Anda di halaman 1dari 32

PENDIDIKAN PERGERAKAN

UNIT 9

Sinopsis
Pendidikan Pergerakan adalah bidang yang mengandungi empat komponan
pergerakan iaitu Gimnastik Artistik, Gimnastik Irama, Gimnastik Pendidikan dan
Pergerakan Kreatif. Melalui Pendidikan Pergerakan, pelajar dapat mengaitkan
pergerakan tubuh badan dengan , ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan
kesinambungan pergerakan.
Di dalam modul pendidikan pergerakan ini hanya memberi penekanan kepada satu
komponen pergerakan ia itu komponan Gimnastik Irama. Komponan ini menjelaskan
mengenai elemen badan seperti imbangan,lompatan, gerak edar, pusingan badan.
Manakala bagi elemen alatan memberi penekanan kepada bentuk-sifat alatan yang
digunakan seperti alatan bulat dan padu, alatan bulat dan leper, alatan lembut dan
berombak, alatan panjang, langsing dan lembut serta alatan keras dan padu.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini anda seharusnya dapat
1.

Menyedari perkaitan di antara pergerakan-pergerakan dengan tubuh


badan, ruang, masa, beban dan daya, ritma ,aliran dan
kesinambungan pergerakan.

2.

Kebebasan pencurahan perasaan dan idea melaui perantaran tubuh


badan, daya cipta dan ritma.

3.

Cara manipulasi alatan mengikut bentuk alatan dan jenis alatan yang
digunakan..

4.

Melakukan pergerakan segerak dengan ritma pergerakan berkordinasi


dan bersifat estetik tanpa atau dengan alatan secara licin dan
berterusan.

PENDIDIKAN PERGERAKAN

UNIT 9
TAJUK 1

GIMNASTIK IRAMA

Apakah Gimnastik Irama?


Gimanstik Irama ialah pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk
menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkordinasi serta estetik.
Pergerakan ini boleh dilakukan berseorangan atau berkumpulan, tanpa atau dengan
alatan, secara licin dan berterusan.
Gimanstik Irama boleh di ajar melalui empat jenis pergerakan tubuh badan/ elemen
dan teknik alatan/elemen alatan ia itu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Imbangan
Gerak edar
Pusingan badan
Lompatan
Teknik alatan

Tahukah anda dalam pergerakan Gimanastik Irama alatan digunakan mengikut


sifat-bentuknya?.
Alatan yang digunakan mengikut sifat-bentuknya adalah seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.

alatan bulat dan padu


alatan bulat dan leper
alatan lembut dan berombak
alatan panjang. Langsing dan lembut
alatan keras dan padu

PERGERAKAN BADAN/ELEMEN BADAN


1.1.

Imbangan
Bagaimankah anda boleh melakukan imbangan?
1.1.1

Imbangan di atas dua kaki


Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Berdiri tegak, kaki rapat dan tangan lurus di sisi dan mata
pandang hadapan
2.
Bengkokkan lutut dan perlahan-perlahan naik ke bebola kaki
sambil menghayun tangan ke atas.
3.
Regangkan badan sepenuhnya ke atas.
4.
Turunakn tangan dan bengkokkan lutut dan kembali ke
kedudukan asal.

Variasi Pergerakan
Lakukan imbangan di atas dua kaki dengan berbagai pergerakan
tangan.

Rajah 1: Imbangan di atas dua kaki


1.1.2. Imabangan langkah terbuka.
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Berdiri tegak, kaki rapat dan tangan lurus di sisi.
2.
Satu langkah ke hadapan.
3.
Bengkokkan lutut depan dan mendepakan tangan.
4.
Luruskan kaki belakang. Kekekalkan kedudukan selama 2
saat.
Variasi Pergerakan
Lakukan imbangan langkah terbuka ke sisi.

Rajah 2. Imbangan langkah terbuka


1.1.3. Imbangan Melutut
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Duduk melutut, tangan di sisi.
2.
Naikkan badan ke atas smbil mendepakan tangan.
3.
Kekalkan kedudukan ini selama 2 saat.
4.
Turunkan badan ke kedudukan asal.
Variasi Pergerakan
Lakukan imbangan melutut dengan berbagai pergerakan tangan.

Rajah 3. Imbangan melutut

1.1.4. Imbangan dengan sebelah kaki di depan


Langkah-langkah pelaksanaan
1.
2.
3.
4.
5.

Berdiri tegak.
Berdiri di atas kaki kiri dan angkat kaki kanan sehingga paras
lutut.
Berdiri aras bebola kaki. Kekalkan kedudukan selam dua saat
Turunkan kaki kanan dan langkah ke depan dengan kaki yang
sama.
Rapatkan kaki kiri ke depan.

Variasi Pergerakan
Lakukan imbangan dengan sebelah kaki lurus ke depan.

Rajah 4. Imbangan dengan sebelah kaki di depan


1.3.

Imbangan V diatas punggung dengan sokongan tangan.


Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Duduk melunjur dengan kaki rapat
2.
letak tangan jauh kebelakang dan bengkokkan kaki
3.
angkat kedua-dua kaki serentak
4.
kekalkan kedudukan V ini selama 2 saat
5.
Turunkan ke dua-dua kaki serentak kekedudukan asal

Rajah 5. Imbangan V di atas punggung dengan


sokongan tangan

1.2.

Gerakedar
Apakah yang dimaksudkan dengan gerakedar?.
Pergerakan yang dilakukan dari satu tempat ke satu tempat dengan
menggunakan pelbagai cara. Sebagai contoh berjalan, berlari, skip,
langkah tarian, galop, menggelungsur dll.
1.2.1. Berjalan.
Langkah-langkah pelaksanaan
1. Berdiri tegak
2. kedua tangan disisi
3. Melangkah dari satu kaki ke kaki yang sebelah lagi ke depan
sambil menghayun tangan berselang seli.
Variasi Pergerakan
Lakukan dengan berbagai-bagai pergerakan tangan dan mengubah
tempo pergerakan.

Rajah 6. Berjalan
1.2.2. Berlari
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Berdiri tegak
2.
Melangkah dari satu kaki ke kaki yang sebelah lagi dengan
pergerakan yang lebih laju.
3.
Ulangkan pergerakan.
Variasi pergerakan
Berlari dengan tempo yang berlainan.
Berlari dengan berbagai pergerakan tangan.

Check later!!!!!

Rajah 7. Berlari

1.2.3. Langkah skip


Bagaimanakah anda boleh melakukan langkah skip?
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
2.
3.

Berdiri tegak
Melangkah ke depan dengan kaki kiri dan melompat atas kaki
yang sama.
Ulangkan pergerakan dengan kaki kanan.

Variasi pergerakan
Lakukan langkah skip setempat atau bergerak. Bergerak ke arah yang
berbeza dengan berbagai pergerakan tangan.

Rajah. 8 Langkah skip


Rajah 8. Langkah skip
1.2.4. Galop
Langkah-langkah pelaksanan.
1. Berdiri tegak.
2. melangkah ke depan dengan kaki kanan.
3. Lonjakkan dari kaki kanan dan seret kaki belakang ke kaki depan
4. langkah ke depan dengan kaki yang sebelah dan ulangkan
pergerakan
5. akhiri dengan melangkah ke depan dan berdiri dengan kaki rapat
Variasi pergerakan
Lakukan langkah galop ke sisi atau kebelakang
Melakukan dengan pergerakan tangan yang berbeza

Rajah 9. Galop.
1.3.

Pusingan Badan
Apakah cara pusingan badan yang biasa dilakukan?.
1.3.1. Pusingan setempat di atas dua kaki.
Langkah-langkah pelaksanaan.
1.
Berdiri tegak.
2.
Kedua-dua tangan didepakan
3.
Naikkan tumit kedua dua belah kaki dan buat pusingan yang
perlahan di atas bebola kaki.
Variasi pergerakan
Lakukan pusingan badan dengan kaki bersilang.
Lakukan pusingan badan dengan kedua tangan ke atas.

Rajah 10. Pusingan setempat di atas dua kaki.


