Anda di halaman 1dari 24

MICROECONOMICS 1 (BT10203)

SEMESTER 2, 2021/2022

SECTION 2

GROUP ASSIGNMENT

PREPARED TO:

Dr. Dayangku Aslinah Abd. Rahim

Hereby, we declare that the work contained in this assignment is our


own, except where acknowledgement of sources is made.

PREPARED BY:

No. Name Matric No. Signature

1 Nur Diyanah Binti Mohd Sofri @ Kenny BB21110191 DMS

2 Nur Syahidatun Nisya Binti Junaidin BB21110317 nisya

3 Nur Atikah Binti Jamal BB21161081 Atikah

4 Nursyazwani Binti Ashar BB21110542 syazwani

5 Nur Afrina Dania Binti Mohamed Safri BB21110785 afrina

6 Siti Khadija Binti Johan BB21110526 khadija

SUBMISSION DATE: 27/05/2022


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 PROFIL RESPONDEN (DEMOGRAFI DESKRIPTIF) 3-10

3.0 HASIL TINJAUAN 11-15

4.0 CADANGAN/PERBINCANGAN 16-17

5.0 KESIMPULAN 18

RUJUKAN 19

LAMPIRAN 20-22
1.0 PENGENALAN

Isi rumah merupakan individu atau sekumpulan individu atau sebuah keluarga yang
tinggal bersama di dalam sebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi bersama. Isi
rumah berperanan sebagai pembekal faktor-faktor pengeluaran dan pengguna barang dan
perkhidmatan. Tujuan penggunaan isi rumah adalah untuk mencapai kepuasan yang
maksimum dalam membuat pilihan terhadap sesuatu barang atau output. Firma pula
didefinisikan sebagai satu unit ekonomi yang bergiat produktif dalam menggabungkan faktor
pengeluaran yang terhad seperti tanah, modal, usahawan serta buruh untuk mengeluarkan
dan menghasilkan barang dan perkhidmatan. Terdapat dua jenis firma iaitu swasta dan
awam. Firma berfungsi sebagai pengguna faktor pengeluaran dan pembekal barang dan
perkhidmatan dalam ekonomi. Firma membuat pilihan terhadap pengeluaran atau output
yang memaksimumkan keuntungan.

Wabak covid-19 sudah melanda Malaysia selama tiga tahun dan sepanjang wabak ini
melanda pelbagai cabaran dan kesan buruk yang melanda negara Malaysia. Antaranya ialah
penurunan mata wang negara dan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Hal ini
terjadi disebabkan, ekonomi negara yang terjejas teruk dalam sektor hiburan, pasar,
peruncitan, perhotelan, dan pelancongan. Selain itu, semua masyarakat tidak dibenarkan
kerap keluar daripada rumah kerana bimbang kes ini akan meningkat dengan lebih teruk.
Disebabkan hal ini, barang-barang penggunaan isi rumah juga terjejas disebabkan
masyarakat mula melakukan “panic buying” kerana bimbang bekalan makanan di rumah
tidak akan mencukupi.

Semasa PKP/D yang lepas, institusi kekeluargaan yang dikemudi oleh ibu bapa
sebagai ketua rumahtangga menghadapi cabaran yang berbeza. Ia bergantung kepada taraf
kehidupan dan ekonomi rumahtangga tersebut. Sekiranya ibu bapa masih ada pekerjaan
untuk menyara anak-anak dan ahli keluarga, ianya sudah tentu menjadi faktor bertahan
yang utama untuk keluarga tersebut. Tetapi bagi ibu bapa yang hilang pekerjaan dan punca
pendapatan, kemelut keluarga yang mereka hadapi adalah semakin memuncak. Ibu bapa
menghadapi cabaran PKP/D ini dengan cara yang berbeza bergantung kepada jenis
pekerjaan yang dilakukan, gaya kehidupan, komitmen keluarga dan sifat keperibadian
keluarga tersebut. Sudah tentu bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai,
kesannya terhadap kehidupan adalah lebih kerana cabaran yang dihadapi adalah pelbagai.
Secara ringkasnya, semua pihak terjejas dengan keadaan pandemik yang berpanjangan ini
dan tidak dapat dinafikan institusi kekeluargaan sangat terkesan terutamanya impak kepada
kemandirian kewangan/ekonomi, kestabilan emosi, dan kecekalan/daya tahan diri.

Di samping itu, wabak ini juga memberikan kesan yang baik kepada seluruh negara.
Antaranya adalah peningkatan capaian internet di seluruh negara. Bermulanya
penguatkuasaan pada 18 mac 2021, pelbagai kesan yang baik dirasai iaitu Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej khas internet bernilai RM600 juta kepada seluruh
negara. Seterusnya, syarikat telekomunikasi pula mengambil inisiatif tambahan dengan
memberikan pakej internet percuma kepada seluruh negara. Oleh itu, hal ini dapat
memudahkan pelajar dalam pembelajaran dan duit simpanan mereka. Hal ini kerana,

1
penggunaan internet seperti yang kita tahu bukannya murah dan apabila menggunakan
aplikasi seperti Zoom, Google Meet dan Microsoft Team akan menyebabkan penggunaan
internet yang tinggi untuk mendapatkan visual yang terbaik di dalam kelas.

Buat pengetahuan semua, setiap yang berlaku mesti mempunyai hikmah dan
penyebabnya. Selain itu, kehidupan perlu diteruskan untuk mendapat kemajuan, pada akhir
bulan Februari 2021 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah bermula dan
telah memberi vaksin sepenuhnya kepada lebih daripada 79 peratus populasi Malaysia dan
98 peratus populasi dewasa di dalam negara ini setakat 3 Februari 2022. Pada 1 April,
Malaysia sudah mula melonggarkan banyak sekatan dan juga sempadan-sempadan negara.
Antaranya ialah sempadan Malaysia dengan Singapura, sempadan Malaysia dengan Thailand.
Oleh itu, hal ini telah memberi kesan yang baik kepada ekonomi Malaysia yang semakin
meningkat dari masa ke semasa. Selain itu, masyarakat sudah memulakan rutin harian kerja
mereka secara biasa kerana banyak sektor ekonomi yang telah dibuka.

Oleh itu, satu tinjauan ringkas telah dilakukan untuk mengetahui kesan krisis
pandemik Covid-19 terhadap ibu bapa atau penjaga pelajar Universiti Malaysia Sabah.
Dengan tinjauan ini, pelbagai isu yang dapat kita perhatikan dengan lebih mendalam dari
segi kesan, cadangan dan juga cara mengatasi krisis yang dialami oleh masyarakat dalam
pandemik Covid-19 ini.

2
2.0 PROFIL RESPONDEN (DEMOGRAFI DESKRIPTIF)

1. Jantina

Bil Jantina Bilangan ( Orang ) Peratus (%)

1. Lelaki 2 33.3

2. Perempuan 4 66.7%
Jadual 1 : Demografi responden berdasarkan jantina

Rajah 1 : Peratus demografi responden berdasarkan jantina

Merujuk kepada Rajah 1, demografi responden bagi jantina terbahagi kepada dua
iaitu lelaki dan perempuan. Terdapat 2 orang responden lelaki dan 4 orang responden
perempuan yang telah menjadi responden bagi menjawab soal selidik ini. Peratus bagi
responden lelaki adalah sebanyak 33.3% manakala peratus bagi responden perempuan
adalah sebanyak 66.7% iaitu lebih tinggi berbanding responden lelaki.

2. Umur

Bil Kelas Umur Bilangan (orang) Peratus (%)

1. Kurang daripada 20 tahun 0 0

2. 20 hingga 30 tahun 0 0

3. 31 hingga 40 tahun 1 16.7

4. 51 dan ke atas 5 83.3


Jadual 2 : Demografi responden berdasarkan umur

3
Rajah 2 : Peratus demografi responden berdasarkan umur

Merujuk kepada Rajah 2, ia menggambarkan tentang peratusan demografi


responden berdasarkan umur. Bagi kelas umur pertama, kurang daripada 20 tahun
menunjukkan nilai 0 serta kelas umur kedua, bagi 20 hingga 30 juga menunjukkan nilai 0.
Manakala, bagi 31 hingga 40 tahun hanya memberikan 1 orang responden dengan nilai
16.7% dan selebihnya 5 orang responden yang berumur 51 tahun ke atas dengan peratusan
83.3%.

3. Agama

Bil Agama Bilangan (orang) Peratus (%)

1. Islam 6 100

2. Kristian 0 0

3. Buddha 0 0

4. Hindu 0 0

5. Lain-lain 0 0
Jadual 3 : Demografi responden berdasarkan agama

4
Rajah 3 : Peratus demografi responden berdasarkan agama
Merujuk kepada rajah 3, seramai 6 orang responden ini adalah 100% beragama
islam. Bagi agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain masing-masing
menunjukkan nilai 0. Ini bermakna kesemua responden hanyalah beragama islam sahaja.

4. Bangsa

Bil Bangsa Bilangan (orang) Peratusan (%)

1. Melayu 2 33.3

2. Cina 0 0

3. India 0 0

4. Bumiputera Sabah 4 66.7

5 Bumiputera Sarawak 0 0

Jadual 4 : Demografi responden berdasarkan bangsa

5
Rajah 4 : Peratus demografi responden berdasarkan bangsa

Merujuk kepada Rajah 4, bangsa Bumiputera Sabah telah merekodkan nilai tertinggi
kerana mempunyai 4 orang responden iaitu sebanyak 66.7%. Seterusnya bangsa Melayu
merekodkan nilai 2 orang responden iaitu sebanyak 33.3%. Manakala bangsa lain seperti
Cina, India dan Bumiputera Sarawak masing-masing merekodkan nilai 0 bermakna tidak
mempunyai responden yang berbangsa sedemikian.

5. Lokasi tempat tinggal

Bil Lokasi Tempat Tinggal Bilangan (orang) Peratus (%)

1. Bandar 4 66.7

2. Luar Bandar 2 33.3

Jadual 5. Demografi responden berdasarkan lokasi tempat tinggal

6
Rajah 5 : Peratus demografi berdasarkan lokasi tempat tinggal

Rajah 5 menunjukkan lokasi tempat tinggal responden yang telah dibahagikan


kepada dua lokasi iaitu bandar dan luar bandar. Seramai 4 orang responden yang tinggal di
bandar dengan peratus adalah sebanyak 66.7%. Manakala. seramai 2 orang responden
yang berada di luar bandar bersamaan 33.3%.

6. Bilangan Pendapatan (Bulanan) Jadual 6 ; Demografi responden berdasarkan

Bil Bilangan Pendapatan (Bulanan) Bilangan (orang) Peratus (%)

1. RM 1000 ke bawah 2 33.3

2. RM 3000 ke bawah 2 33.3

3. RM 4000 ke bawah 1 16.7

4. RM 5000 ke atas 1 16.7

Jadual 6 : Demografi responden berdasarkan bilangan pendapatan (Bulanan)

7
Rajah 6 : Peratus demografi responden berdasarkan bilangan pendapatan (bulanan)

Rajah 6 menunjukkan seramai 2 orang yang mempunyai bilangan pendapatan


sebanyak RM1000 ke bawah dan RM3000 ke bawah masing-masing bersamaan 33.3 %.
Manakala, bilangan responden bagi RM4000 ke bawah dan RM5000 ke atas masing-masing
adalah seramai 1 sahaja bersamaan 16.7%.

7. Pekerjaan

Bil Jenis pekerjaan Bilangan (orang) Peratus (%)

1. Ejen Perjalanan Eksekutif Kanan 1 16.7

2. E-Hailer 1 16.7

3. Guru 2 33.3

4. Pemandu 1 16.7

5. Peniaga kecil 1 16.7

Jadual 7 : Demografi responden berdasarkan jenis pekerjaan

8
Rajah 7 : Peratus demografi responden berdasarkan pekerjaan

Data menunjukkan sebanyak 5 jenis pekerjaan yang terlibat iaitu Ejen Perjalanan
Eksekutif Kanan, E-hailer, guru, pemandu dan peniaga kecil. Secara keseluruhannya,
seramai 1 orang responden yang bekerja sebagai Ejen Perjalanan Eksekutif Kanan, E-hailer,
peniaga kecil dan pemandu dimana peratus adalah bersamaan dengan 16.7%. Selebihnya
iaitu seramai 2 orang responden yang bekerja sebagai guru. Peratus bagi data ini ialah
sebanyak 33.3 %.

8. Bilangan isi rumah

Bil Bilangan isi rumah (orang) Bilangan (orang) Peratus (%)

1. 5 1 16.7

2. 6 3 50.0

3. 7 2 33.3

Jadual 8 : Demografi responden berdasarkan bilangan isi rumah (orang)

9
Rajah 8 : Peratus demografi responden berdasarkan bilangan isi rumah (orang)

Rajah 8 menunjukkan bilangan isi rumah yang terdiri daripada 5, 6 dan 7 orang.
Seramai 1 orang responden yang mana bilangan isi rumah adalah sebanyak 5 orang
bersamaan dengan 16.7%. Selain itu, jumlah responden bagi bilangan isi rumah 6 orang
adalah seramai 3 orang bersamaan dengan 50.0%. Akhir sekali, bilangan responden bagi isi
rumah 7 orang ialah seramai 2 orang sahaja bersamaan dengan 33.3%.

10
3.0 HASIL TINJAUAN

Bahagian ini bertujuan untuk menerangkan hasil keputusan tinjauan kajian yang telah
dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh 6 orang responden. Pengkaji
telah menyediakan 10 soalan berkaitan dengan impak krisis pandemik Covid-19 terhadap ibu
bapa atau penjaga pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Impak/kesan dari pandemik Covid-19 terhadap pendapatan

Berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh pengkaji, bagi soalan pertama iaitu
impak atau kesan dari pandemik Covid-19 terhadap pendapatan keluarga, seramai 5 orang
responden yang mengatakan bahawa pendapatan mereka berkurang akibat daripada
pandemik ini manakala seorang responden tidak mengalami perubahan terdapat
pendapatan beliau. Seorang responden menyatakan bahawa pengurangan masa kerja
menyebabkan beliau susah untuk mendapatkan duit lebihan dan sampingan. Disebabkan
masa yang terhad untuk seseorang berada di luar, banyak aktiviti yang beliau lakukan
semakin terhad. Selain itu, seorang responden yang mengusahakan perniagaan kecil
mengatakan bahawa kadar pendapatan setiap hari beliau menjadi tidak menentu, terdapat
turun dan naik menyebabkan 'target' pendapatan kadang tidak tercapai. Bagi mengelakkan
penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan rakyat pihak kerajaan telah menjalankan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyebabkan beberapa sektor perniagaan terpaksa
ditutup. Sektor perniagaan yang tidak beroperasi menyebabkan responden tidak bekerja dan
pendapatan mereka berkurangan. Jelaslah, majoriti pendapatan para responden berkurang
sewaktu pandemik Covid-19 ini, hal ini kerana Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang
ditetapkan oleh kerajaan seperti memendekkan waktu operasi dan jumlah pelanggan
dihadkan untuk satu-satu masa.

Impak/kesan dari pandemik Covid-19 terhadap pekerjaan

Bagi soalan kedua iaitu kesan Covid-19 terhadap pekerjaan, terdapat tiga responden
menjawab mereka terpaksa diberhentikan dari pekerjaan mereka kerana masalah kewangan
yang dihadapi oleh syarikat. Penutupan banyak sektor menyebabkan syarikat mengalami
kerugian yang banyak, dengan mengurangkan pekerjaan dapat mengurangkan kos syarikat.
Sementara itu, seorang responden yang berprofesi sebagai guru menjawab bahawa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna iaitu secara atas
talian. Elemen yang disampaikan kepada murid juga tidak semestinya berkesan dan sampai
kepada semua murid. Disebabkan faktor umur beliau, beliau kurang mengetahui tentang
teknologi terkini yang menyebabkan saya sukar untuk melakukan PdP. Hal tersebut menjadi
cabaran terhadap kerjaya beliau semasa pandemik ini. Seorang responden menyatakan
Covid-19 turut memberi kesan terhadap pekerjaan beliau sebagai pemandu E-Hailing, beliau
kurang menerima permintaan/penumpang akibat PKP, PKPD dan seangkatan dengannya. Di
samping itu, seorang responden terpaksa menutup perniagaan kerana terjejas teruk akibat
tiada pelanggan berkunjung ke gerai beliau. Jelas sekali, pandemik Covid-19 ini memberi
impak yang kurang baik terhadap pekerjaan-pekerjaan responden.

11
Impak/kesan dari pandemik Covid-19 terhadap tingkah laku pembelian

Bagi soalan seterusnya iaitu impak/kesan terhadap tingkah laku pembelian, seorang
responden menjawab perbelanjaan yang dilakukan semakin tidak berhemah kerana
teknologi aplikasi seperti Shopee yang memudahkan pembelian. Pembelian beliau meningkat
dengan banyak ekoran daripada 'pembelian panik' dan harga barang meningkat pada masa
pandemik itu. Selain itu, seorang responden menjawab beliau lebih memilih untuk
berbelanja secara atas talian kerana lebih mudah dan terjamin dari penularan wabak Covid-
19. Tiga responden mengatakan mereka harus berjimat dan terpaksa mengurangkan
perbelanjaan daripada sebelumnya. Menurut seorang responden, pembelian dilakukan
dengan lebih berpada-pada, membeli-belah dengan masa yang terhad dan lebih berjimat
daripada sebelum ini. Jelaslah, tingkah laku pembelian responden yang dipengaruhi sejajar
dengan kemajuan penularan pandemik Covid-19 dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), mengubah keperluan dan kehendak pengguna. Rentetan itu, pembelian dalam talian
dipilih sebagai langkah mudah dan selamat untuk berbelanja bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.

Impak/kesan dari pandemik Covid-19 terhadap masa bersama keluarga

Penilaian seterusnya adalah tentang impak atau kesan pandemik covid-19 terhadap
masa bersama keluarga. Semua responden menyatakan kesan yang positif tentang masa
bersama keluarga iaitu masa bersama keluarga semakin bertambah. Salah seorang
responden menyatakan yang masa untuk bersama keluarga lebih banyak terluang bersama
mereka. Banyak yang dipelajari tentang anak-anak terutamanya tentang penyakit mental,
sikap mereka dan pemikiran mereka. Seterusnya, seorang responden menyatakan bahawa
lebih banyak masa yang dapat di luang bersama keluarga seperti memasak dan berkebun
bersama-sama. Namun terdapat juga responden yang menyatakan kesan buruknya iaitu
kegiatan luar seperti beriadah tidak dapat dilaksanakan yang menyebabkan emosi keluarga
terganggu. Seterusnya, seorang responden menyatakan yang kesan terhadap masa
bersama keluarga ialah jauh dari keluarga. Hal ini berkemungkinan adalah kerana keadaan
responden yang jauh dari keluarga ditambah lagi sekatan di sempadan negeri menyukarkan
responden untuk meluangkan masa bersama keluarga. Akhir sekali, berdasarkan hasil
tinjauan yang dilakukan ke atas kesan bersama keluarga menunjukkan kesan yang positif
kerana responden dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Impak/kesan dari pandemik Covid-19 terhadap kehidupan sosial

Bagi soalan seterusnya ialah berkaitan dengan impak ataupun kesan dari pandemik
covid-19 terhadap kehidupan sosial responden. Sebahagian besar di antara responden
menyatakan kesan yang negatif terhadap kehidupan sosial. Salah seorang responden
berkongsi yang dia tidak dapat menjalankan ukhuwah islamiah secara terbuka seperti tidak
berkunjung mengunjungi dan beramah mesra. Tambahannya, pergaulan juga menjadi
terhad atas faktor keselamatan dan kesihatan satu sama lain. Seorang lagi responden

12
menyatkan yang kini dia tidak dapat berinteraksi secara berdepan lagi hanya dapat
berhubung melalui maya sahaja. Seterusnya, terdapat juga responden yang menyatakan
kehidupan sosial beralih kepada sosial alam maya. Namun masih terdapat kesan positif
terhadap kehidupan sosial responden seperti yang dinyatakan oleh salah seorang
responden yang tidak terdapat perubahan atau perbezaan yang terlalu kerana semasa
pandemik kita masih boleh bersosial melalui gajet. Responden lain pula menyatakan yang
dia sedar akan pentingnya menjaga kebersihan diri dan keluarga. Kesimpulannya,
responden ramai yang terkesan dari segi pergaulan harian dan komunikasi. Pada akhirnya,
media sosial dan gajet yang menjadi alat komunikasi mereka.

Perubahan besar dalam kehidupan responden akibat pandemik ini

Seterusnya ialah penilaian berkaitan perubahan besar dalam kehidupan responden


akibat dari pandemik covid-19. Sebahagian besar responden mengambil iktibar dari
pandemik covid-19 dan menyatakan kesan perubahan yang positif. Seorang responden
berkongsi yang dia dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga, mendorong diri
menjadi lebih produktif walaupun hanya duduk di rumah, melakukan pelbagai hobi baru dan
banyak lagi. Terdapat juga responden yang menyatakan perubahan besarnya ialah dapat
memfokuskan memperbaiki diri. Selain itu, ada juga yang menyatakan dia sedar akan
keperluan mempelajari sistem pengurusan kewangan secara online. Terdapat juga
responden yang berkongsi perubahan yang agak negatif. Salah seorang responden
menyatakan yang dia sulit untuk mengunjungi ibu yang jauh. Katanya, pada waktu
pertengahan pandemik, ibunya meninggal dunia yang menyebabkan dia sangat sukar pergi
melawat. Tambahannya lagi, proses rentas daerah yang memakan masa yang lama dan
rumit sangatlah merunsingkan saya. Jelasnya lagi, kos barangan yang melonjak naik secara
tiba tiba juga menjadi beban kepada saya. Terdapat juga responden menyatakan
keluhannya yang dia terpaksa hidup dalam norma baharu yang semestinya lebih
menyulitkan kerja harian. Tuntasnya, Perubahan setiap responden menunjukkan perubahan
dari aspek yang berlainan. Jelaslah bahawa pandemik covid-19 ini banyak memberi
perubahan dalam pelbagai aspek dan sekaligus membantu rakyat untuk berfikir secara kritis
tentang langkah selanjutnya dalam mengurangkan kesan negatif terhadap keluarga.

Laluan alternatif untuk meneruskan kehidupan semasa krisis

Sepanjang pandemik Covid- 19 melanda negara kita, masyarakat khususnya


mengalami kesukaran dan krisis dalam meneruskan kehidupan. Oleh itu terdapat beberapa
laluan alternatif untuk meneruskan kehidupan semasa krisis berlaku. Berikut alternatif yang
dicadangkan oleh responden iaitu masyarakat perlulah bijak membezakan keperluan dan
kehendak agar tidak berlakunya sebarang pembaziran. Selain itu, responden juga
mencadangkan bahawa mencari sumber pendapatan sampingan melalui maya juga boleh
membantu sedikit sebanyak dalam menghadapi krisis kehidupan. Hal ini boleh meningkatkan
pendapatan isi keluarga sekaligus mampu menampung keperluan diri dan keluarga semasa
pandemik. Bukan itu sahaja, responden juga berpendapat bahawa dengan mencari apa –
apa sahaja pekerjaan halal yang lain asalkan masih dapat memberi keselesaan kepada

13
keluarga juga merupakan cara untuk keluar daripada krisis hidup. Oleh hal yang demikian,
majoriti responden berpendapat bahawa melakukan pekerjaan sampingan sama ada secara
dalam talian atau apa – apa pekerjaan sekalipun merupakan cara untuk meneruskan
kehidupan semasa krisis berlaku.

Pendapat responden tentang situasi semasa yang dikendalikan oleh kerajaan

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan situasi semasa


yang berlaku di negara kita. Sehubungan dengan itu. terdapat beberapa pendapat yang
dilontarkan oleh responden tentang situasi semasa yang dikendalikan oleh kerajaan.
Responden berpendapat pemberian keluaran KWSP dapat membantu dalam perbelanjaan
dan menggalakkan pembelian aset serta meningkatkan semula ekonomi negara yang agak
perlahan disebabkan pandemik. Selain itu, responden menyuarakan bahawa peranan
kerajaan mengendalikan situasi semasa adalah baik kerana pihak kerajaan banyak
memberikan bantuan kepada golongan B40. Dengan adanya bantuan sebegini, masyarakat
yang bergelut melawan kesusahan sepanjang pandemik juga mampu meneruskan hidup.
Responden juga berpendapat bahawa situasi semasa yang dikendalikan oleh kerajaan agak
semakin baik dengan berakhirnya fasa kawalan pergerakan dan kini beralih kepada fasa
endemik. Di samping itu, kerajaan juga mengendalikan permasalahan ini dengan sangat
baik pada awalnya sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini yang
menyebabkan masyarakat masih bergelut dengan fasa pandemik. Natijahnya, pihak
kerajaan memainkan peranan yang penting untuk mengendalikan situasi semasa yang
menimpa negara agar dapat membantu masyarakat yang terkesan dari segi ekonomi.

