Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KE 2 ( ZANITA AZWIN )

PENULISAN JURNAL
MINGGU 2 ( 6 JULAI 2015 10 JULAI 2015 ) Masalah Pengurusan Masa
MASALAH
Pada minggu kedua, saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat
dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai
objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari
tertentu.
ANALISIS
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati murid mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil
perbincangan, malah terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menerangkannya
dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa yang agak lama sehingga
mengurangkan masa yang telah dirancangkan.
CADANGAN
Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah :
1)

Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan

2)

lebih sempurna.
Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran

3)

dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.
Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkanpelajar tentang masa
yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalm masa yang
telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan

4)

memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.


Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KE 2 ( ZANITA AZWIN )


TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya.

TINDAKAN SUSULAN
Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum iaitu tentang
masalah pengurusan masa. Namun masalah ini bukanlah bersifat kekal jika kita bijak
mengatasinya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia kerana masa adalah amat berharga bagi
mereka semua. Tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah dengan
mengawal aktiviti dengan melihat jam dan sentiasa mengingatkan diri tentang waktu penamatan
masa bagi setiap aktiviti.

KESIMPULAN
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, ia dapat diatasi dengan mudah
oleh para guru sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan guru pelatih
hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri
dalaman dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru.

Anda mungkin juga menyukai