1.3.2. Pusingan di atas punggung dengan sokongan tangan
Langkah-langkah pelaksanaan
1
Duduk berlunjur, kaki rapat, tangan ke belakang.
2.
Bengkokkan lutut dan angkat kedua-dua kaki.
Gunakan tangan untuk menyokong.
3.
Pusingkan kaki arah ke kiri untuk memulakan pusingan di atas
punggung.
4.
Selepas pusingan, turunkan kaki kedudukan asal.
Variasi Pergerakan
Lakukan dengan kaki lurus.
Lakukan tanpa sokongan tangan.

No gambar

Rajah 10. Pusingan di atas punggung dengan sokongan tangan.

1.4.

Lompatan

Bagaimankah anda boleh melakukan lompatan?.


1.4.1. Lompat Tegak
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Berdiri kaki rapat.
2.
Bengkokkan lutut, hayun tangan ke belakang.
3.
Lonjak ke atas sambil melunjurkan tangan ke atas.
4.
Mendarat dengan kedua belah kaki rapat.
5.
Turunkan tangan dan luruskan badan.
Variasi pergerakan
Lakukan dengan tangan mendepa.

Rajah 12. Lompat regang

1.4.2. Lompat Lentik


Langkah-langkah pelaksanaan.
1.
Berdiri tegak kaki rapat tangan lurus di sisi
2.
Bengkokkan lutut hanyun tangan ke belakang
3.
lonjakkan keatas dengan melunjurkan tangan dan kaki serta melentik
ke belakang
4.
Mendarat dengan kedua belah kakiTurunkan tangan dan berdiri tegak
Variasi pergerakan
Lakukan lompat lentik dengan pelbagai pergerakan tangan

Rajah 13. Lompat lentik


1.3.5. Lompat Bintang
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Berdiri tegak, kaki rapat, tangan lurus di sisi.
2.
Bengkokkan lutut, hayun lengan ke belakang.
3.
Lonjak ke atas sambil menghayun tangan ke atas semasa di udara.
4.
Lengan dan kaki terbuka seprti bintang.
5.
Mendarat dengan kedua belah kaki. turunkan tangan dan berdiri
tegak.
Variasi pergerakan
Tidak ada.

Rajah 12. Lompat bintang

Soalan Tutorial 1
1.

Anda dikehendaki membuat dua rangkaian pergerakan dengan


mengambil kira muzik dari pia rakamansebagai rangsangan terhadap
kesedaran ritma

1.5.

Teknik Alatan

Bolehkah anda bergerak dengan menggunakan alatan?


Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk dan jenis alatan menentukan
cara memanipulasinya.
1.5.1

Alatan Bulat (Bola)


a.
Mengimbang bola.
Langkah-langkah pelaksanaan
1.

Mengimbangkan bola dengan kedua sebelah tangan.

Variasi teknik.
Lakukan imbangan bola di atas satu tangan.
Lakukan imbangan bola diatas belakang tangan

Rajah 15. Mengimbang bola dengan kedua belah tangan


b.

Menghayun

Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Hayunkan tangan ke belakang dan ke had
2.
Mengimbang bola diatas sebelah tangan
3.
Hayunkan tangan kebelakang dan ke depan
4.
Tukar tangan dan ulang
Variasi Teknik
Lakukan hayunan ke berbagai arah.

10

Lakukan hayunan bola dengan membentuk corak bulatan atau bentuk


lapan.

No gamb

Rajah 16. Menghayun alatan bola


c.

Memusing

Langkah-langkah pelaksanaan
1. Letak bola di antara dua tangan.
2. Memusing bola dengan menggunakan tapak tangan dan belakang
tangan serentak.
Variasi Teknik
Memusing dan memutar bola si atas berbagai permukaan misalnya di
atas dada, di atas lantai dan di hujung kaki.

Rajah 17. Memusing

Rajah 17. Memusing bola

11

d.

Meleret bola atas lantai.

Langkah-langkah pelaksanaan.
1.
Bola di letakkan atas lantai
2.
Tangan di letak di belakang bola
3.
Dengan tapak tangan dan jari menggolekkan bola ke depan
4.
Menahan leretan bola
Variasi teknik
Lakukan dari kiri ke kanan atau kebelakang

Rajah 18. Meleret bola atas lantai

e.

Meleret bola di bahagian badan

Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Bola di atas tangan.
2.
Naikkan tangan tinggi sedikit
3.
Biarkan bola melert hingga ke dada
4.
Meleret bola di bahagian belakang badan
Variasi Teknik
Lakukan leretan bola pada berbagai bahagian badan.

12

Rajah 19. Meleret bola


1.5.2. Alatan Bulat Dan Leper (Gelung)
a.

Menghayun Gelung

Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Berdiri kaki rapat, pegang gelung sebelah tangan
2.
Genggam gelung dengan tapak tangan di sisi badan
3.
Bengkokkan kaki sebelum memulakan hayunan gelung ke
belakang.
4.
Hayun gelung ke hadapan sambil meluruskan badan.
5.
Hayun gelung ke belaakang sambil bengkokan lutut.
6.
Hentikan hayunan dengan meletakkan gelung di atas lantai
Variasi teknik
Lakukan hayunan dari sisi ke sisi
Lakukan dua tangan di atas kepala
Lakukan hayunan mengelilingi badan

Rajah 20. Menghayun Gelung

b. Memusing.
Langkah-langkah pelaksanaan.
1.
Letak gelung antara ibu jari dan jari telunjuk.
2.
Melakan pusingan dari pergelangan tangan dan gunakan jarijari tangan untuk mengawal pusingan
3.
Hentikan pusingan dengan jari-jari

13

Variasi teknik
Lakukan dengan sebelah tangan di depan atau di atas

Rajah 21. Memusing gelung

c. Meleret
Langkah-langkah pelaksanaan.
1.
Berdiri kaki terbuka dan berat badan pada kaki kanan.
2.
Tangan kiri diregang ke sisi dan tapak tangan di atas
3.
Meleret gelung dengan tolakan yang tangkas dari sisi ke sisi
4.
Semasa meleret gelung pindahkan berat badan dari kaki
kanan ke kiri.
Variasi Teknik
Lakukan leretan dengan satah condong untuk mendapatkan leretan
bulatan. Lakukan leretan pada berbagai bahagian tubuh badan.

Rajah 22. Meleret Gelung


d. Mengimbang
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang gelung dengan cekak biasa.
2.
Luruskan tangan di hadapan.
3.
Naikkan ke atas kepala.
Variasi Teknik

14

Lakukan imbangan gelung dengan satah condong ke depan atau ke


sisi.

Rajah 23. Mengimbang gelung


e. Memutar
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang gelung di depan dengan hujung jari
2.
Mulakan putaran gelung dengan pergerakan pada
pergelangan tangan
Variasi teknik
Lakukan putaran gelung dengan berbagai arah

15

Rajah 24. Memutar Gelung


f.

Melambung dan menyambut

Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang gelung dengan sebelah tangan
2.
Bengkokkan lutut dan hayunkan gelung ke belakang
3.
Luruskan lutut dan naikkan diatas bebola kaki. Hayun gelung
ke hadapan.
4.
Lepaskan gelung dari tangan
5.
Sambut gelung dengan tangan yang lurus dan bengkokkan
lutut. Ikut lajak
Variasi teknik
Lakukan lambungan di atas kepala dari kiri ke kanan

Rajah 25. Melambung dan menyambut


1.5.3. Alatan Lembut dan Berombak (Selendang)
a.
Menggubah bentuk
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Menggunakan selendang untuk mencipta bentuk yang
berlainan: Memulas selendang, memutar selendang,
merenyuk selendang supaya menjadi gumpalan
Variasi teknik
Mereka cipta sebarang bentuk dan cuba menyesuaikan penggubahan
bentuk tubuh badan

16

Rajah 26. Menggubah bentuk badan


b. Menghayun
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang bucu selendang
2.
Regangkan kedua dua tangan kesebelah kanan
3.
Hayun selendang ke sisi kiri badan
4.
Hayun selendang ke sisi kanan melintasi sisi badan
5.
Ulang beberapa kali
6.
Berhenti dengan pegang selendang di hadapan badan

Variasi teknik
Lakukan hayunan di sisi di depan dan di belakang badan

Rajah 27. Menghayun


c. Membuat Bentuk Lapan.
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang ke dua-dua bucu selendang di hadapan
2.
Pergerakan dimulakan dari kanan ke kiri

17

3.
4.

Kekalkan kedudukan tangan kiri sementara tangan kanan di


putarkan sambil melakar bentuk lapan
Kembali kekedudukan asal.

Rajah 28. Membuat bentuk lapan


d. Membuat Corak Besar
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang selendang di bahagian bucunya dengan tangan
kanan.
2.
Gerakakan tangan untuk membuat bulatan besar di hadapan
atau di sisi badan.
Variasi Teknik
Lakukan corak besar dengan sebelah tangan di atas kepala.
Gerakkan tangan dari kiri ke kanan untuk corak melengkung. Lakukan
pergerakann pada berbagai satah.

Rajah 29. . Membuat corak besar dengan selendang.

18

e. Membuat Corak Kecil.


Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang selendang di bahagian bucunya dengan tangan
kanan.
2.
Gerakkan tangan untuk membuat bulatan kecil di hadapan
atau di sisi badan.
3.
Gerakkan tangan untuk membuat gelombang di hadapan dan
si sisi badan.
Variasi Teknik
Lakukan corak kecil mengeliling badan.
Gerakan tangan dari kiri ke kanan.
Lakukan pergerakan pada satah berbeza.

Rajah 30. Membuat corak kecil dengan selendang.


1.5.4. Alatan Panjang, Langsing dan lembut (Tali)
a.
Melakukan skip
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Berdiri pegang tali di tangan , tali ke belakang
2.
Hayun tali ke atas sambil melangkah kaki ke depan
melintasi tali
3.
Berhenti lakuan skip dengan cara: a. Menahan tali
dibawah tapak kaki b. Menahan tali di belakang kaki
dan tarik ke dua hujung tali ke depan
Variasi teknik
Lakukan skip engan pertukaran arah ke belakang, ke depan ,
ke sisi dan kaki lurus, bengkok

19

Rajah 31. Melakukan skip

b.

Memusar
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang tali dalam satu tangan di sisi badan.
2.
Angkat tangan dan memusar tali di atas kepala
3.
Mulakan pusaran dengan hayunan dari sisi ke atas
kepala.
4.
Untuk kawalan baik, lakukan pusaran dalam satu arah
sahaja.

Variasi Teknik
Lakukan pusaran pada berbagai arah.

Rajah 32. Memusar dengan alatan tali

c.

Melilit Badan

20

Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang hujung tali dengan satu atau dua belah tangan.
2.
Lipatkan tali satu, dua atau tiga kali. Melilit tali pada
sebahagian tubuh badan.
3.
Pusingkan pergelengan tangan untuk memulakan
pergerakan melilit.
4.
Melilit tali pada badan dan membuka lilitan juga
dilakukan dengan memegang hujung tali.
5.
Pergerakan tubuh badan seperti memusing memulakan
lilitan.
Variasi Teknik
Lakukan lilitan tali pada berbagai bahagian badan.

Rajah 33. Melilit badan dengan alatan tali.


1.5.5. Alatan Keras dan Padu (Kayu)
a. Mengimbang
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang hujung atau tengah kayu.
2.
Kayu diimbangkan seketika di atas tapak tangan atau di
belakang tanga.
Variasi Teknik
Lakukan imbangan pada berbagai bahagian-bahagian tubuh badan.

21

Rajah 34. Mengimbang dengan alatan kayu.


b.

Meleret

Langkah-langkah pelaksanaan
1. Letak kayu di atas tapak tangan.
2. Lepaskan kayu supaya kayu meleret di atas tangan kea rah
badan.
3. Turunnkan tangan, luruskan siku dan menyambut kayu ketika
kayu meleret kembali ke tangan.

Variasi Teknik
Lakukan melerat kayu dengan berbagai bahagian badan.

Rajah 35 Meleret dengan alatan kayu.


b. Membuat Bulatan Kecil
Langkah-langkah pelaksanaan
1.
Pegang hujung kayu

22

2.

Putar bahagian pergelangan tangan untuk mendapatkan


bulatan kecil

Variasi Teknik
Lakukan bulatan kecil dalam berbagai satah.
Lakukan bulatan kecil dengan dua batang kayu berasingan.

