Anda di halaman 1dari 21

020313-14-1110

5.1 DAPATAN KAJIAN

5.2 Analisis Demografi Responden

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan maklum balas


responden terhadap borang soal selidik yang diberikan berkaitan dengan kesetiaan
pelanggan memilih pasar mini 99 Speedmart sebagai pusat membeli-belah dalam
kalangan penduduk Bandar Damai Perdana,Cheras Kuala Lumpur.

5.2.1 Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Bilangan Responden (orang) Peratus (%)

Perempuan 19 63.33

Lelaki 11 36.67

Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2021

JANTINA

36.67%
63.33%

LelakiPerempuan

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber : Kajian Lapangan 2021

Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan pecahan responden jantina. Berdasarkan


Jadual 1, bilangan responden perempuan adalah seramai 19 orang iaitu bersamaan
dengan 63.33% yang ditunjuk pada Rajah 1. Manakala bilangan responden lelaki juga
seramai 11 orang iaitu 36.67%. Bilangan responden perempuan lebih banyak daripada
lelaki kerana pengkaji tidak mahu bias pada satu jantina sahaja.

1
5.2.2 Demografi Responden Berdasarkan Umur

Jadual 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur

Umur Bilangan Responden (orang) Peratus (%)

15-25 tahun 19 63.33

26-36 tahun 7 23.33

37-47 tahun 3 10.00

48-58 tahun 1 3.33

59 tahun ke atas 0 0

Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2021

UMUR 3.33%
10.00%

23.33%
63.33%

15-25tahun26-36tahun37-47 tahun48-58tahun59tahun ke atas

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur


Sumber : Kajian Lapangan 2021

Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan pecahan responden umur. Berdasarkan


Jadual 2, bilangan responden berumur 15-25 tahun adalah seramai 19 orang iaitu
bersamaan dengan 63.33% yang ditunjuk pada Rajah 2. Manakala bilangan responden
berumur 26-36 tahun adalah seramai 7 orang iaitu 23.33%. Selain itu, bilangan
responden berumur 37-47 tahun adalah 3 orang iaitu 10.00%. Di samping itu,
bilangan responden berumur 48-58 tahun adalah 1 orang iaitu bersamaan 3.33%.
Akhir sekali, bilangan
responden berumur 59 tahun ke atas adalah 0 orang iaitu 0.00% .Hal ini demikian
kerana kedai ini berhampiran dengan pusat tuisyen.

5.2.3 Demografi Responden Berdasarkan Kaum

Jadual 3 : Demografi Responden Berdasarkan Kaum

Kaum Bilangan Responden (orang) Peratus (%)

Melayu 12 40.00

India 3 10.00

Cina 14 46.67

Lain-lain 1 3.33

Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2021

KAUM
3.33%

40.00%
46.67%

10.00%

MelayuIndiaCinaLain-lain

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Kaum


Sumber : Kajian Lapangan 2021

Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan pecahan responden kaum. Berdasarkan


Jadual 3, bilangan responden kaum Melayu adalah seramai 12 orang iaitu bersamaan
dengan 40.00%. Manakala bilangan responden kaum India seramai 3 orang iaitu
10.00%. Selain itu, bilangan responden kaum Cina adalah 14 orang iaitu 46.67%.
Akhir sekali, bilangan responden bagi lain-lain adalah 1 orang iaitu bersamaan
dengan 3.33%. Hal
ini demikian kerana kawasan perumahan di lokasi kajian terdiri daripada majoritinya
kaum Cina.

5.2.4 Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan

Jadual 4 : Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan

Pendapatan Bilangan Responden (orang) Peratus (%)


RM2000 ke bawah 11 36.67
RM2001-RM3000 1 3.33
RM3001-RM4000 7 23.33
RM4001-RM5000 9 30.00
RM6000 ke atas 2 6.67
Jumlah 30 100
Sumber : Kajian lapangan 2021

PENDAPATAN 6.67%

36.67%
30.00%

23.33%
3.33%

RM2000 ke bawah RM2001-RM3000 RM3001-RM4000


RM4001-RM5000 RM6000 ke atas

Rajah 4 : Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan


Sumber : Kajian Lapangan 2021

Jadual 4 dan Rajah 4 menunjukkan pecahan responden pendapatan.