Cadangan responden untuk memperbaiki situasi semasa

Responden turut memberikan beberapa cadangan untuk memperbaiki situasi semasa.


Cadangan-cadangan tersebut adalah dengan memberikan sokongan yang sepenuhnya
kepada kepada pihak kerajaan dan mempercayai setiap tindakan mereka. Pusat kesihatan
bergerak perlu dilaksanakan supaya penduduk dapat menerima rawatan yang sama lebih –
lebih lagi kepada penduduk yang menetap di pedalaman. Bukan itu sahaja, kerajaan juga
sepatutnya memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kerana terdapat banyak
rakyat yang kehilangan kerja akibat pandemik. Dengan adanya peluang pekerjaan yang
diberikan, rakyat dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan memiliki pekerjaan yang
tetap. Selain itu, responden memberikan cadangan untuk memberikan peluang dan
sokongan kepada anak muda untuk menjana pendapatan sendiri atau menghasilkan
keperluan asas seperti makanan dengan cara bertani. Dengan cara ini, anak muda yang
berkecimpung dalam bidang pertanian mempunyai platform untuk meningkatkan
pendapatan. Terdapat juga responden yang mencadangkan untuk menyuarakan pendapat
dengan lebih tegas, serius dan bermakna kepada saluran yang tepat agar suara kita dapat
didengari telus dan saksama. Responden juga memberikan cadangan agar setiap individu
hendaklah mematuhi peraturan dalam mencegah wabak penyakit. Kesimpulannya, cara

14
untuk memperbaiki situasi semasa ini memerlukan komitmen daripada semua pihak sama
ada pihak kerajaan ataupun masyarakat demi mencapai kelangsungan hidup yang baik.

Kesan Covid-19 terhadap aktiviti isi rumah responden untuk memenuhi


keperluan kewangan

Bagi soalan terakhir ialah berkaitan dengan kesan Covid-19 terhadap isi rumah
responden untuk memenuhi keperluan kewangan. Sebanyak 33.3% responden menghadapi
kesan negatif utama, bagi kesan negatif sederhana sebanyak 50% manakala 16.7%
responden tidak mengalami sebarang kesan. Sepanjang pandemik ini, masyarakat
mengalami kesukaran untuk mencari sumber kewangan walaupun terdapat kelonggaran
tentang pembukaan sektor ekonomi pada masa ini. Hal ini kerana, kebanyakan majikan
tidak mengambil pekerja walaupun mereka kekurangan dari segi tenaga buruh. Ini
mengakibatkan ramai masyarakat yang masih sedang menganggur. Ketiadaan pekerjaan
menyebabkan mereka susah untuk mencari pendapatan untuk membayar bil-bil utiliti, sewa
rumah, ansuran kereta dan sebagainya.

15
4.0 CADANGAN/PERBINCANGAN

Melalui keputusan soal selidik yang dijalankan melalui penggunaan pautan Google
form; terdapat beberapa cadangan dan perbincangan yang boleh dilakukan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh responden berikutan impak krisis pandemik Covid-19 terhadap
ibu bapa atau penjaga pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Dalam hal ini, peranan individu ataupun masyarakat amatlah diperlukan kerana
sebagai rakyat yang berdedikasi haruslah menjadi pengguna yang bijak terutamanya dalam
mengatur perbelanjaan isi rumah. Sebagai contoh, bagi mengurangkan perbelanjaan, setiap
isi rumah haruslah berjimat cermat dan berhemah semasa melakukan pembelian barang
keperluan dan tidak membazir seperti membeli barangan terlalu banyak tidak mengikut
keperluan yang sepatutnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, membeli barangan
perbelanjaan rumah yang begitu banyak tidak mengikut keperluan boleh menyebabkan
berlakunya pembaziran dan berlakunya kekurangan bekalan makanan Oleh itu, setiap
individu ataupun masyarakat haruslah memainkan peranan dengan sentiasa menjadi
pengguna yang bijak demi mengekalkan toleransi.

Bagi mengelakkan penularan virus Covid-19, banyak sektor ekonomi diberhentikan


operasinya buat sementara waktu semasa permulaan dan pertengahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada masa itu. Situasi tersebut menyebabkan terdapat responden
kehilangan kerja sekaligus kekurangan pendapatan. Beban kewangan yang dihadapi oleh
responden boleh dikurangkan dengan menjalankan jualan atas talian seperti menjual
pakaian dan makanan dengan menggunakan media sosial dan platform jualan atas talian
seperti Shopee dan Lazada. Hal ini terbukti apabila kaji selidik terbaru dilaksanakan oleh
Juwai IQI mengenai Covid-19 mendapati 57 peratus daripada rakyat Malaysia lebih banyak
membeli-belah dalam talian berbanding sebelum pandemik sekaligus membantu
melonjakkan urus niaga dalam talian di negara ini. Malah, aplikasi penghantaran barangan
dan makanan atas talian seperti GrabFood dan FoodPanda sering kita lihat di atas jalanan
untuk menghantar barangan keperluan yang dibeli oleh pengguna melalui atas talian dari
kedai-kedai seperti supermarket dan kedai kesihatan, hal tersebut bagi memastikan operasi
perniagaan mereka terus berjalan walaupun sedang menghadapi cabaran dalam PKP.

Seterusnya, disebabkan wabak covid-19 yang terlalu lama bagi setiap rakyat,
kewangan rakyat semakin terjejas jadi kerajaan telah mewujudkan pakej bantuan dan
rangsangan. Hal ini telah mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi pandemik ini.
Seterusnya kerajaan menumpukan bantuan kepada enam bidang iaitu bantuan tunai
langsung moratorium pinjaman; cukai; bantuan sumbangan dan perubatan serta insurans.
Rakyat juga perlu bijak dalam perbelanjaan dan berjimat kerana bantuan kerajaan hanya
akan diterima sekali sahaja. Jadi rakyat perlulah menggunakan duit yang diterima dengan
cermat. Jika seseorang individu itu tidak menggunakan duit bantuan kerajaan dengan betul
maka, individu tersebut akan terkesan pada masa hadapan.

16
Bagi menghadapi krisis pandemik ini, mengekalkan sikap positif amatlah penting.
Pemberitahuan maklumat berkaitan jumlah kes positif Covid-19 yang secara tidak langsung
boleh memberi implikasi pada pemikiran, emosi serta tingkah laku seterusnya mendorong
kepada kemerosotan tahap kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Lantaran itu,
adalah penting untuk masyarakat mengekalkan sikap positif, mengambil iktibar dan mencari
potensi diri dengan cara yang positif bagi melawan emosi serta pemikiran negatif yang boleh
merosakkan diri. Pengaplikasian ilmu kawalan kendiri iaitu keupayaan seseorang untuk
mengawal dorongan, emosi, pemikiran dan tingkah laku adalah salah satu ilmu yang sangat
bagus untuk dipelajari. Antara contoh bagi mengekalkan sikap positif adalah dengan
mencari fakta kerana ia diperlukan supaya otak boleh merancang, bersedia dan
menyelesaikan masalah, namun perlulah merujuk kepada sumber yang dipercayai serta
tepat. Tambahan lagi, mengekalkan rutin harian seperti bersenam, membaca buku dan tidur
dapat mengelakkan kebosanan, keresahan serta masalah berfikir secara berlebihan.

Akhir sekali, wabak COVID-19 bukan sahaja telah memberi kesan yang sangat besar
kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara bahkan impaknya
juga turut melibatkan aspek kesihatan mental. Terdapat responden yang mengalami
gangguan emosi kerana tidak dapat menjalankan aktiviti di luar seperti beriadah. Ekoran
dari wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat bermula 18 Mac 2020, sekaligus mengubah corak
dan norma kehidupan mereka. Oleh itu, setiap individu dinasihati untuk menjalani gaya
hidup yang sihat. Ini termasuk menjaga corak tidur, mengamalkan pemakanan yang sihat
dan seimbang serta melakukan aktiviti senaman dan latihan fizikal. Semasa wabak COVID-
19 melanda setiap individu digalakkan untuk menyediakan jadual yang teratur bagi kegiatan
harian supaya ia menjadi rutin dan aturan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana, manusia
bergerak dan terdorong melakukan sesuatu perkara berdasarkan rutin atau tabiat agar
hidup lebih struktur dan tersusun, malahan ia juga dapat mengurangkan gejala tekanan
apabila rutin seharian yang sihat menjadi kebiasaan.

17
5.0 KESIMPULAN

Sebagai penutup, pandemik Covid-19 menyaksikan bahawa kehidupan manusia tidak


sama lagi seperti sebelum ini. Perubahan ini melibatkan banyak aspek kehidupan manusia
terutamanya dalam aspek pekerjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebajikan, aktiviti
keagamaan, hubungan sosial dan kehidupan harian yang lain. Dalam menghadapi norma
baharu ini, ibu bapa mestilah berfikiran positif dan kreatif bagi memastikan ahli keluarga
sentiasa terjaga dan terpelihara baik dari segi kesihatan rohani dan jasmani. Tidak dapat
dinafikan, terlalu banyak cabaran dan impak yang dilalui oleh ibu bapa dan ahli keluarga
yang menyebabkan kestabilan institusi kekeluargaan tergugat. Masalah kehilangan sumber
pendapatan sama ada secara kekal atau sementara, BDR sambil melakukan segala tugasan
mengasuh anak dan hal-hal rumahtangga yang lain, keperluan memantau hal-hal
pembelajaran anak-anak melalui PdPR, dan juga perasaan keletihan, kemurungan dan
burnout akibat dari kerja-kerja dan tanggungjawab yang berterusan membuatkan ibu bapa
sentiasa dalam keadaan berkeluh kesah. Impak dari cabaran ini sangat berat untuk dihadapi
dimana masalah kesihatan mental dan bunuh diri meningkat dengan mendadak sejak dua
tahun kebelakangan ini.

Secara umumnya, cabaran yang bertali arus dari wabak COVID-19 ini menjadi asas
kukuh kepada pembentukan kekuatan diri yang mantap, tahan diuji dan tabah menempuh
arus perubahan sekiranya aspek pemikiran dan emosi positif seperti bahagia dan tenang
dalam memacu kesejahteraan kendiri dicapai. Seharusnya setiap individu, memandang
sudut yang positif dari apa yang berlaku sepanjang kehadiran wabak COVID-19 ini dan
berusaha menghayati serta memastikan aspek emosi, pemikiran, tindakan dan spiritual serta
cara hidup keseluruhannya berada dalam keadaan yang baik bagi melalui fasa sukar wabak
ini dengan jayanya sekaligus menjadikan seseorang itu memiliki jati diri yang kental,
ketahanan (resilience) dalaman dan luaran yang kukuh, elemen adaptasi (adaptability) dan
dinamik dengan perubahan supaya tidak mudah terkesan dengan apa jua keadaan atau
musibah yang berlaku.

Seterusnya, apa yang dapat dilihat daripada jawapan responden-responden tersebut


adalah walaupun covid-19 dan ekonomi semakin pulih tetapi masih ada sesetengah syarikat
yang tidak mampu untuk membayar pekerjanya. Misalnya, daripada responden tersebut
masih ramai lagi yang pendapatannya sebanyak RM1000 dan RM3000 ke bawah. Jika hal ini
berlarutan, rakyat tidak mampu untuk menampung kos sara hidupnya dan hal ini, akan
menyebabkan kes bunuh diri akan meningkat disebabkan tekanan yang tinggi oleh
seseorang individu tersebut. Oleh itu, masyarakat dan negara perlulah bersatu agar individu
seperti ini dapat dikurangkan dengan cara menyumbangkan makanan, pakaian dan
sebagainya yang berlebihan agar dapat memudahkan hidupnya pada masa yang akan
datang. Dengan itu, iktibar daripada pandemik COVID-19 wajar dijadikan pengajaran agar
setiap pihak dapat bersedia dengan pelbagai cabaran di masa mendatang. Fasa peralihan ke
endemik sewajarnya dirancang agar proses adaptasi berjalan dalam keadaan yang lancar.

18
RUJUKAN

Abdul Rashid A.A. (December 2020). WABAK COVID-19: PENGURUSAN ASPEK KESIHATAN
MENTAL SEMASA NORMA BAHARU. Dipetik daripada
https://www.researchgate.net/publication/349098547_WABAK_COVID-
19_PENGURUSAN_ASPEK_KESIHATAN_MENTAL_SEMASA_NORMA_BAHARU

Alyasa, J. (2021, June 24). Kesihatan mental rakyat membimbangkan. Sinar Harian Online.
Dipetik daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/146022/SUARASINAR/AnalisisSinar/Kesihata
n-mental-rakyat-makin-membimbangkan

Aziz, A. R. A. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-
19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1-9.

Dr. Ahmad M. G. dan Dr Muhammad A. F. (Oktober 6, 2020). Rebut manfaat positif sebalik
impak pandemik. Berita Harian. Dipetik daripada COVID-
19,https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/738906/rebut-manfaat-
positif-sebalik-impak-pandemik-covid-19

Latifah A. (Mac 24, 2022) Sempadan darat Malaysia-Singapura buka 1 April, tiada kuarantin
dan ujian saringan. Berita Harian. Dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/938153/sempadan-darat-
malaysia-singapura-buka-1-april-tiada-kuarantin-dan

Liza M. (23 Oktober 2020). Covid-19 ‘bunuh’ mental rakyat. Sinar Harian. Dipetik daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/106538/LAPORAN-KHAS/Covid-19-bunuh-
mental-rakyat

Muhammad, H. (2020, Dec 3rd). COVID-19: Hampir 100,000 hilang kerja sejak Januari.
Astro Awani Online. Dipetik daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/covid19-hampir-100000-hilang-kerja-sejak-januari-timbalan-menteri-
271403

Najmi S. M. (Mei 17, 2020). COVID-19: Cabaran emosi, mental di tengah pandemik dan cara
menanganinya. Astro Awani Online. Dipetik daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-cabaran-emosi-mental-di-
tengah-pandemik-dan-cara-menanganinya-242900

Nazarali S. (20 Disember 2020). Kekal Positif Sepanjang Pandemik. Harian Metro. Dipetik
daripada https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/12/654997/kekal-positif-
sepanjang-pandemik

19
LAMPIRAN

Google form soal selidik untuk ibubapa/penjaga pelajar Universiti Malaysia Sabah

20
Google form soal selidik untuk ibubapa/penjaga pelajar Universiti Malaysia Sabah

21
Google form soal selidik untuk ibubapa/penjaga pelajar Universiti Malaysia Sabah

22

Anda mungkin juga menyukai