Anda di halaman 1dari 40

1

PUASA
HUKUM-HAKAM, FAEDAH DAN RAHSIANYA
SUMBER: Fiqul Manhaji Ala Mazhab As Syafie
Penulis: Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji

GURU:
Ustaz Zulhazam bin Othman
(Guru Agama, Al-Quran dan Bahasa Arab)
Dengan Pentauliahan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri

Email: zulhazam_othman@hotmail.com
Blog: http://www.zulhazam.blogspot.com



Cetakan Pertama 2014


2

PUASA (Takrif, Pensyariatan Dan Rahsia)
Takrif

Puasa dari sudut bahasa bererti: Menahan daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun
makanan. Dalilnya ialah firman Allah swt menceritakan tentang Maryam.
Maksudnya: " Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahmani".
[Maryam 19:26]

Puasa di sini bermaksud menahan diri dan berdiam diri dari berkata-kata. Puasa dari sudut syara
bererti: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar
hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Sejarah Pensyariatan Puasa.
Puasa Ramadan difardukan pada bulan Syaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu, puasa telah
diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga Ahli Kitab yang hidup sezaman dengan Nabi saw.
Firman Allah swt,


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(Al-Baqarah: 183)

Walau bagaimanapun kewajipan puasa Ramadan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan
yang wujud di antara umat ini dengan umat-umat dahulu ialah puasa disyariatkan. Tetapi
kefardhuan puasa Ramadhan dikhususkan hanya kepada Umat Nabi Muhammad saw.


3

Dalil Disyariatkan Puasa Ramadan

Dalil difardukan puasa pada bulan Ramadan ialah firman Allah swt:
Maksudnya: (Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-
Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu),
sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah dia berpuasa bulan itu. *Al-Baqarah:185]

Sabda Nabi saw:

"

( " 8 )
( 16 . )

Maksudnya: Islam dibina atas lima perkara, mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, menunaikan haji, dan puasa pada bulan Ramadan. [Riwayat Al-Bukhari (8), Muslim (16) dan
selain keduanya].

Begitu juga sabda Nabi saw kepada Arabi (Arab Badwi) yang telah bertanya Baginda:

Beritahu kepada aku puasa yang telah difardukan oleh Allah ke atas aku? Jawab Baginda, Puasa
bulan Ramadan. Riwayat al-Bukhari (1792) dan Muslim (11).

4

Hukum Meninggalkan Puasa Ramadan Tanpa Keuzuran

Disebabkan puasa Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam dan termasuk kefarduan
yang diketahui daripada agama secara daruri (mudah), maka orang mengingkari kefarduannya
adalah kafir dan dia hendaklah diperlakukan sebagaimana diperlakukan terhadap orang murtad. Dia
hendaklah diminta bertaubat. Sekiranya dia bertaubat, taubat itu diterima daripadanya. Kalau dia
tidak mahu bertaubat, dia hendaklah dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud kesalahan
murtad. Ini jika sekiranya dia bukan seorang yang baru memeluk Islam ataupun dia hidup membesar
jauh daripada pembangunan (sebagaimana yang dikatakan oleh ulama) maksudnya jauh daripada
tempat ulama (bijak pandai). Manakala orang yang meninggakan puasa tanpa keuzuran dan dia
tidak menginkari kewajipan seperti dia berkata, Saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu
berpuasa, makan orang ini hukumnya fasik dan tidak kafir. Pemerintah orang-orang Islam wajib
menahannya (mengurungnya) dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang
supaya puasa terlaksana padanya, walaupun sekadar pada zahirnya sahaja.

Di Antara Hikmah, Rahsia Dan Faedah Puasa

Diperingkat awal lagi sepatutnya seseorang muslim mengetahui bahawa puasa Ramadan
adalah ibadah yang telah difardukan oleh Allah swt. Makna ibadah ialah seseorang muslim
melaksanakannya sebagai memenuhi titah perintah Allah swt dan menunaikan hak perhambaan
kepada-Nya tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa.
Sekiranya seseorang muslim telah melakukan perkara tersebut, maka selepas itu tidak ada halangan
baginya untuk mencari hikmah dan rahsia ketuhanan yang tersembunyi di sebalik sesuatu ibadah
seperti puasa dan sebagainya. Suatu perkara yang tidak diragukan lagi ialah hukum-hukum Allah swt
semuanya mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk hamba. Tetapi tidak disyaratkan hamba itu
mengetahui perkara tersebut.

Tidak diragukan juga bahawa puasa mempunyai hikmah dan faedah yang cukup banyak yang
kadang-kadang sebahagiannya diketahui oleh hamba, tetap masih banyak lagi yang tidak
diketahuinya.

Diantara hikmah dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh seseorang Islam ialah:

5

1. Diantara sifat puasa yang sahih ialah menyedarkan hati seorang mukmin terhadap muraqabah
Allah Azzawajalla. Ini disebabkan apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu
siangnya, dia akan merasai lapar dan dahaga, maka jiwanya inginkan makanan dan minuman. Tetapi
perasaannya yang mengetahui bahawa dirinya berpuasa menghalangnya daripada memenuhi
kehendak jiwanya sebagai melaksanakan perintah Allah Azzawajalla. Daripada pertentangan jiwa ini
akan lahir kesedaran hati dan suburlah perasaan muraqabah Allah swt serta berterusanlah
ingatannya terhadap rububiyah dan keagungan kekuasaan Allah. Begitu juga dia akan sentiasa sedar
bahawa dia adalah hamba yang tunduk kepada hukum Allah dan mematuhi kehendak-Nya.

2. Ramadan adalah bulan suci dibandingkan dengan semua bulan dalam satu tahun. Allah
Azzawajalla menghendaki hamba-Nya supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan mendekatkan
diri kepada-Nya. Juga mengisinya dengan setinggi-tinggi makna perhambaan kepada Allah
Azzawajalla. Alangkah sukarnya untuk merealisasikan perkara ini apabila berhadapan dengan
hidangan makanan, berada di majlis minum, selepas perut diisi penuh dan setelah naiknya hawa
makanan ke dalam pemikiran dan otak. Jadi pensyariatan puasa pada bulan ini adalah jalan yang
paling mudah untuk memenuhi hak Allah dan melaksanaan kewajipan perhambaan kepada-Nya.

3. Sesungguhnya kehidupan seseorang muslim yang sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti
akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat yang keras dan menyuburkan faktor-faktor
pelampauan. Kedua perkara ini bertentangan dengan keadaan sebenar seseorang muslim. Jadi
pensyariatann puasa akan membersihkan jiwanya dan menghaluskan perasaannya.

4. Diantara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat Islam ialah saling kasih mengasihi dan sayang
menyayangi sesama umat Islam. Amat sukar bagi si kaya untuk mengasihi si miskin dengan kasih
sayang yang sebenarnya tanpa dia merasai kesakitan dan kepayahan kemiskinan juga kepahitan
kelaparan dan penderitaan. Bulan Ramadan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si
kaya mengenai perasaan si fakir. Ini menjadikannya hidup bersama si fakir di alam kepedihan dan
dihalang daripada memiliki makanan. Dari sini puasa adalah sebaik-baik perkara yang akan
menimbulkan faktor-faktor kasih sayang, rahmat dan kasihan di dalam jiwa si kaya.





6

PENETAPAN BULAN RAMADAN

Penetapan bulan Ramadan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut:

1. Melihat anak bulan Ramadan (Rukyah al-Hilal) pada malam 30 Syaban. Ini boleh berlaku apabila
seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiaanya di hadapan qadi bahawa dia telah melihat anak
bulan.

2. Mencukupkan 30 hari bulan Syaban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan
awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan.
Ketika itu disempurnakan bulan Syaban itu 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagi-mana tidak
datang perkara lain yang bertentangan dengannya.

Dalil kenyataan diatas ialah sabda Rasulullah saw:

"

( "

1810 ) ( 1080 )
Masudnya: Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya,
sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanah bilangan Syaban selama 30
hari. [Al-Bukhari (1810) dan Muslim (1080)]

Daripada Ibnu Abbas ra katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu berkata,

Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadan. Sabda Baginda, Apakah kamu
menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?. Katanya, Ya. Tanya
Baginda, Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah? Jawabnya, Ya.
Sabda Baginda, Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada
esok hari. [Disahihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-Zhaman (870) dan al-Hakim (1/427)].

Dengan ini, apabila anak bulan kelihatan di suatu negeri (bandar) maka penduduk negeri (bandar)
yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa. Manakala penduduk
negeri-negeri yang jauh tidak diwajibkan kerana negeri-negeri (bandar) yang dekat seperti Damsyik,
7

Himsy dan Halab (Aleppo) dihukumkan sebagai satu negeri (bandar), berbeza dengan negeri-negeri
(bandar) yang jauh seperti Damsyik, Kaherah dan Mekah.

Ukuran jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan matla (tempat terbit anak bulan).

Dalil kenyataan diatas ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1087) daripada Kuraib katanya:

Aku telah melihat anak bulan Ramadan sewaktu aku berada di Syam. Aku melihatnya pada malam
Jumaat. Kemudian aku pergi ke Madinah pada akhir bulan, lalu Ibnu Abbas r.a bertanya kepadaku:
Bila kamu semua melihat anak bulan?. Jawabku, Kami melihatnya pada malam Jumaat.
Katanya, Adakah kamu yang melihatnya?. Jawabku, Ya, dan orang ramai juga telah melihatnya
lalu mereka semua berpuasa dan Muawiyah juga berpuasa. Katanya, Kami semua melihatnya
pada malam Sabtu. Kami terus berpuasa sehingga sempurnanya 30 hari ataupun kami akan
melihatnya. Aku berkata, Adakah tidak cukup dengan rukyah Muawiyah dan puasanya?. Katanya,
Tidak, beginilah kami telah diperintahkan oleh Rasulullah saw.

Berdasarkan hadis ini para ulama mengatakan: Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk
negeri (bandar) yang jauh lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak bulan bermusafir
ke negeri tersebut, maka dia hendaklah berpuasa bersama mereka di akhir bulan walaupun dia telah
menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahannya ke negeri tersebut,
dia dianggap salah seorang daripada mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka.
Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak melihat anak bulan ke negeri yang melihat anak
bulan, dia hendaklah berbuka (berhari raya) bersama-sama mereka sama ada dia berpuasa selama
28 hari (disebabkan Ramadan pada penduduk setempat hanyalah 29 hari, maka dia hendaklah
berhari raya selepas hari ke 29) ataupun dia berpuasa 29 hari (disebabkan Ramadan disisi mereka
telah sempurna iaitu cukup 30 hari). Walaubagaimanapun, sekiranya dia berpuasa selama 28 hari,
maka dia hendakah menqadakan puasanya selama satu hari kerana satu bulan bukanlah 28 hari.

Barangsiapa yang pada waktu paginya berada di negeri yang merayakan hari raya lalu
bermusafir ke negeri yang jauh dan penduduknya masih berpuasa, dia wajib menahan dirinya untuk
baki hari tersebut sebagai mengikuti penduduk negeri tersebut.



8

SYARAT WAJIB PUASA DAN SYARAT SAH PUASA

Puasa Ramadan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut:
1. Islam
Puasa tidak diwajibkan ke atas orang kafir dengan makna di dunia ini dia tidak dituntut untuk
berpuasa kerana puasa adalah satu cabang kemasukannya ke dalam Islam. Selagimana dia tidak
masuk Islam maka tidak ada makna bagi puasanya dan tidak ada makna dia dituntut untuk
berpuasa. Adapun di akhirat, mereka akan disiksa kerana kekafirannya dan kerana dia meninggalkan
cabang-cabang Islam.

2. Taklif
Maksud taklif ialah orang Islam itu telah berakal dan baligh. Sekiranya hilang salah satu daripada dua
sifat ini maka jatuhlah daripadanya sifat taklif. Apabila jatuh sifat taklif maka dia tidak dituntut
sedikitpun melaksanakan tugas-tugas keagamaan.

Dalilnya ialah hadis Ali r.a bahawa Nabi saw bersabda:

"

( " 4403 . )
Maksudnya: Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia, daripada orang tidur
sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila
sehinggalah dia berakal [Abu Daud (4403) dan selainnya].

3. Tiada Keuzuran Yang Menghalangnya Berpuasa Ataupun Mengharuskannya Berbuka
Keuzuran yang menghalang berpuasa ialah:
i. Berada di dalam keadaan haid atau nifas pada mana-mana bahagian waktu siang.
ii. Pengsan ataupun gila sepanjang hari. Sekiranya dia sedar pada waktu siang walaupun satu
saat, maka hilanglah keuzuran dan dia wajib menahan diri untuk baki hari tersebut.
Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah:
i. Sakit yang mendatangkan mudarat yang besar ataupun kesakitan dan kebimbangan yang
amat dasyat kepada orang yang berpuasa. Jika penyakitnya itu menjadi semakin teruk
9

ataupun kesakitan itu semakin dasyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan mati
(sekiranya dia meneruskan puasanya), maka pada waktu itu dia wajib berbuka.
ii. Musafir yang jauh yang tidak kurang daripada 83 km dengan syarat ia adalah pemusafiran
yang dibenarkan dan mencakupi seluruh hari. Mengenai seorang yang berpuasa, pada waktu
paginya dia bermukim, kemudian dia bermusafir pada waktu siang, maka dia tidak
dibenarkan berbuka. Dalil kedua-dua penguzuran ini ialah firman Allah:
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (diharuskan berbuka, kemudian
wajib diganti puasanya) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Al-
Baqarah:185)
iii. Tidak mampu berpuasa. Oleh itu tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua atau sakit yang
tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa hanya wajib terhadap orang yang mampu
melakukannya.Dalilnya adalah firman Allah swt
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin. (Al-Baqarah:184)

Dibaca juga Yutawwaqunahu yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan melakukannya
(puasa), nescaya mereka tidak mampu melakukannya.

Ibnu Abbas r.a berkata: Yang dimaksudkan ialah orang lelaki dan perempuan yang terlalu
tua, keduanya tidak mampu untuk berpuasa, kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap hari
puasa dengan memberi makan seorang fakir miskin *Riwayat Al-Bukhari (4235)]

Syarat Sah Puasa
Syarat sah puasa ialah
1. Islam, tidak sah puasa orang kafir.
2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum
mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah.
Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu
10

melaksanakannya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana
meninggalkannya sebagaimana sembahyang.
3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam
keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.



RUKUN PUASA
Puasa mempunyai dua rukun asasi iaitu:
1. Niat puasa.
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam
matahari.

1. Niat
Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya
melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya. Dalil wajib niat ialah sabda Nabi
saw:

"

( " 1 ( ) 1907 )
Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. [Al-Bukhari (1) dan Muslim (1907)].

Niat Puasa Ramadan
Sekiranya ia adalah niat untuk puasa Ramadan, disyaratkan wujudnya perkara-perkara
berikut:
i. Berniat pada waktu malam
Iaitu hendaklah dilakukan qasad (kehendak melakukan puasa) itu pada waktu malam, iaitu sebelum
terbit fajar. Sekiranya dia tidak berqasad untuk melakukan puasa kecuali selepas terbitnya fajar
maka batallah niat dan puasanya.
Dalilnya sabda Nabi saw:

( } 2 / 172 )
( . : 4 / 202 )
11

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.
[Ad-Daruqutni (2/172), kata beliau para perawinya adalah Tsiqah; Al-Baihaqi (4/202)]

ii. Penentuan ( )
Ini dilakukan dengan menetapkan jenis puasa. Dia hendaklah berazam dalam hatinya untuk
berpuasa bulan Ramadan pada esok hari. Sekiranya dia berniat dalam dirinya dengan semata-mata
berpuasa (tidak ditentukan jenis puasa), maka niatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda Nabi saw
yang bermaksud: Sesungguhnya amalan itu dengan niat. Seperti yang telah dinyatakan sebelum
ini: Dan bagi setiap orang itu apa yang telah diniatkannya. Maksudnya: Perbuatan itu akan
mengikut jenis yang telah diqasadkan untuk dilakukan.

iii. Berulang-ulang
Maksudnya: Dia hendaklah berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar untuk puasa hari
berikutnya. Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadan bukanlah
ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadah yang berulang-ulang dan setiap ibadat itu mesti
dikhususkan niatnya yang tersendiri.

Mengenai puasa sunat, niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu ditentukan.
Niat, sah dilakukan sebelum tergelincir matahari dan sah juga dengan niat mutlak. Dalilnya ialah
hadis Aisyah r.a:
Maksudnya: Pada suatu hari Nabi saw bersabda kepadanya: Apakah kamu mempunyai makanan
tengahari?. Jawapannya, Tidak. Sabda Baginda, Kalau begitu aku berpuasa. [Ad-Daruqutni]

2. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:
i. Makan dan minum
Puasa terbatal sekiranya ia (makan dan minum) dilakukan dengan sengaja walaupun makanan
ataupun minuman itu sedikit. Sekiranya dia terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan
ataupun minum maka puasanya tidak batal walau berapa banyak dia makan atau minum.
Dalilnya: Hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:
12

"

"
( 1155 ( ) 1813 )
Maksudnya: Barangsiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun
minum maka hendakah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allahlah yang telah
memberinya makan dan minum. [Muslim (1155) dan Al-Bukhari (1831)]

ii. Sampainya ain (sesuatu) ke dalam al-Jauf (rongga) melalui liang yang terbuka

Maksud ain ialah sesuatu yang dapat dilihat oleh mata. Maksud al-Jauf ialah otak, ataupun
apa yang berada antara bawah halkum hingga ke perut. Maksud liang yang terbuka ialah seperti
mulut, telinga, qubul, dubur sama ada bagi lelaki dan juga wanita.

Oleh itu setitik (air) yang masuk melalui telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang
yang terbuka. Setitik (air) yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana ia adalah
liang yang tidak terbuka.

Suntikan di lubang dubur membatalkan puasa kerana lubang dubur ialah liang yang terbuka.
Suntikan pada urat tidak membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka dan
begitulah seterusnya.

Semuanya ini disyaratkan dilakukan dengan sengaja. Sekiranya perkara ini berlaku dalam
keadaan lupa maka ia tidak merosakkan puasanya. Hukum ini diqiyaskan dengan makanan dan
minuman.

Sekiranya lalat atau nyamuk atau debu jalan masuk ke dalam al-jauf, maka puasa tidak batal
kerana untuk menghindarinya adalah teramat susah.

Sekiranya dia menelan air liurnya, puasa tidak batal kerana susah untuk menghalangnya.
Sekiranya dia menelan air liurnya yang bernajis (seperti gusinya luka lalu mulutnya tidak dibersihkan,
sekalipun air liurnya berwarna jernih), maka batal puasanya.

13

Sekiranya dia berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung lalu air itu termasuk ke
dalam al-jaufnya, puasanya tidak batal, jika dia tidak melampau dalam memasukkan air sewaktu
mengambil wuduk. Sekiranya air itu masuk ke dalam al-jaufnya kerana dia melampau sewaktu
memasukkan air, maka puasanya batal kerana ia adalah perbuatan yang dilarang sewaktu berpuasa.

Sekiranya terdapat sisa (kesan) makanan di celah-celah giginya lalu ia digerakkan oleh air
liurnya tanpa sengaja lalu masuk ke dalam perutnya, maka puasanya tidak batal. Ini sekiranya dia
tidak mampu untuk membezakannya dengan air liurnya kerana perkara ini ialah perkara yang
dimaafkan dan bukan disebabkan sengaja dilakukan. Sekiranya dia mampu membezakannya maka
batallah puasanya kerana ia dilakukan dengan lalai.

Sekiranya dia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum
ikhtiarnya (mempunyai pilihan) sudah gugur.

iii. Muntah dengan sengaja
Muntah dengan sengaja membatalkan puasa sekalipun orang yang berpuasa yakin bahawa
muntahnya tidak masuk semula ke dalam al-jaufnya walaupun sedikit. Sekiranya dia muntah tanpa
sengaja, puasanya tidak batal sekalipun dia tahu bahawa sebahagian daripada muntahnya telah
masuk semula ke dalam al-jaufnya tanpa sengaja. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:

"

"
( 2380 ( ) 720 . )
Maksudnya: Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan (sedangkan dia berpuasa) maka dia
tidak perlu mengqadakannya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka dia hendaklah
mengqadakan puasanya. [Dikeluarkan oleh Abu Daud (2380), At-Tirmidzi (720) dan selain
keduanya]

iv. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani.
Dalilnya ialah firman Allah swt:
14


Maksudnya: Makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari
benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu, sehingga
waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di
masjid [Surah Al-Baqarah: 187]

Maksud fajar ialah cahaya yang terbit dengan terang di ufuk langit dan dengan itu
berakhirlah malam dan bermulalah siang. Sekiranya dia bersetubuh dalam keadaan lupa maka ia
tidak membatalkan puasa. Hukum ini diqiaskan dengan makan dan minum yang terlupa.
v. Al-Istimna
Al-Istimna ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya
ataupun dengan menggunakan tangan. Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukannya maka
batal puasanya. Tetapi sekiranya ia berlaku diluar kawalannya, maka puasanya tidak batal. Dengan
ini dimakruhkan dengan Karahah Tahrim (makruh yang hampir kepada haram) bercium pada siang
Ramadan bagi orang yang cepat naik syahwatnya sama ada lelaki atau wanita kerana ia
mendedahkannya kepada merosakkan puasa.

Mengenai orang yang tidak cepat naik syahwatnya, yang utama baginya ialah
meninggalkannya demi menutup pintu yang merosakkan puasanya.

Muslim (1106) meriwayatkn daripada Aisyah r.a katanya:
Rasulullah saw telah mencium aku sewaktu Baginda berpuasa. Siapakah dikalangan kamu yang
dapat menguasai nafsunya sebagaimana Rasulullah saw menguasai nafsunya.

Para ulama berkata: Maksud kata-kata Aisyah r.a ialah sepatutnya kamu menjauhi daripada
bercium dan jangan menyangka bahawa diri kamu adalah seperti Nabi saw yang boleh
melakukannya. Ini kerana Baginda mampu menguasai dirinya dan dapat dijamin apabila Baginda
mencium tidak menyebabkan keluarnya air mani ataupun naik syahwat ataupun naiknya nafsu dan
seumpanya sedangkan kamu tidak ada jaminan terhadap perkara itu.
15

vi. Haid dan nifas
Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yang
berpuasa keluar haid ataupun nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah puasanya. Dia
wajib mengqada puasa hari tersebut. Al-Bukhari (298) dan Muslim (80) meriwayatkan daripada Abu
Said al-Khudri r.a:
Maksudnya: Rasululah saw bersabda tentang wanita dan Baginda telah ditanya sebab kurangnya
agama bagi wanita, Baginda menjawab, Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak sembahyang
dan puasa?

vii. Gila dan murtad
Gila dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang berada di dalam
keadaan ini tidak mempunyai keahlian (kelayakan) untuk beribadat.
Mereka yang berpuasa wajib menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang membatalkan
ini agar puasanya sah bermula dari terbit fajar sehingga matahari betul-betul tenggelam. Sekiranya
orang yang berpuasa melakukan perkara yang membatalkan ini dengan sangkaan fajar belum terbit,
tetapi selepas melakukannya, sangkaannya jelas meleset, maka batal puasanya. Dia hendaklah
menahan dirinya (tidak makan, minum dan lain-lain seperti orang yang berpuasa) sepanjang siang
sebagai menghormati bulan Ramadan. Dia juga dikehendaki supaya mengqadha puasa tadi.
Begitu juga apabila seseorang berbuka pada akhir siang di waktu petang dengan sangkaan
matahari telah tenggelam kemudian terbukti bahawa matahari belum tenggelam, maka batallah
puasanya dan dia wajib mengqadhanya.













16

ADAB-ADAB PUASA DAN PERKARA YANG DIMAKRUHKAN

A. ADAB-ADAB PUASA
Puasa mempunyai adab yang banyak. Kami ringkaskan seperti berikut:

1. Menyegerakan berbuka
Ini dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari. Dalilya ialah hadis yang diriwayatkan
oleh Al-Bukhari (1856) dan Muslim (1098) daripada Sahal bin Saad r.a bahawa Rasulullah saw
bersabda:
"

"
Maksudnya: Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan
berbuka.

Yang paling afdhal ialah berbuka dengan buah kurma yang kering ataupun basah, sekiranya tidak ada
kurma, maka dengan air. At-Tirmizi (696) dan Abu Daud (2356) telah meriwayatkan:

"

."
Maksudnya: Nabi saw berbuka sebelum sembahyang (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah.
Sekiranya tidak ada kurma basah, maka Baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada
juga, maka Baginda menghirup beberapa teguk air, sesungguhnya ia adalah suci

2. Sahur
Sahur bermaksud makanan yang dimakan pada akhir malam. Dalil sahur disunatkan ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1823) dan Muslim (1095), Nabi saw bersabda:

"

Maksudnya: Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah
Hikmah disunatkan sahur adalah untuk menguatkan diri melakukan puasa.
Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak (1/425) meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:
17


"

"
Maksudnya: Dapatkanlah bantuan dengan makanan sahur untuk menguatkan puasa pada siang
hari.

Masuknya waktu sahur ialah dengan berlalunya separuh malam. Fadhilat sahur diperolehi dengan
memakan sesuatu, tidak kira banyak ataupun sedikit ataupun sekadar meminum air sahaja.
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya sabda Nabi saw:
- - :

"

" : ( 884 .)
Maksudnya: Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air. [Mawarid az-Zhamaan: 884+

3. Melewatkan sahur
Ini dilakukan dengan berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit. Dalilnya ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (5/147) daripada Nabi saw:

"

"
Maksudnya: Umatku terus berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa
dan melewatkan bersahur.

Al-Bukhari (556) meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
Maksudnya: Nabi saw dan Zaid bin Thabit bersahur. Apabia keduanya selesai bersahur, maka Nabi
saw bangun mendirikan sembahyang. Kami bertanya kepada Anas, Berapa lamakah masa antara
kamu berdua selesai bersahur dan mendirikan sembahyang? Jawabnya, Sekadar 50 ayat yang
dibacakan oleh lelaki.

4. Meninggalkan kata-kata yang mesti dijauhi
Kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela, menipu, mengumpat dan menghasut.
Seseorang yang berpuasa juga hendaklah menahan dirinya daripada perkara-perkara syahwat
seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu. Al-Bukhari (1840) meriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:
18


"

"
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya maka
Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya.
Ketahuilah bahawa mencela, menipu, mengumpat, menghasut dan seumpamanya merupakan
perkara yang sememangnya diharamkan. Namun perkara baru dalam masalah ini bagi orang-orang
yang berpuasa ialah (selain ia adalah dosa) ia akan menghapuskan pahala puasa walaupun hukum
puasanya adalah sah dan dikira telah melaksanakan kewajipan. Oleh itu perkara-perkara ini dianggap
sebagai adab dan sunat-sunat puasa.

5. Mandi junub sebelum fajar
Ini dilakukan untuk memastikan dirinya bersih daripada awal puasa lagi. Ini bermakna junub
tidak menidakkan puasa tetapi yang lebih afdhal ialah menyelesaikannya sebelum fajar.
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1825) dan (1830)
Maksudnya: Nabi saw pernah bangun pagi di dalam keadaan junub kerana jima tanpa bermimpi
kemudian Baginda mandi dan berpuasa.

Wanita haid dan nifas juga disunatkan agar mandi sebelum fajar apabila telah sempurna
suci dan darah berhenti sebelum itu.

6. Tidak berbekam dan seumpamanya
Ini kerana ia akan melemahkan diri orang yang berpuasa. Dia juga hendaklah tidak merasa
masakan kerana dibimbangi sesuatu akan masuk ke dalam rongganya. Ini kerana apabila sesuatu
masuk ke dalam al-jauf, maka puasanya batal.

7. Berdoa sewaktu berbuka
Doa tersebut ialah:


19


.)

Maksudnya: Ya, Allah ! Aku berpuasa untuk Mu, dengan rezeki Mu aku berbuka, telah hilanglah
kehausan, telah basahlah kerongkong dan telah pastilah ganjarannya Insya Allah (jika dikehendaki
oleh Allah).

8. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa
Sekiranya dia tidak mampu memberikan mereka makan, dia hendaklah memberikan buah kurma
ataupun minuman untuk mereka berbuka. Rasulullah saw bersabda:

"

"

( 807 )

Maksudnya: Barangsiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka
dia mendapat ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurangkan ganjaran orang yang
berpuasa itu sedikitpun. [Riwayat At-Tirmizi (807) dan disahihkannya]

9. Banyak bersedekah, membaca al-Quran, bertadarus dan beriktikaf di masjid terutama pada 10
malam terakhir.

Anas r.a berkata: Rasulullah saw ditanyakan: Wahai Rasulullah apakah sedekah yang paling
utama?. Jawabnya, Sedekah pada bulan Ramadan *Riwayat At-Tirmizi (663)]

Al-Bukhari (1803) dan Muslim (2807) meriwayatkan: Jibril telah menemui Rasulullah saw pada
setiap tahun di bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan dan beliau membaca al-Quran
bersama-sama Nabi saw.

Kita akan membincangkan persoalan iktikaf pada akhir bab puasa ini.
20


B. PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA
Perkara makruh sewatu berpuasa ialah melanggar adab-adab yang telah disebutkan.
Sebahagiannya termasuk dalam perkara makruh tanzihi (yang perlu ditinggalkan) seperti
melewatkan berbuka dan menyegerakan sahur. Sebahagiannya pula termasuk dalam perkara yang
diharamkan seperti mengumpat, menghasut, mencela dan berdusta.

























21


QADHA PUASA RAMADAN (FIDYAH DAN KAFARAH)

1. Musafir Dan Orang Sakit
Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan (disebabkan sakit atau musafir) dia wajib
mengqadanya sebelum datangnya bulan Ramadan tahun berikutnya. Sekiranya dia tidak
mengqadhakannya disebabkan bermudah-mudah (ambil ringan) dengan perkara ini sehingga
masuk Ramadan tahun berikutnya, dia berdosa dan diwajibkan qadha dan fidyah. Fidyah ialah
memberi makan kepada orang-orang fakir dengan satu cupak makanan asasi untuk setiap satu hari
yang ditinggalkan. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun. Satu cupak sama dengan
lebih kurang 600 gram.

Sekiranya keuzurannya berterusan seperti sakit yang berterusan sehingga masuk bulan
Ramadan tahun berikutnya, dia tidak diwajibkan kecuali qadha dan tidak perlu mengeluarkan
fidyah kerana melewatkan qadha ini.

Sekiranya dia meninggal dunia dan tidak sempat qadha, maka dia; samaada mati sebelum
mampu menqadhakannya atau pun mati selepas mampu menqadhakannya tetapi tidak
mengqadhakannya kerana lalai.

Sekiranya dia mati sebelum mampu menqadhakannya, maka dia tidak berdosa dan tidak
perlu meminta orang lain mengqadha bagi pihaknya kerana dia tidak melalaikannya.

Barangsiapa yang mati selepas mampu menqadhakannya, maka walinya disunatkan
mengqahada hari-hari yang ditinggalnya bagi pihaknya. Maksud wali di sini ialah kaum kerabatnya.
Dalilya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Buhari (1851) dan Muslim (1147) daripada Aisyah r.a
bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqadha, maka
walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya.
Al-Bukhari (1852) dan Muslim (1148) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.

22

Seorang lelaki telah datang menemui Nabi saw, katanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku
telah mati dan dia meninggalkan satu bulan puasa, apakah aku perlu mengqadhakannya bagi
pihaknya?. Jawab Baginda, Ya, hutang Allah lebih berhak untuk dijelaskan.

Puasa orang lain bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang kerabatnya.
Sekiranya dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti
tersebut tidak sah.

Sekiranya tidak ada seorang pun yang berpuasa bagi pihaknya, maka hendakah dikeluarkan satu
cupak makanan bagi setiap hari yang ditinggalkan. Makanan tersebut wajib dikeluarkan daripada
harta pusaka yang ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka
orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.

At-Tirmizi (817) meriwayatkan daripada Umar r.a katanya:
Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum
diqadhakannya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi
pihaknya.
Abu Daud (2401) telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadan, kemudian dia meninggal dunia dan dia tidak
berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya.



2. Orang Yang Terlalu Tua Dan Pesakit Yang Tiada Harapan Untuk Sembuh

Apabila orang yang terlalu tua terpaksa berbuka, dia wajib bersedekah satu cupak makanan
asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan. Dia dan para walinya tidak diwajibkan kecuali perkara
tersebut.

Al-Bukhari (4235) meriwayatkan daripada Atho katanya: Ibnu Abbas r.a mendengar ayat al-
Quran yang dibacakan:
}

{ 184
23

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin. (Al-Baqarah:184)

Ibnu Abbas berkata: Ayat ini tidak dimansukhkan. Ia ditujukan kepada orang lelaki dan wanita yang
terlalu tua dan tidak mampu berpuasa. Mereka hendaklah memberi makan kepada seorang miskin
bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Diantara perkara yang mesti diketahui ialah orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
hukumnya sama dengan hukum orang yang terlalu tua yang tidak mampu berpuasa. Dia dibenarkan
untuk berbuka dan bersedekah pada setiap hari yang ditinggalkan dengan satu cupak makanan asasi.

3. Perempuan Hamil Dan Menyusukan Anak

Apabila wanita hamil dan yang menyusukan anak berbuka, maka tindakannya itu sama ada
kerana bimbangkan dirinya ataupun bimbangkan anaknya.

Sekiranya dia berbuka kerana bimbangkan wujudnya mudarat terhadap dirinya apabila dia
berpuasa, maka dia wajib qada sahaja sebelum datangnya bulan Ramadan tahun berikutnya. At-
Tirmizi (715), Abu Daud (2408) dan selain mereka meriwayatkan daripada Anas al-Kabi r.a daripada
Rasulullah saw sabdanya:


"

."
Maksudnya: Sesungguhnya Allah swt telah mengangkat puasa orang yang musafir (boleh berbuka)
dan telah mengurangkan sembahyangnya (boleh diqasarkan sembahyang) dan diangkat puasa
daripada orang yang hamil dan sedang menyusukan anak

Maksud mengurangkan sembahyang ialah memberi kelonggaran untuk mengqasarkan
sembahyang. Maksud mengangkat puasa ialah membenarkan berbuka dan diminta supaya
mengqadhanya.
24

Apabila perempuan mengandung berbuka kerana bimbangkan anaknya seperti bimbang
berlakunya keguguran sekiranya dia berpuasa, ataupun perempuan yang menyusukan anak
bimbangkan kekurangan susunya lalu anak itu mendapat mudarat sekiranya dia berpuasa, dalam
keadaan ini dia wajib qadha dan bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang
ditinggalkannya.

Masalah yang sama dengan masalah ini ialah orang yang terpaksa berbuka puasa untuk
menyelamatkan orang lain yang sedang diancam kemusnahan. Dia wajib mengqadha puasanya dan
bersedekah dengan satu cupak makanan. Abu Daud (2318) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a
mengenai ayat:
)

( 184 .
Maksudnya: Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin. (Al-Baqarah:184)

Beliau berkata: Ayat ini merupakan rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita yang terlalu
tua, kedua-duanya tidak mampu untuk berpuasa lalu mereka berbuka. Mereka hendaklah memberi
makan kepada seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Ayat ini juga merupakan rukhsah
bagi wanita hamil dan yang sedang menyusukan anak sekiranya mereka bimbang (terhadap anak
mereka), mereka boleh berbuka dan hendaklah memberi makan fakir miskin.

Kafarah Berbuka Pada Bulan Ramadan

Penyebab Kafarah.
Penyebab kafarah ialah merosakkan puasa pada siang hari di bulan Ramadan dengan
melakukan jimak dengan syarat pelakunya mengetahui dirinya berpuasa, mengetahui perkara itu
haram dan tidak ada rukshah disebabkan musafir.

Sesiapa melakukan perbuatan ini dalam keadaan dia lupa bahawa dia berpuasa ataupun jahil
pengharamannya ataupun melakukannya pada puasa yang bukan puasa Ramadan ataupun sengaja
berbuka tanpa melakukan jimak ataupun bermusafir dengan perjalanan yang diharuskan dia
berbuka kemudian dia berjimak, maka tidak ada kifarah keatasnya dan dia hanya wajib
mengqadhanya sahaja.

25

Siapa Yang Wajib Mengeluarkan Kafarah?
Kafarah hanya diwajibkan kepada suami yang menjimak dan tidak diwajibkan kepada isteri
ataupun wanita yang dijimaknya walaupun kedua-duanya sama-sama berpuasa. Ini kerana jenayah
orang yang menjimak lebih berat. Oleh itu dia dianggap orang yang bertanggungjawab untuk
mengeluarkan kafarah.

Apakah Dia Kafarah?
Kafarah yang wajib kerana merosakkan puasa ialah membebaskan seorang hamba yang
beriman, lelaki ataupun wanita. Sekiranya dia tidak mendapatinya, ataupun tidak mampu
melakukannya maka dia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya dia tidak mampu
juga, maka dia hendaklah memberi makan 60 fakir miskin. Bagi setiap orang miskin satu cupak
makanan asasi. Sekiranya dia tidak mampu untuk melakukan semua perkara ini, kafarah ini tetap
kekal sebagai kewajipan ke atasnya sehingga dia mampu melakukan salah satu daripadanya.


Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1834), Muslim (1111) dan selain mereka
daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sewaktu kami duduk di sisi Nabi saw, tiba-tiba datang seorang lelaki berkata, Wahai Rasulullah
musnahlah aku. Tanya Baginda, Kenapa kamu ni?. Jawabnya, Aku telah berjimak dengan isteriku
sedangkan aku berpuasa, (dalam satu riwayat; pada bulan Ramadan). Tanya Nabi saw, Apakah
kamu memiliki hamba untuk dibebaskan?. Jawabnya, Tidak. Tanya Baginda, Apakah kamu
mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawabnya, Tidak. Tanya baginda lagi, Adakah kamu
memiliki makanan untuk 60 orang fakir miskin?. Jawabnya, Tidak.Katanya, lalu Nabi saw diam
sebentar. Sewaktu kami duduk dalam keadaan itu datang seseorang membawakan kepada Nabi
saw suatu bekas yang penuh di dalamnya buah tamar. Tanya Baginda, Dimanakah orang yang
bertanya tadi?. Jawabnya, Saya. Sabda Baginda, Ambillah tamar ini dan bersedekahlah
dengannya. Kata lelaki ini, Apakah untuk orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah?
Demi Allah tidak ada orang yang duduk di antara dua gunung ini (yang dimaksudkan ialah Madinah)
keluarganya yang lebih fakir daripada keluargaku. Lalu Nabi saw tersenyum sehingga nampak gigi
garhamnya, sabda Baginda, Berilah makan ahli keluargamu.

Para ulama berkata: Seseorang fakir yang mampu memberi makan, tidak boleh
memberikan makanan itu kepada keluarganya. Begitu juga dengan kafarah yang lain. Apa yang
disebutkan di dalam hadis ini hanya dikhususkan untuk lelaki itu sahaja.
26


Perlu diketahui bahawa orang yang berjimak diwajibkan kafarah dan mengqadhakan hari
yang telah dibatalkannya itu dengan berjimak. Kafarah itu berulang dengan berulangnya hari yang
dibatalkannya dengan berjimak. Sekiranya dia berjimak dua hari pada bulan Ramadan maka wajib
dua kafarah (selain qadha), sekiranya dia berjimak tiga hari maka wajiblah tiga kafarah dan
begitulah seterusnya.




























27

PUASA SUNAT
Puasa sunat (tatawwu) ialah puasa yang disunatkan. Tatawwu bermaksud mendekatkan
diri kepada Allah swt dengan ibadat yang tidak difardukan.

Tidak syak lagi bahawa puasa adalah di antara ibadat yang paling afdhal. Al-Bukhari (2685)
dan Muslim (1553) meriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah saw
bersabda:

"

"


Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, maka Allah swt akan
menjauhkan wajahnya daripada neraka sejauh 70 musim perjalanan.

Hikmah disyariatkan puasa sunat ialah untuk menambahkan ibadah dan taqarrub kepada
Allah. Tidak ada ibadah yang dilakukan melainkan seorang itu akan bertambah hampir kepada Allah
Azzawajala. Oleh itu disebutkan di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud:

Hamba-hamba-Ku berterusan mendekati Aku dengan perkara-pekara sunat sehinggalah Aku
mencintainya.

Tidak syak lagi bahawa kecintaan Allah swt kepada hamba-Nya dan hampirnya hamba itu
dengan Tuhannya akan menjauhkan dirinya daripada maksiat, mendekatkan dirinya dengan
ketaatan dan mempercepatkannya melakukan perkara makruf dan kebaikan. Dengan ini luruslah
keadaan manusia dan eloklah kehidupannya.


Puasa Sunat Dan Jenisnya
Kami akan meyebutkan secara ringkas puasa sunat dan jenisnya:

1. Puasa Hari Arafah
Iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji (bagi bukan
jemaah haji). Daripada Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah saw ditanya mengenai puasa Arafah.
Sabda Baginda:
28

"

( " 1162 .)

Maksudnya: Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. [Riwayat
Muslim (1162)].

Hari Arafah adalah sebaik-baik hari. Rasulullah saw telah bersabda:

"
( 1338 .)

Maksudnya: Tidak ada hari yang lebih ramai Allah swt membebaskan hamba Nya daripada api
neraka lebih daripada hari Arafah. [Riwayat Muslim (1138)]

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut
Nabi saw dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

2. Puasa Hari Asyura dan Tasua
Asyura ialah 10 Muharram dan Tasua ialah 9 Muharram. Dalil disunatkan berpuasa pada
hari ini ialah hadis Ibnu Abbas r.a:

Maksudnya: Rasulullah saw telah berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan mereka
berpuasa padanya. [Riwayat Al-Bukhari (1900) dan Muslim (1030)]

Dari Abu Qatadah r.a:
Maksudnya: Rasulullah saw telah ditanya tentang puasa pada hari Asyura, Baginda menjawab, Ia
menghapuskan dosa tahun yang lalu. [Riwayat Muslim (1162)]

Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:

Kalaulah aku masih hidup hingga ke tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari yang
kesembilan. [Riwayat Muslim (1174), tetapi Baginda saw wafat sebelum itu].
29


Hikmah disunatkan puasa hari Tasua disamping Asyura ialah untuk ihtiyat (berjaga-jaga)
bimbang berlakunya kesilapan pada menetapkan awal bulan dan untuk membezakan diri dengan
orang Yahudi kerana mereka hanya berpuasa pada hari yang kesepuluh sahaja. Oleh itu disunatkan
bagi orang yang tidak berpuasa Tasua bersama dengan Asyura agar dia berpuasa pada hari yang
kesebelas.

3. Puasa Hari Isnin Dan Khamis
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (745) daripada Aisyah r.a katanya:


Maksudnya: Rasulullah saw sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis

Diriwayatkan oleh beliau juga (747) daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda:

"

"
Maksudnya: Setiap amalan itu akan dibentangkan pada setiap hari Isnin dan Khamis, maka aku
suka agar amalanku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa.

4. Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
Yang afdhal ialah berpuasa pada hari-hari putih iaitu 13, 14 dan 15 daripada bulan
Qamariyah (tahun Hijrah).

Ia dinamakan hari-hari putih kerana malam hari-hari tersebut pada setiap bulan sentiasa disinari
dengan cahaya bulan. Dalil disunatkan puasa ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (114)
dan Muslim (721) daripada Abu Hurairah r.a, katanya:

Maksudnya: Kekasihku saw telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada
setiap bulan, dua rakaat dhuha dan hendaklah aku berwitir sebelum tidur.

Daripada Abu Qatadah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:

"

( " 1162 .)
30

Maksudnya: Puasa tiga hari dalam setiap bulan adalah sama dengan puasa untuk selama-
lamanya [Riwayat Muslim (1162)].

Daripada Abu Zar r.a katanya Rasulullah saw bersabda:


Maksudnya: Apabila kamu mahu berpuasa tiga hari pada setiap bulan maka berpuasalah pada hari
13, 14 dan 15 [Riwayat At-Tirmizi (761), katanya Hadis Hasan].

Abu Daud (2449) telah meriwayatkan daripada Qatadah bin Milhan r.a katanya:

Maksudnya: Rasulullah saw telah memerintahkan kami supaya berpuasa iaitu pada hari 13, 14
dan 15 sabdanya: Ia adalah seperti puasa untuk selama-lamanya.

Tetapi dikecualikan 13 Zulhijjah kerana puasa pada hari tersebut diharamkan sebagaimana
yang akan kami jelaskan insya Allah.

5. Puasa Enam Hari Dalam Bulan Syawal
Yang afdhalnya ialah segera dilakukan selepas hari raya Aidil Fitri secara berturut-turut.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah syarat bahkan kesunatan turut diperolehi juga jika dilakukan
secara berasingan. Muslim (1164) meriwayatkan daripada Abu Ayub r.a bahawa Rasulullah saw
bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa berpuasa Ramadan dan diikuti dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal
maka seolah-olah dia telah berpuasa selama-lamanya.

Membatalkan Puasa Sunat

Seseorang muslim yang berpuasa sunat diharuskan membatalkan puasa jika dia mahu, dan
dia tidak diwajibkan mengqadhanya. Walau bagaimanapun, hukumnya adalah makruh. Rasulullah
saw bersabda:
31


Maksudnya: Orang yang berpuasa sunat adalah ketua kepada dirinya, jika dia mahu, dia boleh
meneruskan puasanya, dan jika dia mahu juga, dia boleh berbuka. [Riwayat Al-Hakim (1/439)]

Tetapi orang yang sedang mengqadha puasa wajib, diharamkan dia membatalkan puasanya
itu kerana keadaannya yang sudah memulakan puasa qadha itu, mewajibkan dia
menyempurnakannya.



























32

PUASA YANG DIMAKRUHKAN DAN PUASA YANG DIHARAMKAN

A. Puasa Yang Dimakruhkan

Manusia hanyalah hamba Allah Azzawajalla. Allah menjadikannya beribadat berdasarkan
apa yang dikehendakinya. Allah menjadikannya beribadat dengan berpuasa dan begitu juga Allah
menjadikannya beribadat dengan tidak berpuasa. Anak Adam tidak ada hak untuk membangkang
ataupun menentang perkara ini. Dalam semua perkara yang wajib dilakukan, dia hendaklah berkata,
Kami dengar dan kami taat, ampunilah dosa kami wahai Tuhan kami dan kepada Mu lah kami akan
dikembalikan.

Puasa yang makruh ialah puasa yang jika ditinggalkan oleh seseorang, dia akan mendapat
pahala dan apabila dilakukan tidak mendatangkan pahala dan tidak mendatangkan dosa.

Diantara Puasa Yang Dimakruhkan

1. Mengkhususkan puasa pada hari Jumaat sahaja
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1884) dan Muslim (1444) bahawa Nabi saw
bersabda:


Maksudnya: Janganlah seorang diantara kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia
hendaklah berpuasa sehari sebelum itu ataupun sehari selepasnya.


2. Mengkhususkan puasa pada hari Sabtu
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (744) dan dihasankannya - , Nabi saw
bersabda:

Maksudnya: Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardukan Allah
kepada kamu.

33

Para ulama juga telah berkata: Dimakruhkan mengkhususkan puasa pada hari Ahad kerana orang
Yahudi mengagungkan hari Sabtu dan orang Nasrani mengagungkan hari Ahad.

Walaubagaimanapun, tidak dimakruhkan berpuasa pada kedua-dua hari Sabtu dan hari Ahad kerana
tiada golongan yang mengagungkan kedua-dua hari tersebut secara serentak.

Ahmad (6/324) meriwayatkan:
Maksudnya: Rasulullah saw lebih banyak berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad dibandingkan dengan
hari-hari yang lain. Baginda bersabda:Sesungguhnya kedua-dua hari ini adalah hari raya bagi orang
musyrik dan aku suka untuk menyalahi mereka.

3. Puasa setiap hari (seumur hidup)
Hukum makruh berpuasa setiap hari dikhususkan bagi sesiapa yang dibimbangi mendapat
mudarat ataupun mensia-siakan hak orang lain apabila dia melakukannya (berpuasa setiap hari).

Al-Bukhari (1867) meriwayatkan:

Maksudnya: Nabi saw telah mempersaudarakan diantara Salman dan Abu Ad-Darda. Salman
menziarahi Abu Ad-Darda dan beliau melihat Ummu Ad-Darda dalam keadaan comot. Beliau
bertanya, Kenapa kamu?. Jawabnya, Saudara kamu Abu Ad-Darda tidak berhajat kepada
dunia. Salman berkata: Wahai Abu Ad-Darda! Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak ke
atas kamu (hak yang mesti kamu tunaikan), keluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu dan diri
kamu mempunyai hak keatas kamu, maka berikanah hak tersebut kepada empunyanya. Abu Ad-
Darda menceritakan apa yang disebut oleh Salman kepada Nabi saw. Baginda saw bersabda:
Benarlah Salman.

Mengenai mereka yang berpuasa setiap hari tanpa memudaratkan dirinya dan tidak
mensia-siakan hak orang lain yang wajib ditunaikan, maka tidak dimakruhkan dia melakukannya.
Bahkan disunatkan kerana puasa adalah ibadat yang paling afdal.





34

B. Puasa Yang Diharamkan

Diharamkan berpuasa pada hari-hari berikut:

1. Puasa dua hari Aidil Fitri dan Aidil Adha
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1138) daripada Abu Hurairah r.a
"

"
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah saw telah melarang berpuasa pada dua hari iaitu hari Aidil
Adha dan hari Aidil Fitri.

2. Puasa tiga hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Hari Tasyriq ialah hari-hari selepas hari Aidil Adha. Dalil pengharaman puasa pada hari
tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1142) daripada Kaab bin Malik r.a:

Maksudnya: Rasulullah saw mengutuskan beliau dan Aus bin Al-Hadathan pada hari-hari tasyriq
untuk mengisytiharkan, Tidak masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman dan hari-hari
Mina adalah hari Mina adalah hari makan dan minum.

Abu Daud (2418) meriwayatkan daripada Amru bin Al-Ash katanya:

Maksudnya: Rasulullah saw perintahkan kami supaya berbuka (tidak berpuasa) pada hari-hari ini
dan kami diarang untuk berpuasa. Malik berkata, Maksud hari-hari ini ialah hari-hari tasyriq.

3. Puasa hari syak iaitu hari ke 30 bulan Syaban.
Ini kerana manusia merasa ragu-ragu apakah ia termasuk bulan Syaban ataupun bulan
Ramadan, disebabkan tidak sabit rukyah hilal pada waktu itu. Oleh itu tidak diharuskan berpuasa
pada hari tersebut bahkan ia hendaklah dianggap sebagai baki hari bagi bulan Syaban.

35

Dalil pengharaman puasa pada hari tersebut iaah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud
(2334) dan At-Tirmizi (686) yang disahihkannya daripada Ammar bin Yasir r.a bahawa Rasulullah
saw bersabda:

"

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa pada hari manusia merasa syak terhadapnya (puasa hari
syak), maka dia telah menderhaka terhadap Abu Al-Qasim saw.

4. Puasa pada separuh kedua bulan Syaban
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (2337) dan At-Tirmizi (738) dan
disahihkannya daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

"

"

Maksudnya: Apabila berlalu separuh Syaban maka janganlah kamu berpuasa

Ibnu Majah (1651) juga meriwayatkan: Maksudnya: Apabila berlalu separuh daripada bulan Syaban
maka janganah kamu berpuasa sehingga datangnya Ramadan.

Walau bagaimanapun, puasa pada hari syak dan puasa pada separuh kedua bulan Syaban
tidak diharamkan apabila hari syak bertepatan dengan hari kebiasaannya berpuasa, ataupun dia
telah berpuasa pada separuh yang pertama dan disambung dengan separuh kedua bulan Syaban.

Al-Bukhari (1815) dan Muslim (1082) (lafaz hadis oleh Muslim) meriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

"

"
Maksudnya: Janganlah kamu mendahulukan Ramadan dengan berpuasa satu atau dua hari
sebelumnya, melainkan mereka yang biasa berpuasa, maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut.

36

IKTIKAF

Iktikaf dari sudut bahasa ialah: Tinggal dan melazimi sesuatu perkara. Dari sudut syara
bererti Berada dalam masjid dengan niat yang khusus.

Dalil Disyariatkan
Dalil disyariatkan iktikaf iaitu firman Allah swt:

Maksudnya: Dan janganah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di masjid *Al-
Baqarah 187+

Al-Bukhari (1922) dan Muslim (1172) meriwayatkan daripada Aisyah r.a:
Maksudnya: Nabi Saw terlah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadan. Kemudian isteri-isteri
Baginda beriktikaf selepas kewafatannya.

Iktikaf terdapat dalam syariat-syariat terdahulu. Ia telah dikenali sebelum Islam berdasarkan
firman Allah swt:


Maksudnya: Dan Kami telah perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):
Bersihkanlah Rumah Ku (dari apa yang diharam) untuk orang-orang yang bertawaf dan yang
beriktikaf serta yang ruku dan sujud (padanya). [Al-Baqarah:125]


Hikmah disyariatkan

Seorang Muslim mestilah dari semasa ke semasa berusaha mengekang keinginan
nafsunya terhadap perkara yang diharuskan, mengawalnya supaya dapat melakukan ketaatan
kepada Tuhannya dan mengkhususkan waktu tertentu untuk beribadah kepada Allah agar dia dapat
37

membiasakan dirinya mencintai Allah swt, mengutamakan keredaanNya dengan meninggalkan
perkara haram yang ingin dilakukan dan memudaratkan hawa nafsunya. Nafsu sentiasa mengajak
tuannya melakukan perkara-perkara yang buruk dan mengheretnya ke lembah maksiat.

Allah swt berfirman:

Maksudnya: Kerana sesungguhnya nafsu itu benar-benar menyuruh melakukan kejahatan, kecuali
orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku, (maka terselamatlah dia daripada hasutan
nafsu itu). *Yusuf: 53+

Tenggelam di dalam kenikmatan dunia akan menambahkan lagi kecintaan kepadanya dan
usaha untuk mendapatkanya. Jauh sekali dapat menghalang atau menjauhkannya daripada
mencintai dunia, kecuali jika dia sentiasa dididik dalam suasana terasing (berkhawat beriktikaf)
untuk mencintai Allah swt dan menjauhi perkara yang diharamkan.

Dengan ini disyariatkan iktikaf untuk menjadi usaha yang mengumpulkan segala niat yang
baik dan menyucikan hati, juga mendidik jiwa supaya zuhud terhadap syahwat (keinginan) yang
dibenarkan dan menjauhkan diri daripada melakukan pelanggaran dan dosa.

Hukum Iktikaf

Iktikaf sunat dilakukan pada setiap masa. Pada bulan Ramadan ia lebih disunatkan lagi. Pada
sepuluh terakhir (bulan Ramadan), hukum sunat lebih ditegaskan (dituntut) lagi. Bagi mereka yang
bernazar melakukannya, maka ia menjadi wajib. Dengan ini iktikaf mempunyai tiga hukum.
1. Sunat iaitu pada sepanjang masa
2. Sunat muakkad iaitu pada sepuluh terakhir bulan Ramadan.

Hikmah ditegaskan (lebih dituntut) pada sepuluh terakhir bulan Ramadan ialah sebagai
usaha untuk memperolehi Lailatul Qadar. Ia adalah sebaik-baik malam dalam satu tahun. Firman
Allah swt:

38

Maksudnya: Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. *Al-Qadr:3]
Jumhur ulama menyatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada sepuluh terakhir bulan Ramadan.

3. Wajib didalam keadaan ia dinazarkan.

Syarat Sah Iktikaf

Iktikaf sah dengan dua syarat asasi.

1. Niat
Ia dilakukan pada permulaan iktikaf. Ini bermakna orang yang berada dalam masjid dalam
tempoh masa tertentu hendaklah berniat iktikaf untuk melakukan ibadat. Ini dilakukan sebagai
memenuhi perkara yang disunatkan. Sekiranya dia masuk ke masjid dengan tujuan keduniaan
ataupun tidak terlintas apa-apa niat yang boleh dianggap sebagai niat iktikaf, maka dia berada dalam
masjid pada waktu itu tidak dianggap sebagai iktikaf yang disyariatkan.

2. Berada dalam masjid
Dia hendaklah berada secara berterusan dalam masjid sehingga ke suatu tempoh yang pada
adatnya dinamakan sebagai iktikaf.`

Syarat ini merangkumi syarat-syarat berada di masjid iaitu mestilah suci daripada junub, suci
daripada haid dan nifas, bersih pakaian dan tubuh badan daripada najis yang mungkin mengotorkan
masjid.
Sekiranya dia keluar dari masjid tanpa keuzuran, maka iktikafnya terputus atau iktikafnya
batal. Sekiranya dia keluar kerana keperluan, maka iktikafnya tidak terputus dan ia termasuk ke
dalam hukum iktikaf yang berterusan.
Untuk mendapatkan sunat iktikaf, tidak disyaratkan berpuasa. Tetapi disunatkan ia
disertakan dengan puasa. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim (1/439) daripada
Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda:

Maksudnya: Orang yang beriktikaf tidak wajib berpuasa melainkan apabila ia telah mewajibkannya
ke atas dirinya.

39

Iktikaf yang Dinazarkan
Ini adalah iktikaf jenis ketiga sebagaimana yang telah disebutkan. Jika seseorang bernazar
untuk beriktikaf dalam tempoh tertentu secara berturut-turut maka dia tidak boleh keluar dari
masjid kecuali dengan tujuan tertentu seperti untuk membuang air, berwuduk dan seumpamanya.
Sekiranya dia keluar kerana perkara ini, ia tidak diharamkan dan iktikafnya dikira masih bersambung.

Sekiranya dia keluar tanpa keuzuran seperti sekadar berjalan-jalan atau untuk memenuhi
perkara yang bukan dharuri, maka hukumnya haram dan iktikafnya dikira terputus. Dia wajib
memulakan iktikafnya.

Sekiranya dia bernazar untuk beriktikaf dalam keadaan berpuasa, maka dia mesti
melakukannya kerana inilah iktikaf yang paling baik. Apabila dia mewajibkan dirinya melakukannya
(beriktikaf dalam keadaan berpuasa), maka dia wajib melakukannya.

Sekiranya orang yang bernazar menentukan masjid tertentu untuk beriktikaf, maka tidak
wajib dia beriktikaf di masjid itu. Sah baginya beriktikaf di mana-mana masjid walaupun masjid yang
ditentukannya itu lebih utama daripada selainnya, kecuali Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi As-
Syarif dan Masjid Al-Aqsa. Ini kerana apabila dia telah menentukan salah satu daripada masjid ini,
maka dia wajib pergi ke masjid tersebut kerana keutamaannya dan ganjaran yang berlipat ganda
padanya. Dalam masalah ini, Masjid Al-Haram boleh menggantikan tempat kedua-dua masjid tadi
tetapi tidak boleh pula sebaliknya. Manakala Masjid Madinah boleh menggantikan tempat Masjid Al-
Aqsa dan tidak boleh sebaliknya.

Adab Iktikaf

1. Orang yang beriktikaf disunatkan memenuhkan masanya dengan melakukan ketaatan
kepada Allah seperti berzikir, membaca Al-Quran dan perbincangan ilmu kerana semua ini
akan mencapai maksud iktikaf.
2. Berpuasa. Iktikaf sambil berpuasa adalah lebih afdhal dan lebih mampu mematahkan
syahwat jiwa dan mendatangkan kebersihan hati dan perasaan.
3. Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid jamik iaitu masjid yang dilaksanakan sembahyang
Jumaat padanya.
4. Tidak bercakap melainkan perkara yang baik, tidak mencela tidak mengumpat, tidak
memfitnah dan tidak bercakap kosong.
40


Perkara Makruh Ketika Iktikaf

1. Berbekam, apabila perbuatan ini tidak mengotorkan masjid. Sekiranya ia mengotorkan
masjid maka diharamkan.
2. Terlalu banyak melakukan pekerjaan lain seperti menenun bulu, menjahit dan sebagainya.
Begitu juga jual beli walaupun sedikit.


Perkara Yang Merosakkan Iktikaf

1. Berjimak secara sengaja walaupun tidak mengeluarkan air mani. Firman Allah swt:

( : )

187
Maksudnya: Dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di
masjid. [Al-Baqarah: 187]
Adapun pergaulan tanpa jimak seperti sentuhan dan ciuman maka ia tidak membatalkan
iktikaf kecuali apabila keluar mani.
2. Keluar dari masjid dengan sengaja tanpa hajat.
3. Murtad, mabuk dan gila.
4. Keluar haid dan nifas kerana perkara ini menghalang dia daripada berada dalam masjid.

Orang yang beriktikaf dibolehkan untuk menghentikan iktikafnya dan keluar dari masjid apabila dia
mahu. Apabila dia masuk semula ke dalam masjid, dia hendaklah memperbaharui niat iktikafnya.

Anda mungkin juga menyukai