Berdasarkan Jadual 4, bilangan responden bagi pendapatan RM2000 ke bawah adalah
seramai 11 orang iaitu bersamaan dengan 36.67%. Manakala bilangan responden bagi
pendapatan RM2001-RM3000 adalah seramai 1 orang iaitu 3.33%. Selain itu,
bilangan responden bagi pendapatan RM3001-RM4000 adalah 7 orang iaitu 23.33%.
Di samping itu, bilangan responden bagi pendapatan RM4001-RM5000 adalah 9
orang iaitu bersamaan
30.00%. Seterusnya, bilangan responden bagi pendapatan RM6000 ke atas adalah
seramai 2 orang iaitu 6.67%. Hal ini demikian kerana penduduk lokasi kajian ini
terdiri daripada golongan pendapatan B40.

5.2.5 Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Jadual 5 : Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Pekerjaan Bilangan Responden (orang) Peratus (%)

Pelajar 15 50.00

Pekerja awam 5 16.67

Pekerja swasta 6 20.00

Bekerja sendiri 4 13.33

Jumlah 30 100

Sumber : Kajian lapangan 2021

PEKERJAAN

13.33%

20% 50%

16.67%

PelajarPekerja awamPekerja swastaBekerja sendiri

Rajah 5 : Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan


Sumber : Kajian Lapangan 2021

Jadual 5 dan Rajah 5 menunjukkan pecahan responden pekerjaan. Berdasarkan


Jadual 5, bilangan responden bagi pelajar adalah seramai 15 orang iaitu bersamaan
dengan 50.00%. Manakala bilangan responden bagi pekerja awam adalah seramai 5
orang iaitu 16.67%. Selain itu, bilangan responden bagi pekerja swasta adalah 6 orang
iaitu 20.00%. Di samping itu, bilangan responden bagi bekerja sendiri adalah 4 orang
iaitu bersamaan 13.33%. Hal ini demikian pengkaji mudah mendapatkan responden
dalam kalangan pelajar.

5.2.6 Kekerapan mengunjungi kedai 99 Speedmart dalam sebulan


berdasarkan pekerjaan

Jadual 6 : Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Kekerapan mengunjungi kedai Bilangan Responden (orang) Peratus (%)


99 Speedmart dalam sebulan

1-4 kali 14 46.67

5-8 kali 13 43.33

9-12 kali 3 10.00

13-16 kali 0 0.00

17 kali ke atas 0 0.00

Jumlah 30 100
Sumber : Kajian lapangan 2021

KEKERAPAN MENGUNJUNGI KEDAI 99 SPEEDMART DALAM SEBULAN BERDASARKAN PEKERJAAN


10.00%

46.67%
43.33%

1-4 kali5-8 kali9-12 kali13-16 kali17 kali ke atas

Rajah 6 : Demografi Responden Berdasarkan Kekerapan Mengunjungi Kedai 99


Speedmart Dalam Sebulan Berdasarkan Pekerjaan

Sumber : Kajian Lapangan 2021


Jadual 6 dan Rajah 6 menunjukkan pecahan responden kekerapan mengunjungi
kedai 99 speedmart dalam sebulan berdasarkan pekerjaan. Berdasarkan Jadual 6,
bilangan responden bagi kekerapan 1-4 kali adalah seramai 14 orang iaitu bersamaan
dengan 46.67%. Manakala bilangan responden bagi kekerapan 5-8 kali adalah seramai
13 orang iaitu 43.33%. Selain itu, bilangan responden bagi kekerapan 8-12 kali adalah
3 orang iaitu 10.00%. Di samping itu, bagi kekerapan 13-16 kali dan 17 kali ke atas
adalah 0 orang iaitu bersamaan 0.00%. Hal ini demikian kerana kedai ini berhampiran
dengan rumah penduduk dan menjual barang keperluan harian pengguna.
5.3 Mengenal pasti jenis-jenis produk di pasar mini 99 Speedmart menjadi
pilihan pelanggan dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana
Cheras Kuala Lumpur.
5.3.1 Jenis-jenis produk di pasar mini 99 Speedmart menjadi pilihan
pelanggan dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana
Cheras Kuala Lumpur.
Jadual 7 : Jenis-jenis produk di pasar mini 99 Speedmart

