Anda di halaman 1dari 47

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

2

KANDUNGAN:
BAB 8:KERAJAAN NEGERI NEGERI MELAYU
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU YANG TUA:
-KEDAH
-PERAK
-PAHANG
KERAJAAN KERAJAAN MELAYU YANG BARU:
-KELANTAN
-TERENGGANU
-SELANGOR
-NEGERI SEMBILAN
BAB 10/11:SARAWAK/SABAH
-LATAR BELAKANG SEJARAH
-MASYARAKAT SARAWAK/SABAH
-KEGIATAN SOSIOBUDAYA
-KEGIATAN EKONOMI
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

3
BAB 8:KERAJAAN NEGERI
NEGERI MELAYU
KERAJAAN MELAYU YANG TUA
KEDAH
Menurut sejarah,Kedah dikenali sebagai:
-CHEH CHA dalam kalangan orang China
-KATAHA,KALAGAM,atau KADARAM oleh pedagang India
-KALAH atau KALAH BAR oleh pedagang Arab
-SAI oleh orang Siam
Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,pusat pentadbiran Kedah dibahagikan
kepada tiga,iaitu:
-Kota Palas
-Langkawi
-Kota Ulu
Pusat pentadbiran Kedah sentiasa berubah-ubah dan akhirnya pada tahun 1735,Kota
Setar menjadi pusat pentadbiran yang baharu.
Kini, Alor Star yang wujud di Kota Setar telah menjadi ibu negeri Kedah.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

4
Kedah terletak di laluan perdagangan yang strategik dan ini menarik minat pedagang
dari Arab,Parsi,India,Sri Lanka,China dan Barat.
Kerajaan Kedah semakin maju dan pada masa yang sama menghadapi ancaman dari
luar.
Oleh itu,Kedah meminta sokongan daripada Siam untuk menjamin keselamatannya.
Sebagai tanda persahabatan,Kedah telah menghantar bunga emas ke Siam.
Kerajaan Acheh di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah
menyerang Kedah pada tahun 1619.
Ekoran daripada serangan ini,Sultan Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan
Siam .
Siam tidak dapat membantu Kedah kerana Ayuthia[pusat pemerintahan Siam ]telah
ditawan oleh Burma pada tahun 1767.
Demi menjamin keselamatan,Sultan Kedah telah menjalinkan persahabatan dengan
Burma.
Kerajaan Kedah menjadi kurang stabil pada kurun ke-18 kerana:
-ancaman dari siam
-perebutan takta
-pertikaian dalam kalangan kerabat diraja
Walau bagaimanapun,Siam berjaya menakluki Kedah pada tahun 1821 kerana:
-Kedah menjalin hubungan dengan Inggeris
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

5
-Kedah tidak akur kepada Siam
Penaklukan Siam menyebabkan Sultan Kedah ,pembesar dan pengikutnya berundur ke
Pulau Pinang.
Pembesar Kedah menyusun strategi untuk mendapatkan semula Kedah dan akhirnya
mereka berjaya mencapai kemerdekaan daripada Siam pada tahun 1842.
Siam dan Kedah berbaik semula dan Kedah semakin aman dan makmur.
Kedah merupakan sebuah kerajaan yang menjalankan perdagangan sejak 1800 tahun
yang lalu dan dikenali sebagai pelabuhan entrepot.
Undang-undang Laut Melaka diamalkan dalam menguruskan pelabuhannya.
Selain itu,sistem sukat dan mata wang juga diamalkan dan ini memudahkan urusan
perdagangan Kedah.Hasil perdagangan yang dipergagangkan di pelabuhan Kedah
termasuklah emas,biji timah,lada hitam,damar,rotan,tanduk dan gading.








SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

6




PERAK
Tiada catatan yang menjelaskan tentang asal-usul nama Perak.
Namun demikian,asal nama negeri Perak ada dikaitkan dengan:
-sejenis logam;nama negeri Perak diambil sempena logam Perak
-sungai;A. Halim Nsir dalam bukunya bertajuk Sejarah Perak menyatakan bahawa nama Perak
diambil sempena sungai Perak di Chegar Galah.Sejenis ikan yang berwarna putih seperti perak
pernah ditemui di sungai ini yang seterusnya membawa kepada pemberian nma negeri Perak.
Sejarah awal negeri Perak terkandung dalam:
-Sejarah Melayu
-Salasilah Perak
Kandungan Sejarah Melayu dan Salasilah Perak menyatakan bahawa Kesultanan Perak
diasaskn pada tahun 1528.
Pada tahun 1528,Tun Saban telah menghadap Sultan Mahmud Shah bagi memohon seorang
putera di Perak dijadikan raja di Perak.
Ekoran dari itu,putera Sultan Mahmud Shah ,iaitu Raja Muzaffar telah dihantar ke Perak.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

7
Beliau ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah
ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah.
Raja Muzaffar Shah ke Perak bersama dengan alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini.
Melalui pelantikan ini,Tanah Abang menjadi pusat pemerintahan Perak .
Negeri Perak kaya dengan hasil buminya iaitu bijih timah.
Sejak zaman Beruas dan Manjung,Perak terus berkembang.
Kemajuan perdagangan bijih timah dan kemakmuran Perak menyebabkan kuasa luar seperti
Acheh,Siam dan Belanda ingi menguasainya.
Acheh:
-Acheh menawan dan menjadikan Perak sebagai negeri naungannya pada tahun 1575.
-Penawanan Perak oleh Acheh menyebabkan Belanda sukar berdagang dengan Perak.
Belanda:
-Belanda pula mengepung dan memaksa Sultan Perak menandatangani perjanjian dengan
Syarikat Hindia Timur Belanda[V.O.C] pada tahun 1651.
-Perjanjian antara Perak dengan Belanda pada 13 Mac 1753 bahawa Perak bersetuju menjual
bijih timah kepada Belanda.
Siam :
-Bendahara Megat Terawis telah menentukan sempadan antara Perak dan Siam.
-Tujuan penentuan sempadan adalah untuk memudahkan pembesar Perak memungut cukai.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

8
-Negeri Perak menjadi kaya hasil daripada kutipan cukai dan lombong bijih timah di Klian
Intan yang diusahakan oleh orang Reman dari Siam.
-Kedah diatas arahan Siam telh melancarkan serangan kepada Perak pada tahun 1816,1818 dan
1819.
-Perak tewas pada tahun 1819 dan dipaksa menghantar bunga emas kepada Siam setuap tahun.
-Selain itu,Perak juga dipaksa membenarkan orang-orang Siam membeli bijih timah dengan
tidak membayar cukai.
-Tindakan Siam ini tidak berhasil kerana campur tangan British melalui Perjanjian Low.
Proses pemilihan dan pelantikan sultan di Perak dianggap unik kerana:
-Putera Sultan yang menjadi pemerintah tidak menjadi pewaris secara
langsung.
-Sistem ini tidak mengikut sistem turun temurun daripada sultan kepada puteranya.
Sistem ini dikenali sebagai sistem giliran.





SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

9


PAHANG
Kerajaan Pahang wujud pada akhir abad ke-9 dan awal abad ke-10.
Asal-usul nama Pahang seperti yang berikut:
-Rekod China;orang China memanggil Pahang sebagai Fahan.
-penulis China[1225];Chao Ju-Kua mencatatkan bahawa Pahang dikenali sebagai Pong Fong dan
bernaung di bawah kerajaan Palembang.
-Orang Arab;menyebut Pahang sebagai Fahan.
-Sejarah Melayu;Pahang dikenali sebagai Pura.
Pemerintahan Pahang dipengaruhi oleh pemerintahan Melaka dan Johor.
Pemerintahan oleh keturunan Melaka bermula di Pahang selepas Sultan Mansor Shah
menabalkan Raja Muhammad sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah
pada tahun 1470.
Namun begitu,pemerintahan keturunan Melaka berakhir apabila Pahang diletakkan di bawah
pemerintahan Yamtuan Muda Johor [Raja Bajau]mulai tahun 1641-1673
Perpecahan dalam kerajaan Johor menyebabkan Pahang berada di bawah penguasaan
Bendahara Johor.
Pada tahun 1882,Bendahara Wan Ahmad dengan gelaran Sultan Ahmad al Muadzam Shah
menjadi sultan Pahang.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

10
Pelantikan ini berlaku selepas Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahar
Tun Mutahir.
Dari segi ekonominya, catatan Portugis dan China mencatatkan bahawa hasil ekonomi Pahang
ialah beras,bijih timah dan hasil hutan seperti kayu kapur,gaharu dan kapur barus.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

11
KERAJAAN MELAYU YANG BARU
KEDAH
Asal nama Kelantan diterangkan seperti yang berikut:
-Sejarawan China;Shau Yang dari Dinasti Tang [618-903 M.] mencatatkan Kelantan dikenali
sebagai Ho-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan.
-Gerini;merupakan seorang pengarang Research on Ptolemys Geography of Eastern Asia
menyatakan nama Kelantan merupakan gabunga antara perkataan kolam[tanah] dengan
autam menjadi Kolantamdan akhirnya disebut Kelantan.
Kelantan diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan.
Antara pemerintah Kelantan termasuklah:
-Long Yunus
1. Masyarakat Kelantan bersatu selepas Long Yunus menjadi Raja Kelantan.
2. Memindahkan ibu kota Kelantan dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu pada
tahun 1777.
3. Menghadapi pertikaian dengan Sultan Terengganu.
4. Terengganu cuba menyerang Kelantan pada tahun 1794.
-Long Muhammad
1. Merupakan putera raja Long Yunus.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

12
2. Terengganu meneruskan serangan terhadap Kelantan pada tahun 1795 dan
1800
3. Terengganu menerima bantuan Patani yang menyebabkan Kelantan tewas
dalam semua serangan.
4. Long Muhammad melancarkan seramgan balas pada tahun 1801 dari Ulu
Kelantan.
5. Beliau berjaya membebaskan semula Kelantan dari pada tawanan
Terengganu.
6. Mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad I selepas peperangan
tamat.
7. Menjalin diplomatic dengan Siam untuk:
=mengelakkan serangan luar
=menjaga kemerdekaan Kelantan
Kelantan menghantar bungaemas kepada Siam setiap tga tahun sekali bermula pada tahun
1818.
Siam membalas penghantaran bunga emas oleh Kelantan dengan memberi hadiah yang
berharga.
Hubungan diplomatik ini menyebabkan Terengganu tidak bermusuhan lagi dengan
Kelantan.
Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan antaraTimur dan Barat.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

13
Kedudukannya menjadikan Kelantan sebagai tempat persinggahan dalam klangan peniaga
sebelum ke Teluk Siam,Kemboja dan China.
Kelantan mengeluarkan mata wang emasnya sendiri yang dikenali sebagai dinar atau wang
pitis
Negeri Kelantan juga dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

