Anda di halaman 1dari 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU II

KERJA KURSUS GEOGRAFI


STPM 2022

MENGKAJI KUALITI PENDUDUK DAN MEMBERIKAN CADANGAN

UNTUK MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENDUDUK

DI PEKAN KOTA MARUDU

NAMA > BINJAY MECBOY WILLY

KELAS > 6 ATAS 1

ANGKA GILIRAN> SE0202/1012


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada cegu Kaseren Sandora Koten kerana telah
banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini, seperti membantu menyediakan
borang soal selidik untuk memudahkan kerja kami dan memilih tempat kajian.

Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa saya kerana menyokong dan membenarkan saya untuk membuat kajian lapangan bersama
rakan-rakan sekumpulan saya.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Hairic,
Morales, Arjed dan Andry kerana telah bersama-sama saya membuat kajian dan membantu dalam
pencarian responden sehinggah selesai

1.0 PENGENALAN
Pekan Kota Marudu ialah ibu kota Daerah Kota Marudu di Bahagian Kudat, Sabah, Malaysia.
Ia terletak 130 kilometer ke utara ibu negeri, Kota Kinabalu, di sepanjang lebuh raya persekutuan
yang menghubungkan tempat-tempat menarik di Kota Marudu termasuk Air Terjun Sorinsim, terletak
40 kilometer dari bandar utama, dan Taman Sagabon, stesen penyelidikan pertanian di Tasik
BuyutKota Marudu juga mempunyai stesen janakuasa solar terbesar di Asia Tenggara. Pekan ini
meraikan Festival Jagung tahunan untuk menghormati.
Pengkaji telah memilih soalan 2 kerja kursus Geografi dengan tajuk mengkaji kualiti
penduduk dan faktor yang mempengaruhi kualiti penduduk di pekan kota Bandau, Kota Marudu .
Pengkaji memilih pekan Kota Marudu sebagai tapak kajian kerana jarak pekan ke sekolah ialah
3.9KM dan mengambil masa 7 minit sahaja. Dengan jarak yang dekat ini, pengkaji dapat
menjimatkan masa perjalanan. Selain itu, pengkaji memilih kawasan ini kerana, Kota Marudu
merupakan tempat yang strategik untuk menjalankan kajian. Hal ini kerana, terdapat banyak
kemudahan yang tersedia untuk memudahkan penduduk Kota Marudu.Sebagai contoh, taman
rekreasi, institusi pendidikan dan kemudahan Bank.
Pekan Kota Marudu merupakansatu nama yang tidak asing lagi kepada masyarakat Kota
Marudu. Kebanyakan penduduk Kota Marudu akan berkunjung ke pekan Kota Marudu untuk
mendapatkan juadah mahupun barangan harian. Bukan itu sahaja, penduduk juga akan berkunjung ke
pekan Kota Marudu bertujuan menjual hasil tanaman seperti sayur,sayuran dan hasil tangkapan ikan
dari laut.Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk menampung perbelannjaan harian seisi keluarga.
Kota Marudu merupakan sebuah daerah yang terletak di sebelah Utara Negeri Sabah.
Perkataan Marudu atau Maludu telah lama wujud di dalam peta dunia iaitu sekitar abad ke-14 atau
lebih kurang 500 tahun yg lampau, sezaman dengan wujudnya Melaka dalam sejarah dunia. Perkataan
Marudu berasal dari bahasa momogun rungus ‘sindaat mongkorudu’. Mongkorudu membawa maksud
‘meratap atas kematian’.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat lima objektif kajian yang telah dijadikan sebagai garis panduan saya dalam
melaksanakan kajian kerja kursus yang bertajuk tahap kualiti hidup penduduk di pekan Goshen,kota
marudu.Objektif kajian tersebut ialah:

2.1. Mengenal pasti ciri-ciri alam sekitar fizikal dan ciri-ciri landskap budaya yang terdapat di pekan
Goshen, kota marudu