Ya Tidak

Skala
Bilangan Bilangan
responden Peratus (%) Responden Peratus (%)
(orang) (orang)
Soalan

Saya suka membeli makanan ringan 23 76.67 7 23.33

Saya suka membeli barangan runcit 29 96.67 1 3.33

Saya suka membeli pampers 26 86.67 4 13.33

Saya suka membeli minuman berkabonat 20 66.67 10 33.33

Saya suka membeli barang mandian 24 80.00 6 20.00

Saya suka membeli barang pencuci baju dan


12 40.00 18 60.00
pinggan mangkuk

Saya suka membeli barang peralatan


11 36.67 19 63.33
rumah seperti penyapu

Saya suka membeli tisu 27 90.00 3 10.0

Saya suka membeli makanan sejuk beku 26 86.67 4 13.33

Saya suka membeli barang kesihatan 25 83.33 5 16.67

Sumber : Kajian Lapangan 2021


JENIS-JENIS PRODUK DI PASAR MINI 99 SPEEDMART
100
3.33
10.00
13.33 13.33
16.67
90 20.00
23.33
33.33
80

70 60.00
63.33
Peratusan Responden(%)

60

50
96.67
90.00
86.67 86.67
40 83.33
76.67 80.00

66.67
30

20 40.00
36.67

10

Ya Tidak

Rajah 7 : Jenis produk di pasar mini 99 Speedmart

Sumber : Kajian Lapangan 2021


Jadual 7 dan Rajah 7 menunjukkan jenis produk di pasar mini 99 Speedmart
menjadi pilihan pelanggan dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana.

Soalan pertama adalah berkaitan dengan saya suka memebeli makanan ringan.
Seramai 23 orang responden yang mengatakan ya terhadap soalan ini iaitu bersamaan
dengan 76.67%. Manakala 7 orang responden mengatakan tidak terhadap suka
membeli makanan ringan iaitu bersamaan dengan 23.33%. Hal ini demikian kerana
harga makanan ringan adalah lebih murah daripada kedai lain.

Selain itu, soalan yang kedua ialah saya suka membeli barangan runcit.Bilangan
responden yang mengatakan ya terhadap soalan ini adalah seramai 29 orang iaitu
bersamaan dengan 96.67%. Walaubagaimanapun, terdapat 1 orang responden yang
mengatakan tidak bagi soalan iaitu bersamaan dengan 3.33%. Hal ini demikian kerana
kualiti barangan runcit dalam pasar mini 99 Speedmart adalah baik.

Di samping itu, soalan yang ketiga ialah saya suka membeli pampers. Terdapat
26 orang responden yang mengatakan ya bagi soalan ini iaitu bersamaan dengan
86.67%. Namun begitu, 4 orang responden sahaja yang mengatakan tidak terhadap
soalan ini, iaitu bersamaan dengan 13.33%. Hal ini demikian kerana berlaku
peningkatan bayi dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana.

Seterusnya, soalan yang keempat adalah saya suka membeli minuman


berkabonat. Seramai 20 orang responden mengatakan ya terhadap soalan ini iaitu
bersamaan dengan 66.67%. Manakala seramai 10 orang responden yang menyatakan
tidak kepada soalan ini iaitu bersamaan dengan 33.33%. Hal ini demikian kerana
pemuda dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana suka minum minuman
berkaborat.

Soalan yang kelima saya suka membeli barang mandian. Seramai 24 orang
bilangan responden yang mengatakan ya terhadap soalan ini iaitu bersamaan dengan
80.00%. Walaubagaimanapun, terdapat seramai 6 orang responden yang bertentangan
pendapat terhadap soalan ini iaitu bersamaan dengan 20.00%. Hal ini demikian kerana
barang mandian adalah barang keperluan untuk pendudukn Bandar Damai Perdana.
Saya suka membeli barang pencuci baju dan pinggan mangkuk adalah salah
satu soalan kepada jenis barang di pasar mini 99 Spedmart. Terdapat seramai 12 orang
responden yang mengatakan ya terhadap soalan ini iaitu bersamaan dengan 40.00%.
Namun begitu, seramai 18 orang responden yang mengatakan tidak dengan soalan ini
iaitu bersamaan dengan 60.00%.

Soalan yang selanjutnya adalah saya suka membeli barang peralatan rumah
seperti penyapu. 11 daripada 30 orang responden mengatakan ya terhadap soalan ini
iaitu bersamaan dengan 36.67%. Manakala selebihnya iaitu 19 orang responden
mengatakan tidak bagi soalan ini iaitu bersamaan dengan 63.33%. Hal ini demikian
kerana penduduk Bandar Damai Perdana lebih suka menggunakan produk elektronik
untuk membersihkan rumah berbanding dengan penyapu.

Saya suka membeli tisu juga adalah salah satu soalan kepada jenis barang di
pasar mini 99 Speedmart. Seramai 27 orang bilangan responden mengatakan ya
terhadap soalan ini iaitu bersamaan dengan 90.00%. Manakala seramai 3 orang
responden mempunyai pendapat yang berlainan iaitu bersamaan dengan 10.00%.

Soalan yang berikutnya adalah saya suka membeli makanan sejuk beku.
Terdapat 26 orang responden mengatakan ya bagi soalan ini iaitu bersamaan dengan
86.67%. Sementara itu, hanya 4 orang responden sahaja yang mengatakan tidak
terhadap soalam ini iaitu bersamaan dengan 13.33%. Hal ini demikian kerana
makanan sejuk beku boleh tahan lama.

Akhir sekali, soalan yang mendorong kalangan penduduk dalam Bandar


Damai Perdana memilih pasar mini 99 Speedmart ialah saya suka membeli barang
kesihatan. Seramai 25 orang responden mengatakan ya terhadap soalan ini iaitu
bersamaan dengan 83.33%. Manakala hanya ada 5 orang responden sahaja yang
mengatakan tidak bagi soalan ini iaitu bersamaan dengan 16.67%. Hal ini demikian
kerana penduduk Bandar Damai Perdana mementingkan kesihatan diri dan
keluarganya.
5.4 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap
pasar mini 99 Speedmart dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana
Cheras Kuala Lumpur.
5.4.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pasar
mini 99 Speedmart dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana
Cheras Kuala Lumpur.

Jadual 8 : Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pasar mini


99 Speedmart

Sangat tidak
Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju
Skala
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
Soalan
(org) (%) (org) (%) (org) (%) (org) (%) (org) (%)

Lokasi kedai yang


berdekatan dengan 1 3.33 1 3.33 1 3.33 3 10.00 24 80.00
rumah pelanggan

Pelbagai pilihan produk


0 0 3 10.00 2 6.67 8 26.67 17 56.67
yang menarik

Harga murah dan


0 0 1 3.33 1 3.33 8 26.67 20 66.67
berpatutan

Terdapat banyak
cawangan kedai 0 0.00 1 3.33 1 3.33 5 16.67 23 76.67
99 Speedmart

Produk di rak tersusun


0 0.00 2 6.67 5 16.67 12 40.00 11 36.67
dan mudah untuk dicari

Pelbagai promosi
pengiklanan dan diskaun 0 0.00 3 10.00 6 20.00 13 43.33 8 26.67
yang menarik
Perkhidmatan
pembayaran barang 0 0.00 3 10.00 6 20.00 13 43.33 8 26.67
secara talian
Menyediakan pelbagai
jenis pembayaran bagi 0 0.00 2 6.67 5 16.67 12 40.00 11 36.67
perkhidmatan atas talian

Kualiti barang yang baik 0 0.00 2 6.67 2 6.67 10 33.33 16 53.33

Perkhidmatan
pembayaran barang 0 0.00 1 3.33 2 6.67 12 40.00 15 50.00
cepat dan cekap
Sumber : Kajian Lapangan 2021
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESETIAAN
PE10L0ANGGAN TERHADAP PASAR MINI 99
SPEEDMART

90
26.6726.67
36.67
80 36.67

50.00
56.67 53.33
70
66.67
76.67
Peratusan Responden(%)

60 80.00

43.3343.33
50

40.00 40.00
40
Sangat setuju
40.00
30 26.67 33. 33
Setuju

20 26.67 20.0020.00 Tidak pasti


10.00 16.6716.67
6.67 16.67
10 Tidak setuju
3.33 6.67
3.3310.003.33 3.33 6.67 6.67
3.33 3.33 3.33 10.0010.00 Sangat tidak
6.67 6.67
3.33 setuju
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Rajah 8 : Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pasar mini


99 Speedmart
Sumber : Kajian Lapangan 2021
Jadual 8 dan Rajah 8 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan
pelanggan terhadap pasar mini 99 Speedmart dalam kalangan penduduk Bandar Damai
Perdana.

Soalan pertama adalah berkaitan dengan lokasi kedai berdekatan dengan rumah
pelanggan. Hanya seorang responden yang sangat tidak setuju dan pendapat bagi tidak
setuju juga adalah seorang bagi faktor ini iaitu bersamaan dengan 3.33%. Manakala
seorang responden tidak pasti iaitu bersamaan dengan 3.33%. Sementara itu, sebanyak
3 orang responden setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan 10.00%.
Selebihnya, iaitu sebanyak 24 orang responden sangat setuju iaitu sebanyak 80.00%.
Hal ini demikian kerana lokasi yang berdekatan dapat memudahkan penduduk untuk
membeli barang dengan segera.

Selain itu,faktor yang kedua ialah pelbagai pilihan produk yang menarik. Tiada
responden yang sangat tidak setuju terhadap faktor ini iaitu bersamaan dengan 0.00%.
Manakala bagi pendapat tidak setuju pula hanya 3 orang sahaja iaitu bersamaan
dengan 10.00%. Tetapi, sebanyak 2 orang responden tidak pasti dengan faktor yang
dicadangkan ini iaitu sebanyak 6.67%. Namun begitu, seramai 8 orang responden
setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan 26.67%. Bakinya, sebanyak 17 orang
responden sangat setuju iaitu bersamaan dengan 56.67%. Hal ini demikian kerana
pilihan produk yang banyak dapat memenuhi cita rasa penduduk Bandar Damai
Perdana.

Di samping itu, faktor yang ketiga ialah harga murah dan berpatutan. Tiada
responden yang mengatakan sangat tidak setuju terhadap faktor ini iaitu bersamaan
dengan 0.00%. Namun begitu,responden yang tidak setuju dan tidak pasti dengan
faktor ini hanya seorang sahaja iaitu bersamaan dengan 3.33%. Manakala bagi
pendapat untuk setuju pula terdapat 8 orang responden dengan faktor ini iaitu
bersamaan dengan 26.67%. Sementara itu, seramai 20 orang responden mengatakan
sangat setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan 66.67%. Hal ini demikian
kerana harga produk dalam pasar mini 99 Speedmart lebih murah daripada kedai lain.

Terdapat banyak cawangan kedai 99 Speedmart juga merupakan salah satu


faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pasar mini 99 Speedmart
dalam kalangan penduduk Bandar Damai Perdana. Tiada seorang responden memberi
pendapat bagi sangat tidak setuju iaitu bersamaan dengan 0.00%. Manakala, hanya
seorang responden yang mengatakan tidak setuju dan tidak pasti dengan faktor ini
iaitu
bersamaan dengan 3.33%. Namun begitu, seramai 5 orang responden mengatakan
setuju dengan faktor ini iaitu sebanyak 16.67% dan seramai 23 orang responden
mengatakan sangat setuju dengan faktor ini iaitu sebanyak 76.67%. Hal ini demikian
kerana terdapat banyak cawangan kedai 99 Speedmart di sekeliling kawasan
perumahan.

Faktor yang selanjutnya adalah produk di rak tersusun dan mudah untuk dicari.
Tiada responden yang mengatakan sangat tidak setuju bagi faktor ini iaitu sebanyak
0.00%. Namun begitu, bagi pendapat tidak setuju hanya ada 2 orang responden sahaja
iaitu sebanyak 6.67%. Manakala, untuk pendapat tidak pasti pula mempunyai 5 orang
responden iaitu bersamaan dengan 16.67%. Walaubagaimanapun, seramai 12 orang
responden setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan 40.00% dan seramai 11
orang responden sangat setuju terhadap faktor ini iaitu bersamaan dengan 36.67%.

Faktor yang seterusnya ialah pelbagai promosi pengiklanan dan diskaun yang
menarik . Tiada responden yang memberi pendapat untuk sangat tidak setuju iaitu
sebanyak 0.00%. Hanya 3 orang bilangan responden sahaja mengatakan tidak setuju
terhadap faktor ini iaitu bersamaan dengan 10.00% dan seramai 6 orang responden
menyatakan tidak pasti terhadap faktor ini iaitu sebanyak 20%. Namun begitu,
seramai 13 orang responden berpendapat setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan
dengan 43.33%. Manakala, sebanyak 8 orang responden sangat setuju dengan faktor
ini iaitu bersamaan dengan 26.67%.

Selain itu,perkhidmatan pembayaran barang secara talian juga merupakan salah


satu faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pasar mini 99
Speedmart dalam kalangan penduduk Banar Damai Perdana. Tiada responden yang
memberi pendapat untuk sangat tidak setuju iaitu sebanyak 0.00%. Hanya 3 orang
bilangan responden sahaja mengatakan tidak setuju terhadap faktor ini iaitu
bersamaan dengan 10.00% dan seramai 6 orang responden menyatakan tidak pasti
terhadap faktor ini iaitu sebanyak 20%. Namun begitu, seramai 13 orang responden
berpendapat setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan 43.33%. Manakala,
sebanyak 8 orang responden sangat setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan
26.67%.

Faktor yang seterusnya adalah menyediakan pelbagai jenis pembayaran bagi


perkhidmatan atas talian. Tiada responden menyatakan sangat tidak setuju bagi faktor
ini iaitu bersamaan dengan 0.00%. Walaubagaimanapun,hanya 2 orang responden
mengatakan tidak setuju dengan faktor ini iaitu sebanyak 6.67%. Manakala 5 orang
responden tidak pasti iaitu bersamaan dengan 16.67%. Sementara itu, sebanyak 12
orang responden setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan 40.00%. Selebihnya,
iaitu sebanyak 11 orang responden sangat setuju iaitu sebanyak 36.67%.

Faktor yang selanjutnya adalah kualiti barang yang baik. Tiada responden
menyatakan sangat tidak setuju bagi faktor ini iaitu bersamaan dengan 0.00%.
Walaubagaimanapun,hanya 2 orang responden mengatakan tidak setuju dengan faktor
ini iaitu sebanyak 6.67%. Manakala 2 orang responden tidak pasti iaitu bersamaan
dengan 6.67%. Sementara itu, sebanyak 10 orang responden setuju dengan faktor ini
iaitu bersamaan dengan 33.33%. Selebihnya, iaitu sebanyak 16 orang responden
sangat setuju iaitu sebanyak 53.33%. Hal ini demikian kerana kualiti barang di pasar
mini 99 Speedmart lebih baik daripada kedai lain.

Akhir sekali, faktor yang terakhir adalah perkhidmatan pembayaran barang


cepat dan cekap. Tiada responden menyatakan sangat tidak setuju bagi faktor ini iaitu
bersamaan dengan 0.00%. Walaubagaimanapun,hanya seorang responden mengatakan
tidak setuju dengan faktor ini iaitu sebanyak 3.33%. Manakala 2 orang responden
tidak pasti iaitu bersamaan dengan 6.67%. Sementara itu, sebanyak 12 orang
responden setuju dengan faktor ini iaitu bersamaan dengan 40.00%. Selebihnya, iaitu
sebanyak 15 orang responden sangat setuju iaitu sebanyak 50.00%.

Anda mungkin juga menyukai