Anda di halaman 1dari 5

Kaedah sokratik (teknik penyoalan sokratik) juga dikenali sebagai kaedah Elenchus ialah

satu bentuk dialog argumentatif antara individu-individu. Ia merangsang pemikiran secara kritis
dan mengeluarkan idea-idea atau pendapat seseorang individu yang berlainan melalui medium
menyoal dan menjawab. Secara umumnya, teknik ini sering digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran oleh guru untuk mewujudkan perbincangan dalam kalangan para
pelajar. Sememangnya teknik penyoalan sokratik adalah penting dalam proses pembelajaran.

TUJUAN PENYOALAN SOKRATIK

KAEDAH SOKRATIK
7 JENIS PENYOALAN SOKRATIK
Teknik penyoalan sokratik memberikan pelbagai kelebihan kepada para pembaca. Salah
satu penyoalan sokratik iaitu jenis soalan untuk mendapatkan penjelasan memberikan
peluang kepada para pembaca untuk berfikir secara rasional dan logik supaya hasil
penjelasan itu masuk akal. Soalan sebegini akan menyebabkan para pembaca untuk keluar
dengan suatu penjelasan yang logik bagi mereka. Hal ini akan menyedarkan mereka
tentang tahap pemahaman dan penelitian berdasarkan sesuatu isu yang diajarkan kepada
mereka dalam kelas. Teknik seterusnya iaitu soalan untuk menyiasat anggapan akan
mengakibatkan para pembaca untuk berfikir secara kritis malah mendorong mereka
menganggap suatu konsep atau idea mengenai ilmu yang disampaikan. Hal ini
membolehkan mereka untuk membandingkan anggapan mereka dengan perkara yang
benar dan tepat. Di samping itu, teknik lain iaitu soalan mengenai pandangan atau
perspektif akan membantu para pembaca untuk berfikir secara terbuka dari pemikiran dan
kefahaman mereka. Hal ini menyebabkan para pembaca untuk berfikir secara terbuka dan
meluas dari pelbagai sudut pemikiran kerana jenis soalan ini tidak terikat kepada sesuatu
konsep atau idea seseorang sahaja. Isu tersebut menyediakan medium yang sangat luas
untuk para pembaca berfikir dan membuat kesimpulan secara matang. Akhir sekali, teknik
soalan untuk mencungkil implikasi dan akibat memberikan ruang yang amat besar kepada
para pembaca untuk berfikir tentang kesan - kesan pada masa depan sama ada positif atau
negatif. Hal ini menyediakan para pembaca untuk bersedia menghadapi perkara - perkara
pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai