Anda di halaman 1dari 4

Terapi Menggunakan Model ABCDE

Antecedent event (A): Rahman merupakan seorang pelajar yang mempunyai pencapaian
sederhana di sekolah. Namun demikian, Rahman mempunyai cita-cita besar untuk menjadi
seorang doktor. Rahman juga berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan di
mana bapanya hanyalah seorang nelayan manakala ibunya adalah seorang suri rumah
sahaja. Delima yang Rahman yang dihadapi oleh Rahman sekarang adalah bagaimanakah dia
mampu untuk mencapai cita-cita berdasarkan pencapaian akademiknya yang sederhana dan
berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Belief (B): bagi Rahman, walau bagaimana sekalipun dia berusaha untuk menjadi seorang
doktor dia tidak akan berjaya kerana banyak kekangan. Lebih-lebih lagi latar belakang
keluarganya yang kurang berkemampuan.
Emotional consequence (C): Rahman menjadi seorang pelajar yang pasif dan tidak aktif.
Rahman juga menjadi seorang yang rendah diri dan tidak percaya akan masa depannya yang
baik.
Desputing (D): pada tahap ini kaunselor akan mempertikaikan tanggapan Rahman terhadap
kepercayaannya yang dia tidak akan dapat mencapai apa yang diimpikannya. Antara soalan
yang boleh digunakan kaunselor dalam mempertikaikan kepercayaan yang dibina sendiri
oleh Rahman;
I. Adakah kepercayaan kamu tersebut sudah terbukti?
II. Kenapa kamu beranggapan bahawa keluarga yang susah tidak akan ada peluang
untuk memajukan diri?
III. Mengenai pembelajaran kamu, adakah kamu pasti kamu sudah mencuba yang
terbaik dalam pelajaran?
IV. Kamu dengar ini .....guru memberikan contoh yang bersesuaian... dia juga
merupakan anak keluarga yang susah tetapi akhirnya berjaya. Bagi pendapat kamu,
bagaiman dia boleh berjaya sedangkan dia pun berada di dalam situasi kamu
sekarang?
Sekiranya fasa ini berjalan dengan baik dan membuahkan hasil yang positif, kaunselor akan
berjaya membina kepercayaan yang baru dalam diri pelajar berkenaan untuk menjadi lebih
positif di dalam mengejar cita-citanya.
Effect (E): setelah kepercayaan berjaya diubah, Rahman menjadi seorang pelajar yang
positif di dalam mengejar cita-citanya. Dia menjadi sangat aktif di dalam pembelajaran dan
tidak lagi menghadapi masalah rendah diri yang melampau. Rahman tekad untuk mengubah
nasib keluarganya dengan berusaha menjadi seorang doktor.
















Antecedent event (A):
Anisa mempunyai masalah untuk bercakap di khalayak ramai kerana mengalami trauma
yang berkaitan dengan orang ramai semasa kecil. Trauma tersebut membuatkan Anisa takut
untuk bergaul mahupun bercakap dengan orang lain. Anisa akan menggigil dan ketakutan
apabila berjumpa dengan orang ramai ataupun orang yang baru dia kenal. Anisa adalah
seorang pemalu yang keterlaluan.
Belief (B):
Bagi Anisa, bercakap dengan orang ramai membuatkan diri dia terasa kecil dan amat
menakutkan. Dia merasakan bahawa orang ramai yang datang bercakap dengan dia
hanyalah disebabkan oleh rasa simpati dan bukannya ikhlas perihatin akan dirinya.
Emotional consequence (C):
Bercakap dengan orang ramai menyebabkan dia teringat terhadap trauma yang dilaluinya
pada waktu kecil. Ini akan memberikan tindak balas psikologi yang negatif terhadap dirinya
di mana tanganya akan mengeletar dan suaranya akan tersekat-sekat bila mula berbicara.
Desputing (D):
Bagi kes Anisa ini, terapi dalam tempoh yang panjang diperlukan kerana ianya melibatkan
trauma jangka panjang iaitu dari dia kanak-kanak lagi. Peringkat ini adalah amat penting
kerana kaunselor perlu mempertikaikan kepercayaan yang dipegang oleh Anisa setelah
sekian lama dan perlu membantu Anisa membina kepercayaan yang baru. Antara soalan
yang boleh diajukan kepada Anisa ialah;
a) Adakah kamu yakin bahawa orang yang ingin bercakap dengan kamu adalah orang
yang ingin mengambil kesempatan sahaja?
b) Boleh kamu buktikan kepada saya bagaimana kamu tahu bahawa orang yang ingin
bercakap dengan kamu mempunyai niat yang tidak baik?
c) Seperti yang Anisa tahu, kucing mempunyai bulu yang corak dan warnanya yang
berbezakan? (lihat/tunggu respon) Jadi menurut pandangan Anisa, adakah semua
manusia adalah sama? Sedangkan manusia juga makhluk hidup seperti kucing?
d) Adakah setiap kali Anisa cuba bercakap di hadapan khalayak, mereka akan
mengertawakan Anisa?
Sekiranya tahap ini berjalan dengan baik, Anisa akan mempunyai tanggapan yang baru dan
akan memperbaharui kepercayaannya kepada yang lebih positif.
Effect (E):
Setelah kepercayaan diperbaharui, Anisa menjadi seorang yang lebih berani. Walaupun
bukan seratus peratus, tetapi Anisa sudah mampu untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan
tanpa dia perlu menggigil dan juga takut yang keterlaluan.

Anda mungkin juga menyukai