14
TERENGGANU
Negeri Terengganu terletak di Kuala Sungai Terengganu dan muncul
Sultan Umar ialah sultan Terengganu yang ke-9 menyatakan bahawa nama Terengganu
bermula dengan sebutan taring anu[harimau].
Antara pemerintah Terengganu ialah :
-Sultan Zainal Abidin I
1. Berasal daripada keturunan Bendahara Pahang .
2. Nama asalnya ialah Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja.
3. Menjadi sultan Terengganu yang pertama dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I.
4. Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Johor.
-Sultan Mansor Shah I
1. Merupakan Sultan Terengganu yang ke-2.
2. Terngganu mencapai zaman kegemilangan ketika pemerintahan baginda.
3. Terengganu juga muncul sebagai sebuah pelabuhan pedalaman yang terpenting di
Kepulauan Melayu.
4. Baginda sendiri melibatkan diri dalam perdagangan dan melantik wakil-wakilnya
untuk menjaga urusan perdagangan.
5. Antara barangan yang diperdagangkan ialah lada hitam,emas dan bijih timah.
6. Hasil Keluarannya berjumlah lebih kurang 30 000 Dolar Sepanyol.
-Sultan Omar
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

15
1. Seorang yang berpegang kuat kepada ajaran agama Islam.
Terengganu jalin hubungan persahabatan dengan Siam dan berterusan ketika Siam
meminta bantuan Terengganu untuk menyerang Raja Ligor pada tahun 1765.
Sebagai tanda persahabatan,Sultan Mansor Shah I telah menghantar bunga emas kepada
Siam.
Sebliknya,pemerintah Siam menganggap pemberian bunga emas tersebut sebagai tanda
Terengganu mengakui ketuanan Siam.
Oleh itu,Sultan Terengganu menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam.
Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima agama Islam.
Ini dapat dibuktikan dengan penemuan yang berikut:
-Tembaga purba pada abad ke-13 yang bertulisan ayat al-Quran [surah al-Kahfi dan at-
Taubah]bertarikh 652 Hijrah bersamaan dengan 1254 Masihi.
-Prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masihi yang menyatakan tentang
sepuluh darma atau undang-undang khususnya yang menyatakan tentang hukum jenayah
Islam.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

16
SELANGOR
Selangor mendapat nama sempena sungainya,iaitu Sungai Selangor dan muncul sekitar
kurun ke-18.
Sistem pemerintahan Selangor sebelum kurun ke-18 berasaskan kampung-kampung kecil
yang berajakan Kerajaan Melayu Melaka.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ,daerah-daerah Selangor seperti
Jeram,Klang,Langat dan Kuala Selangor terletak di bawah jajahan Melaka.
Sultan Selangor yang berketurunan Bugis telah mendirikan petempatan mereka di Kuala
Selangor dan Kuala Linggi.
Tun Perak [anak Bendahara Melaka]telah dilantik o;eh orang Kluang segagai penghulu
mereka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah [1445-1458]
Orang Bugis telah mendiami kawasan pantai Selangor seperti di Kuala Selangor dan Klang
pada abad ke-17.
Pada tahun 1700,Orang Besar Klang[To Engku Klang]yang berketurunan Sultan Johor
dalam kalangan Bendahara telah menghadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor.
Pemberian cap mohor ini memberikan kuasa kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir
kawasan Sungai Selangor.
Pada kurun ke-18 kedudukan orang Bugis semakin kukuh dan mereka telah melantik Raja
Lumu sebagai Raja Selangor.
Raja Lumu kemudiannya menjadi Sultan Selangor dengn gelaran Sultan Salehuddin Shah.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

17
Pertabalan ini telah dilakukan oleh Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud Shah.
Sultan Salehuddin Shah seterusnya digantikan oleh Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim telah berjaya memajukan Selangor sebagai sebuah pusat pengeluaran bijih
timah.
Kemajuan Selangor telah menarik perhatian Belanda untuk menaklukinya.
Sultan Ibrahim berundur ke Hulu Selangor,Bernam dan seterusnya Pahang apabila Belanda
menyerang baginda di Kuala Selangor.
Dengan bantuan Pahang,Sultan Ibrahim berjaya mendapatkan semula Kuala Selangor pada
tahun 1785.
Namun begitu ,pada tahun 1786, Belanda mengepung Kuala Selangor yang menyebabkan
Sultan Ibrahim Shah meminta bantuan Perak.
Ini menyebabkan perjanjian kerjasama dibuat antara kerajaan Selangor dengan Perak.
Akhirnya,Sultan Muhammad Shah mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor selepas
kemangkatan Sultan Ibrahim Shah.






SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

18
NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan terdiri daripada Sembilan daeah atau luak,iaitu Sungai
Ujong,Rembau,Jelebu,Johol,Ulu Muar,Inas,Gunung Pasir, Terachi dan Jempul.
Kemajuan Melaka menarik kemasukan orang Minangkabau dari Sumatera dan mereka
telah menetap di Naning,Sungai Ujung dan Rembau.
Orang Minangkabau ingin menunjukkan taat setia mereka kepada Sultan Melaka
kerana baginda berasal dari Melyu Jambi.
Selain orang Minangkabau,penduduk asli pula mendiami Sungai Ujong,Klang,Jelebu
dan Johol yang berada di bawah jajahan Melaka pada abad ke-15.
Walau bagaimanapun,Negari Sembilan menjadi tidak aman disebabkan;
-kejatuhan Melaka di tangan Portugis
-kekuatan pengaruh Bugis di Johor
-bermulanya Kesultanan Bugis di Selangor.
Bagi mententeramkan Negeri Sembilan,penghulu-penghulunya memohon seorang
putera raja daripada Sultan Johor untk mentadbir negeri tetapitidak berjaya.
Ini menyebabkan Raja Melewar,iaitu seorang anak raja dari Pagar Ruyong telah pergi ke
Siak dan Johor untuk mendapatkan keizinan untuk memerintah Negeri Sembilan.
Selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar,amalan melantik pembesar dari Pagar
Ruyong telah berakhir.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

19
Antara hasil yang dikeluarkan untuk perdagangan Negeri Sembilan ialah bijih
timah,beras dan hasil hutan.







KESIMPULAN
Iktibar:
-Proses pembinaan sebuah negara bukanlah suatu proses yang mudah kerana usaha tersebut
memerlukan pengorbanan dan perjuangan.Di samping itu, semangat jati diri serta kegigihan
penting untuk menegakkan sesebuah negara. Pertelingkahan yang berlaku sesame sendiri
sebenarnya member lebih banyak kesan buruk serta mendatangkan kemusnahan kepada
negara.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

20
BAB 10:SARAWAK

LATAR BELAKANG SARAWAK
Merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di bahagian Timur
Malaysia.
Mendapat nama sempena sebatang sungai ,iaitu Batang Sarawak atau
Sungai Sarawak.
Batang Sarawak ini merangkumi kawasan sekitar bandar Kuching dan
mengalir ke seluruh negeri Sarawak.
Bukti arkeologi sejarah seperti tembikar dan mempunyai pelbagai
kumpulan etnik yang berbeza dari segi bahasa.Lukisan yang menunjukkan
manusia mula menghuni Sarawak lebih kurang 40 000 tahun dahulu.
Pentadbiran Sarawak dikuasai oleh Kerajaan Brunei sejak abad ke-15
Corak pemerintahan Kerajaan Brunei seperti yang berikut:
-Sarawak dibahagikan kepada beberapa unit jajahan.
-Setiap jajahan ditadbir oleh pembesar.
-Pembesar diberi kuasa mutlak untuk mentadbir.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

21
MASYARAKAT SARAWAK
PETEMPATAN MASYARAKAT SARAWAK
Masyarakat Sarawak terdiri daipada pelbagai etnik berdasarkan tempat
tinggal mereka.
Sarawak mempunyai corak petempatan yang berselerak.
Corak ini menyebabkan kumpulan etnik sukar untuk berhubung antara
satu sama lain dan menyebabkan terbentuknya identity budaya masing-
masing..
-Contohnya,identiti budaya etnik Iban berbeza dengan budaya etnik yang
lain dari segi bahasa,gaya hidup dan corak pemakanan.
Jadual yang berikut menunjukkan kumpulan etnik dan tempat tinggal
mereka.
PENEMPATAN KUMPULAN ETNIK KAWASAN PENEMPATAN
PERSISIRAN PANTAI Orang Melayu
Kawasan
Kuching,Simanggang,Sibu,Mukah,Oya
Saribas,Tanjung Datu

Orang Melanau
Lembah Utara Rajang,Mukah,Oya dan
Bintulu
LEMBAH SUNGAI Iban
Sungai Saribas,Sungai Skrang,Sungi
Batang Lupar,dan Sungai Rajang

Bidayuh
Singgai,Sadong,dan Sungai Kayan

Kenyah
Batang Baram,kawasan Ulu
Batang,Rajah dan Balui
PEDALAMAN Kelabit
Lembah Terusan dan Sungai Baram

Penan
Kawasan Hutan Baram dan Sungai
Baram
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

22

Murut
Kawasan kaki bukit dan gunung di
utara Sarawak dan kawasan Sungai
Trusan dan Limbang

KEGIATAN SOSIOBUDAYA
PENDIDIKAN
Pendidikan masyarakat Sarawak boleh dibahagikan kepada 2 jenis
iaitu:
-Pendidikan formal
-Pendidikan tidak formal
PENDIDIKAN FORMAL PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
mempunyai unsur-unsur
pengajaran dan dijalankan di
masjid dan sekolah agama.
Pembelajaran yang berkaitan
dengan Islam diajar
Kandungan pengajaran ialah
membaca Al Quran,menulis
jawi dan cara beribadat
Golongan pengajar terdiri
daripada guru Al
Quran,imam dan lebai.
Dipelajari melalui cerita-ceita
lisan
Cerita-cerita lisan ini
merangkumi amalan dan
kepercayaan nenek moyang.
Antara perkara yang dipelajari
seprti cara-cara berburu dan
memungut hasil hutan.


SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

23
PERATURAN DAN ADAT RESAM
CARA HIDUP DAN ADAT RESAM
Masyarakat Melayu yang beragama Islam dipengaruhi agama
Islam.Mereka mengamalkan nilai hidup bermasyarakat dan saling
membantu.Nilai hidup ini dapat dilihat ketika orang Meelayu mengadakan
kenduri,musim perayaan atau menanam padi.
Masyarakat yang bukan beragama Islam mengamalkn hidup dan adat
istiadat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Masyarakat peribumi Sarawak mempunyai tuai rumah sebagai ketua
mereka.Antara peranan tuai rumah termasuklah:
-Menyelesaikan masalah perkahwinan,penceraian,peraturan dan perayaan.
-Menjaga keselamatan dan keamanan di kampungnya.
-Menetapkan tarikh sambutan Hari Gawai dan Pesta Menuai serta
perayaan Beranyi.
Berikut ialah cara hidup dan adat resam masyarakat Sarawak yang
bukan beragam Islam.
1. Iban
-Mengamalkan tradisi menyimpan tajau.
-Tajau terdiri daripada pasu,gong dan tempayan yang juga merupakan harta
simpanan.
-Tajau merupakan warisan turun temurun yang sangat bernilai,suci dan
dihormati
2. Orang Kelabit,Kayan dan Kenyah.
=Menindik telinga
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

24
-merupakan amalan yang diwarisi secara turun temurun.Amalan
menindik telinga ini menggambarkan kecantikan seseorang
individu.Manakala,anting-anting yang dipakai pula menunjukkan status
individu tersebut.Logam yang digunakan untuk membuat anting-anting
ialah timah dan tembaga.Gelang timah atau tembaga ini seterusnya
digantung di telinga sehingga cuping telinga menjadi lanjut.

=Taru
-Badan ditatu atau dicacah dengan pelbagai corak yang mempunyai
maksud tersendiri.
Tempat tinggal atau rumah orang Iban,Bidayuh dan Orang Ulu
dikenali sebagai rumah panjang.
Rumah panjang mereka diketuai oleh ketua atau tuai rumah panjang.
Rumah panjang berperanan sebagai;
-sebuah kerajaan
-penghuni hidup sebagai satu keluarga
-tuai menjaga keamanan dan keselamatan anak buah
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

25
RUMAH-RUMAH ETNIK DI SARAWAK

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

26
KEBUDAYAAN
ETNIK KEBUDAYAAN
Melanau Perayaan Kaul diadakan.Dalam
perayaan ini,ipok yang
mengawal laut dijamu
dengan serahang
Serahang diperbuat daripada
daun buluh dan daun nipah
serta mengandungi
bertih,telur ayam,pulut
kunung,kiran atau rokok
daun dan sirih.
Perayaan ini bertujuan untuk:
-memperoleh tangkapan
yang memuaskan
-selamat semasa berada di
laut dan darat.
-mengelakkan penyakit.
Iban Merayakan Hari Gawai dan
Pesta Menuai
Dalam sambutan perayaan
Gawai,tarian ngajat ditarikan
sebagai tanda kesyukuran
terhadap hasil padi yang
dituai.
Terdapat beberapa jenis
perayaan Gawai sepertiyang
berikut:
-Gawai Burung
-Gawai Batu
-Gawai Kenyalang
-Gawai Antu
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

27
Orang Melayu Seni bergendang diamalkan
Dalam seni ini,kaum lelaki
menari dan kaum
perempuan bermain
gendang sambil menyanyi
dan berpantun
Tarian ini sungguh harmoni
kerana merangkumi
permainan
muzik,nyanyian,pantun dan
tarian.



SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

28
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Masyarakat Sarawak mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza
mengikut pelbagai kumpulan etnik di situ .Contohnya,masyarakat
minority bumiputera Sarawak mengamalkan kepercayaan animisme.
Antara kepercayaan animisme mereka adalah seperti yang berikut:
ETNIK KEPERCAYAAN
Melanau Mempercayai ipok,iaitu
makhluk ghaib yang
melindungi mereka,
Penan Tidak percaya kepada
petempatan kekal.Ini
menyebabkan mereka
sentiasa berpindah dari satu
tempat ke satu tempat.
Dilarang menebang pokok
besar.
Tidak dibenarkan untuk
melapangkan kawasan
hutan.
Iban Mempercayai amalan semah
Mempercayai bunyi burung
ketupung dan burung bragai
sebagai tanda bahawa tidak
boleh membina rumah atau
petempatan di kawasan
tersebut.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

29
KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak dipengaruhi oleh faktor yang
berikut:
-Bentuk muka bumi
-Kawasan petempatan suku kaum
-Sumber alam semulajadi
Jenis-jenis kegiatan ekonomi termasuklah yang berikut:
=Sara diri
-Antara kegiatan sara diri ialah menanam padi huma atau padi
bukit,menangkap ikan,memburu binatang,memungut hasil hutan dan
berniaga secara kecil-kecilan.
ETNIK KEGIATAN
Penan memburu binatang
dengan menggunakan
sumpitan.
Melayu Menanam padi huma dan
kelapa
Berniaga secara kecil-
kecilan
Menjadi orang tengah
dalam aktiviti
perdagangan.
Melanau Menanam padi sawah
Menangkap ikan[nelayan]
Menanam sagu untuk diri
sendiri dan jualan
Iban,Kayan,Kenyah,Murut Menanam padi huma
secara bergotong-royong
Memburu binatang
Memungut hasil hutan
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

