Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI TUTORIAL PBKK 3033 BNK SJKT

(SHANTINI A/P MUNNIAN)

Kemahiran membina hubungan

Kaunselor : Helo, selamat pagi, adik.


Klien : Selamat pagi, puan.
Kaunselor : Apa khabar adik hari ini ?
Klien : Khabar baik, puan.
Kaunselor : Adik sudah bersarapan ke belum ?
Klien : Ya, puan. Saya dah bersarapan di rumah.
Kaunselor : Adik pernah tak hadir sesi kaunseling sebelum ini ?
Klien : Tidak puan.
Kemahiran Penstrukturan

Kaunselor : Sebelum kita memulakan sesi kita pada hari ini, saya ada beberapa
penerangan ya.
Klien : Baik, puan.
Kaunselor : Saya sebagai seorang kaunselor berperanan untuk mendengar dan
menghayati segala isi hati, luahan perasaan dan masalah yang
dihadapi oleh adik.
Klien : Baik, puan. Apakah saya perlu buat sepanjang sesi ini puan?
Kaunselor : Tugas adik, sebagai seorang klien perlulah mengongsi dan
menceritakan segala masalah dan isi hati anda dengan saya secara
jujur.
Klien : Baik, puan.
Kaunselor : Adik usah risau. Saya terikat pada etika kerahsiaan, maka saya tidak
akan membocorkan segala rahsia adik ya.
Klien : Baik, puan.
Kaunselor : Sesi kita pada hari ini akan berlangsung selama 30 hingga 45 minit
sahaja. Adik ada apa-apa untuk tanya sebelum sesi kita bermula?
Klien : Tidak puan, saya faham.

Kemahiran prafrasa

Klien : Saya tahu dia seorang kawan baik yang baik. Tetapi, saya belum
bersedia untuk menerima lamaran cintanya…tetapi saya juga susah hendak
menolaknya…
Kaunselor : Nampaknya, anda dalam dilemma, belum bersedia menerima dia
mahupun juga susah hendak menolaknya.
Kemahiran refleksi

a) Perasaan

Klien : Saya berasa kecewa kerana tidak dapat markah yang cemerlang
dalam peperiksaan.
Kaunselor : Owh..sebab itu la adik kelihatan tidak bermaya dari tadi ya?

b) Isi

Klien : Puan, salah seorang murid daripada kelas saya asyik ejek dan buli di
depan rakan-rakan saya. Ini membuatkan saya terganggu dalam kelas.
Kaunselor : Maksudnya, adik berasa tidak selesa dan takut datang ke kelas ya?

c) Pengalaman

Klien : Saya sebenarnya masih sayang dan menganggapnya sebagai kawan


baik saya, tapi saya tak faham kenapa dia sanggup ceritakan rahsia saya
kepada orang lain (sambil tunduk dan kelihatan sedih).
Kaunselor : Adik terlalu sedih dan kecewa sekali kerana kawan baik awak
sanggup berbuat demikian.

Anda mungkin juga menyukai