Anda di halaman 1dari 2

Akisahnya, Si Luncai seorangmiskin dari hujung kampung begituingin

menatap sendiri wajahrajanya. Namun, biarpun telah beberapa kali mencuba,


hasratnyagagal disebabkan wajahnya yang buruk serta tidak mempunyai
pakaian yang sesuai untuk mengadapraja.
Namun, padasuatu hari, dia berjaya juga masukke istana dan mengadapraja.
Malangnya, dia ditimpa malang. Apatidaknya, ketika menghadapraja,
terluncur katadari mulutnya bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya.
Rajayangzalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya tidak sekali-kali
boleh disamakan dengan rakyat biasa apatahlagi dengan mukaarwah
bapaSi Luncai yang miskindan dipandanghina itu.
Tanpamempertimbangkan perkara ini denganadil danteliti, raja pun
menjatuhkan hukuman.Penghinaan Si Luncai mesti dibayardengan nyawa.
Dan untuk itu, Si Luncai dihukumbunuh secara dicampakkanke tengah laut.
Pesuruh raja pun bersiaplah membawa SiLuncaike dalam perahu untuk
dibawake tengah laut kerana Si Luncai akandibuangke dalam laut itu nanti. Si
Luncaitelah dimasukkanke dalam sebuahguni dan dipikulke pangkalan.
Apabila sekaliannya telahsiap, makaperahu itu pun dikayuhlah ke tengah
laut. Dari dalam guni itu Si Luncai dapatmelihat beberapa biji labu air
terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, makaSi
Luncaiberkata; kasihan benar aku melihat kamusemua terlalu teruk
berkayuh. Mahukah kamusemua jikaaku ajarkanlagu untuk
menghilangkanpenat kamu semua itu?
Salah seorangdaripada mereka berkata; Diamlah kamu, sebentar lagi
kamuakandicampakkanke dalam laut ini. Mendengar kata-katayang
sedemikianitu, makaSi Luncai pun menyanyilah. Si Luncai terjun
denganlabu-labunya. Biarkan! Biarkan!
Mendengar Si Luncaimenyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan
beberapa orang pekayuh mula menyanyi: Si Luncai terjun dengan labulabunya!
Makabeberapa orang yang lain pun menjawablah: Biarkan! Biarkan!
Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.
Si Luncai

terjun denganlabu-labunya!

Biarkan! Biarkan!
Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka
semuanya.

Melihatkan keadaan itu, makaSi Luncai pun keluar dari guni dandia
mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dankemudiandia mengambil
dua biji labu yang lain lalu terjun dari perahu itu.
Perbuatan Si Luncaiterjun dengan labu-labunya dilihat oleh sekumpulan
pendayungdi bahagian belakangdan berteriak Si Luncai terjun denganlabulabunya untuk memberitahu bahawaSi Luncai telah berjayamelepaskan diri.
Namun, teriakan itu pula disambut dengan biarkan biarkan oleh
pendayungdi hadapankerana menyangka bahawaitu adalah sebahagian lirik
lagu yang mereka nyanyian.
Si Luncai berenangke tepian menggunakanpelampung labu air yang duabiji
itu.
Apabila sampaike tengah laut, kumpulan pendayung di hadapan baru
menyedari bahawa SiLuncai telah berjayamelepaskan diri.
Makakembali ke daratdan mencari Si Luncai.

Anda mungkin juga menyukai