Anda di halaman 1dari 7

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 8: KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS


1. Kerajaan Kedah
1) 630 M – Maharaja Derbar Raja (Parsi) datang ke Kuala Sungai Merbok, Kedah
2) Tan Dermadewa & Tun Perkasa (ketua orang Melayu di Kedah) telah menghadap
dan melantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah.
3) Maharaja Derbar Raja dimasyhurkan sebagai Raja Kedah.
4) Disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi, iaitu nobat.
5) Maharaja Derbar Raja membina pusat pemerintahan di Sungai Mas.
6) Kawasan pemerintahan kerajaan Kedah berkembang melalui pembukaan kota atau pusat
pentadbiran baharu.
7) Tunku Ahmad (Raja Muda) membuka Kota Siputih (1282) – untuk menghadapi ancaman Siam
dan Acheh di Utara
8) Kota Siputih – tempat bersemayam Sultan Kedah keenam, Sultan Ibrahim
9) Alor Setar (ibu negeri Kedah) diasaskan oleh Sultan Kedah ke-19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa
Zainal Abidin Mu’adzam Shah II
2. Kerajaan Kelantan

1) Sebahagian Negara Patani Besar yang diasaskan oleh Raja Sakti I (1650)
2) Kemangkatan Raja Bahar 1670 (pemerintah terakhir) menyebabkanKelantan berpecah
kepada Kelantan Barat (berpusat di Kota KubangLabu) dan Kelantan Timur (berpusat di Kota
Pangkalan Datu)
3) Long Yunus, putera pemerintah di Kota Kubang Labu berjayamenyatukan kedua-dua wilayah
dan mengasaskan kerajaan Kelantan pada 1762. menaiki takhta dengan gelaran Yang diPertuan
Kelantan, mendapat pengiktirafan Sultan Terengganu.
4) 1777, Long Yunus memindah pusat pemerintah ke Kota Galoh di timur tebing Sg.Kelantan,
mengerahkan pembinaan Masjid Kampung Laut yang merupakan simbol pentadbiran Islam di
Kelantan
5) Sultan Muhammad II (1837-1886) →pemerintah yang masyhur.
*mengasaskan Kota Bharu (pusat pemerintahan 1844).
•Istana Balai Besar dibina sebagai tempat bersemayam dan pentadbiran kerajaan Kelantan
•menguatkuasakan undang-undang syarak,
•Kelantan menjadi negeri aman
•Kelantan makmur menjadi tumpuan para pedagang dari negara jiran dan negeri Melayu yang
lain.
• Keturunan Long Yunus mewarisi Kelantan.

Che Siti Wan Kembang


Memerintah wilayah tebing Sungai Lebir yang dikenali sebagai Kampung Chali pada abad 17.
Kijang merupakan binatang kesayangan yang dijadikan simbol pemerintahan Kelantan
Puteri saadong
Memerintah wilayah di Kota Jelasin (1667). Kini dikenali sebagai Kampung Kota. Pernah ditawan
dan dibawa ke Siam.

3. Kerajaan Negeri Sembilan


1) Naungan Kesultanan Johor Riau
2) Pada abad 15, masyarakat Minangkabau dari Sumatera merantau dan mendiami beberapa
wilayah di Negeri Sembilan.
3) 1770 - empat Penghulu Luak terdiri daripada Sg.Ujong, Jelebu, Johol, Rembau menghantar
utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau di Sumatera bagi dirajakan
4) Raja Minangkabau mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah di Negeri Sembilan
5) 1733 - Raja Melewar mengasaskan Negeri Sembilan yang berpusat di Seri Meranti, memakai
gelaran Yamtuan Seri Menanti, mendapat pengiktirafan pemerintah Kesultanan Johor Riau
6) Yamtuan Antah (1872-1888) berusaha menjamin keamanan negeri daripada campur tangan
kuasa luar. Kestabilan membolehkan NS memperluaskan hubungan perdagangan

7) Tradisi melantik pemerintah dari Minangkabau berakhir dengan kemangkatan Yamtuan


Lenggeng. Pertabalan Yamtuan Radin (putera Yamtuan Lenggeng) pada 1830 menandakan
bermula sistem penggantian waris pemerintah tempatan daripada keturunan Yamtuan Radin.
8) Kuasa memilih ditentu oleh Undang Yang Empat: Sg.Ujong, Jelebu, Johol, Rembau. Seri
Menanti tetap menjadi tempat bersemayam. Istana Seremban merupakan istana hinggap.
4. Kerajaan perlis

1) Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Sultan Dhiauddin
Mukarram Shah II (Sultan Kedah) menjadikan Perlis pusat pemerintahan kerajaan.
2) Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan ke-14 (1651-1661) membina Kota Sena yang menjadi
asas perkembangan bandar Kangar
3)Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, Sultan 15 (1661-1688) mengasas dan membangunkan
Kota Kayong yang merangkumi kawasan pelabuhan Kuala Perlis dan Kota Keran. Baginda
mangkat pada1688, dimakamkan di Kota Sayong.
4) Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Sultan ke-21 (1798-1804) membangunkan Kota Kayang II
semasa menjadi Raja Muda, membentuk mukim Arau, melantik Syed Harun Jamalullail sebagai
Penghulu 1798.
5) Semasa di bawah pengaruh Siam 1839, Kedah dipecah kepada 4 unit pentadbiran iaitu: Setul,
Perlis, Kubang Pasu, Kedah. Perlis ditadbir oleh Syed Hussin Jamalullail.
6) 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah Perlis dengan gelaran
Phya Songkhram Ramu Wichit Willis Asmara Phya Pelit, menjadikan Arau pusat pemerintahan.
7) Setul kemudian diserap sebagai wilayah Siam, Kubang Pasu kembali kepada wilayah Kedah
1859
8) Bunga Mas merupakan sepohon bunga emas dan perkakas pengiring dengan kadar yang
ditentukan oleh pihak raja dan kerajaan Siam. Bunga Mas dihantar ke Bangkok setiap 3 tahun,
tanda persahabatan dan menjamin keselamatan

8.2 : HUBUNGAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS DENGAN
NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
● Menganalisis hubungan kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan negeri-
negeri Melayu yang lain iaitu dari asas hubungan, hubungan diplomatik dan hubungan
perdagangan.
● Mewajarkan kepentingan menjaga hubungan baik dengan negara lain
1) ASAS HUBUNGAN
KESERUMPUNAN
• Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya – memudahkan interaksi
2) GEOGRAFI
•Sempadan antara negeri – mudahkan hubungan
•Sumber alam & sumber bumi – tarikan perhubungan
• Sungai – laluan perhubungan
• Pembinaan pelabuhan – galak hubungan dengan negeri jiran & kuasa luar.
AGAMA
•Penerimaan agama Islam diperkukuh dengan kegiatan keagamaan melalui peranan ulama

2. HUBUNGAN DIPLOMATIK
A) PENGIKTIRAFAN

❑Mengabsahkan (mengesahkan) sultan sebagai pemerintah

❑Mewujudkan hubungan dengan kerajaan berdaulat (setaraf)

❑ Abad ke-15, Sultan Mahmud Shah mengiktiraf Kedah sebagai kerajaan berdaulat, Kedah
mengakui pertuanan Sultan Melaka.

❑ 1775, Sultan Terengganu mengiktiraf Kerajaan Kelantan yang disatukan di bawah


pemerintahan Long Yunus.

B) PERTAHANAN

❑ Menjamin kelangsungan sesebuah kerajaan.

❑ Mengekalkan kedaulatan dan elak campur tangan kuasa luar.

❑ Long Yunus dapat bantuan ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dan Kerajaan Reman
dalam usaha menyatukan Kelantan

❑ Pelantikan Long Ghafar (kerajaan Reman) sebagai Panglima Perang membantu mengekalkan
keamanan Kelantan.
C) PERKAHWINAN

❑ Perkahwinan diraja – amalan tradisi – mengukuhkan hubungan & menjamin kedaulatan


kerajaan.

❑ Puteri Kelantan (Onang Kening) berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah, melahirkan Raja
Muzaffar Shah (Sultan Perak pertama)

❑ Che’ Ku Wan (Puteri Long Yunus) dikahwinkan dengan Tengku Muhammad, putera Sultan
Terengganu.
❑Raja Syed Hussin (Raja Perlis) berkahwin dengan Tengku Nor Asiah (cucunda Sultan Kedah ke-
20, Sultan Abdullah Mukarram Shah).

3 HUBUNGAN PERDAGANGAN
A) PELABUHAN
1. KELANTAN
•Pangkalan Galoh bermaksud Pangkalan Permata
• sejak 1181 – wang logam dinar digunakan
2. NEGERI SEMBILAN
•Pangkalan di Sungai Linggi
•Pedagang Rembau menguasai perdagangan
•Menjalin hubungan dengan pedagang luar
3. KEDAH
•Pangkalan Kuala Muda, Pangkalan Lembah Bujang, Pangkalan Kuala Merbok
•Penggunaan mata wang diperkemas.
4. PERLIS
•Pelabuhan Kuala Perlis
•Kangar – tumpuan pedagang
B) BARANG DAGANGAN.
KELANTAN
• Emas
• Dikunjungi pedagang dalam dan luar Negeri Melayu
NEGERI SEMBILAN
• Bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus
KEDAH
• beras, garam, damar, kapur barus, emas urai
•Pembekal gading & gajah (perdagangan entrepot)
PERLIS
• Beras dan bijih timah (dengan Siam dan negeri jiran)

KESIMPULAN

✓Hubungan diplomatik dan perdagangan yang dijalinkan oleh Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan dan Perlis dengan negeri-negeri Melayu yang lain.

✓Hubungan diplomatik → menjamin kedaulatan kerajaan- kerajaan ini.

✓Hubungan perdagangan →menyumbang kepada kemakmuran dan perkembangan kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai