Anda di halaman 1dari 24

LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

LATIHAN MELAKUKAN SERVIS


Servis bola lantun
Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada.
Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara
servis bawah apabila bola melantun melepasi ketinggian
pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkat-
peringkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan.
Kemudian cuba membuat servis bola lantun sehingga terkena
jaring. Akhir sekali pukul bola melepasi jaring.

Servis atas bahu tanpa bola


Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang
kali. Suruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika melakukan
aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan, bengkokkan
badan dan hayunkan tangan.

Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai
ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter.
Berdiri sejauh lima meter dari dinding. Lakukan servis secara
pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan sasaran secara
berperingkat-peringkat. Ulangi pukulan sebanyak lima kali
pada setiap sasaran.
LATIHAN PUKULAN SANGGA
Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga
yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya
lambung bola tinggi dan cuba sangga semasa bola turun. Uji
sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke tanah.
KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
PUKULAN SERVIS
Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata
atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat
pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk
bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu
biasa digunakan.

Servis bawah bahu


Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan
mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada
faul servis.
Servis atas bahu
Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan
tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis
atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.

PUKULAN MENYANGGA
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah
paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang
menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis
atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya
dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang
sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku.
Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan
menyangga dengan baik.
PUKULAN MENGUMPAN
Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola
yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang
rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila
kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat
diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi
peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan
kelajuan bola.
PUKULAN REJAM
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam
gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan
servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara
menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan
lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan
perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
MENGHADANG
Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga
agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga
penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh
dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan.
Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola
yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.
RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar
dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini
dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama
handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku
banyak permainan reli.
Posted by Mohammad Amirul bin Rusli D20102045242 UPSI ( EL-A33) at 15:55
Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang.
Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan
badan untuk melakukan sanggaan yang baik.
Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. Bola disangga ke
dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun
terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya
lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa jatuhkan bola
ke tanah.
LATIHAN MENGUMPAN BOLA
Mengumpan bola bersendirian
Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian
separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika
menangkap bola. Lambung bola kemudian lakukan pukulan
mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak
memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini
beberapa kali.
Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.
Mengumpan bola berpasangan
Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba
lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar tidak
jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika tidak sempat
membuat umpanan.
Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding.
Selang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.
Uji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotan
sebaris. Suruh rakan berdiri pada gelung rotan yang pertama.
Anda berdiri sejauh 2 atau 3 meter dari barisan gelung rotan.
Buat umpanan ke arah rakan anda. Rakan anda hanya
menangkap bola pada paras atas kepala. Selepas hantaran
dilakukan, rakan anda berpindah ke gelung rotan kedua.
Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga ke gelung
kelima.
LATIHAN MEREJAM BOLA
Merejam bola bersendirian
Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan
bola. Tumpukan latihan ini kepada lonjakan kaki, bengkokkan
badan dan hayunkan tangan. Anda juga boleh
menggantungkan bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan
lonjakan dan pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.
Merejam bola berpasangan
Seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola
dengan tangan terhulur. Apabila rakan memberi arahan
'lompat' ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak
dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di
tangan rakan. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Seterusnya,
minta rakan membuat umpanan secara melambung bola atau
pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai perejam bola
pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-baiknya lakukan
aktiviti ini dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian
jaring boleh direndahkan untuk membina keyakinan untuk
merejam bola.

LATIHAN MENGHADANG BOLA


Menghadang sendirian
Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola keranjang
dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit jaring ke
hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.
Menghadang berpasangan
Berdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-
tengah. Lakukan lonjakkan menegak serentak dengan rakan.
Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan.
Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.

Dalam aktiviti yang berikut, seorang rakan merejam bola dan


anda cuba menghadang bola yang direjam itu.

Anda mungkin juga menyukai