Anda di halaman 1dari 1

Lot 1572, Geliga Besar, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Pengarah Yayasan Terengganu, Pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu, Tingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Fax No : 09-6232944 04hb Januari 2011 U/P : Ketua Penolong Pengarah, Pengurusan Imtiaz Tuan, Per : Memohon Kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah IMTIAZ Saya Hamizah Aqilah Auji Binti Ismail No K/P 950330-06-5018 dengan ini ingin memohon untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun atau mana-mana sekolah Imtiaz di negeri Terengganu. Saya sangat berminat untuk ke sekolah tersebut kerana ingin menguasai Ilmu Al-Quran dan akademik ke arah melahirkan generasi ulul albab. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya adalah pelajar dari Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman, Terengganu dan memperolehi 8A 1B dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. 3. Bersama ini saya lampirkan salinan slip keputusan PMR dan kad pengenalan saya. Saya amat-amat berharap agar permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama yang diberikan didahului dengan jazakumullahu khairan kathira. Sekian, terima kasih. Yang Benar,

. (HAMIZAH AQILAH AUJI BINTI ISMAIL)

Anda mungkin juga menyukai