Rajah36. Membuat bulatan kecil dengan alatan kayu.


Bagaimanakah anda dapat mengajar Gimnastik Irama dengan berkesan?
2.6

Panduan Mengajar Gimnastik Irama

2.6.1. Cara Organisasi Kelas


Penting untuk mendapatkan kesan yang baik, misalnya:

23

Rajah. 24
Berseorangan bagi mendapat lakuan yang betul

Rajah. 25
Bergerak bebas untuk mencuba berbagai-bagai jenis pergerakan.

Rajah. 26
Berbaris untuk latih tubi

Rajah. 27

24

Berpasangan untuk mendapatkan tindakbalas.

Rajah. 28
Berkumpulan kecil untuk melaksanakan tugasan kumpulan.

2.6.2. Contoh Alatan-Alatan Gimnastik Irama

Alat lembut dan berombak

25

26

2.6.3. Kesedaran Ritma

Soalan Tutorial 2

Anda dikehendaki merancang dan menyediakan satu rutin atau rangkaian


pergerakan gimnastik irama dengan mengambil kira beberapa perkara seperti
berikut:
a. Empat elemen badan iaitu imbangan, gerakedar, lompatan,
pusingan badan

27

b. Element atau teknik alatan gimnastik irama dengan


memilih salah satu daripada alatan Gimnastik.
c. Pilihan muzik atau rangsangan bunyi yang sesuai sebagai
unsur ritma.
d. Aktiviti ini mengambil masa antara 90 hingga 120 saat.
Perancangan rutin tersebut hendaklah dihasilkan dalam bentuk hard copy
manakala pergerakan rutin pula hendaklah disediakan dalam bentuk video
atau vcd.

2.7

Rumusan

Gimnastik Irama adalah salah satu disiplin sukan gimnastik yang merupakan
pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimnastik
Irama juga boleh dilakukan dengan atau tanpa peralatan yang kecil ditangan.
Pergerakan adalah berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan ia mesti dilakukan
secara licin dan berterusan. Pada asasnya, cirri-ciri pergerakan perlu mempunyai
cirri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen
asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.
Peralatan Gimnastik Irama adalah bola, tali, reben, gelung, belantan, skaf, bendera
dan kayu.

2.8

Bacaan Asas

Gimnastik Irama. (1997). Panduan Guru: Kuala Lumpur Kementerian


Pendidikan Malaysia.
2.9

Rujukan.

Jastrjembskaia. N., & Titov. Y. Rhythmic Gymnastics (1999). Champaign, Il:


Human Kinetics.
LO Joo Sim. Gimrama. (1995). Shah Alam: Fajar Bakti.

PENULIS MODUL PEMBELAJARAN


Bil.
1.

Nama

Kelayakan

PENGERUSI
Taipkan nama pengerusi panel di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini

28

Taipkan kelayakan di sini


Contoh:
Ph.D
Guru Bahasa Melayu 10 tahun

2.

3.

4.

5.

Taipkan sambungan alamat di sini


AHLI 1
Taipkan nama ahli panel 1 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 2
Taipkan nama ahli panel 2 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 3
Taipkan nama ahli panel 3 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
PENYELARAS
Taipkan nama penyelaras di sini
BPG

Penulis buku..
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Ketua Jabatan Bahasa
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini

AHLI PANEL PEMURNIAN MODUL PEMBELAJARAN


Bil.
1.

2.

3.

4.

5.

Nama

Kelayakan

PENGERUSI
Taipkan nama pengerusi panel di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 1
Taipkan nama ahli panel 1 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 2
Taipkan nama ahli panel 2 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 3
Taipkan nama ahli panel 3 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
PENYELARAS
Taipkan nama penyelaras di sini
BPG

29

Taipkan kelayakan di sini


Contoh:
Ph.D
Guru Bahasa Melayu 10 tahun
Penulis buku..
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Ketua Jabatan Bahasa
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini

SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT


BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk soft copy.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

30

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan


membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber


yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih
jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca


dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

31

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

32

Anda mungkin juga menyukai