Anda di halaman 1dari 3

Si Luncai terjun dengan labu-labunya biarkan–biarkan.

Eh eh siapa pula yang leka


menyanyi-nyanyi tu, nak tahu jawapannya?

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Para hakim yang arif serta bijaksana. Penjaga
masa yang patuh pada waktu serta kepada guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada
pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Si Luncai dengan Labu-
Labunya”.

Dengarlah kisah Si Luncai, perutnya buncit, tetapi pandai.

Di negeri Indera pati, tinggallah seorang pemuda yatim piatu bernama Si Luncai, Si
Luncai berwajah hodoh, perutnya buncit manakala punggung pula tertongek-tongek.
Kasihan Si Luncai. Dia sering dihina kerana rupa yang hodoh itu.

Ish…..tak baikkan kawan-kawan menghina sesama manusia. Walaupun Si Luncai serba


kekurangan, dia seorang yang pintar dan ringan tulang.

Si Luncai teringin menghadap maharaja Isin. Suatu hari dia terus mengelinap masuk ke
dalam istana. Talkala Luncai di balai penghadapan, maharaja itu sedang bercukur rambut.
Tanpa berlengah, Luncai terus menghadap maharaja Isin.

“Siapakah kamu wahai anak muda, tanya maharaja Isin kepada Luncai?

Ampun patik tuanku, nama patik Luncai, patik datang dari sebuah kampung di hujung
negeri ini, tujuan patik kemari hanya untuk melihat-lihat kawasan istana tuanku, sembah
Luncai.

Maharaja Isin tidak berkata-kata apa-apa, baginda terus bercukur. Perhatiannya Si luncai
terus tertumpu kepada kepala maharaja yang botak dan gondol. Tiba-tiba dengan tidak
semena-mena, Luncai menangis teresak-esak. Kian lama tangisan kian kuat sehingga
menarik perhatian maharaja Isin.

Hilanglah sudah rasanya malu, mengenalkan si ayah bertambah pilu. Hati di dalam bagai
dipalu,bila disoal dahpun perlu.

Eh, kenapa kamu menangis Luncai, tanya maharaja isin dengan penuh kehairanan.

Ampun patik tuanku, tidak perlulah patik bagitahu mengapa patik menangis. Sebab nanti
tuanku akan murka kepada patik, sembah Luncai dengan tergagap-gagap.Maharaja Isin
terus mendesak Luncai supaya memberitahu mengapa dia menangis. Akhirnya Luncai
pun memberitahu dia menangis kerana melihat kepala Raja Isin yang botak dan gondol
itu seperti kepala arwah ayahnya. Demi mendengar kata-kata Si Luncai, wajah maharaja
Isin menjadi merah padam, baginda amat murka. Baginda bingkas bangun lalu memangil
pengawal-pengawalnya supaya menangkap Luncai. Masukkan bedebar ini ke dalam
karung dan buang ke laut, biar dia mati dimakan ikan jerung titah baginda.

Pegawal-pengawal itu terus menangkap Luncai dan dimasukkan ke dalam guni. Mereka
membawa Luncai ke muara sungai dengan sebuah perahu, tetapi baru sahaja mereka
mula mengayuh, tiba-tiba Luncai yang berada di dalam guni berkata “Aduhai pengawal
yang budiman, bolehkah tuan hamba berikan sebiji labu kepada hamba? Mendengar
pemintaan Si Luncai, pengawal-pengawal itu berasa hairan lalu bertanya: “Mengapa
Luncai perlukan sebiji labu?” Luncai memberitahu jika dia memeluk labu itu, dia berasa
seolah-olah memeluk ibunya.

Oleh sebab bersimpati kepada Luncai, ketua pengawal menyuruh anak-anak buahnya
mengeluarkan Luncai dari guni itu lalu diberikan sebiji labu-labu yang digunakan untuk
mengisi air minuman mereka. Pengawal-pengawal itu terus berkayuh ke muara sambil
menyanyi,

Dayungx3 sampan, Mudik ke hulu, Si Luncai x 4 Peluklah labu x2,


Dayungx3 sampan, Mudik ke hulu, Si Luncai x4 Matilah kamu.
Dayung x3 sampan, Mudik ke hulu, Si Luncai x4 Matilah kamu

Luncai duduk di tengah-tengah perahu asyik memeluk labu itu dengan erat seolah-olah
memeluk ibunya.Tiba-tiba Luncai mendapat satu akal, dia mengajak para pengawal itu
menyanyi sebuah lagu.

Luncai menyebut “ Si Luncai terjut dengan labu-labunya, manakala para pengawai itu
menyahut biarkan,biarkan. Beginilah lagunya kawan-kawan: “Si Luncai terjun dengan
labu-labu, biarkan,biarkan.” X2

Semakin lama nyanyian mereka semakin rancak dan mereka asyik sekali, akhirnya,
Luncai terus terjun ke sungai.

Jurumudi di perahu itu ternampak Luncai terjut ke dalam Sungai lalu memberitahu
rakan-rakanya. Si Luncai terjun dengan labu-labunya dengan serentak pengawal-
pengawal menjawab “biarkan,biarkan”. Jawapan menyebabkan jurumudi mengulangi
kata-katanya. Pengawal-pengawal menyahut biarkan-biarkan. Akhirnya Jurumudi itu
menaik radang lalu menepik dengan lantang memberitahu Luncai sudah terjun ke dalam
sungai. Kali ini barulah pengawal-pengawal lain menyedari apa yang berlaku, mereka
berhenti lagi sama-sama menolek ke tengah perahu. Ketika itu Luncai sudah tiba di
terbing , maka,selamatlah Si Luncai dari mati lemas di sungai.
Ya, kawan-kawan apabila menghadapi sebarang masalah, berfikir sebelum menyerah
kalah. Kata orang, apa guna ada celepa, jika celepa kusam warnanya,apa ada pada rupa,
jika tumpul akal fikirnya, berfikir itu pendar hati, panduan hidup di dunia ini.
Sampai jumpa lagi, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai