Anda di halaman 1dari 4

 Guru memerlukan masa untuk mendapatkan penguasaan dalam

pedagogi mereka kerana dalam pedagogi, banyak perkara yang

boleh dipelajari.

 Pedagogi merupakan kajian atau teori atau falsafah yang digunakan

dalam pengajaran

 Bagaimanapun, dalam pemahaman kita, pedagogi ialah bagaimana

cara untuk kita mengajar murid di sekolah.

 Guru pada era moden ini kurang mengaplikasikan kaedah atau teori

yang telah dipelajari.Ini kerana kesibukan guru dalam tugasan

“pengkeranian”.guru tidak dapat mempelajari dan

mengaplikasikannya kerana tidak berkesempatan dan waktu yang

terhad untuk menagplikasikannya di sekolah.

 Banyak teori yang boleh kita aplikasi seperti teori behaviorisme .

 (guru menjadi ketua dan mengawal keseluruhan pembelajaran di

dalam kelas.Kaedah pengulangan juga adalah cara yang terbaik

untuk belajar.)

 Jika pembelajaran yang terancang dan berjaya dikawal oleh guru

dengan baik,hasilnya mampu membantu murid belajar dengan baik.

 Murid juga akan dapat belajar dan memahami dengan baik jika

mereka mengetahu tugasan yang mereka lakukan itu adalah betul

atau salah jika mereka mendapat maklum balas yang tepat

daripada guru.

 Pembelajaran pada masa kini bukan hanya sekadar memberikan ucapan

kata-kata rangsangan yang baik, malah ia memerlukan juga tunjuk ajar

dan panduan yang betul untuk menguasai sesuatu kemahiran

tersebut.Perkukuhkan mereka dengan panduan yang betul.

 Menjadi permasalahan ialah apabila mereka belajar sendiri tanpa ada

bimbingan.
 Kawalan guru dalam pengajaran bukanlah mampu membangunkan

pemikiran kritis atau aras tinggi, tetapi untuk memupuk tingkah laku

yang baik dalam pembelajaran. Ini kerana tingkah laku yang baik akan

mampu memupuk murid memajukan diri ke arah yang lebih positif

dalam belajar.

 Kaedah pengulangan dan memberi ganjaran adalah masih digunakan

lagi pada masa sekarang kerana ianya lebih berkesan

 Sebab itulah wujudnya pedagogi kerana ianya adalah untuk menilai

semula dan membandingkan dengan kaedah pengajaran kita

 Dengahn itu kita boleh menyatakan bagaimana dan adakah ianya

berkesan terhadap

 Teori liberasi - ianya lebih kepada berpusatkan pelajar.

 Melalui teori ini, ia bercanggah dengan teori tradisional .pelajar

perlu dianggap sebagai penyumbang atau pencipta ilmu

pengetahuan.

 Ahli teori ini menganggap pelajar pelu memilih corak atau kaedah

belajar yang diinginkan dan topik pembelajaran yang sesuai untuk

mereka.

 Teori ini lebih menekankan bagaimana murid untuk belajar dan

mencapai ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri.Guru boleh

menjadi pembimbing daripada memberi ilmu secara terus.

 Pelajar digalakkan membuat kumpulan dan berbincang untuk

menambahkan idea dan ilmu pengetahuan

 Pelajar juga boleh berbincang dengan guru mengenai sub topik yang

dirasakan susah dan perlu bimbingan.

 Teori konstruktivisme - murid meneroka dalam pembelajaran mereka

dengan cara berkomunikasi dengan rakan.


 Pembelajaran yang terbaik ialah dengan bercakap di antara mereka

sendiri utk selesaikan masalah

 Teori ini berkesan apabila sesuatu murid dan guru belajar bersama

untuk berbincang sesuatu topik.

 Guru akan menyatakan masalah yang perlu diselesaikan oleh

sekumpulan murid.Melalui pembelajaran ini, komunikasi dan

pengetahuan sedia ada adaalah sangat penting.

 Pelajar yang sedikit maju berbanding rakan lain akan mendapat

manfaat daripada maklumat yang diperolehi dan berusaha untuk

memastikan rakan sebaya faham apa yang dipelajari.

 Murid yang lemah akan dapat mengejar seiring dengan murid yang

maju.

 Teori konektivisme- kaedah pembelajaran pada abad ini.

 Menekankan bagaimana teknologi dan pendidikan meberikan impak yang

baik kepada pembelajaran murid.

 Pendekatan ini ditakrifkan sebagai proses belajar melalui teknologi

dan mengembangkan kemahiran untuk menerokai rangkaian maklumat

yang luas seperti internet

 Pembelajaran ini lebih kepada pembelajaran secara maya

 Mengajar murid untuk ke arah pembelajaran digital

 Murid boleh belajar pada bila2 masa dengan menggunakan teknologi

untuk mengembangkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan secara

autonomi
 bukan sekadar mengajar pengetahuan, guru ada untuk memudahkan

pelajar mendapatkan pengetahuan dengan menunjukkan kepada mereka

cara mengekstrak ilmu melalui teknologi.

 Sebagai contoh, guru boleh menggunakan facebook untuk memberi

video dan gambar rajah.murid menjawab soalan melalui tugasan yang

diberikan di facebook.

 Murid akan lebih seronok dan ingin belajar dengan menggunakan

aplikasi yang mereka ketahui.

 Kaedah pembelajaran menggunakan tenologi adalah sesuatu tindakan

yang bagus untuk diaplikasi.

Kesimpulannya, daripada mengubah sistem pendidikan , lebih bagus untuk

membangunkan kaedah pembelajaran yang bagus dan memberikan sokongan

dan peralatan yang diperlukan oleh guru

Anda mungkin juga menyukai