Anda di halaman 1dari 1

KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN GELANGGI PERDANA

27000 JERANTUT,
PAHANG DARUL MAKMUR

Ruj. : KRT.TGP-01/18-20
Tarikh : 7 Februari 2020

Kepada :
YB PUAN FUZIAH BINTI SALLEH
Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Aras 9,Blok A,Kompleks Islam Putrajaya,
No.23,Jalan Tunku Abdul Rahman,Presint 3,
62100 PUTRAJAYA

Tuan,
MEMOHON SEBUAH MASJID DI TAMAN GELANGGI PERDANA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan Jawatankuasa KRT Taman Gelanggi Perdana ingin memohon sebuah


masjid di Taman Perumahan Kami ini.
3. Untuk makluman tuan ,Taman perumahan ini penduduknya secara keseluruhan beragama
islam , jadi kami memerlukan sebuah masjid untuk menunaikan solat berjemaah dan aktiviti –
aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.Untuk makluman tuan juga di taman perumahan ini
terdapat 717 buah rumah dan ketika ini terdapat 150 keluarga yang menetap di sini.Bilangan
keluarga juga kian bertambah dengan kemasukkan pembeli-pembeli baru dan wujudnya taman
perumahan baru iaitu Taman Gelanggi Perdana 2 .
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi En. Saharom bin Othman
di talian 01110642499.

5. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

YANG BENAR,

Saharom bin Othman


Pengerusi
KRT Taman Gelanggi Perdana
27000 Jerantut
Pahang

Anda mungkin juga menyukai