Anda di halaman 1dari 3

SKRIP DRAMA PENDEK SI LUNCAI

Watak:
Si Luncai – Alfizan
2 orang pengawal raja – Chauren & Ros
Raja – Ros

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum
kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda.

Pengawal 1: Cepat masuk ke dalam perahu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam
dasar laut.
Pengawal 2: Itulah padahnya akibat mempersendakan raja.
Si Luncai: Ampunkan hamba. Tolong bebaskan hamba. Hamba janji, hamba tidak
mengulanginya lagi.

Tanpa mendengar rayuan Si luncai, para pengawal pun memaksanya untuk menaiki perahu. Dia
dimasukkan ke dalam guni agar tidak bisa lari ke mana-mana. Mereka pun belayar hingga ke
tengah lautan. Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di
dalam perahu.

Si Luncai: Kasihan benar hamba melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu
semua jika hamba ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu.
Pengawal 1: Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini.
Si Luncai: Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan! (bernyanyi)

Mendengar Si Luncai bernyanyi, dua orang pengawal raja pun turut bernyanyi sambil berkayuh
dengan riangnya.

Pengawal 1 & 2: (bernyanyi)


Si Luncai terjun dengan labu-labunya!
Biarkan! Biarkan
Si Luncai terjun dengan labu-labunya!
Biarkan! Biarkan!

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji
labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dari
perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.
Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada
mereka, matilah Si Luncai dan mereka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa
yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.

Si Luncai: Aku mesti membalas dendam kepada raja yang zalim dan angkuh itu.

Namun dalam hatinya menyimpan dendam yang sangat mendalam kepada raja yang zalim dan
angkuh itu. Setiap hari dia memikirkan bagaimanakah caranya untuk membalas dendam.
Padanya, raja adil raja disembah, raja zalim, raja disanggah. Setelah beberapa hari lamanya,
barulah Si Luncai mendapat idea.

Si Luncai pun mengenakan baju serba putih lengkap dengan serbannya sekali. Imej yang
dibinanya adalah imej orang alim lagi warak. Dia pun pergi menghadap raja di istana. Melihat Si
Luncai datang, terkejutlah seisi istana, kerana tidak menyangka yang Si Luncai telah ‘hidup’
kembali. Raja pun keluar dan terjadilah pertemuan baginda dengan Si Luncai buat kali kedua.

Raja: Apa yang terjadi kepada kamu?


Si luncai: Alhamdulillah, patik sekarang telah insaf … patik akan menjadi orang alim. Patik tidak
perlukan apa-apa lagi dalam hidup ini.
Raja: Apa yang terjadi kepada kamu?
Si Luncai: atik telah sampai ke alam arwah dan bertemu dengan arwah-arwah orang yang telah
mati … termasuk arwah ayah patik dan almarhum ayahanda tuanku.
Raja: Almarhum ayahanda beta? Bagaimana gerangannya di sana?
Si Luncai: Ampun, tuanku. Almarhum sangat dukacita kerana perbuatan tuanku.
Raja: Apa yang beta lakukan?
Si Luncai: Entahlah, almarhum cuma berdiam diri. Katanya baginda ingin bertemu sendiri
dengan tuanku untuk memberi nasihat
Raja: Bagaimana, bolehkah beta bertemu ayahanda beta?
Si Luncai: Masakan tidak, hamba yang hina ini pun boleh, apalagi tuanku yang mulia
Raja: Bagimanakah cara?
Si Luncai: Begini … tuanku hendaklah masuk ke dalam laut dalam peti yang dilubangi. Patik
dahulu pun begitu juga. Di dasar lautlah akan berlaku pertemuan itu nanti

 Tanpa berfikir panjang, raja pun bersetuju. Pendek cerita, raja pun dibuang ke laut di dalam
peti yang berlubang. Apalagi, air pun masuk dan raja pun mati lemas. Si Luncai lari
menyembunyikan diri dan tidak diketahui lagi keadaan dan nasibnya selepas itu.

Pengajaran:
1. Kita hendaklah bijak menggunakan akal bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
3. Kita janganlah menyimpan dendam terhadap sesiapa pun kerana ia akan menimbulkan
permusuhan.

Anda mungkin juga menyukai