Anda di halaman 1dari 21

1.

KAIFIAT SOLAT SUNAT TARAWIH 8 RAKAAT

1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka Bilal menyeru untuk
mendirikan solat Tarawikh. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:
JADUAL (A)
2. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;
JADUAL (B).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:Rakaat 1: Surah At Takaatsur Rakaat 2: Surah Al Ashry
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir
berikut:
JADUAL (C).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:Rakaat 3: Surah Al Humazah Rakaat 4: Surah Al Fiil
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan Selawat:
JADUAL (A)
7. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:
JADUAL (D).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:Rakaat 5: Surah Al Quraisy Rakaat 6: Surah Al Mauun
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir
berikut:
JADUAL (C).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------10. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat 7: Surah Al Kautsar Rakaat 8: Surah Al Kaafiruun
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan
Selawat:
JADUAL (A)
12. Apabila selesai mendirikan 8 rakaat Solat Tarawih, membaca doa berikut;
JADUAL (E)

13. Solat Sunat Witir


Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

JADUAL (F)

Cara Melaksanakannya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
2. Bacaan selepas Fatihah:Rakaat 1: Surah Al-Alaa Rakaat 2: Surah Al-Kafiruun
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4. Selepas bacaan al-Fatihah, pada rakaat terakhir, dibaca pula surah;
Al-Ikhlas,Al-Falaq danAn-Naas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5. Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud
petama..
6. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
JADUAL (G)

2. SOLAT TARAWIKH (HAFALAN BILAL DAN IMAM)


[1. HAFALAN BILAL JADUAL (A), (B), (C) DAN (F) ]
[2. HAFALAN IMAM JADUAL (D), (E) DAN (G) ]
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------HAFALAN: JADUAL (A)
1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka Bilal
memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

2. Bilal membaca tiga selawat

HAFALAN : JADUAL (B)

HAFALAN: JADUAL (C)

HAFALAN: JADUAL D (DOA PENDEK)

HAFALAN: JADUAL E ( DOA PENUTUP SOLAT TARAWIKH)

HAFALAN: JADUAL F

(Panggilan untuk solat Witir)

Bilal:

10

HAFALAN: JADUAL G

11

12

3. DOA QUNUT NAZILAH

"Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh kami, dan kami
berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan
kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan
pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2
Kamu ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan
Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang
Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai
Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka,
menangkanlah kami ke atas mereka".

13

4. LAFAZ TAKBIR RAYA

( )

14

5. SEMBAHYANG DUA HARI RAYA (EID)


Makna Eid (Hari Raya)
Perkataan eid bermakna kembali. Dinamakan demikian sama ada disebabkan berulang-uang
kali kembalinya pada setiap tahun atau disebabkan kegembiraan kembali timbul dengan kembalinya
hari tersebut. Atau disebabkan terlalu banyak nikmat daripada Allah swt pada hari tersebut keatas
hamba-hamba-Nya.
Tarikh Mula Disyariatkan
Sembahyang hari raya Fitrah (hari raya puasa), dan hari raya Korban (Hari Raya Haji)
disyariatkan pada tahun kedua selepas hijrah. Sembahyang hari raya yang pertama didirikan oleh
Rasulullah saw ialah sembahyang hari raya puasa iaitu pada tahun kedua hijrah.
Dalil Disyariatkan
Firman Allah swt yang ditujukan kepada Nabi saw:

Maksudnya: Oleh itu kerjakan sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
korban (Al-Kauthar:2)
Para ulama berkata: Yang dimaksudkan dengan perintah sembahyang dalam ayat di atas
ialah sembahyang hari raya haji.
Al-Bukhari (913) dan Muslim (889) meriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri r.a dengan
katanya:
Rasulullah saw keluar pada hari raya puasa dan hari raya haji menuju ke tempat sembahyang.
Perkara pertama yang dilakukan ialah sembahyang. Kemudian Baginda berpaling mengadap orang
ramai yang sedang duduk dalam saf-saf mereka. Lalu Baginda memberi nasihat dan mengeluarkan
perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin memilih satu kumpulan daripada mereka untuk
dicetuskan bagi tujuan berjihad, Baginda akan melakukannya. Atau jika Baginda ingin memerintah
supaya melakukan sesuatu, Baginda akan perintahkan. Kemudian Baginda saw beredar.
Hukum Sembahyang Hari Raya.
Hukum sembahyang sunat hari raya ialah sunat Muakkad. Ini kerana Rasulullah saw tidak
pernah meninggalkannya semenjak disyariatkan sehinggalah Baginda saw diwafatkan. Dan ia
dilakukan secara berterusan oleh para sahabat r.a selepas kewafatan Baginda.
Ia dituntut supaya dilakukan secara berjemaah sebagaimana dalam hadis Abi Said Al-Khudri
yang lalu. Walau bagaianapun, ia tetap sah jika dilakukan secara bersendiriaan. Tuntutan supaya
melakukannya merangkumi semua mukallaf sama ada lelaki atau perempuan, orang yang bermukim
atau bermusafir, orang merdeka atau hamba, melainkan perempuan yang berperhiasan atau yang
boleh menimbulkan fitnah, maka dia hendaklah bersembahyang di rumah.

15

Dalil yang menunjukkan bahawa sembahyang kedua-dua hari raya ini tidak diwajibkan ialah
jawapan Rasulullah saw kepada seorang sahabat yang bertanya tentang sembahyang yang
difardukan. Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya:Lima waktu sembahyang sehari semalam, kemudian sahabat tersebut bertanya:
Adakah diwajibkan ke atasku selain itu. Rasulullah saw menjawab: Tidak, melainkan kamu
melakukan yang sunat.[Al Bukhari (46) dan Muslim (11)]
Menurut riwayat Abu Daud (1240):
Maksudnya: Lima waktu sembahyang yang diwajibkan oleh Allah ke atas hamba-hamba-Nya.
Sesiapa yang melakukannya dengan tidak mencuaikan sedikitpun daripadanya dan tidak
memandang ringan akan kewajipannya, maka baginya perjanjian (janji) disisi Allah bahawa dia pasti
akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan sesiapa yang tidak menunaikannya maka tidak ada baginya
di sisi Allah sebarang perjanjian, sekiranya Allah menghendaki, Allah akan mengazabnya dan jika
Allah menghendaki Allah akan memasukkannya ke syurga
Al-Bukhari (928) dan Muslim (890) meriwayatkan daripada Ummu Atiyyah Al-Ansariyyah
radiallahu anha bahawa dia menceritakan:
Kami diperintahkan supaya keluar pada hari raya, sehingga kami (disuruh) membawa bersama
anak-anak dara dan perempuan-perempuan yang haid lalu mengambil tempat di belakang orang
ramai (bukan tempat sembahyang). Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama orang ramai
dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya (hari dosa-dosa
diampunkan).
Menurut riwayat yang lain, seorang perempuan berkata:
Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai Jilbab. Sabda Rasulullah saw;
Hendaklah sahabatnya memakaikannya dengan jilbab kepunyaannya (meminjamkannya).
Menurut satu riwayat, perempuan yang haid tersebut diasingkan daripada tempat
sembahyang yang disediakan untuk golongan perempuan.
Maksud jilbab ialah kain yang menutup seluruh badan daripada atas hingga paling bawah.
Pada hari tersebut tidak disunatkan azan dan iqamah tetapi diseru dengan ucapan:
( sembahyang yang menghimpunkan). Al-Bukhari (916) dan Muslim (886) meriwayatkan
daripada Ibnu Abbas r.a.:
Maksudnya:Dia telah mengutuskan utusan kepada Ibnu Zubir di awal-awal beliau dibaiahkan
dengan menyatakan: Sesungguhnya pada hari raya puasa tidak ada azan untuk didirikan
sembahyang, tetapi yang disuruh ialah berkhutbah selepas sembahyang.
Menurut riwayat Al-Bukhari (917) dan Muslim (886) daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin
Abdullah r.a bahawa kedua-duanya berkata:
Maksudnya: Tidak pernah diazankan pada hari raya puasa dan hari raya haji.

16

Waktu Sembahyang Hari Raya.


Waktunya bermula dengan terbitnya matahari hingga gelincirnya. Ini berdasarkan hadis
riwayat Al-Bukhari (908) daripada Al-Barra r.a bahawa dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah
saw berkhutbah dengan sabdanya.
Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari kita ini ialah kita mendirikan
sembahyang
Perkara pertama yang berlaku pada setiap hari ialah terbit fajar sedangkan waktu tersebut
disibukkan dengan sembahyang Subuh iaitu sebelum terbit matahari dan dengan sembahyang
Zohor, selepas gelincir matahari.
Dan waktunya yang lebih baik (afdhal) ialah ketika matahari naik sekadar panjang lembing
(tinggi segalah) kerana itulah waktu yang selalu didirikan sembahyang oleh Rasulullah saw.

Cara Sembahyang Hari Raya


Sembahyang Hari Raya mempunyai dua rakaat. Ia dimulakan dengan takbiratul Ihram
kemudian membaca doa Iftitah, kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali dalam keadaan
mengangkat kedua tangan hingga bersetentangan dua bahunya seperti mana takbiratul Ihram.
Ketujuh-tujuh takbir tadi dipisahkan antara satu sama lain sekadar satu ayat yang sederhana dan
disunatkan membaca tasbih:

Maksudnya: Maha suci Allah, segala pujian bagi-Nya, tidak ada tuhan (ilah) selain Allah dan Allah
Maha Besar.
Kemudian membaca istiazah dan membaca fatihah serta dibaca bersamanya satu surah
atau beberapa ayat. Dalam rakaat pertama digalakkan membaca surah Al-Ala .
Pada rakaat kedua setelah takbiratul ihram bertakbir sebanyak lima kali seperti
rakaat pertama. Manakala setelah dibacakan surah al-Fatihah digalakkan membaca surah Al-Ghasiah
. Walaupun begitu sebarang surah pendek boleh dibacakan pada rakaat pertama atau
rakaat kedua.
Selepas solat dibacakan khutbah hari raya.

17

6. DUA KHUTBAH SOLAT JUMAAT


Ia mempunyai beberapa syarat:
1. Khatib berdiri ketika berkhutbah, jika ia berkuasa untuk berbuat demikian. Dan kedua-dua
khutbah hendaklah dipisahkan dengan duduk.
Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Jabir
bin Sumrah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah saw melakukan dua khutbah dan duduk di antara keduanya. Baginda
juga berkhutbah dalam keadaan berdiri.
Bukhari (878) dan Muslim (861) meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:
Sesungguhnya Nabi saw berkhutbah dalam keadaan berdiri, kemudian Baginda duduk dan
kemudian Baginda berdiri sebagaimana yang kamu semua lakukan sekarang.
2. Tidak dikemudiankan daripada sembahyang. (Perlu dibacakan khutbah dahulu selepas itu
dilaksanakan solat Jumaat).
Ini berdasarkan hadis yang banyak yang menyebut berkenaan dengan Jumaat dan ia telah
menjadi Ijmak Ulama dalam perkara tersebut.
3. Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar, serta najis yang tidak
dimaafkan sama ada pada baju dan badannya atau tempatnya dan berada dalam keadaan menutup
aurat.
Ini kerana, khutbah adalah umpama sembahyang, keduanya merupakan pengganti kepada
dua rakaat sembahyang Fardu Zohor. Oleh itu ia disyaratkan sebagaimana yang disyaratkan pada
sembahyang seperti bersuci dan seumpamanya.
4. Rukun-rukun khutbah dibaca dalam Bahasa Arab
Khatib hendaklah membaca rukun-rukun khutbah menggunakan Bahasa Arab sekalipun
tidak difahami oleh jemaah yang hadir. Sekiranya tidak terdapat orang yang mengetahui bahasa
Arab sedangkan telah berlalu masa yang memungkinkan seseorang untuk mempelajarinya, maka
semuanya berdosa dan tidak sah Jumaat bahkan mereka hendaklah mendirikan sembahyang Zohor.
Sekiranya masa yang ada, tidak cukup untuk mempelajarinya, maka hendaklah rukun-rukun
khutbah itu dibacakan terjemahannya sahaja di dalam mana-mana bahasa yang dikehendaki oleh
khatib dan Jumaat tersebut dihukum sah.
5. Berturut-turut di antara rukun-rukun khutbah dan juga antara khutbah pertama dengan khutbah
kedua serta antara khutbah kedua dengan sembahyang.
Sekiranya berlaku perpisahan yang lama menurut pandangan umum (uruf) antara dua
khutbah atau antara dua khutbah dengan sembahyang, maka khutbah tersebut tidak sah. Sekiranya
ia boleh diulangi semula, maka wajib diulangi. Jika tidak boleh, sembahyang Jumaat akan bertukar
menjadi sembahyang Zohor.
18

6. Rukun kedua-dua khutbah hendaklah didengari oleh 40 orang yang mencukupi syarat sah
sembahyang Jumaat (golongan yang cukup syarat wajib Jumaat).

Rukun Khutbah
1. Memuji Allah Taala dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun.
2. Berselawat ke atas Nabi saw dengan mana-mana kata-kata yang memberi makna selawat, dengan
syarat nama Nabi hendaklah disebut dengan lafaz yang jelas seperti Nabi, Rasul atau Muhammad. Ia
tidak memadai jika disebut dengan gantinama sebagai ganti kepada lafaz-lafaz tersebut.
3. Berpesan supaya bertakwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua lafaz dan uslub. Ketiga-tiga
syarat diatas adalah rukun bagi kedua-dua khutbah, tidak sah mana-mana khutbah yang tidak dibaca
rukun-rukun tersebut.
4. Membaca satu ayat daripada Al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah.
Ayat yang dibaca disyaratkan dapat memberi kefahaman dan mempunyai makna yang jelas.
Tidak memadai, jika ayat yang dibaca terdiri daripada huruf-huruf sebagaimana di awal surah
(seperti Alif, Lam, Mim)
5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua. Doa tersebut boleh dilakukan
dengan mana-mana uslub, asalkan ia dianggap sebagai doa menurut pandangan umum (uruf).

Perbezaan Khutbah Solat Jumaat Dengan Khutbah Solat Sunat Hari Raya
1. Rukun khutbah solat sunat Jumaat adalah sama dengan rukun khutbah solat sunat Hari Raya
Aidilfitri dan Aidiladha.
2. Perbezaannya adalah;
a) Solat Jumaat:
Khutbah dibaca dahulu kemudian didirikan solat Jumaat
b) Solat Sunat Hari Raya:
Solat sunat hariraya dilaksanakan dahulu kemudian baru dibacakan khubah.

19


*

*


*
*

*




*

20

*

*

*



*



.
21

Anda mungkin juga menyukai