2.2. Mengenal pasti kualiti penduduk di pekan Goshen, kota marudu

2.3. Mengenal factor yang mempengaruhi kualiti penduduk di Pekan Goshen Kota Marudu.

2.4. Mengenal kesan kualiti penduduk terhadap sosioekonomi di Pekan Goshen Kota Marudu.

2.5. Mengenal cadangan untuk mempertingkatkan kualiti penduduk di Pekan Goshen Kota Marudu.

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN


3.1 Kedudukan kawasan kajian

Daerah Kota Marudu terletak berhampiran hujung utara Bomeo. Keluasan Daerah Kota
Marudu ialah 1917 km2 dan penduduknya dianggarkan sekitar 66,374 pada tahun 2010. Kedudukan
daerah ini ialah 6' 30" darjah utara garis lintang 116 45" darjah timur garis bujur. Ia terletak 130
kilometer di utara ibu negeri, Kota Kinabalu, di sepanjang lebuh raya persekutuan yang
menghubungkan Kota Kinabalu dengan bandar Kudat, berhampiran hujung utara Borneo.
Kami telah memilih kawasan Pekan Kota Marudu sebagai lokasi kawasan kajian Jumlah penduduk di
kawasan kajian ini ialah 8,716 orang yang mana populasi ini hanya di sekitar Pekan Kota Marudu
sahaja dan tidak termasuk secara keseluruhan daerah Kota Marudu
3.3 Ciri budaya kawasan kajian

Ciri budaya yang terdapat di lokasi kajian adalah tempat yang mana terdapat berberapa
pondok kecil sesuai untuk lepak atau tempat rehat . pondok itu juga berhampiran dengan klinik .Selain
itu terdapat juga klinik yang cukup terkenal kerana perkhidmatan dan layanannya yang bagus. Klinik
yang terdapat di lokasi kajian adalah klinik swasta.Selain dari itu terdapat juga berberapa tempat
penginapan iaitu hotel yang bagus. Ramai orang yang tertarik dengan hotel yang ada di Kawasan
tersebut.
3.4 PETA LOKASI KAWASAN KAJIAN
Peta 1 menunjukkan kedudukan Kota Marudu da

Skala 1cm: 50,000


Petunjuk: :lokasi kajian pekan Goshen Kota Marudu

3.4.2 Peta lokasi kajian Pekan Kota Marudu

Peta 2 menunjukkan kawasan kajian Pekan Kota Marudu


4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah pemerhatian

Pengkaji telah membuat kajian pada 1 November 2022 dari jam7:30 pagi sehingga jam 12:30
petang. Semasa di lokasi kajian saya telah membuat pemerhatian ciri-ciri fizikal dan cirri-ciri budaya
yang terdapat di kawasan kajian Pekan Kota Marudu. Hasil pemerhatian tersebut saya gambar
mengunakan telefon pintar. Bahan-bahan yang di rakam akan menjadi bahan bukti kajian ini.

4.2 Kaedah soal selidik

Sepanjang kajian ini, Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk Kota
Marudu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Saya mengedarkan borang soal selidik kepada
30 responden sahaja agar dapat membantu saya lebih muda menyelesaiakan kajian ini.Saya juga
mengedarkan borang soal selidik ini untuk menepati kehendak objektif kajian.

4.3 Rujukan ke perpustakaan

Saya banyak membuat rujukan di internet bagi memudahkan pengkaji untuk menyiapkan
tugasan ini, seperti mendapatkan peta Sabah dan Kota Marudu di google map.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN.


5.1 KUALITI HIDUP PEBDUDUK DI PEKAN GOSHEN,KOTA MARUDU.
Jadual 1: Jumlah responden mengikut umur

Umur Bilangan (orang)


16-25 19
36-45 9
46-55 2
Sumber: Kajian lapangan 1/11/2022
Jadual 1 menunjukkan jumlah responden mengikut umur di pekan Goshen kota marudu. Berdasarkan
jadual 1,pengkaji mendapati bahawa umur 16-25 tahun merupakan bilangan umur yang paling banyak
iaitu seramai 19 orang.Seterusnya responden yang berumur 36-45 merupakan jumlah umur responden
kedua tertinggi iaitu 9 orang dan responden yang berumur merupakan responden yang terendah iaitu
seramai dua orang.
Jadual 2: Tahap Pendidikan penduduk Kawasan kajian

Tahap pendidikan Bilangan (orang)


UPSR 2
PT3 3
SPM 16
STPM 5
LAIN-LAIN 4
Sumber: Kajian lapangan 1/11/2022
Jadual 2 menunjukkan tahap Pendidikan penduduk kawasan kajian di pekan Goshen kota
marudu.Berdasarkan jadual 2,Pengkaji mendapati bahawa tahap Pendidikan SPM merupakan bilangan
yang paling banyak iaitu seramai 16 orang. Seterusnya tahap Pendidikan STPM merupakan jumlah
kedua tertinggi iaitu 5 orang. Di samping itu, tahap Pendidikan LAIN-LAIN mempunyai sebanyak 4
orang dan tahap Pendidikan UPSR dan PT3 adalah jumlah yang peling rendah iaitu sebanyak 2 dan 3
orang sahaja.

Jadual 3: Pendidikan

Pendidikan Tahap kualiti penduduk


Rendah Sederhana Tinggi
Soalan 1 3 21 6
Soalan 2 4 26 0

Jadual 3 di atas menunjukkan tahap kualiti pendidikan di kawasan pekan Gosehen.


Berdasarkan jadual 3, terdapat 2 soalan yang disoal oleh pengkaji kepada penduduk di kawasan kajian
melalui borang soal selididk. Bagi soalan yang pertama, pengkaji mendapati bahawa responden yang
menjawap sederhana merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 21 orang,
kedua terbanyak adalah jawapan tinggi iaitu sebanyak 6 orang dan yang ketiga adalah jawapan rendah
iaitu sebanyak 3 orang.
Bagi soalan yang kedua pula pengkaji mendapati bahawa responden yang menjawab
sederhana merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 26 orang, kedua
terbanyak adalah jawapan rendah iaitu sebanyak 4 orang yang ketiga adalah jawapan tinggi iaitu 0.
Jadual 4: Kesihatan

Kesihatan Tahap kualiti penduduk


Rendah Sederhana Tinggi
Soalan 1 25 4 1
Soalan 2 25 5 0
Soalan 3 7 16 7

Jadual 4 di atas menunjukkan tahap kualiti Pendidikan di kawasan pekan


Goshen.Berdasarkan jadual 4, terdapat 3 soalan yang disoal oleh pengkaji kepada penduduk di
kawasan kajian melalui boring soal selidik, bagi soalan yang pertama, pengkaji mendapat bahawa
responden yang menjawab rendah merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu
sebanyak 25 orang, kedua terbanyak adalah jawapan sederhana iaitu sebanyak 6 orang dan yang
ketiga adalah jawapan tinggi iaitu sebanyak 1 orang.
Bagi soalan yang kedua pula pengkaji mendapati bahawa responden yang menjawab rendah
merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 25 orang kedua terbanyak adalah
jawapan sederhana iaitu sebanyak 5 orang yang ketiga adalah jawapan tinggi iaitu 0.
Bagi soalan yang kedua pula pengkaji mendapati bahawa responden yang menjawab
sederhana merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 16 orang kedua
terbanyak adalah jawapan srendah iaitu sebanyak 7 orang yang ketiga adalah jawapan tinggi iaitu
7,sama seperti jawapan rendah.

Jadual 5: Kemahiran

Kemahiran Tahap kualiti penduduk


Rendah Sederhana Tinggi
Soalan 1 5 24 1
Soalan 2 12 16 2

Jadual 5 di atas menunjukkan tahap kualiti kemahiran di kawasan pekan Gosehen.


Berdasarkan jadual 5, terdapat 2 soalan yang disoal oleh pengkaji kepada penduduk di kawasan kajian
melalui borang soal selididk. Bagi soalan yang pertama, pengkaji mendapati bahawa responden yang
menjawap sederhana merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 24 orang,
kedua terbanyak adalah jawapan rendah iaitu sebanyak 5 orang dan yang ketiga adalah jawapan tinggi
iaitu sebanyak 1 orang.
Bagi soalan yang kedua pula pengkaji mendapati bahawa responden yang menjawab
sederhana merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 16 orang, kedua
terbanyak adalah jawapan rendah iaitu sebanyak 12 orang yang ketiga adalah jawapan tinggi iaitu 2
orang.
Jadual 6: sikap

Sikap Tahap kualiti penduduk


Rendah Sederhana Tinggi
Soalan 1 11 14 5
Soalan 2 2 18 10
Soalan 3 9 19 2

Jadual 4 di atas menunjukkan tahap kualiti sikap penduduk di kawasan pekan


Goshen.Berdasarkan jadual 6, terdapat 3 soalan yang disoal oleh pengkaji kepada penduduk di
kawasan kajian melalui borang soal selidik, bagi soalan yang pertama, pengkaji mendapat bahawa
responden yang menjawab sederhana merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu
sebanyak 14 orang, kedua terbanyak adalah jawapan rendah iaitu sebanyak 11 orang dan yang ketiga
adalah jawapan tinggi iaitu sebanyak 5 orang.
Bagi soalan yang kedua pula pengkaji mendapati bahawa responden yang menjawab sederhana
merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 18 orang kedua terbanyak adalah
jawapan tinggi iaitu sebanyak 10 orang yang ketiga adalah jawapan rendah iaitu 2.
Bagi soalan yang ketiga pula pengkaji mendapati bahawa responden yang menjawab sederhana
merupakan jawapan yang terbanyak dalam soalan ini iaitu sebanyak 19 orang, kedua terbanyak adalah
jawapan rendah iaitu sebanyak 9 orang yang ketiga adalah jawapan tinggi iaitu 2 orang.
RAJAH 1

UMUR

7%
16 - 24
36 - 45
30% 46 - 55
4th Qtr

63%

Rajah 1 menunjukkan umur responden di kawasan kajian yang mana untuk kategori 16 – 24 tahun
sebanyak 19 responden, seterusnya 36 – 45 sebanyak 9 orang dan untuk kategori 46 – 55 tahun
berjumlah 2 responden sahaja.
5.1.2 GRAF TAHAP PENDIDIKAN RESPONDEN

TAHAP PENDIDIKAN

13% 7%
UPSR
10%
PT3
SPM
17% STPM
LAIN - LAIN

53%

RAJAH 2
Rajah 2 menunjukkan tahap pendidikan penduduk atau responden di kawasan kajian iaitu pada tahap
upsr hanya 2 responden sahaja iaitu hanya responden yang berumur 46 – 56 sahaja yang hanya sampai
di tahap upsr. Seterusnya,
5.1.3 GRAF TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN PENDIDIKAN

TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN PENDIDIKAN


30

25

20

15

10

0
SOALAN 1 SOALAN 2

RENDAH SEDERHANA TINGGI

RAJAH 3
Rajah 3 menunjukkan tahap kualiti penduduk berdasarkan pendidikan, berada di tahap yang sederhana
kerana respon untuk kedua soalan menunjukkan bilangan majoriti iaitu soalan 1 mendapat 21 respon
untuk tahap sederhana dan 26 respon untuk soalan 2 pada tahap sederhana juga.
5.1.4 GRAF TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN KESIHATAN

TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN KESIHATAN


30

25

20

15

10

0
SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3

RENDAH SEDERHANA TINGGI

RAJAH 4
Rajah 4 menunjukan tahap kualiti penduduk berdasarkan kesihatan berada di tahap yang rendah. Iaitu
untuk soalan 1 dan 2 masing – masing mendapat 25 respon dan untuk soalan 3 mendapat 6 respon.
Hal ini kerana penduduk di kawasan kajian mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti
merokok dan memimum minuman keras.
5.1.5 GRAF TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN KEMAHIRAN

TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN KEMAHIRAN


30

25

20

15

10

0
SOALAN 1 SOALAN 2

RENDAH SEDERHANA TINGGI

RAJAH 5
Berdasarkan graf di atas tahap kemahiran penduduk berada di tahap yang sederhana kerana data
menunjukkan sebanyak 24 respon untuk tahap sederhana bagi soalan 1 dan 16 respon untuk soalan 2.
Hal ini kerana kawasan kajian hanya memiliki sati institusi kemahiran iaitu giat mara.
5.1.6 GRAF TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN SIKAP

TAHAP KUALITI PENDUDUK BERDASARKAN SIKAP


20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3

RENDAH SEDERHANA TINGGI

RAJAH 6

Rajah 6 menunjukkan graf tahap kualiti penduduk berdasarkan sikap. Sikap penduduk di kawasan
kajian berada di tahap yang sederhana kerana untuk soalan 1, soalan 2 dan soalan 3 menunjukkan
tahap sederhana menumpulkan respon terbanyak.
5.2 FAKTOR YAMG MEMPENGARUHI KUALITI PENDUDUK DI KAWASAN KAJIAN
1.FAKTOR PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan salah satu penanda aras terpenting dalam penentu kualiti hidup manusia.
Pendidikkan mampu mencorak langkah terhadap pencapaian pekerjaan yang dingini sekaligus
meningkatkan kualiti hidup individu tersebut.
Di kawasan kajian terdapat institusi pendidikan yang baik dan banyak melahirkan
individu yang berkualiti, contohnya SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU II,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU, SEKOLAH MENEGAH
KEBANGSAAN BANDAU, SEKOLAH MENGAH KEBANGSAAN TANDEK, SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN TANDEK II, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BENGKONGAN.
Dengan institusi pendidikan yang terdapat di lokasi kajian hampir semua atau lebih
dari 90% penduduk di kawasan kajian sudah mendapat pendidikan yang mencukupi dan pendidikan
yang betul dan formal.

2. FAKTOR KESIHATAN
Kesihatan penduduk di lokasi kajian begitu baik walaupun banyak penduduk yang tidak mengamal
kan gaya hidup yang sihat seperti merokok dan meminum minuman yang beralkohol. Hal ini kerana
di lokasi kajian pengkaji mendapati bahawa terdapat hospital dan klinik yang di bangun di kawasan
kajjan.
Kadar kematian yang berlaku di sebabkan oleh penyakit berbahaya juga jarang
berlaku di lokasi kajian kerana penduduk mendapatkan rawatan awal dan boleh melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik atau hostpital berhampiran, contohnya Hostpital
Lotong Kota Marudu , Klinik 1 Malaysia, Klinik doctor voo dan klinik Nunsantara.
3.FAKTOR SIKAP PENDUDUK
Faktor sikap juga mempengaruhi kualiti penduduk di sesebuah kawasan. Hal ini kerana penduduk
yang mempunyai sikap yang positif dan baik mampu bekerja dan membangun kawasan dengan baik.
Contohnya, sikap positif ialah penduduk yang mempunyai perwatakan dan daya kepimpinan yang
kemas, sistematik dan berkesan. Hal ini membolehkan penduduk bersatu padu dan membolehkan
penduduk bekerja bersama sama tanpa ada sebarang masalah.
Berdasarkan pemehatian pengkaji sikap positif yang dimiliki oleh penduduk di
kawasan kajian kerana penduduk berpendidikan dan mempunyai agama. Di lokasi kajian terdapat
masjid dan geraja untuk penduduk beribadah setiap minggu.
Penduduk di kawasan kajian juga bersikap positif kerana biarpun berbeza agama dan
bangsa penduduk di kawasan kajian dapat bekerja dan berkomunikasi dengan positif dan baik.
Contohnya banyak penduduk berbangsa cina duduk makan di restoran melayu iaitu di

4. FAKTOR EKONOMI
Ekonomi di pekan kota marudu begitu stabil. Hal ini kerana, berdasarkan pemerhatian pengkaji
terdapat banyak jual beli yang berlaku di lokasi kajian yang saya kaji. Bukan itu saja terdapat banyak
juga kedai – kedai yang dibuka oleh orang tempatan iaitu bumiputera.
Di lokasi kajian terdapat banyak kedai-kedai yang di buka seperti kedai yang
berasakan perkhidmatan seperti restoran dan kedai bahan dapur iaitu desa . Keadaan ini memberikan
peluang pekerjaan kepada penduduk di lokasi kajian yang mana akan meningkatkan kualiti hidup
mereka.
5.1 KESAN KUALITI PENDUDUK TERHADAP SOSIOEKONOMI DI KAWASAN KAJIAN

1.Sosial
Kualiti penduduk akan meningkat kerana terdapatnya pusat pendidika dan pusat rawatan di pekan
Kota Marudu. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan ini, akan dapat melahirkan penduduk yang
berpendidikan dan kesihatan yang terkawal dan terjamin.

2.Ekonomi
Ekonomi di pekan Kota Marudu juga meningkat. Hal ini kerana, penduduk dapat menambah
pendapatan dengan bekerja di kedai-kedai di pekan Kota Marudu yang memerlukan pekerja. Selain
itu, juga terdapat pusat pembangunan yang semakin maju. Buktinya terdapat banyak pembangunan
telah dibangunkan di tempat kajian seperti GTea, KFC, Pizza Hut, 7 Eleven, 99 Speedmart, servay
dan Tealive

3.Sikap
Sikap penduduk juga dalam keadaan baik dan positif kerana mereka tidak akan stres dengan
pembelajaran dan pekerjaan mereka apabila meluangkan masa di kawasan rekeasi seperti di Taman
Jagung Kota Marudu.

4.Infrastruktur
Kualiti penduduk juga meningkat apabila terdapatnya kemudahan seperti bank di pekan Kota Marudu.
Dengan adanya kemudahan ini, penduduk dapat mengeluarkan wang ringgit untuk kegunaan harian
dan tidak perlu membuang masa pergi ke bandar yang sangat jauh untuk megeluarkan wang ringgit.
5.4 CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENDUDUK

1.MENAMBAHBAIK INFASTRUKTUR
Pihak kerajaan membuat jalan lebih besar seperti jalan di lebuh raya. Hal ini bagi memudahkan
kenderaan masuk untuk menghantar barang niaga seperti baju dan barangan kosmetik.
Selain itu, pihak kerajaan harus membuat lampu isyarat. Ini bagi mengurangkan kesesakan
lalu lintas. Sekiranya kesesakan lalu lintas berkurang, penghantaran barang niaga akan lancar dan
akan sampai tepat masanya.

2. MENAMBAHKAN INSTITUSI KEMAHIRAN


Di kawasan kajian terdapat banyak institusi pendidikan tetapi kurang instisusi kemahiran. Oleh itu,
institusi kemahiran harus di tambah agar penduduk yang kurang berbakat dalam pendidikan dapat
menyambung pelajaran di isntitusi kemahiran.
Institusi kemahiran harus di tambah kerana dalam instisusi kemahiran pelajar akan diajar
banyak kemahiran seperti dalam bidang pertanian, elektronik dan sebegainya. Dengan kemahiran
yang di dapatkan tadi penduduk akan membuka kedai sendiri seperti bengkel kereta. Secara
sendirinya kadar penganguran akan berkurang kerana pembukaan kedai baru akan memerlukan tenaga
pekerja yang baru.

3. PIHAK NGO ATAU PIHAK KERAJAAN MEMBERIKAN KURSUS PERNIGAAN KEPADA


PENDUDUK
Dengan memberikan kursus ini , penduduk akan mula minat untuk berniaga sendriri kerana sudah
tahu bagaimana cara berniaga dengan betul dan mendapat untung yang lumayan.Hal ini akan
mengurangkan kadar pengganguran dan kadar kemiskinan kerana penduduk sudah tahu cara
mendapatkan pendapatan sendriri.

4.MENAMBAH INSTITUSI PENGAJIAN


Menambahan instisi pengajian seperti universiti harus di titik beratkan agar penduduk yang tidak
berkemampuan dapat melanjutkan pelajaran. Ramai penduduk yang berkebolehan tetapi hanya sampai
di tahap SPM. Hal ini kerana untuk melanjutkan pelajaran banyak kos yang di perlukan seperti duit
makan, duit sewa rumah dan yuran sekolah.
6.0 KESIMPULAN
Melalui kajian yang dikaji, pengkaji dapat mengetahui kualiti penduduk di Pekan
Kota Marudu dan dapat memberikan cadangan meningkatkan kualiti penduduk. Pengkaji juga dapat
mengetahui tentang sejarah Kota Marudu.Dengan kajian ini, pengkaji juga dapat mengetahui faktor
yang mempengaruhi kualiti penduduk iaitu dari aspek pendidikan, kesihatan, kemahiran dan sikap
penduduk. Tambahan pula, pengkaji juga dapat mengetahui kesan yang mempegaruhi kualiti
penduduk iaitu dapat melahirkan penduduk yang berpendidikan dan kesihatan yang terkawal dan
dapat membantu penduduk mengurangkan tekanan. Namun demikian, pengkaji dapat mencari
beberapa cadangan untuk mempertingkatkan kualiti penduduk iaitu dengan memimgkatkan
kemudahan infrastruktur, menambah institusi pengajian, pihak NGO atau kerajaan memberikan
kursus kepada penduduk dan menambah institusi kemahiran.
Pengkaji merasa bertuah dan bangga tinggal di Kota Marudu, Sabah kerana di
kawasan ini terdapatnya banyak kemudahan yang disediakan. Dengan adanya kemudahan ini taraf
hidup penduduk di kawasan kajian semakin baik dan masa depan penduduk lebih terjamin.

7.0 RUJUKAN

 https://en.m.wikipedia.org/wiki/Kota_Marudu

Wikipedia (https://en.m.wikipedia.org/wiki/Kota_Marudu)

Kaseren@Sandora Koten Dominikus- Guru

Anda mungkin juga menyukai