Anda di halaman 1dari 3

Faktor Kegemilangan Melayu Melaka

1. Pentadbiran yang sistematik dengan mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan, terdiri
daripada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga
Puluh Dua.
2. Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa disebabkan:

• Kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur
dan Barat

•Jawatan Syahbandar diwujudkan untuk menguruskan hal-hal pelabuhan dan melicinkan urusan
perdagangan

•Peranan Laksamana dan Orang Laut untuk menjaga keselamatan pedagang dan keamanan di Selat
Melaka.

•Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka memberikan keyakinan kepada para pedagang untuk
berdagang di Melaka

•Pelbagai kemudahan disediakan seperti gudang, tempat tinggal, membaiki kapal, kemudahan
bekalan makanan dan minuman telah menarik ramai pedagang ke Melaka

•Memperkenalkan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat

•Penggunaan sistem mata wang membolehkan urusan perdagangan berjalan lancar

•Melaka menjadi pelabuhan entrepot

•Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan utama di pelabuhan


Perkembangan Melaka
Sultan Melaka Tempoh memerintah Parameswara

(Raja Iskandar Shah 1400 – 1414) (Sultan Megat Iskandar Shah 1414 – 1424) (Sultan Muhammad Shah
1424 – 1444) (Sultan Abu Syahid 1444 – 1446) (Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456) (Sultan Mansur
Shah 1456 – 1477) (Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488) (Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511)
(Raja Iskandar Shah) (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan
Megat Iskandar Shah (1414-1424), Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri
Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran “Sultan Muhammad Shah, Melaka” (1424-1444).
Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua
baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri
Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan
dengan gelaran “Sultan Abu Syahid”.

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445
dan memakai gelaran “Sultan Muzaffar Syah” (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan
Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu
beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama
diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan
Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua
pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya
menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam
tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara
dengan gelaran “Bendahara Paduka Raja”. Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan
tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Kegemilangan Melaka
Pada tahun 1459, Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik,
Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan
diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan
tujuan untuk dikahwinkan dengan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Mansur Shah juga
menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang
Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum
Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur antara pendatang Cina dengan penduduk
tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri
daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka
ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan
jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga
kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Anda mungkin juga menyukai