30
Bidayuh Menanam padi huma
Menjadi peladang
Kelabit Menanam padi sawah
Berburu
Memungut hasil hutan

Antara kegiatan pertanian yang diusahakan seperti yang berikut:
=Padi huma
-Ditanam oleh etnik Iban,Bidayuh dan Orang Ulu di sekitar tempat
tinggal masing-masing.
-Merupakan sumber makanan yang penting
-Padi huma ditanam di kawasan bukit bukau dan tidak memerlukan
pengairan.
=Padi sawah
-Diusahakan oleh orang Kelabit di kawasan hulu Sungai Baram.
-Mereka mengeluarkan beras Bario.
=Sagu
-Diusahakan oleh etnik Melanau
-Sagu diperoleh dari isi pokok sagu yang dipanggil ripo.
-Sarawak merupakan pengeksport sagu.
=Lada hitam
-Merupakan tanaman tradisional Sarawak.
-Semua etnik di Sarawak mengusahakan lada hitam terutamanya orang
Kedayan dan Murut.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

31
Perlombongan
-Logam antimoni dan emas diusahakan oleh etnik Bidayuh.
-Emas juga dilombong oleh Orang Cina yang tinggal di Bau,Paku dan
Bidi.
-Emas dan antimoni dijual ke Singapura.
Perdagangan
- Hubungan Sarawak dengan Melaka menyebabkan barangan dari
Sarawak seperti lada hitam,halia,kapur barus,sarang burung,emas
permata dan ikan diperdagangkan di pelabuhan Melaka.
- Pedagang Cina pula pergi ke Sarawak untuk memperoleh lada
hitam,kapur barus,emas,kayu cendna,sumbu badak dan telur puyu.
- Di samping itu,pedagang Cina juga menjual barang dari negara China
seperti barangan besi,kaca dan pinggan mangkuk.
- Manakala pedagang asing dari China,Arab,India dan Kepulauan
Melayu juga turut berdagang di Sarawak.
- Antara barangan yang dibawa oleh pedagang asing ke Sarawak
termasuklah tembikar,sutera,barang logam,kain dan barang perhiasan.


KESIMPULAN
Rakyat Sarawak hidup dalam suasana aman dan harmoni
walaupun mereka terdiri daripada etnik yang berlainan.
Sarawak juga kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian serta
adat resam yang menarik.
Kesemua ini perlu dipelihara sebagai menghargai keindahan dan
warisan negara negara kita.Di samping itu,pemuliharaan khazanah
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

32
tradisi akan membolehkan generasi akan datang mengetahui dan
mewarisi budaya bangsa.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

33
BAB 11:SABAH
Latar belakang sabah
Sabah mendapat nama sempena jenis buah pisang yang dikenali
sebagai pisang saba.
Orang Bajau memanggil pisang saba ini sebagai pisang jaba.
Kebanyakan masyarakat pantai barat Sabah menanam pisang
saba sebagai bahan makanan,dan seterusnya membawa kepada nam
Sabah.
Sebelum abad ke-16,Sabah tidak mempunyai pemerintah beraja
,sultan atau organisasi yang boleh diiktiraf sebagai sesebuah negeri.
Ini menyebabkan sistem pemerintahan Sabah dibahagikan kepada
tiga bentuk seperti di bawah:
=Sistem Politik Kesukuan
- Sistem ini diamalkan di kawasan pedalaman yang didiami oleh
etnik Kadazan-Dusun,Murut dan Orang Sungai .Kawasan
pedalaman ini tidak mempunyai hubungan dengan etnik lain
kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang dan
berbukit-bukau.
=Sistem Politik Kesultanan
- Sistem ini pula diamalkan di kawasan persisiran pantai barat
dan timur Sabah.
- Kawasan ini ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
- Sistem ini bermula pada abad ke-17 apabila Sabah dikuasai
oleh Kesultanan Brunei yang meliputi kawasan pantai dan
persisiran Sabah.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

34
- Pemerintahan Kesultanan brunei telah menhadapi pelbagai
masalah sehingga berlaku perebutan kuasa dari tahun 1662-
1674.
- Sultan Muyiddin meyerahkan kawasan timur laut Brunei
kepada sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan
musuh pada tahun 1704.
- Akibatnya Sabah diperintah oleh dua kesultanan iaitu
Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
=Sistem Politik Ketua Bebas
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

35
MASYARAKAT SABAH
Petempatan masyarakat Sabah boleh dibahagikan kepada tiga kawasan
seperti yang berikut:
=Penduduk persisiran pantai
PENEMPATAN KUMPULAN
ETNIK
KAWASAN PENEMPATAN
Penduduk
persisiran
pantai
Melayu-Brunei Pantai barat Papar ,Kimanis dan
Sipitang
Bajau Pantai barat dan Kota
Belud,Papar,Semporna dan Tuaran
Suluk Pantai timur seperti di
Semporna,Lahad Datu,Tawau dan
Kudat
Penduduk
lembah pantai
Kadazandusun Pantai barat dan pedalaman di
Penampang,Tambunan,Ranau,Papar
dan Kudat.
Penduduk
pedalaman
Murut Tenom,Persiangan,Keningau dan
Rudum

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

36
KEGIATAN SOSIOBUDAYA
Kegiatan sosiobudaya masyarakat di Sabah banyak dipengaruhi oleh
keadaan sekelilingnya.
Ahli keluarga dan masyarakat akan membimbing golongan muda
mengenai peraturan,adat resam,agama serta kepercayaan yang telah
diwarisi sejak turun temurun .Lazimnya,seseorang individu itu
memahami sosiobudaya hidup masyarakat mereka melalui pendidikan
tidak formal.

PENDIDIKAN TIDAK FORMAL PENDIDIKAN FORMAL
bertujuan untuk
memberikan kemahiran
seperti
memancing,memanjat,
berburu, bertukang
,menyumpit,bersawah dan
berternak .
Kemahiran ini dipelajari
secara tidak langsung
daripada keluarga dan
masyarakat setempat.
Kemahiran yang dipelajari
dapat membantu kanak-
kanak berdikari setelah
mereka meningkat dewasa.
merupakan pembelajaran
agama Islam.
Pengajaran terhad.
pelajar diajar untuk
membaca Al-Quran dan
menulis jawi.
surau,pondok,dan rumah
guru agama menjadi tempat
pembelajaran.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

37
PERATURAN DAN ADAT RESAM
Masyarakat sabah mengamalkan undang-undang adat seperti
babas,sogit dan kepanasan.
Tujuan adat ini adalah untuk:
-memelihara dan menjamin keselamatan hidup.
-mengeratkan hubungan antara masyarakat.
Undang-undang adat ini dijalankan oleh ketua-ketua adat.
Menurut masyarakat Kadazan-Dusun,malapetaka seperti
penyakit,bencana alam atau kerosakan tanaman akan menimpa
mereka sekiranya tidak mematuhi undang-undang adat.
Contoh undang-undang adat masyarakat di Sabah termasuklah yang
berikut:
=Adat-adat pertanian
-mengamalkan acara memuja semangat padi semasa padi ditanam
yang dikenali sebagai monogit.Manakala,Pesta Menuai pula disambut
setelah orang Kadazan-Dusun mendapat hasil tanaman mereka.Tarian
Sumazau pula ditarikan sebagai hiburan dengan penari-penarinya
memakai baju hitam bersulam benang emas.
=Adat perkahwinan
-Upacara perkahwinan etnik Bajau diadakan pada 14 dan 15 haribulan
hijrah dan tarikh ini dipilih kerana cahaya bulan terang.Selain itu,hari
Rabu dan hari Ahad merupakan hari yang paling baik untuk
mengadakan upacara perkahwinan.Cahaya bulan yang terang
bermaksud pengantin akan dimurahkan rezeki.Upacar maglamilami
atau menjamu selera beramai-ramai dan menyaksikan hiburan
diadakan sesame kaum kerabat pengantin yang menghadiri upeacara
pekahwinan.
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

38
=Adat kematian
-Seuatu kematian dalam kaum Murut akan dihebahkan dengan
memukul tiang rumah oleh saudara-mara si mati.Mayat pula
dibersihkan dan dipakaikan pakaian dan dikebumikan dalam keadaan
duduk.Ada juga mayat yang dibakar dalam tembikar dan disimpan
selama tujuh hari oleh keluarga.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

39
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Masyarakat Sabah mengamalkan 2 bentuk agama dan kepercayaan
seperti yang berikut:
=Pagan dan animisme
-Masyarakat Sabah pecaya kepada kejadian ghaib yang mempunyai
hubungan dengan alam semesta.Sesebuah kampung diketuai oleh
seseorang ketua dan setiap rumah panjang pula diketuai oleh orang
tua.Orang tua ini berperanan menguatkuasakan undang-undang adat
yang diwarisi secara turun temurun.
a.Kadazan-Dusun
-Mempercayai kepada satu Tuhan.
-Mempercayai bahawa Kinorohingan tinggal di dunia yang lain.
-Roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan seterusnya syurga
atau neraka.
-Mengadakan upacara magavau bagi menghormati semangat padi.
-Menyambut pesta Kaamatan sebagai tanda kesyukuran kepada
Kinorohingan kerana memberikan hasil padi yang banyak Pesta
Kaamatan disambut meriah dengan menganjurkan pertandingan Ratu
Cantik atau Unduk Ngadau.Ratu cantik adalah lambing korban padi
yang dikenali sebagai Huminodun.
-Bobohizan atau bomoh perempuan menjalankan upacara membuang
kepanasan.Kepanasan ialah sejenis hukuman yang dikenakan pesalah
dalam bentuk ganti rugi.
Murut
-Mempercayai bahawa setiap benda seperti pokok dan batu mempunyai
semangat roh.
-Tempat suci mereka terletak di Gunung Antulai[juga dikenali sebagai
Gunung Aru atau Gunung Hantu].
SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

40
-Menganggap bahawa Aki Kopuno telah mencipta segala perkara yang
ada di dunia.Menurut mereka kuasa Aki Kopuno ini akan meyelesaikan
masalah mereka pada masa yang diperlukan seperti ketika sakit atau
meminta hujan turun.
-Individu yang berhubung dengan kuasa ghaib ini dikenali sebagai
Babalian.
Kedatangan Islam pada abad ke-16 secara beransur-ansur telah
membawa perubahan ke dalam kehidupan mereka dan nilai-nilai
Islam telah diamalkan terutamanya di kalangan etnik Bajau dan
Melayu-Brunei.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

41
KESENIAN
Tamu
-Tamu Besar adalah tempat perayaan bagi petani-petani yang
menjual hasil tanaman mereka setiap tahun pada 30 dan 31
Mei.Selain itu ,tamu juga menjadi tempat pertemuan pelbagai
etnik dari tempat yang berlainan untuk menjual hasil mereka.Tamu
ini juga dikenali sebagai pasar mingguan.Walaupun terdapat
pelbagai etnik berkumpul disini,mereka menjalankan kegiatan
mereka dalam suasana harmoni dan bersatu padu.
Tarian
-Antara tarian yang kerap diamalkan ialah Tarian Mangunatip yang
ditarikan oleh etnik Murut pada masa perayaan Hari Magavau aatau
upacara memuja semangat padi.Sepasang penari akan melagakan alu
yang dipegang oleh dua orang supaya tidak bergerak.
-Tarian Sumazau pula ditarikan oleh etnik Kadazan-Dusun semasa
pesta menuai,sambutan perayaan atau majlis-majlis tertentu dan
disertai oleh pertandingan Unduk Ngadau[Ratu Cantik].
-Tarian Mangalang pula ditarikan oleh etnik Murut ketika menerima
kunjungan tetamu dari jauh ,berpindah rumah,atau pada Hari
Monggotom,iaitu Pesta Menuai Padi.Tarian Limbai pula ditarikan oleh
etnik Bajau di Sabah.
Peralatan muzik
-Peralatan muzik masyarakat Sabah kebanyakannya diperbut
daripada buluh.Antara peralatan yang dicipta ialah
bas,kulintangan,salun,suling,sompoton dan gabang
Senibina

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

42
-Binaan rumah panjang di Sabah menunjukkan keunikan
senibinanya.rumah panjang dibina daaripada hasil hutan seperti
buluh,rotan dan daun rumbia.Rumah panjang ialah tempat tinggal
etnik seperti Murut dan Rungus.
-Peghuni rumah panjang dianggap sebagai satu keluarga yang besar
dan diketuai oleh ketuaa rumah panjang yang menjadi penghubung
antara rakyat dengan pemerintah.
Kraftangan
-Masyarakat Sabah memanfaatkan segala sumber yang ada pada
mereka untuk menghasilkan pelbagai jenis kraftangan.Antara
kraftangan yang dihasilkan ialah kain tenun,senjata,alat
muzik,tikar,bakul,inavol dan pedang.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

43

KESENIAN

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

44

kegiatan ekonomi
Pertanian
-Terdapat 2 jenis pertanian yang dijalankan oleh masyarakat
Sabah,iaitu pertanian pindah dan pertanian kekal.Aktiviti utama
pertanian pindah ialah menanam padi huma.
-Aktiviti pertanian kekal pula melibatkan pula melibatkan penanaman
padi sawah.Penanaman padi sawah ini diusahakan oleh etnik Kadazan-
Dusun yang tinggal di pantai barat.
-Masyarakat Sabah juga menanam tanaman sampingan lain seperti
ubi,keledek,sayur-sayuran,buah-buahan,kelapa dan menternak
binatang.
Menangkap ikan
-Orang Bajau yang tinggal di kawasan persisiran pantai seperti di Teluk
Kimanis,sekitar pantai Sandakan dan Semporna menjalankan aktiviti
menangkap ikan.Nelayan dalam kalangan etnik Bajau ini menggunakan
peralatan tradisional untuk menangkap ikan seperti jaring dan kelong.
Mengutip sarang burung
-Aktiviti mengutip sarang burung ini dijalankan untuk tujuan
eksport.Gua Gomantong menymbang kepada hasil sarang burung yang
tinggi dan dieksport ke negara China.
-Sarang burung terdapat di tempat yang tinggi di dalam gua dan
pemungut sarang burung ini akan menggunakan tangga atau
memanjat dinding dengan menggunakan buluh.



SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

45

-Terdapat 2 jenis sarang burung iaitu sarang burung yang berwarna
putih atau coklat.Walau bagaimanapun,sarang burung yang berwarna
putih dikatakan lebih berkhasiat.
Memungut hasil hutan
-Aktiviti ini menjadi kegiatan utama etnik Murut dan antara hasil yang
dipungut ialah damar,rotan dan madu lebah.
Memungut hasil laut
-Penduduk persisiran pantai seperti Melayu-Brunei,Suluk,dan Bajau
telah menjadikan kegiatan memungut hasil laut sebagai punca utama
pendapatan mereka.
-Hasil laut termasuklah agar-agar,timun laut dan karang laut.
-Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir.
Perdagangan
-Kegiatan perdagangan dijalankan secara pertukaran barang atau jual
beli di pasar tamu.
-Setiap etnik memperdagangkan hasil mereka.Hasil laut dan beras
diperdagangkan oleh etnik Melayu-Brunei,Bajau dan Suluk.Etnik
Kadazan-Dusun dan Murut pula memperdagangkan hasil hutan.Selain
itu,pedagang China di Sabah menggunakan sistem mata wang dalam
menjalankan perdagangan mereka.
-Pasar tamu dapat mengeratkan hubungan antara etnik serta
mewujudkan semangat muhibah dan harmoni.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

46

KESIMPULAN
Pembelajaran berkaitan dengan negeri Sabah penting untuk
meningkatkan perpaduan nasional
Apabila kita mengetahui latar belakang sesuatu etnik,kita
tentunya sudah memahami budaya etnik tersebut.Ini secara tidak
langsung akan meningkatkan semangat cinta akan negara di kalangan
warga Malaysia.

SEJARAH TINGKATAN SATU,BAB 8,10,11[NURUL SYAZWANI ZAILANI

47

BY:
NURUL SYAZWANI BINTI ZAILANI
1 ILTIZAM 2014
SEJARAH TINGKATAN 1
CIKGU JOSEPHINE
NOTE:
WE LOVE CIKGU JOSEPHINE, YOU ARE THE
BEST TEACHERTHANKS FOR TEACHING
US..

Anda mungkin juga menyukai