Anda di halaman 1dari 1

Contoh penstrukturan 1

“…Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan anda pula sebagai klien. Sesi ini
akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Peranan saya secara ringkasnya untuk
mendengar, memahami dan cuba untuk membantu anda. Peranan anda adalah untuk
menceritakan apa yang mengganggu hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan dan kerahsiaan
ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan melibatkan keselamatan nyawa anda.”

Contoh penstrukturan 2
Ks : “Mungkin ia akan membantu jika saya memberitahu tentang perkara asas dalam
kaunseling”
Kl : “Baiklah”
Ks : “Tujuan kaunseling adalah untuk membantu dan membimbing anda dalam
membincangkan bersama persoalan anda. Tugas saya sebagai seorang kaunselor adalah untuk
mendengar dan memahami apa yang anda rasa dan fikirkan. Kemudian kita akan bersama-
sama mencari langkah-langkah bagi persoalan anda”.
Kl : “Baiklah. Tapi apa pula yang perlu saya lakukan, Encik”
Ks : “Tugas anda adalah membantu saya untuk memahami apa yang anda rasa dan fikirkan.
Anda perlu memberi maklumat, membuat keputusan yang sesuai dan memberitahu saya
perkara-perkara yang perlu untuk mencapai objektif anda”.
Kl : “Susah untuk menangani masalah saya ni Encik”
Ks : “Itulah menjadi pokok utama di sini. Kita akan cuba bersama-
sama memfokuskan pada sasaran atau objektif kaunseling ini.Pada waktu ini kita
hanya sebahagian kecil daripada permasalahan anda, dan kita akan bersama-sama
menanganinya dari yang ringan kepada yang lebih berat”.
Kl : “Oh begitu..Jadi, maksud encik kita cuma bincangkan satu persoalan sahaja dalam satu
masa ?”
Ks : “Tepat sekali. Satu lagi, saya mahu anda tahu bahawa kaunselingadalah secara sukarela.
Anda boleh menamatkan sesi pada bila-bila masa. Sesi ini adalah peribadi dan sulit. Saya tidak
akan memberitahu kepada sesiapa masalah anda kecuali dengan izin anda. Sesi kita akan
mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selalunya, ia akan memerlukan beberapa sesi,
bergantung kepada keperluan anda. Sekarang, anda ada apa-apa soalan?”
Ks : “Tidak ada. Saya jelas dengan penjelasan yang telah encik berikan”.

Contoh Penstrukturan 3
Ks : “Aqel, jika tak keberatan, boleh tak saya rekodkan sesi ini? Ini untuk tugasan saya. Saya
akan buat transkrip, dan pensyarah saya akan baca. Okey, kalau Aqel tidak selesa, saya akan
berhentikan rekod ini bila-bila masa. Saya akan tunjukkan apa yang telah saya tulis jika Aqel
mahu. Jika, selepas ni, Aqel tak benarkan saya gunakan rekod ini, saya tidak akan gunakan,
dan kita akan mulakan sesi ini sekali lagi”.
Kl : “Baiklah, saya ada sesuatu nak bincangkan dengan encik”.
Ks : “Apa yang Aqel nak bincangkan hari ini ?”
Kl : “Kawan saya. Dia sangat teruk”.

Anda mungkin juga menyukai