Anda di halaman 1dari 7

PERINGKAT 1

 Kemahiran membina hubungan dalam sesi kaunseling

Kaunselor: jemput masuk, sila duduk

Klien: semua angguk

Kaunselor: baiklah, macam mana kedaan hari ini?

Klien: alhamdulillah baik

Kaunselor: terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling

Kline: sama-sama

Kaunselor: bagaimana kedudukan sekarang? Selesa?

Klien/ Mak: alhamdulillah kami selesa puan

Kaunselor : sebelum kita mulakan sesi, sya nak double confirm. Ini Puan Aisyah dan
keluarga betul?

Mak Klien: Ya betul. Ini suami dan anak saya.

Kaunselor: baik, sebelum kita pergi lebih lanjut lagi, biar saya perkenalkan diri saya
terlebih dahulu. saya ain, sebagai kaunselor puan dan sekeluarga dalam sesi ini.
saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Puan dan keluarga sudi datang
berjumpa dngan saya.

Mak Klien: sama sama puan ain

Kaunselor: sebelum ini, pernah X Puan dan sekeluarga mengikuti mana-mana sesi
kaunseling?

Klien/Mak: sebelum ini tidak pernah lagi


 Peringkat pensturkturan ada persetujuan antara klien dan kaunselor & elemen
antarnya:
- Menergkan defini kaunseling
- Peranan kausnelor dn klien

Kaunselor:Baik, saya akan terangkan serba sikit perjalanan sesi kaunseling. Sesi ini
akan berlangsung selama 45 min hingga sejam. Tetapi jika kita tidak dapat capai
apa yang ingin kita capai pada hari ini, Puan dan sekeluarga jangan risau kerana
kita boleh buat sesi lanjutan.

Selain itu, dalam sesi ini, saya akan membantu dalam membincangkan apa sahaja
yang ingin dikongsi di mana saya sebagai kaunselor peranan saya mendengar apa
sahaja yang dikongsi dan diceritakan, manakala peranan puan sekeluarga pula
adalah menceritakandan dan meluahkan apa sahaja tanpa rasa bimbang dan
tertekan. Jangan risau kerana segala maklumat adalh dirahsiakan berdasatrkan
kepada kod etika kerahsiaan sebgai kaunselor. Maksudnya tiada siapa akan
ketahuinya melainkan saya dan awak semua. Baiklah ada apa2 persoalan sebelum
kita mulakan sesi?

(mak/ayah) Klien: setakat ini tiada puan,

Kaunselor: baik, kalau begitu kita akan membina matlamat sesi kali ini di mana kita
nak mencari jalan kepada penyelesaian terhadap masalah yang Puan sekeluarga
hadapi. Segala tindakan atau keputusan yang diambil adalah ditentukan dan
dipertanggungjawabkan anda sekeluarga, Saya selaku kaunselor hanya sebagai
pembimbing sahaja untuk masalah ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERINGKAT 2 Penerokaan masalah

Kaunselor: kalau begitu adakah Puan sekeluarga sudah bersedia bagi memulakan
sesi ini?

(soalan tertutp)

Klien/mak: ya kami sudah bersedia

Kaunselor: saya dapat rasakan yang Puan sekeluarga ada sesuatu yang masing2
cuba pendamkam. Boleh Alia ceritakan dulu apa?

- Peringkt penerokaan
- Reflksi perasaan /soalan terbuka

Alia: sebenarnya saya tak mampu untuk score subjek-subjek sains tulen. Dan saya
rasa terpaksa dan ayah saya tetap dengan pendiriannya untuk jadikan saya sebagai
seorang doctor sepertinya.

Kaunselor: ohh, fikiran alia terganggu kerana merasa dipaksa ambil aliran sains
yang alia sendiri tidak minat? Betul alia? PARAFRASA

Klien/Alia: ya, saya betul-betul tak minat.

KAUNSELOR: Baiklah, oleh kerana alia tidak dapat memenuhi ekspetasi encik
khususnya dalam bidang akademik ini. boleh saya tahu kenapa Encik berbuat
demikian?????????

AYAH: sebenarnya kerjaya doktor ini merupakan tradisi keluarga kami sejak
daripada dulu lagi daripada situ saya sangat yakin dan percaya bahawa anak saya
pun boleh mengekalkan tradisi ini.

KAUNSELOR: Baik Encik Hakim saya faham akan pendirian dan pengetahuan encik
hakim tentang kemampuan anak encik hakim.

Klien: ya kalau ikutkan begitulah, saya selaku ayahnya kan


Kaunselor: Baiklah, bagaimana pulak dengan Puan Aisyah? Ada apa-apa yang nak
dikongsikan?

Klien : Saya sebenarnya rasa suami saya kurang memahami saya dan Alia. Suami
saya terlalu sibuk dan mementingkan kerjaya dia selaku doktor dan tiada masa
bersama keluarga. Kalau pulang ke rumah pun, tiada masa untuk kami duduk
bersama dan bersembang. Suami saya keluar bekerja awal pagi, balik pula lewat
malam. Kadang-kadang tidak pulang langsung ke rumah. Jadi saya seorang sahaja
di rumah yang selalu bersama dengan Alia.

Kounselor: Oh begitu (Dorongan Minima) berdasarkan jalan cerita yang puan, encik
hakim dan alia beritahu tadi saya dapat kena; pasti sebenarnya semua masing-
masing masalah dalam perhubungan di anara satu sama lain khusunya dalam
keluarga. Kalaua begitu boleh ke kalua kita pergi kepada peringkat seterusnya iaitu
cara penyelesaian?

Klien: boleh Puan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peringkat 3 (Penetapan matlamat)

Kaunselor: : Jadi, di sini saya dapat mengenal pasti masalah sebenar diantara
keluarga Puan sekeluarga. Bolehkah kita menetapkan matlamat kaunseling untuk
membantu Puan sekeluarga supaya lebih berhati-hati dalam membuat pendedahan
kendiri. Teknik/terapi

Kaunselor: Iaitu keluarga Puan sebenarnya memerlukan kemahiran pendedahan


kendiri yang lebih bijak untuk menyelesaikan masalah sekeluarga.

Klien/mak: Boleh Puan, baiklah kami akan cuba untuk melaksanakn kemahiran
tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peringkat 4

Kaunselor: Nampaknya, kita sudah pun bersama-sama mengenal pasti masalah


Puan sekeluarga. Jadi, marilah kita sama-sama kita membincangkan apakah
tindakan yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan tekanan yang kalian alami.
Adakah anda sekeluarga setuju?

Klien: ya, saya memang setuju.

Kaunselor: kalau begitu, apakah agaknya yang kalian rasa tindakan yang boleh
kalian lakukan untuk selesaikan masalah yang dihadapi sekrg. Boleh alia mulakan
dahulu?

alia: saya rasa hendak berterus-terang secara baik dengan ayah saya. Lagipun saya
tahu, ayah memang sayangkan saya sebab selama ini pun saya tidak pernah ingkar
perintahnya.

Kaunselor ya.... Mmmm. (sambil mengangguk sedikit). Baiklah dengan cara


bagaimana menurut Alia?

Alia: Saya sebenarnya suka dengan pantai jadi untuk memulihkan hubungan kami.
Saya cadang untuk mengajak ayah dan mak saya pergi berkelah di pantai.

Kaunselor: Bagus cadangan Alia, (sambil mengangguk). Selain tu, apa lagi cara lain
yang alia rasa ayah alia dapat terima keputusan alia itu?

Klien/alia: kali ini saya rasa, saya memang nekad. Saya hendak kata kepada ayah
yang saya mahu beri tumpuan kepada pelajaran saya lepas ni. Saya akan mula
bangun malam dan study dengan sungguh-sungguh.

Kaunselor: Klau begitu, bolehkah saya bagi aktiviti untuk Alia buat dekat rumah?

Alia: Aktiviti macamna tu Puan?

Kaunselor: Baiklah , ini aktiviti untuk Alia lakukan (Diari saya) . Aktiviti ini
adalah………… Aktiviti kaunselor bagi

Kaunselor: baiklah kalau begitu. Nampaknya alia sudah tahu jalan penyelesaian
sendiri ya

Kaunselor: Boleh saya lanjutkan kepada Ecik Haki pula. Apakah tindakan yang encik
hendak lakukan untuk selesaikan masalah hubungan antara cik , isteri dan Alia.
Encik Hakim: Sya mula sedar bahawa sepatutnya saya tidak mengongkong alia dan
memahami isteri saya. Jadi dikesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada
mereka. Selain itu, saya berjanji tidak terlalu bersikap tegas terhadap mereka.

Kaunselor: Alhamdulillah bagus Encik Hakim, selain daripada meminta maaf encik
ada lagi tak cara lain untuk memulihkan hubungan dengan isteri dan Alia supaya
lebih rapat.

Klien: Sya rasa itu sahaja kot

Kaunselor: Kalau begitu saya cadangkan kepada Encik Hakim dan Puan Aisyah
untuk lakukan aktiviti ini pada setiap minggu untuk dijadikan harian. Boleh ke Ecik?

Klien: Boleh Puan. Apakah cadangan itu Puan?

Kaunselor: Ini merupakan Teknik komunikasi , keluar bersama-sama dan ambil


gambar bersama. Maksudnya akitiviti ini encik boleh pergi keluar bersama-sama
contohnya pergi bercuti dan berkelah. Teknik ini bagi mengluahkan persaan
masing-masing dan lebih mengeratkan hubungan keluarga. Kaunselor tentukan
teknik.

Encik Hakim: Menarik cdgn Puan, nanti sya cuba lakukan bila ada masa luanag
nanti.

Kaunselor: ok…emmm saya juga ingin memberikan aktiviti khusus untuk encik
lakasanakan di rumah nanti, Teknik ni adalah dipangguil sebagai Teknik positioning,
iaitu encik hakim cuba untuk mengambil alih tugas isteri dengan membuat kerja
rumah atau sebaliknya, saya harap dengan Teknik ini encik hakim dapat memahami
perasaan seorang isteri.

Klien: baiklah kalau begitu saranan puan saya akan akan berusaha untuk lakukan
aktiviti ini. Jadi apakah aktiviti untuk kami lakukan?

Kaunselor: aktiviti dinamakan sebagai aktiviti pengurusan tekanan dan mengesan


tekanan di bawah Teknik ujian ordeals iaitu saya akan memberika kertas ini dan
encik hakim dan ouan asiyah hanay perlu tanda sahaja berdasarkan perasaan encik
dan isteri disyorkan tiga kali seminggu.

Klien: baiklah kami faham dan laksanakan dengan jujur.


Kaunselor: baiklah kalau begitu kita akan sudahi sesi kaunseling hari ni, saya harap
puan dan sekeluarga dapat melaksanakan tugasan yang saya berikan dengan
sebaik mungkin.

Klien: baik puan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

peringkat 5 penampatan dan susulan

kaunselor: baiklah, saya melihat kepada raut wajah encik hakim dan isteri
nampaknya hubungan encik hakim dan puan aisyah semakin pulih, selain itu, saya
melihat keadaan alia semakin positif sejak kebelakangan ini dan result percubaan
terbaharu alia juga menunjukkan tahap prestasi yang baik selepas empat sesi
kaunseling. maka dengan ini kita akan menghampiri penamatan sesi kaunseling,
sebelum kita tamatkan sesi kaunseling kita saya ingin menanyakan adakah encik
sekeluarga selesa jika kita berhenti di sini? ataupun mungkin kita akan buat sesi
perkongsian lagi selepas ini.

klien: kami rasa cukup sampai di sini sahaja puan, in sya allah. dengan alternatif
penyelesaian ini kami yakin ia dapat diselesai kan dengan baik

kaunselor: baiklah, saya kagum melihat semangat puan sekeluarga yang kuat. saya
doakan supaya alia berjaya dengan cemerlang dalam peperikasaan spm nanti. saya
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan dan sekeluarga kerana sudi
berkongsi masalah dengan saya dan situasi sebenar yang berlaku. saya berharap
dengan alternatif penyelesaian yang telah di bincangkan keluarga dapat bersatu
kembali. namun begitu, saya juga akan melihat perkembangan puan dan keluarga,
semoga keadaan puan dan keluarga semakin sihat dan baik.

klien: terima kasih puan atas doanya

kaunselor: sama-sama.

Daripada skrip di atas, jelaslah bahawa sesi ini berjaya berakhir dengan keyakinan
positif pada klien. kaunselor mengguna- kan ayat-ayat yang dapat menenangkan
hati, memberi pengukuhan doa dan membawa keselesaan kepada klien sebelum
menambahkan sesi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai