Anda di halaman 1dari 1

CHANDRA OLAGANATHAN

12, Jalan Lintang Murai,


Taman Rantau Damai,
14300 Nibong Tebal,
Penang.
012-5540341
Yang Berhormat
Prof.Dr.Ramasamy Palanisamy
11 FEBRUARI 2016
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Tingkat 52, KOMTAR 10503 Pulau Pinang
Yang Berhormat,
PER : PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
Sukacitanya, saya seperti nama diatas, ingin memohon bantuan kewangan
daripada pihak Yang Berhormat untuk pendidikan anak saya, Anjelli a/p Chandra
(931106-14-5642) yang tengah melanjutkan pelajaran di Management & Science
University (MSU), Shah Alam dalam jurusan Bachelor in Biomedical Science.
2.
Untuk pengetahuan pihak Yang Berhormat, anak saya adalah peminjam
daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetapi hanya
mendapat pinjaman PTPTN sebanyak RM 49,800.00 sahaja untuk pembayaran
yuran pengajian. Tunggakan keseluruhan yuran pengajian anak saya masih
berbaki RM 13,271.00.
3.
Tujuan utama saya memohon bantuan kewangan pendidikan anak saya
dari pihak Yang Berhormat adalah disebabkan kos pengajian yang tinggi dan
faktor pendapatan keluarga saya yang tidak menentu.
4.
Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak Yang
Berhormat dapat memberikan sumbangan kewangan pendidikan supaya proses
pengajian anak saya tidak terganggu dan berjalan baik dengan bantuan dari
pihak Yang Berhormat. Bersama surat ini dilampirkan anggaran belanjawan
pengajian anak saya di MSU dan surat pengesahan status tajaan PTPTN untuk
rujukan pihak Yang Berhormat.
Saya akhiri kata-kata ini dengan ucapan terima kasih dari saya diatas masa dan
ketulusan budi bicara pihak Yang Berhormat membaca surat permohonan saya
ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
( Chandra A/L Olaganathan )
(671107-08-5663)

Anda mungkin juga menyukai