Anda di halaman 1dari 1

BAB 8: KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

KEDAH
- Maharaja Derbar Raja dari Parsi datang ke K.Sg.Merbok, Kedah, 630M
- Tan Dermadewa dan Tun Perkasa, ketua orang Melayu Kedah menghadap dan melantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah
- pemasyhuran disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi, iaitu nobat.
- Membina pusat kerajaan di Sungai Mas
- Kawasan pemerintahan berkembang menerusi pembukaan kota atau pusat pemerintahan baharu stelah pemerintah menaiki takhta, ini
strategi menghadapi ancaman dalam dan luar.
- Kota Siputih dibuka oleh Tunku Ahmad (Raja Muda) 1282 untuk menghadapi ancaman Siam dan Acheh di utara. Tempat bersemayam
Sultan Kedah ke 6, Sultan Ibrahim (1321-1373). Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu’adzam Shah II, Sultan Kedah 19(1710-1778)
mengasaskan Alor Setar yang diisytiharkan sebagai ibu negeri Kedah.
- K.Sg.Merbok menghala Selat Melaka dan Gunung Jerai (puncak tertinggi di Kedah) menarik kehadiran pedagang , membolehkannya
menjadi pusat perdagangan dan muncul sebagai sebuah negeri makmur
- Penggantian pemerintah daripada jurai keturunan pengasasnya
KELANTAN
- sebahagian Negara Patani Besar yang diasaskan oleh Raja Sakti I(1650)
- Kemangkatan Raja Bahar 1670 (pemerintah terakhir) menyebabkan Kelantan (Kelantan Barat berpusat di Kota Kubang Labu)(Kelantan
Timur berpusat di Kota Pangkalan Datu)
- Long Yunus, putera pemerintah di Kota Kubang Labu berjaya menyatukan kedua-dua wilayah dan mengasaskan kerajaan Kelantan 1762,
Yang di-Pertuan Kelantan, mendapat pengiktirafan Sultan Terengganu.
- 1777, memindah pusat pemerintah ke Kota Galoh di timur tebing Sg.Kelantan, mengerahkan pembinaan Masjid Kampung Laut yang
merupakan simbol pentadbiran Islam di Kelantan
- Sultan Muhammad II (1837-1886) mengasaskan Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan 1844. Istana Balai Besar dibina sebagai tempat
bersemayam dan pentadbiran kerajaan Kelantan, menguatkuasakan undang-undang syarak, Kelantan menjadi negeri aman. Kelantan
makmur menjadi tumpuan para pedagang dari negara jiran dan negeri Melayu yang lain. Keturunan Long Yunus mewarisi Kelantan.
- Che Siti Wan Kembang: memerintah wilayah tebing Sungai Lebir yang dikenali sebagai Kampung Chali pada abad 17. Kijang merupakan
binatang kesayangan yang dijadikan simbol pemerintahan Kelantan
NEGERI SEMBILAN
- naungan Kesultanan Johor Riau
- abad 15, Minangkabau dari Sumatera merantau dan mendiami beberapa wilayah
- 1770, empat Penghulu Luak terdiri daripada Sg.Ujong, Jelebu, Johol, Rembau menghantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau
di Sumatera bagi dirajakan
- Raja Minangkabau mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah di Negeri Sembilan
- Raja Melewar mengasaskan NS berpusat di Seri Meranti 1773, Yamtuan Seri Menanti, mendapat pengiktirafan pemerintah Kesultanan
Johor Riau
- Yamtuan Antah (1872-1888) berusaha menjamin keamanan negeri daripada campur tangan kuasa luar. Kestabilan membolehkan NS
memperluaskan hubungan perdagangan
- Sg.Ujong, Jelebu, Jempol, Johol, Rembau, Tampin, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir
- Tradisi melantik pemerintah Minangkabau berakhir dengan kemangkatan Yamtuan Lenggeng, Yam Tuan Radin(putera Yamtuan
Lenggeng)1830 bermula sistem penggantian waris pemerintah tempatan daripada keturunan Yamtuan Radin. Kuasa memilih ditentu oleh
Undang Ynag Empat: Sg.Ujong, Jelebu, Johol, Rembau. Seri Menanti tetap menjadi tempat bersemayam. Istana Seremban istana hinggap.
PERLIS
- Perlis sebahagian Kedah. Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II
(Sultan Kedah) menjadikan Perlis pusat pemerintahan kerajaan. Sultan Muhyiddin Mansur Shah Sultan 14(1651-1661) membina Kota Sena
yang menjadi asas perkembangan bandar Kangar
- Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, Sultan 15 (1661-1688) mengasas dan membangunkan Kota Kayong yang merangkumi kawasan
pelabuhan K.Perlis dan Kota Keran. Baginda mangkat 1688, dimakamkan di Kota Sayong.
- Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Sultan ke-21 (1798-1804) membangunkan Kota Kayang II semasa menjadi Raja Muda, membentuk
mukim Arau, melantik Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu 1798.
- Semasa di bawah pengaruh Siam 1839, Kedah dipecah kepada 4: Setul, Perlis, Kubang Pasu, Kedah. Perlis ditadbir oleh Syed Hussin
jamalullail. 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah Perlis dengan gelaran Phya Songkhram Ramu Wichit Willis
Asmara Phya Pelit, menjadikan Arau pusat pemerintahan.
- Setul kemudian diserap sebagai wilayah Siam, Kubang Pasu kembali kepada wilayah Kedah 1859.
- Bunga Mas merupakan sepohon bunga emas dan perkakas pengiring dengan kadar yang ditentukan oleh pihak raja dan kerajaan Siam.
Bunga Mas dihantar ke Bangkok setiap 3 tahun, tanda persahabatan dan menjamin keselamatan

Anda mungkin juga menyukai