Anda di halaman 1dari 1

Ringkasan

Sulalatus Salatin merupakan teks sastera yang mengandungi ciri dan kandungan seperti puisi,
dongeng, lagenda, kiasan, anakronisme dan percakapan yang kononnya dituturkan oleh tokoh-
tokoh berkenaan. Sebagai contoh berkaitan ciri-ciri itu umpamanya yang terdapat dalam
bahagian awal yang menceritakan asal usul Raja Melayu iaitu Sultan Melaka dari Bukit
Siguntang, kisah perkahwinan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Raden Galoh Cindera
Kirana dari Empayar Majapahit dan kisah peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan
Mahmud. Terdapat juga banyak contoh yang menggambarkan betapa orang-orang Melayu
Melaka tidak pernah kalah dalam apa-apa juga bidang yang diceburi oleh mereka. Sebagai
sebuah tamadun pula sejak peringkat awalnya, iaitu bermula pemerintahan Sultan Mahmmad
Syah lagi, Melaka dituliskan sebagai sebuah tamadun yang sangat berjaya yang memiliki
jajahan yang luas, aman damai, negeri yang amat dihormati dan tempat perhimpunan segala
dagang di seluruh dunia. Pembesar-pembesarnya pula diperihalkan sebagai pembesar yang
sangat saksama.

Hal ini menunjukkan bahawa isi kandungan Sulalatus Salatin menampakkan sentrik
Melaka dengan jelas sekali sepertimana persejarahan tradisi dalam peradaban yang lain juga.
Isi kandungan Sulalatus Salatin juga menceritakan tentang sejarah kebangkitan dan
seterusnya perkembangan Empayar Melayu Melaka, iaitu daripada awal sehingga Melaka
menjadi sebuah entiti politik dan tamadun yang masyhur dan terbilang. Oleh itu, peranan
ketokohan serta asal usul kebanyakan daripada mereka, terutamanya raja-raja dan juga
pembesar-pembesar terpenting dimuatkan seiring dengan peristiwa sejarah yang berkaitan.
Pada bahagian akhir pula, diceritakan tentang kemasyhuran Empayar Melaka sebagai pusat
tamadun Melayu telah menarik minat sebuah kuasa baru Eropah, iaitu Portugis yang
kemudiannya datang menyerang dan menawan pusat kegiatan politik, pentadbiran dan
ekonomi perdagangan empayar Melaka. Seterusnya, dimuatkan juga sejarah perjuangan Sultan
Mahmud dan beberapa orang putera baginda dalam usaha merampas semula bandar Melaka
daripada kekuasaan Portugis.

Anda mungkin juga menyukai