Anda di halaman 1dari 32

EDU 3046

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

PEMIKIRAN ANALITIKAL, KREATIF


DAN EVALUATIF
PEMIKIRAN
Suatu proses menggunakan minda untuk mencari
makna dan memahami sesuatu(realiti ataupun mainan
minda(fantasi).
Melalui penerokaan pelbagai kemungkinan idea dan
ciptaan serta membuat pertimbangan yang wajar .
Melalui pemikiran juga secara automatiknya,
seseorang itu dapat membuat refleksi dan
metakognitif terhadap proses yang dialaminya.
PEMIKIRAN ANALITIKAL
Suatu kemahiran memberi analisis terhadap
kenyataan, pemikiran, tulisan, laporan dan sebab-
akibat berlakunya sesuatu

Daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih


terperinci

Berfikir analitikal adalah bertitik tolak daripada asas


logik dan mampu meyakinkan seseorang dengan fakta
dan data serta hujah-hujah yang menggambarkan
sesuatu itu benar atau seolah-olah benar
Analisis terhadap sesuatu perkara
memerlukan dua jenis ilmu :->

 ilmu yang generik atau umum

Analisis yang umum membawa pendekatan


umum dan ia tertakluk kepada bahasan dan
penghujahan pihak lain
Membantu seseorang untuk berfikir secara
sistematik, teratur, tersusun dengan fakta,
maklumat dan data yang baik

Berfikir analitikal memerlukan ilmu dan maklumat

Tanpa sumber-sumber asas ini analisis tidak akan


bermaya malah boleh menjadi tidak logik dan
kurang meyakinkan orang lain
 Ilmu khusus yang membawa kepada
kepakaran dan pengkhususan terhadap
sesuatu subjek

Berdasarkan kepakaran dan keahlian jauh lebih


dihormati kerana asas keahlian menyebabkan
kebolehpercayaan wujud

Tetapi lebih ideal sekiranya seseorang itu memiliki ilmu


yang generik dan pada masa yang sama mempunyai
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu yang
menyebabkan analisisnya menjadi lebih holistik
(menyeluruh)
Untuk menjadi seorang guru yang memiliki kualiti
berfikir yang analitikal, guru perlu banyak membaca
bahan berkualiti sama ada daripada akhbar, majalah
mahupun buku
Sebelum sesuatu fakta dan data diterima, guru perlu
berfikir secara analitikal dahulu tentang kualiti
tidaknya sesuatu pandangan
Kemudian mereka kena cuba memikirkan sesuatu yang
lebih baik atau merujuk sumber-sumber yang boleh
memberi jawapan yang lebih tepat dan akhirnya
membuat kesimpulan selepas analisis berlaku
MATLAMAT
Membuat huraian terperinci berkenaan sesuatu idea
ataupun perkara
Mencari persamaan, perbezaan, mencari punca-punca
sesuatu masalah ataupun kejadian
Menyusun maklumat-maklumat ke dalam kumpulan-
kumpulan
Membuat pelbagai tafsiran
Mencari perhubungan antara perkara-perkara, dan
mencari kaitan sebab-akibat antara perkara-perkara
dan peristiwa-peristiwa
PEMIKIRAN KREATIF
•Definisi kreatif adalah kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan idea baru dan asli
( Kamus Dewan Edisi Ketiga )

Definisi
Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan
kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-
beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza,
namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju
bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan
minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
• Dapatlah dirumuskan bahawa:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk


mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan
dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dialami
Apakah kemahiran 
berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:

I.menjana dan menghasilkan idea,


II.mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa,
pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan.
III.menerokai dan mencari makna ,
pemahaman  dan penyelesaian masalah
seacara inovatif.
Apakah kemahiran
berfikir
secara kritis
• KB secara kritis ialah kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan  dan kewajaran
sesuatu idea, meneliti kebernasan dan 
kelemahan sesuatu hujah, dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti.
Apakah contoh-contoh 
kemahiran 
berfikir bagi setiap
komponen itu?
Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:
•membanding dan membeza:
•membuat kategori,
•meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
•menerangkan sebab.
•membuat sekuen / urutan.
•menentukan sumber yang dipercayai,
•membuat ramalan,
•mengusul periksa andaian,
•membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
•mencipta analogi
•menjana dan menghasilkan idea baru
•mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat


keputusan dan menyelesaikan masalah?
 - Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen
berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara
kreatif.
Ciri-Ciri Pemikir Bijak
•Cekal                 
•Luwes ( mudah disesuaikan dengan keadaan )
•Reflektif
•Kurang impulsif ( tergesa-gesa )
•Ingin tahu
•Mengambil risiko
•Mahir menyoal
•Tidak mudah putus asa
•Berkerjasama
Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada
perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif
ialah :
1. Pengurusan
2. Komunikasi terbuka
3. Teknologi
4. Penyelesaian masalah
5. Budaya
6. Strategi
7. Kepimpinan dan
8. Pemikiran
Sebagai Guru : Aspek Pengurusan

I.Perancangan perubahan - ( RPH, RPM, RPT )

II.Pengetahuan - ( kontent,sukatan pelajaran )

III.Strategi pengajaran dan pembelajaran -(Kaedah dan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran )

IV.Kurikulum - (mengaplikasikan pengetahuan dan strategi

yang kreatif dan inovatif )

V.Pengurusan organisasi pembelajaran -(mengikut kehendak

negara )
-Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran

1.Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang


berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif
kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid.
2. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia
boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya
mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan
dengan cara murid-muridnya belajar.
3. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman
pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran
murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih
berkesan.

4. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya


pembelajaran murid berubah dengan umur dan
mereka suka bekerja dengan kumpulan yang
berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan
mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.
5. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih
auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu
persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga
mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi
daripada lelaki.

6. Murid-murid yang mempunyai pencapaian


akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza berbanding dengan
murid- murid yang mempunyai pencapaian akademik
yang rendah.
PEMIKIRAN EVALUATIF
Evaluasi adalah penentuan sistematik perkhidmatan,
nilai, dan pentingnya sesuatu atau seseorang dengan
menggunakan kriteria terhadap serangkaian standard.

St Leger dan Walsworth-Bell telah mendefinisikan


evaluatif sebagai 'penilaian kritis, sebagai tujuan
dengan cara yang mungkin, dari sejauh mana suatu
perkhidmatan atau bahagian komponennya dinyatakan
memenuhi matlamat' (dikutip dalam, Reeve, &
Peerbhoy, 2007, p 122)
 Potter (2006, hal 88) berpendapat bahawa “evaluasi
ialah bidang yang unik dan pelbagai". Dia berpendapat
bahawa kepelbagaian ini merujuk pada sejumlah
disiplin ilmu, yang meliputi pengurusan dan teori
organisasi, analisis dasar, pendidikan, sosiologi,
antropologi sosial, dan perubahan sosial“

 Aplikasi sistematik, padat dan teliti dari kaedah saintifik


untuk menyediakan rancangan, pelaksanaan,
pembaikkan atau hasil dari sebuah program (Rossi,
Lipsey, & Freeman, 2004)
Stufflebeam (Abin Syamsuddin Makmun, 1996)
memengemukakan bahawa : educational evaluation is
the process of delineating, obtaining,and providing
useful, information for judging decision alternatif

Di bidang pendidikan, kita dapat melakukan evaluasi


terhadap kurikulum baru, suatu kebijakkan pendidikan,
sumber belajar tertentu, atau nilai kerja guru.
APAKAH TUJUAN PEMIKIRAN
EVALUATIF?
Tujuan Penilaian
 Grading-menentukan atau membezakan kedudukan
hasil kerja pelajar
 alat seleksi- memisahkan pelajar mengikut kategori
 Untuk menggambarkan sejauh mana seorang peserta
didik telah menguasai kompetensi
 Dapat membimbing pelajar dalam memahami diri
sendiri dan membuat keputusan
 alat diagnosis- kesukaran belajar yang dialami pelajar
dan mungkin prestasinya dapat dikembangkan
APAKAH PENDEKATAN EVALUATIF?
Pendekatan Penilaian

1. Penilaian yang merujuk kepada norma


(Penilaian Acuan Norma atau norm-referenced
assessment)
-tafsiran keputusan pelajar dikaitkan dengan
hasil penilaian menggunakan alat penilaian
yang sama
2. Penilaian yang merujuk kepada kriteria
(Penilaian Acuan Kriteria atau criterion
referenced assessment)
-keputusan pelajar bergantung kepada sejauh
mana menguasai kreteria yang ditetapkan
Hasil Penilaian Pelajar

terbahagi kepada 3 domain


1. domain kognitif (pengetahuan atau yang
merangkumi kecerdasan bahasa dan
kecerdasan logik - matematik)
2. domain afektif (sikap dan nilai atau yang
merangkumi kecerdasan interpersonal dan
kecerdasan intraperibadi, dengan kata lain
kecerdasan emosional)
3. domain psikomotor (kemahiran atau yang
merangkumi kecerdasan kinestetik, kecerdasan
visual-spasial, dan kecerdasan muzikal).
KESIMPULAN
 Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa
pemikiran analitikal, kreatif dan evaluatif sangatlah
penting dalam pengajaran pendidikan seni. Hal ini
demikian kerana, ketiga-tiga elemen ini mempunyai
unsur yang tersendiri dari aspek pedagogi, teknologi
dan kandungan dalam pendidikan seni dengan
berpandukan huraian sukatan pelajaran dan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai