Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI OLEH :NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Bismillahi Ar-Rahmaan Ar- Rahim, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana alhamdulillah dengan izinNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus untuk bahasa Melayu Akademik 1 ini dalam waktu yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada En.Muhammad bin Che Majid yang telah banyak memberi panduan untuk saya dan rakan sekumpulan melaksanakan kerja kursus ini.

Walaupun pada awalnya saya mengalami sedikit kesukaran untuk mencari maklumat yang dikehendaki oleh soalan, namun saya berjaya mengatasi masalah tersebut. Masalah ini timbul kerana saya tidak begitu jelas dengan kehendak soalan. Setelah berkolaborasi bersama pensyarah untuk kali pertama, saya menyangkakan saya sudah memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Saya berjaya mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan menjawab soalan tersebut. Ini kerana tugasan ini walaupun tidaklah terlalu rumit, tetapi ia merangkumi banyak perkara dan menuntut masa yang lama untuk menyiapkannya. Syukurlah saya dapat membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan ini kerana dalam masa yang sama saya juga perlu menyiapkan beberapa kerja kursus untuk subjek lain.

Alhamdulilah setelah saya melaksanakan kerja kursus ini, saya telah belajar banyak perkara bukan sahaja dari sudut akademik, malahan disiplin diri dan semangat kerjasama. Dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya telah lebih memahami tentang cara-cara dan prosedur untuk mengadakan sesuatu program. Hal ini kerana, dalam kerja kursus ini kami diminta untuk menyediakan surat memohon kebenaran, kertas kerja, tentatif program dan buku program. Saya merasakan kesemua tugasan berikut telah merangkumi semua prosedur untuk mengadakan sesuatu program. Jika sebelum ini saya belum pernah menyediakan kertas kerja untuk sesebuah program, kini saya telah sedikit sebanyak belajar tentang bagaiman untuk menyediakannya dan apa-apa maklumat yang perlu ada untuk menghasilkan sebuah kertas kerja yang lengkap.

Kerja kursus ini melatih saya untuk lebih berdisiplin dalam membahagikan waktu supaya waktu saya tidak sia-sia dan tugasan-tugasan saya dapat disiapkan tepat pada waktunya.Di samping itu, kerja kursus ini telah meningkatkan semangat kerjasama dan tolak ansur dalam diri saya kerana bekerja dalam kumpulan memerlukan setiap ahli agar saling bertoleransi bagi memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat hasil yang terbaik.

Akhir sekali, saya berharap ilmu yang saya perolehi ini dapat saya manfaatkan bukan sahaja dalam tempoh saya masih belajar, malahan setelah bergelar guru nanti. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarahpensyarah yang telah banyak membantu dalam tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sanggup berkongsi maklumat dan saling membantu.Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Wallahualam. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai