh perkhidmatan tidak mempengaruhi tahap tekanan Manakala bagi faktor
demografi status perkahwinan pula menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap tekanan
Seterusnya, hasil kajian juga menunjukkan perbezaan faktor demografi umur, tempoh
perkhidmatan dan status perkahwinan tidak memberi pengaruh kepada kepuasan kerja.

Akhir sekali, pengkaji berharap keputusan kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan
oleh pihak pengurusan Unit Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman bagi membolehkan
organisasi mengimplimentasikan dalam perancangan dan pelaksanaan program, modul dan
latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap kepuasan kerja dan kecerdasan emosi
individu secara keseluruhan. Dengan itu, matlamat organisasi dapat dicapai dengan jayanya.
5.0 RUJUKAN

Ghoreishi F S, Zahirrodine A R, Assarian F, Moosavi S G A, & Mehrizi M Z Z (2014).


Evaluation of emotional intelligence and job satisfaction in employees of kashan
hospitals. Nursing and midwifery studies, 3(1), 1-6.

Graham A Y (2012). A survey of job satisfaction of senior staff of The University of Cape
Coast. Prime Journal of Social Science, 1(2), 11-28.

Jusoh R, & Mhamat Nasudin N N (2013). Relationship between emotional quotient and the
level of job satisfaction among secondary school teachers. International Journal of
Science Commerce and Humanities, 1(7), 70-79.

Kesihatan Mental Anggota PDRM Dipertingkat. (15 September 2013). Utusan Malaysia.

Mohd Bokti N L, & Abu Talib M (2010). Tekanan kerja, motivasi dan kepuasan kerja
Tentera Laut Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 15, 46-62.

Mohamed Sazif Mohamed Subri. (2011). The Stress Effect Towards PDRM Personnel: A
Case Study on Health Problems and Job Satisfaction in Kedah. Masters Diss:
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai