Anda di halaman 1dari 68

1.

1 Pengenalan

Di Malaysia budaya sekolah ialah budaya belajar untuk lulus peperiksaan

dengan cemerlang. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak menekankan

proses pembinaan skim pengetahuan yang bermakna. Perspektif pendidikan seperti ini

menyebabkan kegagalan dalam penggunaan ilmu dipelajari untuk memenuhi

keperluan masa depan.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, gaya dan amalan guru masih bersifat

tradisional, iaitu berpusatkan guru (JNS, 1996; Abdul Razak dan rakan-rakan,

1996).Salah satu tanggung jawab seorang guru ialah memperbaiki mutu pengajarannya

supaya lebih berkesan.Seorang guru perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai

untuk membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam

pembelajaran mereka.

Berdasarkan kepada pendapat dan pandangan di atas, ternyata bahawa satu

langkah atau alternative perlu diambil oleh guru bagi membaiki mutu pengajaran dan

pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah dengan mengunakan kaedah

pembelajaran kognitif. Proses pengajaran yang berkesan dan dijalankan dalam

suasana yang sihat dan bersemangat akan dapat meningkatkan pembelajaran dalam

diri pelajar. Dengan ini, pembelajaran efektif akan berlaku.

1
Diskriptif di atas adalah bertepatan dengan ciri-ciri pembelajaran koperatif.

Pembelajaran koperatif melibatkan permuafakatan yang menitikberatkan aktiviti setiap

individu di dalam kumpulan di mana mereka bekerja bersama-sama untuk kebaikan

kumpulan mereka. Pembelajaran koperatif juga sebagai satu usaha kearah

mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran kognitif (Slavin, 1984).

Menurut Jaques (1991), kita adalah sebuah masyarakat yang sentiasa

bermesyuarat- dunia terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil yang bertemu untuk

berkongsi maklumat, merancang, menyelesaikan masalah, mengkritik dan memuji,

membuat keputusan baru atau mencari kel;emahan yang lalu. Usaha kerjasama akan

wujud selepas salaing kenal mengenali di mana ia akan membawa kepadca saling

bantu menbantu di antara satu sama lain.Ini bertepatan dengan tujuan pembelajaran

koperatif di mana setiap pelajar yang berbeza di antara satu sama lain, sama dari segi

pengalaman, sikap, tinglah laku, bakat dan kebolehannya akan berkongsi idea sesama

mereka dan bekerjasama dalam mempelajari kemahiran atau melaksanakan suatu

tugas.

1.2 Tujuan Kajian

Objektif kajian ini ialah :

1. Untuk memastikan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian

membina ayat dalam Bahasa Tamil di kalangan murid-murid Tahun 4

2
2. Untuk memastikan pembelajaran koperatif dapat membina sikap kasih sayang,

belas kasihan, kejujuran dan kerjasama.

3. Membandingkan kesan strategi pembelajaran koperatif dengan pembelajaran

Tradisional dalam melahirkan idea dalam pembinaan ayat.

1.3 Soalan Kajian

1. Apakah strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian


pembinaan ayat ?

2. Adakah terdapat perubahan tingkah laku terhadap murid- murid dalam


pembelajaran koperatif dalam kelas?

3. Adakah terdapat hubungan kaitan di antara pembelajaran dan pencapaian


dalam pembinaan ayat?

4. Sejauh manakah guru-guru matapelajaran Bahasa Tamil mengamalkan


pendekatan pembelajaran koperatif di dalam kelas?

5. Adakah murid-murid menunjukkan minat belajar terhadap kaedah


pembelajaran koperatif?

3
1.4 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini dapat membantu guru-guru Bahasa Tamil mengenalpasti

faktor-faktor yang menjejaskan pengenalan pembelajaran koperatif dalam bilik

darjah. Selain daripada itu, guru-guru matapelajaran Bahasa Tamil dan pihak

sekolah telah menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menekankan pendekatan pembelajaran koperatif dalam bilik darjah. Pengkaji

juga telah ujudkan sikap bekerjasama dan berusaha untuk mencapai kejayaan

sebagai satu kumpulan.

1.5 Batasan Kajian

Dalam kajian ini , respondan atau subjek kajian hanya terbatas kepada 30

orang murid SJK(T) Taman Desa Pinji, Lahat. Kajian ini mengkaji sejauh

manakah pembelajaran koperatif dalam membina ayat dan mengenalpasti

faktor-faktor yang menjejaskan amalan pembelajaran koperatif dalam kelas.

Terdapat juga pelajar-pelajar yang terlibat dengan kajian ini bukan sahaja

lemah akademiknya malahan bersikap rendah diri dan juga pemalu. Pengkaji

terpaksalah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan masalah ini.

Keadaan di sekolah tidak membenarkan memisahkan murid-murid

daripada kumpulan kelas. Murid-murid tidak dapat dipilih secara rawak kepada

4
kumpulan kawalan dan eksperimen. Dengan keadaan ini, analisis deskriptif yang

telah digunakan.

1.6 Penerangan Terminologi

1. Pembelajaran koperatif

Pelajar bekerja dalam satu kumpulan terdiri daripada 3 atau lebih murid.

Pembelajaran secara kumpulan, iaitu bersama dan berusaha untuk mencapai

kejayaan sebagai satu kumpulan.

Kumpulan yang dibina berbentuk heterogenous, iaitu terdiri daripada murid-

murid yang mempunyai pencapaian akademik yang pelbagai, terdiri daripada

lelaki dan perempuan yang berbangsa India.

2. Perlakuan murid

Merupakan satu konsep yang menerangkan persepsi murid-murid dan

kepercayaan terhadap matapelajaran Bahasa Tamil.

3. Kaedah Pengajaran

Kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam pengendalian pembinaan

ayat di kelas.

4. Pencapaian

5
Bermakna markah pembinaan ayat (0 ke 100) yang didapati dari ujian bulanan.

Nilai ini dikira mengikut kekerapan dan peratusan..

5. Team Game Tournment

Ringkasannya TGT di mana murid membantu satu sama lain untuk belajar

dalam kumpulan-kumpulan kecil dan pengajarannya menurut 4 langkah :

guru mengajar

a) murid belajar dalam kumpulan

b) adakan pertandingan

c) beri hadiah

6. Student Teams Achievement Division (STAD)

Kaedah bekerja dalam kumpulan masing-masing dan memastikan semua

anggota kumpulan akan ‘master’ pelajaran itu. Setelah menjalani sesuatu

aktiviti, setiap anggota kumpulan akan menduduki ujian atau kuiz secara

individu. Markah dari setiap individu akan dicampur untuk memperolehi

markah untuk kumpulan.

7. Jigsaw

Kumpulan yang dibentuk sama dengan kumpulan STAD dan TGT.

6
Setiap kumpulan diberi tugasan. Setiap ‘ekspert’ dalam kumpulan itu akan

bertemu dan berbincang tentang topic tugasan yang sama. Setelah itu ‘ekspert’

akan pulang ke kumpulan masing-masing dan berbincang dengan kumpulan

mereka.

8. Learning together

Murid-murid dibahagikan kepada 4 – 5 murid dalam kumpulan heterogeneous

dalam menyelesaikan tugasan berkongsi idea dan saling bantu membantu di

antara satu sama lain sebelum membentangkan kepada guru.

BAB 2

2.1 Tinjauan Literatur

7
Dalam bahagian ini, penyelidik berbincang tentang pencapaian

murid sekolah rendah dalam pembinaan ayat menerusi pembelajaran koperatif.

Pembelajaran aktif bermaksud penglibatan pelajar dalam kelas yang bukan

melibatkan mendengar secara pasif. Pembelajaran aktif melibatkan aktiviti

seperti mendengar yang dapat membantu pelajar memahami bahan kuliah,

menjawab latihan daripada bahan yang telah diberikan oleh guru dalam bentuk

latihan kerja kumpulan. Dengan ini murid dapat menggunakan bahan pengajaran

yang berkaitan dengan kehidupan mereka atau mendedahkan kepada masalah

yang baru mereka hadapi.

Manakala pembelajaran koperatif pula merupakan subset daripada

pembelajaran aktif. Pelajar bekerja dalam satu kumpulan terdiri daripada tiga

atau lebih pelajar. Pembelajaran secara kumpulan juga memberi peluang kepada

pelajar supaya dapat menimba pengalaman apabila bekerja di dunia luar.

Menurut Paulson dan Faust, secara umumnya teknik pembelajaran

koperatif membuatkan pelajar bekerja secara berkumpulan dan ianya boleh

dilakukan lebi teratur and lebih berstuktur. Seterusnya Paulson dan Faust

memfokuskan kepada pengunaan stategi bilik kuliah; interaksi kerjasama

pansyarah dengan pelajar.

Aktiviti pelajaran dan pembelajaran dalam konteks pembelajaran

kooperatif juga termasuk merekabentuk tugasan, pemilihan teks danpemilihan

8
bahan persembahan kepada kelas. Kesimpulannya pembelajaran koperatif

memfokus kepada stategi bilik kuliah; interaksi pensyarah dengan pelajar.

Secara jelas, pembelajaran koperatif lebih bersifat keseluruhan/radikal daripada

berbanding pembelajaran tradisional yang menekankan pelajar menyimpan

bahan pembentangan daripada pegajar, namum begitu contoh dan teknik

koperatif disarankan untuk dihadkan.

Terdapat dua stategi berbeza dalam pembelajaran koperatif secara tak

formal dan formal. Pembelajaran koperatif melibatkan teknik formal

memerlukan pelajar bekerja secara kumpulan dalam waktu yang ditetapkan

bertujuannya untuk menjawab atau meyelesaikan soalan yang mudah.

Merujuk kepada Kaufan, Felder dan Fuller pembelajaran koperatif

melibatkan lima aspek seperti berikut; (i) POSITIVE Interdependence (ii)

Individual accountability (iii) Face-to-face interaction (iv) Appropriate use of

interpersonal skills (v) Regular self-assesment of group functioning. Antara

teknik formal adalah seperti berikut; (i) The Jigsaw Methods, (Aronson et al

1987) (ii) Student Team-Achievement Divisions (STAD) (Salvin 1980) (iii)

Teams Games Tournement (TGT) (DeVries & Salvin 1978) (iv) Team Assisted

induvidulization (TAI) (Salvin 1985) (v) Group investigation (GI) (Sharan et al

1984).

9
Seterusnya Beinchner, Saul and Allain menjelaskan terdapat lima teknik

pembelajaran tak formal iaitu (i) In-class teams (ii) Think-Pair-Share (iii)

Cooperative Note-Taking Pairs (iv) Guided Reciprocal Peer Questioning (v)

Thinking Aloud Pair Problem-Solving (TAPPS).

Outcome Based Education menekankan pembeljaran berpandukan hasil

pembelajaran. Dalam Outcome Based Education pelajar dijangka untuk

mengetahui, memahami dan melakukan sendiri aktiviti yang boleh membantu

pelajar untuk menguji dan menilai sejauh mana pelajar memenuhi hasil

pembelajaran berdasarkan kreterian penilaian. Berasaskan kepada Outcome

Based Education inilah Universiti Teknologi Malaysia menyenaraikan tujuk

kemahiran generic yang memerihalkan “Atribut Graduan Universiti Teknologi

Malaysia”.

Kemahiran generic ini telah dilancarkan pada Jun 2004 mengenalpasti

ujuh atribut iaitu kemahiran komunikasi; kerja secara pasukan; penyelesaian

masalah; mampu menyesuaikan diri; pembelajaran sepanjang hayat; keyakinan

diri; dan etika dan integriti.

Pembelajaran koperatif atau lebih dikenali sebagai pembelajaran

berkumpulan merupakan satu kaedah pembelajaran di mana sekumpulan pelajar

belajar bersama-sama membantu antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu

matlamat pembelajaran.

10
Kajian tentang keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif yang

dilaksanakan oleh Johnson et. Al (1984) di Amerika Syarikat menunjukkan

kesan positif dari segi sikap terhadap mata pelajaran, rakan sebaya , guru dan

sekolah serta menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran berkomunikasi, dan

interaksi sosial serta penyelesaian masalah.

Menurut Johnson, lima unsure penting dalam pembelajaran koperatif

STAD (Student Team Achievement Division ) ialah:

1. Interaksi semuka

2. Akauntibiliti secara individu

3. Kemahiran sosial

4. Saling bergantungan secara positif

5. Penilain kumpulan

Johnson dan Johnson (1981) telah menjalankan meta-analisis ke atas 122

kajian sekitar 1924 – 1981 menunjukkan Kaedah Pembelajaran Koperatif

berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Menurut Johnson dan

Johnson (1989) di dalam bukunya Cooperatif & Competition Theory &

Research, membandingkan lebih daripada 500 kajian terhadap kaedah

pembelajaran koperatif, menyimpulkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif

adalah strategi pengajaran yang efektif.

11
Hasil kajian menunjukkan bahawa apabila murid mula mendapat

kejayaan, mereka berasa yakin dan berpuas hati dengan diri mereka. Ini

menjadikan mereka bersikap positif terhadap matapelajaran yang dikaji. Silver

(1985) menyatakan bahawa perbincangan kumpulan kecil membenarkan

perbezaan yang ada pada ahli membantu mereka yang ketinggalan dalam proses

pembelajaran

. Robert (1990) melaporkan 49 daripada 68 kajian menunjukkan bahawa

Kaedah Pembelajaran Koperatif lebih berkesan berbanding dengan kaedah

tradisional khususnya dalam bidang Matematik, Sains, Muzik, kajian sosial dan

sastera.

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam perlaksanaan

kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman

masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran

sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting

menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan

di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan

pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil.

Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topic kecil.

12
Setelah menguasai topic kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain

dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topic

kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua

ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang

diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid.

Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan

sedia ada dan membantu penstrukturan semua idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi sacara

aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan

pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai

dengan falsafah konstruktivisme.

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah

suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu

di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai

matlamat yang sama. Pembahagian pelajar ke dalam kumpulan kecil

memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Hamm dan Adams (1994), yang menyatakan bahawa pembelajaran

koperatif memudahkan dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran

guru. Melalui proses penglibatan murid di dalam kumpulan secara aktif

guru juga dapat membuat penemuan-penemuan penting mengenai kaedah

13
pelajar belajar dan apa yang mereka belajar. Oleh kerana pelajar terlibat

dalam sebahagian proses pengajaran, keberkesanan guru mengajar dalam

kelas dan proses pengajaran akan berganda.

Kajian yang dijalankan oleh Rudd dan Wisenan (1962, dalam

Salwa, 1996) terhadap 590 orang guru mendapati beban tugas mengajar

yang tinggi, bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas dan kekurangan

masa untuk tugas akademik adalah punca ketidakpuasan di kalangan

mereka. Apabila terlalu banyak beban bukan akademik terpaksa dipikul

guru tiada masa untuk merancang pengajaran secara teliti.

Ada beberapa pendapat menyarankan agar murid-murid

Dikekalkan di dalam kelas pelbagai kebolehan. Tindakan ini telah

dibuktikan oleh ‘National Numeracy Project School’ di mana murid yang

cerdas dan lembab mampu mengambil bahagian bersama-sama dalam

aktiviti pembelajaran walaupun tugasan yang sukar. Mengikut kajian

yang dijalankan, pendedahan kepada konsep atau pembelajaran yang

sukar boleh membantu pelajar yang lembab mempertingkatkan tahap

pencapaian mereka.

Ringkasnya, kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa mengingat

nama seseorang amat penting dalam usaha menjalinkan hubungan baik di antara

14
satu sama lain. Konsep Matematik yang abstrak paling mudah diperjelaskan

melalui teknik gambaran dan kaedah pembelajaran koperatif lebih berkesan

berbanding dengan kaedah tradisional dalam pembelajaran seseorang murid.

BAB 3

3.0 Metodologi Penyelidikan

3.1 Pengenalan

Item yang dibincangkan dalam bahagian ini mengandungi beberapa

aspek mengenai cara mengimplikasikan strategi dalam penyelidikan, reka

bentuk kajian, populasi dan sample kajian, kajian rintis, teknik penganalisaan

data serta cara penganalisaan data.

15
3.2 Reka bentuk kajian

Pada sesi 2009 semester 1, kajian rintis menggunakan kaedah kuliah

telah di laksanakan untuk mengkaji pencapaian pelajar seramai 30 murid dalam

matapelajaran Bahasa Tamil, iaitu membinaa ayat untuk satu kumpulan murid.

Keadaan sekolah tidak membenarkan pengkaji memisahkan murid-murid

daripada kumpulan kelas. Dalam kajian ini murid-murid tidak dapat dipilih dan

diagihkan secara rawak kepada kumpulan kawalan da eksperiman.

Apa yang pengkaji boleh lakukan ialah menggunakan kumpulan kelas

yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperiman. Oleh yang demikian

pengkaji telah menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah analisis

deskriptif dan juga dalam bentuk kajian tindakan. Bagi kajian eksperiman,

rawatan atau intervensi telah diberikan kepada subjek kajian, di mana ukuran

dibuat sebelum dan selepas rawatan . Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran

baru (pembelajaran koperatif) telah dijalankan. Ujian pra diadakan dan markah

dicatat.

Setelah menggunakan kaedah pengajaran baru (pengajaran koperatif ),

ujian pos diadakan dan markah dicatat. Kaedah ini dinamakan reka bentuk

kajian eksperiman iaitu reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-

16
group design ); reka bentuk ujian pra-ujian pos-satu-kumpulan (single-group-

pretest-posttest design); reka bentuk siri-masa (time-series design).

3.3 Populasi dan sample kajian

Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid tahun 4 di SJK(T) Taman Desa

Pinji, Lahat. Pengkaji memilih persempalan kelompok untuk menjalankan kajian ini.

Berdasarkan tajuk kajian, iaitu keberkesanan pengajaran koperatif dalam pembinaan

ayat, Bahasa Tamil, adalah sesuai menggunakan sample kelompok.

Oleh kerana pembelajaran koperatif memerlukan responden dalam bentuk

kumpulan, adalah sesuai memilih sample ini. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar

dalam kumpulan, lima orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulanm mengandungi

murid-murid daripada tahap yang berbeza.Bikabgab ahli populasi dalam tahun 4 hanya

30 orang murid. Oleh itu semua pelajar dipilih sebagai sample kajian. Setiap kumpulan

diwakili oleh pelajar-pelajar perempuan dan lelaki sebagai sample kajian. Pengkaji

meminta kebenaran dari Guru Besar dan guru kelas berkaitan untuk menjalankan kajian

tersebut.

3.4 Instrument

17
Dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui pembelajaran koperatif di

kalangan murid-murid tahun 4 dalam pembinaan ayat. Pengkaji mengukur

secara kuantitatif hubungan antara variable tak-bersandaran dengan veriable

bersandaran.

Oleh itu pencapaian digunakan untuk mengukur variable tentang hasil

pembelajaran. Menurut Campbell dan Stanley ( 1963 ), menegaskan bahawa

kesahan dalaman adalah keperluan asas sesuatu eksperimen.

Satu ujian dibina mengikut objektifnya, iaitu keberkesanan pembelajaran

koperatif. Sebelum ujian dibina pengkaji menentukan kandungan bidang yang

ingin diukur. Pakar bidang (Guru Cemerlang) digunakan untuk memastikan

sample.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Penyelidik menggunakan berbagai kaedah untuk mengumpulkan data kajian ini

Kaedah-kaedah yang akan digunakan ialah seperti berikut:

a) Pemerhatian

18
Pemerhatian secara rawak sepanjang proses kajian ini dicatat dalam borang

pemerhatian. Penyelidik menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat

tentang pembelajaran koperatif dalam meningkatkan minat dan keyakinan murid

terhadap pembinaan ayat dalam Bahasa Tamil serta meningkatkan kemahiran

membaca.

b) Kaedah ujian pra dan pos

Penyelidik mengadakan ujian pra dan ujian pos untuk mengetahui

pembelajaran koperatif. Ujian pra dijalankan dan markah dicacat.

Setelah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

koperatif, ujian pos diadakan dan markah dicatat. Kaedah ini dinamakan

reka bentuk eksperimen, iaitu reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan,reka

bentuk ujian pra-ujian pos-satu kumpulan, reka bentuk siri-masa.

c) Kaedah temubual

Penyelidik menemubual 4 orang murid tentang keberkesanan pembelajaran

koperatif STAD dalam meningkatkan minat murid dalam pembinaan ayat.

Penyelidik merakamkan temubual dan menulis dalam bentuk dialog. Temubual

19
ini dijalankan terhadap berbagai kategori murid dalam satu kumpulan.

3.6 Analisis Data

Penyelidik menggunakan analisis deskriptif, iaitu kekerapan dan peratusan

dalam pengajaran, iaitu kaedah biasa dan koperatif. Kita hanya menguji kesan

pembelajaran koperatif ke atas skor murid .

Rumusan

Penyelidik berkeyakinan bahawa cadangan penyelidikan ini memberi

kesan ke atas prestasi murid dalam pembinaan ayat. Kaedah yang digunakan

akan meningkatkan prestasi murid dalam UPSR tahun 2011.

4.0 ANALISA DATA

4.1 Profil Respond

Kajian ini melibatkan seramai 30 orang pelajar Tahun 4 di sebuah sekolah luar

bandar. Taburan respond ini menunjukkan pelajar perempuan adalah lebih ramai

daripada lelaki. Taburan responden dalam kumpulan eksperimen, iaitu tak

berkumpulan kawalan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.1, juga mempunyai

taburan yang sama mengikut jantina.

20
Jadual 1 : Profil Responden

Kumpulan Later belakang Kekerapan Peratus


Eksperimen Etenik

India 30 100

Jantina

Lelaki 12 40.0

Perempuan 18 60.0
Jumlah India 30 100

Lelaki 12 40.0

Perempuan 18 60.0

4.2 Laporan dapatan kajian

Soalan kajian 1

Apakah persepsi dan pendapat murid mengenai penggunaan pembelajaran koperatif

dalam pengajaran pembinaan ayat Bahasa Tamil?

Dapatan ini menunjukkan sikap tolong menolong wujud dalam pembelajaran

koperatif. Pelajar berasa lebih yakin bekerja bersama rakan-rakan sekelas.Mereka lebih

rela bekerja dalam kumpulan. Rujuk item di jadual 1.

Berdasarkan kajian ini didapati pembelajaran koperatif mewujudkan pengajaran

dan pembelajaran yang lebih aktif serta menyeronokkan kerana dapat berinteraksi

dengan rakan-rakan dan juga bersama penyelidik. Dalam rajah 1, item 4 menunjukkan

21
30% pelajar bersetuju bahawa mereka dapat bersama ahli kumpulan. Perhubungan

mereka semakin rapat bersama rakan dan penyelidik dalam pembelajaran koperatif.

Terdapat juga 53.3% pelajar tidak setuju dalam pembelajaran koperatif. Mereka

berpendapat bahawa pelajar mempunyai lebih masa untuk berbual kosong dan

membuang masa semasa aktiviti pembelajaran koperatif. Segelintir pelajar mengatakan

bahawa murid lemah tidak memberi pendapat kerana malu dengan pelajar yang pandai.

Dapatan kajian mengatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah yang terbaik

untuk aktiviti pembinaan ayat. Pelajar-pelajar cemerlang akan memberi motivasi kepada

rakan-rakan yang lemah dan nulai-nilai seperti sikap belas kasihan serta bantu

membantu akan terserlah.

Dalam item 14 dapat diperhatikan bahawa 53.3% pelajar sangat setuju yang

mereka lebih memerlukan pebelajaran koperatif. Ini dengan tidak sengaja telah

mempertingkatkan mereka terhadap pembinaan ayat.

Rajah 1 Persepsi Terhadap Pembelajaran Koperatif

No Keker SS Keker S Keker KS Keker TS Keker STS

Item % % % % %
1 - - 5 16.6 3 10.0 16 53.3 6 20.0
4 14 46.6 9 30.0 4 13.3 2 6.6 1 3.3
14 16 53.3 9 30.0 2 6.6 2 6.6 1 3.3

22
Kunci: Keker-Kekerapan SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju

TS-Tidak Setuju STS-Sangat Tidak Setuju

Murid-murid yang tidak suka akan pembelajaran koperatif memberi respon yang

kurang memuaskan sebab ketidak inginan pelajar untuk bekerjasama dengan pelajar

berbagai tahap kebolehan.

Meskipun pembelajaran koperatif sangat menyeronokkan dan suasana

pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bertambah ceria, namun murid yang lemah

berasa kurang selesa disebabkan perasaan rendah diri. Pelajar-pelajar ini berasa takut

untuk bersoal jawab dengan kalangan murid yang pandai.Mereka berpendapat situasi ini

akan menimbulkan masalah

Memandangkan masalah ini, seorang pelajar yang pandai berkata bahawa

bahasa yang digunakan oleh pelajar yang lemah tidak bertaraf dan ini lebih sular untuk

mendapatkan pertolongan mereka.

Walau bagaimanapun,pelajar yang telah ditemubual bersetuju bahawa

pembelajaran koperatif lebih menyenangkan dalam pembinaan ayat. Pesepsi ini terbukti

dalam item 6,7,8,12 dan 13 yang ditemubual.Berdasarkan jadual diatas, didapati

bahawa pelajar-pelajar lebih yakin dan saling memahami semasa dalam kumpulan.

23
Dalam item 6 iaitu 43.3% sangat berpuas hati manakala hanya 6.6% sangat tidak

setuju dan meluahkan rasa tidak puashati mereka, memandangkan mereka mempunyai

lebih masa untuk berbual kosong. 30.0% pelajar setuju bahawa pelajar meluangkan

lebih masa untuk mengulangkaji dan berbincang dalam kumpulan daripada secara

individu menurut item 7. Dapatan ini juga menunjukkan dalam item 8 bahawa 53.3%

pelajar setuju yang mereka dapat menyemak ejaan, tanda baca dan tatabahasa dalam

aktiviti kumpulan. Pelajar-pelajar juga dapat mempertingkatkan lagi kemahiran

membina ayat dengan lengkap.

Sehubung dengan ini 46.6% murid bersetuju bahawa pelajar dapat mempelajari

kaedah pembelajaran baru iaitu brainstorm dalam pembinaan ayat. Rujuk item 7,8,12

dan 13 dalam Rajah 2.

Pelajar-pelajar menyatakan yang mereka dapat memberi serta berkongsi idea

dan pendapat semasa perbincangan.Mereka mengaku bahawa mereka lebih berjaga-jaga

dalam kemahiran tatabahasa dan ejaan. Selain daripada itu pelajar juga dapat

membandingkan serta menyemak jawapan sesama rakan dalam kumpulan.

Rajah 2 Persepsi Terhadap Pembelajaran Koperatif

No Keker SS Keker S Keker KS Keker TS Keker STS

Item % % % % %
6 13 43.3 13 43.3 1 3.3 2 6.6 1 3.3
7 9 30.0 9 30.0 5 16.6 6 1 3.3
8 16 53.3 8 26.6 4 13.3 1 3.3 1 3.3

24
12 13 43.3 14 46.6 1 3.3 2 6.6 - -
13 10 33.3 14 46.6 5 16.6 1 3.3 - -

Kunci: Keker-Kekerapan SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju

TS-Tidak Setuju STS-Sangat Tidak Setuju

Dalam Rajah 3, menerusi item 11, 40.0% sangat tidak setuju bahawa kumpulan

harus mempunyai seorang ketua untuk membimbing latihan yang diberi.Mereka

berpendapat yang ketua pasti merupakan murid cemerlang dan akhirnya dia sendiri

yang akan menyelesaikan kesemua tugasan yang diberi termasuk perbincang kumpulan

dan membimbing murid yang lemah.

Walaupun ketua merupakan seorang yang penting, namun pemilihan ketua harus

diberi peluang kepada semua ahli dalam kumpulan. Dari dapatan menerusi item 10,

23.3% pelajar kurang setuju bahawa ahli kumpulan adakalanya tidak setuju dengan

pendapat rakan kumpulan. Mereka berpendapat yang pelajar lemah tidak dapat memberi

pendapat yang relevan.

Rajah 3 Persepsi Terhadap Pembelajaran Koperatif

No Keker SS Keker S Keker KS Keker TS Keker STS

Item % % % % %
10 2 6.6 14 46.6 7 23.3 7 23.3 - -
11 - - 5 16.6 6 20.0 7 23.3 12 40.0

Kunci: Keker-Kekerapan SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju

25
TS-Tidak Setuju STS-Sangat Tidak Setuju

Secara keseluruhannya, ramai murid percaya bahawa dengan melibatkan diri

dalam pembelajaran koperatif, mereka telah membaiki kemahiran dalam pembinaan

ayat. Pelajar yang pernah menggunakan cara tradisional sebelum ini juga dapati

pembelajaran koperatif lebih memuaskan setelah pendedahan terhadap pembelajaran

koperatif diberi.

Walau bagaimanapun, salah seorang pelajar mencadangkan agar pembelajaran

koperatif tidak seharusnya digunakan dalam semua sesi pembelajaran kerana ia akan

membosankan dan peluang hanya diambil oleh pelajar yang cemerlang sahaja. Pelajar

yang lemah akan mendiamkan diri dan hanya menerima idea ahli kumpulan tanpa

berusaha. Selain daripada itu pelajar akan letih kerana sering menukar kerusi meja

unruk setiap sesi pembelajaran. Mengikut seorang lagi pelajar, aktiviti kumpulan harus

diadakan sekali sekala supaya murid lebih ceria dalam suasana yang baru.

Akhir sekali, terdapat kebaikan dan keburukan dalam semua teknik pengajaran

dan pembelajaran, tetapi dapatan dari temubual, pemerhatian serta ujian pra dan pos

menyatakan bahawa terdapat lebih impak positif dan keberkesanan dalam pembelajaran

koperatif.

26
Soalan kajian 2

Apakah strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian

pembinaan ayat?

Ujian pra diberikan pada bulan Januari 2009 kepada kumpulan sasaran untuk

mengesan sejauh mana kefahaman dan kebolehan pelajar membina ayat dalam Bahasa

Tamil. Ujian ini diberi secara ujian bulanan. Item ujian ini berasaskan pembinaan ayat

dari aras kesukaran yang rendah ke aras kesukaran yang lebih tinggi. Masa yang

diperuntukkan untuk ujian pra adalah selama sejam.Markah ujian pra dicatatkan.

Setelah itu sesi rawatan dilaksanakan, ujian pos dijalankan untuk melihat

keberkesanan pembelajaran koperatif. Item yang sama dinilai dalam ujian pos dan

markah dicatatkan. Keputusan ujian pra dan ujian pos dapat dirujuk Carta Bar

Pencapaian Pelajar.

UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pos

100 – 80 -A

79 - 60 -B

59 - 40 -C

27
39 - 20 -D

19 - 0 -E

Ujian Bahagian A - Keputusan Ujian Pra

A % B % C % D % E %
2 6.6 5 16.6 10 33.3 7 23.3 5 16.6

28
29
Ujian Bahagian A - Keputusan Ujian Pos

A % B % C % D % E %
5 16.6 9 30.0 12 40.0 3 10.0 1 3.3

Dapatan ujian Pra, soalan bahagian A menunjukkan peratus jumlah lulus adalah

56.6% manakala jumlah pelajar yang gagal adalah seramai 12 orang, iaitu 43.4%.

Pelajar menjawab soalan ini secara individu, iaitu secara tradisional. Walaupun soalan

pembinaan ayat ini agak mudah, tetapi pelajar tidak mampu menulis ayat yang lengkap

dengan betul. Ini menunjukkan pelajar-pelajar yang gagal tidak mendapat bimbingan

dari guru mahu pun daripada rakan dalam pembinaan ayat.

30
Setelah rawatan dijalankan, terdapat perubahan dalam keputusan ujian pos.

Seramai 26 orang, iaitu 86.6% pelajar telah lulus.Dapatan dari ujian pos menunjukkan

peningkatan dalam peratus. Peratus kegagalan juga berkurangan dari 12 orang pelajar

ke 4 orang iaitu 13.3%. Dapatan ini membuktikan keberkesanan pembelajaran koperatif

dalam pembinaan ayat.

Ujian Bahagian B - Keputusan Ujian Pra

A % B % C % D % E %
1 3.3 4 13.3 9 30.0 8 26.6 8 26.6

31
Ujian Bahagian B - Keputusan Ujian Pos

A % B % C % D % E %
5 16.6 8 26.6 10 33.3 4 13.3 3 10.0

32
Pembinaan ayat bahagian B agak tinggi sedikit tahap kesukaranya daripada bahagian A.

53.2% pelajar gagal dalam ujian pra dan hanya 3.3% pelajar sahaja mendapat A.

33
Kesemua pelajar yang menjawab secara pembelajaran tradisional tidak memperolehi

markah yang memuaskan. Separuh daripada pelajar tidak dapat membina ayat yang

lengkap secara sendiri.

Pelajar-pelajar telah diberi rawatan untuk bahagian A dan seterusnya untuk bahagian B.

Setelah menerima rawatan, pelajar-pelajar lebih yakin terhadap pembinaan ayat.

Keputusan ujian pos sangat menakjubkan. 76.5% pelajar telah lulus memandangkan

hanya 46.6% sahaja yang lulus setelah ujian pra. Peratus kegagalan telah menurun dari

53.2% ke 23.3% Pelajar yang mendapat keputusan A pula telah bertambah secara

mendadak setelah menjalani pembelajaran koperatif.

Ini menunjukkan, cara rawatan untuk ujian bahagian A telah digabung jalin

dalam bahagian B.Murid yang lemah juga telah mencatat keputusan yang

membanggakan.

Ujian Bahagian C - Keputusan Ujian Pra

A % B % C % D % E %
7 23.3 4 13.3 5 16.6 6 20.0 7 23.3

34
Ujian Bahagian C - Keputusan Ujian Pos

A % B % C % D % E %
11 36.6 6 20.0 5 16.6 4 13.3 4 13.3

35
Daripada carta bar dapat kita perhatikan perbezaan keputusan soalan bahagian C

dengan jelas sekali. Perbezaan peratus pelajar yang lulus setelah menjalani rawatan,

iaitu setelah pembelajaran koperatif adalah sebanyak 20.0%. Peratus murid yang gagal

juga telah berkurangan, iaitu dari 43.3% sebelum pembelajaran koperatif ke 26.6%

setelah pembelajaran koperatif.

36
Pelajar yang mendapat keputusan A dan B, masing-masing telah bertambah dari

23.3% ke 36.6% dan dari 13.3% ke 20.0%. Dapatan ini membuktikan peningkatan

keputusan setelah menjalani pembelajaran koperatif.

Galakkan dan sokongan dari rakan sekumpulan juga telah mendorong pelajar-

pelajar mencatat markah yang memuaskan.

Ujian Bahagian D - Keputusan Ujian Pra

A % B % C % D % E %
2 6.6 4 13.3 6 20.0 10 33.3 8 26.6

37
Ujian Bahagian D - Keputusan Ujian Pos

A % B % C % D % E %
5 16.6 6 20.0 8 26.6 5 16.6 6 20.0

38
Ujian bahagian D mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada

bahagian C. Dapatan dari ujian pra menunjukkan peratus lulus yang sangat rendah iaitu

39
hanya 39.9% peratus pelajar sahaja yang lulus, manakala peratus kegagalan telah

meningkat ke 59.9%.

Kejayaan responden dalam kajian ini juga dilihat dalam ujian pos, iaitu setelah

sesi rawatan, peratus lulus keseluruhan pembinaan ayat responden telah meningkat ke

63.2% .Peratus gagal telah berkurangan sebanyak 23.3% selepas sesi rawatan.

Kebolehan responden membina ayat setelah sesi rawatan telah terbukti dari keputusan

ujian pos.

Setelah sesi rawatan, lebih ramai pelajar telah memperolehi peringkat keputusan

A dan juga B. Ini menunjukkan bahawa respond sedia menerima idea dan pendapat

rakan sebaya. Selain daripada itu, responden juga sedia membantu dan memberi

perhatian pada rakan yang lemah dalam kumpulan mereka.

Ujian Bahagian E - Keputusan Ujian Pra

40
A % B % C % D % E %
3 10.0 3 10.0 6 20.0 10 33.3 8 26.7

Ujian Bahagian E - Keputusan Ujian Pos

A % B % C % D % E %
5 16.6 5 16.6 6 20.0 7 23.3 6 20.0

41
Membina ayat berpandukan gambar merupakan soalan seterusnya. Responden

telah menunjukkan peningkatan dalam keputusan ujian pos. Walaupun peningkatan

42
tidak terlalu tinggi, tetapi responden dapat menunjukkan peningkatan setelah sesi

rawatan.

5 orang pelajar telah memperolehi gred A, 5 orang lagi telah mendapat gred B

manakala 6 orang pelajar telah mendapat gred C, iaitu 16.6%, 16.6% dan 20.0% .

Dapatan menunjukkan 60.0% gagal dalam ujian pra dan telah menurun sebanyak 16.7%

selepas pembelajaran koperatif. Kadar kenaikan peratus lulus dan penurunan peratus

gagal dapat diperhatikan dalam carta bar di atas.

Rumusan

Berdasarkan ujian pra dan ujian pos daripada Graf Bar Pencapaian Responden,

ternyata pembelajaran koperatif ini dapat mengukuhkan pembinaan ayat dalam Bahasa

Tamil pada tahap yang amat mambanggakan.

PEMERHATIAN

Jadual 2 - Pemerhatian tabiat murid sebelum dan semasa pembelajaran koperatif

ITEM PEMERHATIAN KEKERAPAN PERATUS

43
%
1 Beredar ke kumpulan dengan senyap. 5 16.6
2 Berada di kumpulan masing-masing . 12 40.0
3 Bercakap dengan perlahan 10 33.3
4 Menggalakkan semua pelajar supaya 17 56.6

mengambil bahagian.
5 Merujuk latihan yang diberi. 9 30.0
6 Penggunan nama kawan. 25 83.3
7 Memberi perhatian pada rakan dalam 13 43.3

kumpulan.
8 Cuba menjawab dan memberi 14 46.6

pendapat.
9 Berupaya menjawab dengan tepat. 7 23.3
10 Meminta penjelasan dan pertolongan. 9 30.0
11 Menunjukkan rasa gembira. 30 100.0
12 Cuba menggabung-jalin isi. 11 36.6
13 Memberi kritikan idea tanpa 5 16.6

mengkritik rakan.
14 Menolong rakan yang lemah. 15 50.0
15 Bertoleransi dengan rakan yang lemah. 10 33.3

Penyelidik telah menjalankan pemerhatian tabiat murid sebelum dan semasa

pembelajaran koperatif dari bulan Januari hingga bulan Mac, 2009.

Dapatan dari pemerhatian sebelum dan semasa pembelajaran koperatif

menunjukkan semua , iaitu 100% murid menunjukkan rasa gembira berada dalam

kumpulan semasa pembelajaran koperatif. 83.3% murid mengetahui nama kawan dalam

kumpulan dan menggunakan nama semasa berinteraksi. Aktiviti ini menggalakkan lebih

kurang 56.6% pelajar mengambil bahagian dengan gembira.Terdapat juga pelajar yang

mempunyai sikap tolong menolong .Mereka sanggup menolong rakan kumpulan yang

44
lemah. Mereka menggalakkan pelajar lemah menjawab dan memberi pendapat masing-

masing. Menurut item 15, mereka dapat bertoleransi dengan rakan yang lemah.

Menurut dapatan, hanya 40.0 % pelajar yang berada dalam kumpulan masing-

masing, manakala yang 60.0% suka berjalan dan bercakap dengan pelajar lain.Mereka

tidak dapat bercakap dengan perlahan, menurut item 3. Pelajar lemah ini lebih gemar

mengkritik rakan daripada memberi kritikan idea.

Rumusan

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan selama 3 bulan ini, penyelidik

mendapati majoriti pelajar berasa gembira dan mempunyai pencapaian akademik yang

tinggi dalam peperiksaan bila belajar dalam kumpulan, iaitu pembelajaran koperatif.

TEMUBUAL

Jadual 3 - Temubual dengan responden mengenai pembelajaran koperatif

ITEM RESPONDEN
Apakah pendapat adik tentang Responden 1- Belajar dalam kumpulan.

pembelajaran koperatif? Responden 2 – Belajar dengan kawan.

Responden 3 – Berbual-bual dengan kawan.

Responden 4 – Dapat idea dari kawan.

Adakah adik suka Responden 1 – Saya suka sebab dapat kawan.

pembelajaran kumpulan? Responden 2 – Saya suka sebab kawan mengajar

45
Kenapa? kalau saya tidak tahu.

Responden 3 – Saya tidak suka sebab saya tidak

pandai.

Responden 4 – Suka sebab sekarang saya boleh bina

ayat.
Bagaimana perasaan adik Responden 1- Gembira sebab dapat kawan.

semasa pembelajaran Responden 2 – Gembira sebab kawan tolong.

koperatif? Kenapa? Responden 3 – Tidak suka sebab tidak faham.

Responden 4 – Gembira sebab saya sudah pandai.

Sampel temubual ini terdiri daripada 4 orang pelajar tahun 4 yang dikenalpasti

sebagai pelajar yang lemah dan sederhana dalam pembinan ayat Bahasa Tamil. Ketika

ini mereka sedang menjalani sesi rawatan pembelajaran koperatif selama 2 bulan.

Dapatan temubual ini menyatakan bahawa 3 daripada 4 responden gemarkan

pembelajaran koperatif. Mereka berasa gembira bila berada bersama rakan sekumpulan.

Responden ke 4 memberitahu yang dia mendapat idea dan pendapat di sesi

pembelajaran kumpulan. Seorang lagi suka pembelajaran koperatif sebab mendapat

pertolongan dari rakan dan sekarang dia dapat membina ayat.

Mereka juga berasa gembira sebab mendapat kawan yang menolong dalam

pelajaran. Tetapi hanya seorang murid sahaja tidak memberi respon yang

46
memuaskan.Pelajar tersebut merupakan murid yang lemah dan oleh sebab itu dia suka

berbual-bual dan mengganggu pelajar lain. Sikap ini wujud disebabkan dia tidak faham

pelajaran yang dipelajari.

Pelajar sebegini harus diberi perhatian yang lebih supaya tidak tercicir dalam

pelajaran. Galakkan harus diberi untuk memupuk sikap ingin belajar dalam kumpulan.

5.0 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Pengenalan

Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan. Sebagai

penutup tirai, akan memberikan ringkasan kajian, mambincangkan dapatan-dapatan

kajian, mamberi kesimpulan dapatan kajian, mambincangkan implikasi dapatan-dapatan

kajian dan mencadangkan kajian lanjutan.

Ringkasan kajian

47
Kajian ini dilaksanakan untuk (a) memastikan pembelajaran koperatif dapat

meningkatkan pencapaian membina ayat (b) memastikan pengajaran koperatif dapat

membina sikap kasih saying, belas kasihan, kajujuran dan kerjasama (c)

membandingkan kesan strategi pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional

dalam melahirkan idea dalam pembinaan ayat.

Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis deskriptif. Bagi kajian

eksperimen, rawatan atau intervensi diberikan di mana ukuran akan dibuat sebelum dan

selepas rawatan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran baru, iaitu pembelajaran

koperatif dikendalikan. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian,

temubual dan ujian pra dan ujian pos dalam pembinaan ayat.

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah

luar bandar. Tempat kajian ini dilakukan di SJK(T) Taman Desa Pinji, Lahat. Ipoh.

Perak. Responden kajian ini ialah pelajar Tahun 5 di sekolah tersebut. Sampel kajian di

ambil daripada satu kelas bagi memastikan pencapaian pelajar dalam pembinaan ayat

ini setara.

Instrument kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pos. Penyelidik

menyediakan skrip ujian pra dan ujian pos serta melaksanakan ujian tersebut. Selain itu,

penyelidik juga menggunakan borang pemerhatian dan borang temubual untuk

mengetahui persepsi dari segi sikap terhadap kaedah pembelajaran koperatif. Penyelia

terlebih dahulu mengesahkan borang pemerhatian dan temubual.

48
Tujuan kajian ini ialah untuk membuat perbandingan min 2 kumpulan. Oleh

kerana data dikutip dalam bentuk parametric, maka prosedur analisis deskriptif

digunakan untuk menghasilkan satu pemboleh ubah bersandar. Instrumen kajian yang

digunakan terdiri daripada ujian pra dan pos.

Perbincangan dapatan kajian

Analisis deskriptif mengenai sikap pembelajaran koperatif pada keseluruhannya

menunjukkan tahap sikap yang positif di kalangan responden yang terlibat dalam kajian.

Dapatan ini menyokong dapatan daripada Johnson and Johnson (1981) yang

menjalankan meta-analisis ke atas 122 kajian sekitar 1924-1981 menunjukkan kaedah

pembelajaran koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dan ia

merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Sikap tolong menolong, bantu-membantu yang tinggi membayangkan minat dan

komitmen yang tinggi di kalangan responden untuk menggunakan kaedah pembelajaran

bagi membentuk perubahan dalam pendidikan.

Kajian ini mewujudkan hubungan positif antara pembelajaran koperatif dengan

pencapaian dalam pembinaan ayat. Ini bermakna seseorang pelajar yang menggunakan

49
kaedah pembelajaran koperatif akan mendapat pencapaian yang tinggi, dan sebaliknya

jika pelajar menggunakan kaedah tradisional, pencapaian dalam pembinaan ayat juga

rendah.

Ini berlaku disebabkan pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran

koperatif akan berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya dalam pembinaan ayat di

UPSR. Menurut ‘National Numeracy Project School’ di mana murid yang cerdas dan

lemah mampu mengambil bahagian bersama-sama dalam aktiviti pembelajaran

walaupun diberi tugasan yang sukar. Ia dapat membantu pelajar yang lembab

mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar.

Daripada pemerhatian didapati 100% pelajar berasa gembira belajar bersama

rakan-rakan sekumpulan. Dapatan ini juga menunjukkan pelajar seka menolong rakan

yang lemah supaya mereka juga dapat menunjukkan prestasi yang tinggi dalam

pembinaan ayat. Pelajar juga memberi galakkan kepada rakan yang lemah untuk berjaya

dalam kerja mereka.

Semasa pembelajaran koperatif, pelajar-pelajar sering menggunakan nama

kawan semasa berinteraksi dan meminta penjelasan dan juga pertolongan. Mereka dapat

bertoleransi dengan rakan yang lemah, iaitu memberi idea dan juga sanggup memberi

perhatian pada rakan dalam kumpulan. Dapatan ini menunjukkan responden dapat

menghasilkan prestasi yang tinggi dalam pembelajaran koperatif daripada pembelajaran

50
tradisional. 56.6% pelajar dapat memberi motivasi kepada rakan sekumpulan supaya

mengambil bahagian dalam aktiviti pembinaan ayat.

Menerusi dapatan ini dapat difahamkan bahawa pelajar lebih gemar bekerja

dalam kumpulan daripada secara individu. Mereka dapat memperolehi lebih idea dan

pendapat melalui brainstorm. Dengan ini ramai pelajar dapat menulis ayat yang betul

dengan menggunakan tandabaca dan tatabahasa yang betul.

Hasil daripada ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan yang ketara

dalam kemahiran pembinaan ayat. Ujian pra diberikan pada awal tahun 2009 kepada

kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar. Item

ujian pra disediakan secara ujian bulanan iaitu mengikut tahap kesukaran.

Implikasi dapatan kajian

Kajian ini mendapati pembelajaran koperatif merupakan pencapaian yang dapat

membantu kearah melahirkan tingkahlaku pencapaian yang membina. (Seligman dan

Maier,1967 dalam Stipek,1993) berpendapat kegegalan yang sering dialami bolah

menyebabkan pelajar merasakan dia tidak berdaya untuk berbuat apa-apa untuk

mengelakkan kegagalan.

51
Kesan daripada keyakinan bahawa pelajar tidak mempunyai kawalan ke atas

sebab pencapaiannya menyebabkan pelajar kurang berusaha dan mudah berputus asa

apabila menghadapi kesukaran.

Implikasi dapatan ini ialah para guru perlu membahagikan pelajar kepada

kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kebolehan.Guru perlu mengawasi dan

membimbing setiap kumpulan dan seterusnya setiap murid perlu diberi perhatian

sehingga pelajar menguasai kemahiran.

Pelajar yang rendah diri dan merasa malu akan kegagalan dapat menghindari

perasaan yang tidak diingini dengan bantuan rakan sebaya. Selain daripada itu , pelajar

yang lemah menunjukkan kemajuan dalam pembinaan ayat.

Guru memberi perangsang kepada pelajar yang kurang berjaya. Bagi pelajar

lemah yang berjaya atas dorongan guru akan diberi ganjaran untuk memupuk sikap

kerajinan dan bantu membantu. Sebaliknya pelajar harus menganggapnya sebagai satu

cabaran untuk terus mempertingkatkan usaha.

Dapatan ini juga mengambarkan bahawa pelajar dalam kumpulan merasa

bertanggung jawab untuk berusaha bagi mencapai kejayaan mereka dalam pembinaan

ayat. Mereka juga ingin melihat kejayaan rakan melalui kerja kumpulan.

52
Sikap tolong- menolong, bertanggung jawab,bertoleransi mula wujud di

sanubari pelajar ,maka sikap rendah diri serta malu akan dapat dihindari dari hati

pelajar.

Cadangan supaya pembelajaran koperatif dilaksanakan di Malaysia

Berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan prestasi pelajar pembelajaran

koperatif lebih tinggi dan signifikasi berbandiang dengan pembelajaran tradisional,

implikasinya di sini menunjukkan pembelajaran koperatif boleh dijadikan sebagai salah

satu alternatif kepada strategi yang sedia digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Begitu juga dengan dapatan kajian yang menunjukkan 60% daripada

kumpulan pembelajaran koperatif menyatakan pengalaman awal yang positif terhadap

pembelajaran koperatif.

Ini mengambarkan kesediaan pelajar untuk menerima pembelajaran koperatif

sebagai salah satu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Bahasa Tamil.

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan 83.3% daripada pelajar

kumpulan pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional lebih gemar belajar

secara kumpulan.

Maka, guru perlu mengambil kira kecenderongan pemilihan cara belajar tersebut

dengan mewujudkan aktiviti kerja kumpulan di dalam proses pengajaran dan

53
pembelajaran. Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, guru Bahasa Tamil perlu

mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas.

Strategi yang digunakan tidak seharusnya terhad kepada penyampaian isi

kandungan secara kuliah semata-mata kerana ingin menghabiskan sukatan pelajaran

tanpa mengambil kira tahap kefahaman pelajar dan lebih bertumpu kepada latih tubi

secara individu.Guru juga perlu menggunakan strategi pembelajaran koperatif di dalam

pengajaran dan pembelajaran kerana strategi tersebut telah banyak diuji dan didapati

membantu meningkatkan pencapaian pelajar.Tambahan pula strategi tersebut selaras

dengan konsep KBSR yang mementingkan gerak kerja kumpulan.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan penggunaan strategi penggunaan strategi

pengajaran yang baru, usaha yang lebih banyak dan persediaan yang lebih awal. Guru

harus lebih berdedikasi terhadap kaedah baru yang akan di pergunakan.

Ini kerana guru masih di peringkat awal untuk menguasai stategi tersebut dan

perlu menjangka beberapa masalah akan timbul sebelum dapat melaksanakannya

dengan berkesan.

Namun begitu, ini tidak bermakna guru perlu menggunakan pembelajaran

koperatif sepanjang masa dan di dalam semua topic tanpa mengambil kira kesesuaian

dan kesediaan pelajar untuk menerima pembelajaran koperatif yang dianggap sebagai

suatu yang baru dan agak berlainanan daripada strategi yang sedia ada. . Implikasinya

54
adalah guru perlu bijak mengimbangkan antara aktiviti kerja kumpulan dan kerja secara

individu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh kerana pembelajaran koperarif selari dengan konsep KBSR, maka pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan samada dalam

bentuk modul atau manual untuk guru-guru. Ini adalah kerana konsep dan perlaksanaan

pembelajaran koperatif tidak sama dengan kerja kumpulan tradisi yang tidak

berstruktur. Antara contoh manual yang boleh dirujuk adalah manual yang disediakan

oleh Salvin (1994) atau manual yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini

dengan mengambil kira cadangan –cadangan yang diberikan untuk mempertingkatkan

keberkesanan perlaksanaan pembelajaran koperatif.

Berdasarkan maklum balas yang diberi oleh pelajar yang terlibat di dalam

kajian, pengkaji telah menggariskan secara kasar aspek-aspek yang perlu di ambil kira

ketika melaksanakan pembelajaran koperatif di dalam kelas.

Dalam pembentukkan kumpulan pelajar, bilangan yang optima yang

dicadangkan ialah 4 orang mana membolehkan mereka berbincang secara berpasangan.

Dalam masyarakat yang berbilang bangsa, proses integrasi etnik perlu dilakukan di

dalam kelas memandangkan di luar masa kelas, pelajar lebih senang berada di dalam

kelompok etnik yang sama. Pelajar sendiri mengaku bahawa semasa aktiviti

berkumpulan memberi peluang kepada mereka untuk lebihmengenai rakan daripada

etnik lain. Maka, setiap kumpulan kecil wajar terdiri daripada pelajar yang berbeza

etnik. Walaupun terdapat pelajar yang sukar diterima masuk di dalam kumpulan mereka

55
kerana perbezaan etnik, namun pengkaji berpendapat sekirannya pelajar dibiasakan

dengan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai komposisi etnik, lama-kelamaan ia

akan biasa.

Tidak dinafikan bahawa salah satu cirri utama teknik STAD adalah pengajaran

oleh rakan sebaya di dalam satu kumpulan. Maka sesuatu kumpulan tersebut perlulah

terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap kebolehan.

Bagi memastikan kelancaran perlaksanaan pembelajaran koperatif,pelajar perrlu

diberi pengenalan ringkas mengenai perjalanan aktiviti pembelajaran koperatif terutama

dari segi pengiraan skor individu dan skor kumpulan serta pengiktirafan kumpulan

melalui gambaran yang jelas tentang pembelajaran koperatif membolehlan pelajar

memeinkan peranan mereka dengan sebaiknya.Di dalam sesi penerangan itu, pelajar

diberi peluang untuk berkenalan dengan ahli kumpulandan perbincangan membentuk

nama kumpulan dan logo.

Masalah kurangnya kerjasama dan perbincangan di dalam kumpulan yang

disuarakan oleh pelajar di dalamsoal selidik berkaitan dengan kekeliruan mengenai

pengiraan skor dan pengiktirafan kumpulan. Kumpulan yang tidak serius ketika

membentuk nama dan logo kumpulan didapati kurang bermotivasi untuk mendapatkan

pengiktirafan kumpulan kerana tidak mempunyai identiti kumpulan yang dipersetujui

oleh ahli kumpulan.

56
Semasa aktiviti berkumpulan,guru berperanan sebagai fasilitator dan membantu

kumpulan yang menghadapi sebarang masalah.Pada masa aktiviti ini,guru dapat

mengesan sebarang masalag yang timbul di dalam sesuatu kumpulan seperti ahli

kumpulan tang tidak serasi, kurang kerjasama, ahli kumpulan membuat kerja secara

individu atau hanya pelajar tertentu yang menguasai pelajaran. Masalah-masalah

tersebut perlu di atasi dengan segera supaya tidak menjejaskan tumpuan pelajar di

dalam kelas. Justeru itu guru tidak seharusnya menggunakan masa tersebut untuk

melakukan kerja lain sehingga tidak dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di

dalam setiap kumpulan.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini dijalankan didalam situasi kelas yang terdiri daripada pelajar yang

terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dan sekolah yang dipilih adalah daripada

kawasan Bandar. Selari daripada itu, sample kajian ini terhad kepada beberapa buah

sekolah dan menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Maka, kahian lanjutan perlu

dilakukan di tempat lain terutamanya di kawasan luar bandar, di kalangan pelajar yang

57
berisiko sahaja dan menggunakan kaedah eksperimen yang menggunakan persampelan

rawak.

Di dalam kajian ini, hubungan etanik sesama pelajar dibincangkan berdasarkan

maklum balas bertulis pelajar yang memberi pandangan yang positif dan negatif. Maka,

kajian selanjutnya perlu dijalankan dengan menggunakan alat kajian yang dapat

mengukur kesan hubungan tersebut dan dibuktikan secara kuantitatif.

Dalam mengkaji hubungan sosial, aspek personality pelajar perlu diambil kira

sebagai contoh sama ada pelajar mempunyai cirri-ciri extrovert atau introvert. Kajian

yang khusus berkenaan dengan teknik meningkatkan kemahiran bersosial dan

kemahiran kognitif pelajar juga merupakan satu bidang yang perlu diterokai supaya

dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di sekolah.

Antara aspek lain yang patut diambil kira di dalam kajian selanjutnya adalah

kesan pembelajaran koperatif ke atas pelajar mengikut tahap kebolehan yang berbeza,

tahap penglibatan pelajar di dalam pembelajaran koperatif, setakat mana guru

melaksanakan pembelajaran koperatif dan persepsi guru yang terlibat di dalam kajian.

Kajian yang menggunakanteknik pembelajaran koperatif yang lain seperti pembelajaran

bersama. Penyiasatan berkumpulan dan teknik-teknik lain adalah perlu bagi

memperkayakan lagi teknik pembelajaran yang boleh disesuaikan di dalam konteks

pendidikan di Malaysia.

58
Rumusan

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan pembelajaran koperatif terhadap

prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri akademik dan hububgab sosial pelajar di

dalam pendidikan Bahasa Tamil. Persepsi pelajar terhadap perlaksanaan pembelajaran

koperatif juga diambil kira bagi melihat sejauh mana pembelajaran koperatif praktikal

untuk dilaksanakan di dalam kelas.

Berdasarkan kaedah kuasi eksperiman yang dijalankan selama lapan minggu

yang melibatkan 30 subjek, dapatan kajian menunjukkan pencapaian kumpulan

pembelajaran koperatif lebih tinggi daripada kumpulan tradisional. Sebaliknya,

kumpulan kendiri akademik, kumpulan tradisional lebih tinggi daripada kumpulan

pembelajaran koperatif.

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan disokong oleh

keputusan pencapaian yang lebih tinggi. Pembelajaran koperatif wajar dijadikan sebagai

salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan Bahasa Tamil.

59
SOALAN KAJIAN 2

Persepsi Terhadap Pembelajaran Kumpulan (Pembelajaran Koperatif)

1. sangat tidak setuju

2. tidak setuju

3. kurang setuju

4. setuju

5. sangat setuju

60
Jadual 3 - Persepsi pelajar terhadap pembelajaran koperatif

ITEM 1 2 3 4 5
1. Saya rela menulis sendiri daripada kumpulan.
2. Saya dapat mengemukakan idea dan pendapat dalam

kumpulan.
3. Idea saya mendapat sambutan.
4. Saya dapat bersama dengan semua murid dalam kumpulan.
5. Pelajar-pelajar dalam kumpulan mendengar idea rakan-

rakan.
6. Saya dapati idea dan meluangkan lebih masa dalam

kumpulan.
7. Peruntukkan lebih masa untuk ulangkaji semasa menulis

dalam kumpulan.
8. Membetulkan kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca

semasa menulis dalam kumpulan.


9. Setiap ahli kumpulan menaruh lebih banyak usaha dalam

penulisan.
10. Ahli kumpulan adakalanya tidak setuju dengan pendapat

rakan.
11. Seorang dalam kumpulan menjadi ketua.
12. Saya mempelajari kaedah baru mengurus kerja dalam

kumpulan.
13. Saya mempelajari kaedah brainstorm dan mengumpul idea

dalam kumpulan.
14. Saya ingin belajar menulis dalam kumpulan.

61
SJK(T) TAMAN DESA PINJI, LAHAT.

UJIAN BULAN FEBRUARI


2009

TAHUN 4

NAMA :…………………........

A. Bina ayat mudah menggunakan perkataan di bawah.

1. sihat

……………………………………………………………

2. manis

……………………………………………………………

3. kotor

……………………………………………………………

62
4. bersih

……………………………………………………………

5. selamat

……………………………………………………………

B. Bina ayat berpandukan gambar yang diberi yang diberi.

1. berlari – perhentian bas

…………………………….
…………………………….

2. bersembunyi – pokok

……………………………..
……………………………..

3. berbual – kawan

……………………………….
……………………………….

4. buat – kerjarumah

…………………………………

63
…………………………………

5. hobi – membaca

…………………………………
…………………………………

C. Susun perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang bermakna.

1. Kuala Lumpur , di , diadakan , Sambutan , akan , Hari ,


Kebangsaan

……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………

2. Gemilang , dikibarkan , Jalur , akan , Kebangsaan , Hari , pada

…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….

3. Ogos , Pada , Malaysia , akan , Hari , menyambut , Kebangsaan , bulan ,


setiap

……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….

64
4. Malaysiaku , ialah , pada , ini , Gemilang , Hari , Tema , tahun ,
kebangsaan

……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….

D. Lihat gambar yang diberi. Bina ayat menggunakan semua perkataan yang diberi.

1. Malathy – burung kakak tua – cantik


Nama – Kiki dan Lala

………………………………………
………………………………………
………………………………………

2. suka – Kiki – menyanyi – lagu


bermain buaian

………………………………………
………………………………………
……………………………………….

3. petang – makan angina – udara bersih


burung – bergembira

65
……………………………………….
………………………........................
………………………………………

E. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

66
RUJUKAN

1. Khalid Mohamad Nor 1993. Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur:


Cahaya Pantai M Sdn. Bhd.

2. Johnson, D.W. dan Johnson, R.T. 1987. Learning Togather And Alone. 2nd ed.
New Jersy. Englewood Cliffs, Prentice Hall.

3. Effendi Zakaria 1998. Pembelajaran Koperatif. Universiti Kebangsaan


Malaysia. Tesis PhD.

4. http://www.ncsu.edu/felder-public/paper/kaufman-asee PDF

5. http://www.nesu.edu/PER/Articles/03ASEE paper Coop group.pdf

6. Jaques, D.1991. Learning In Groups. 2nd ed. London, Kogan Page.

7. Slavin, R. B.1984. Students Motivating Students to Excel: Cooperative


Incentives, Cooperative Tasks and Students Achievement. The Elementary
School Journal. 85(1): 53-63.

67
68

Anda mungkin juga menyukai